Friday, August 7, 2009

Mula membilang hari lagi....

Assalamualaikum w.b.t


Suami dah keluar mula semalam. Maka 40 hari seterusnya kami berempatlah sahaja di rumah. Ada juga wakil lelaki sekarang, sapa lagi kalau bukan Zubair. Cuak juga bila fikir suami takde ni. Bukan cuak sebab takut pada pencuri atau apa ker cuma terasa macam takde sapa nak berkongsi cerita. 5 hari lagi nak raya nanti suami baru balik.



Esok kak aza akan datang sini, saya yang pelawa untuk tukar suasana. Sofiyyah dah mula batuk dan semacam lelah. Tu sebab saya ajak dia duduk rumah saya sebab biasanya budak2 tu okay kalau duduk rumah saya.


Tambahan pulak isnin ni saya kena bicara ke melaka, selasa dan rabu saya akan ke UTM sebab kelas kami di sana untuk minggu ni, kena gi lab dan tengok tapak2 projek, kan semester ni kami belajar forensic kejuruteraan..merasalah balajar baca plan dan kira2 bancuhan simen, concrete dan segala yang berkaitan...bukan mendalam sekadar kalau tengok dokumen tender tu fahamlah dan takdelah boleh kena tipu kalau menyiasat tu...



So saya cadang kak aza datang sini, supaya Zubair dan Hani boleh sekolah...uda dan kakak ponteng tak apa...ahad pulak saya akan ke melaka untuk hantar kak Chik, anak kak aza yang belajar di madrasah, isnin lepas bicara saya ambil mak terus balik ke seremban bawak mak duduk sini...


Biarlah selasa dan rabu tu kak aza duduk dengan mak saya kat rumah saya ni. Kak aza dengan mak saya takde masalah, sebab mak saya ni simple jer orangnya....boleh masuk semua orang....lagipun Rika ada kalau ada apa2 perkara perlu buat...


Rabu petang balik dari UTM, malamnya bolehler hantar kak aza balik PD...


Esok akan ke PD lagi, sebab kak isma yang duduk kat rumah tumpangan tadi akan check out esok...seterusnya akan ambil kak aza sekeluarga datang rumah sayaa...senang biar semua masalah diselesaikan dalam keluarga kami jer....




Wassalam

No comments: