Saturday, August 8, 2009

Bila diuji lagi dan lagi

Assalamualaikum w.b.t


bila suami keluar dakwah jer ada masalah, bil ada masalah jer suami mesti sedang keluar dakwah. Macam sinonim pulak dua pembolehubah ni.


Bukan saya yang ada masalah. Tapi kak aza. Masalah anak sakit. Malam tadi bertubi2 kak aza sms saya berkenaan Sofiyyah. Sofiyyah semput, batuk kuat, dada berbunyi, last sms saya suh dia ke klinik sedut kahak atau apa2 yg patut. Dalam jam 2 pagi dia sms saya lagi katanya dah balik hospital, sofiyyah dan ambil oksigen.


Pagi ni saya sms lagi, rupanya pagi ni kena ke farmasi hospotal pulak. Yang kat rumah saya ni pulak anak kak aza, Zubair pulak demam. panas bukan main badan dia. Urin di pagi tadi masa saya test bacaan protinnya, 1+, maksudnya ada kebocoran buah pingang.


Pagi ni dia tido jer, bangun2 tu saya suapkan nasi makan sikit jer, pastu terus bagi makan ubat demam yang memang stand by jer sepanjang masa. Cadangnya petang ni nak ke PD tengok2 cuaca jerebu jer pulak...bahaya juga untuk kanak2 apatah lagi macam zubair yang sedia ada penyakit.


Saya sekarang takut nak bawa anak keluar rumah. 25 jam berkurung jer dalam rumah. Rumah saya ni tepi jalan besar Seremban-Kuala Pilah, setiap hari tak kurang dua kali ambulans lalu, agaknya bawa pesakit dari K.Pilah ke hospital Seremban. Terasa2 pulak macam eks suspect H1N1. Tu yang mula rasa bimbang tu.


Esok ada hari Taska untuk negeri sembilan. Memang tak pergilah ajwabnya, walaupun dah bayar untuk hani masuk pertandingan mewarna. Bila cakap dengan suami kebimbangan ni, dia senang ajer katanya Allah yang beri semua penyakit, so kena yakin dengan Allahlah...memanglah yakin tapi sebagai ibu macamana pun kebimbangan tu tetap ada.


Semalam Zubair dan hani dua2 saya pakaikan mask untuk ke sekolah. Sebab ramai dah mula pakai mask, dan ramai juga ibu pelajar sana yang kerja nurse. Maklumat jumlah pesakit H1N1 kat hospital seremban diperolehi dari merekalah. memang guru galakkan semua pakai mask minggu lalu.


Semalam saya jumpa Kak Isma paya rumput, beserta suaminya, dia menginap di rumah tumpangan saya tu. jam 5 semalam check in, maghrib ni check outnya. So agak2 maghrib saya pergilah ke sana, hantar zubair dan bermalam kat rumah tumpangan tu kot malam ni. Kalau malas mengemas dan memasak saya bermalam rumah kak aza jerlah.


Cakap pasal kak isma ni, mula2 tengok tu serius saya rasa macam dia umur bawah saya jer...sungguh nampak muda dia kalau dilihat secara live. Rasanya dia jenis tak makan gambar atau bahasa modennya tak fotogenik. Tapi hakikatnya dia masih bergetah dan badannya masih solid molid. Macam anak dara...


Nak compare dengan saya jauh sangatlah. Badan saya yang mengembang ni macam orang anak sepuluh dah. Dengan masa makan dan tidur yang tak teratur dan takde exersice memang layaklah...


Esok, kalau jadi saya hantar anak kak aza ke madrasahnya di Melaka, tapi dari cara kak aza nampak gaya macam dia taknak anak gadisnya balik ke madrasah jer...yerlah jumpa sesekali, lagipun dah anak dara buila ada kat rumah tu senanglah banyak benda kat rumah yang dia boleh bantu. Terutama dalam hal menjaga Sofiyyah lah...banyak ringannya kak aza.


Tapi kak aza nak bagitau suami tak nak hantar kak cik dia bimbang sebab mesti suami tak benarkan. Sebab suami segan nak bagitau mudir asyik muka kak chik jer yang masuk lewat lepas cuti. Lagipun kak chik dok kat rumah bukan mengaji sangat takut hafalan dia tu dia lupa semula. Lagipun asyik bergaduh dengan adik2 jer kerjanya.


So kak aza mampu bagitau saya jer kata nak suh kak cik dok umah lagi untuk pandang2 adik2 terutama bila sofiyyah semput pulak malam tadi. kak cik call saya pagi ni, katanya tak nak balik madrasah....saya pun perli lah dia kata, "hai dah dua minggu duduk bawah ketiak ummi tak puas2 lagi?" jawabnya bukan duduk bawah ketiak ummi tapi ketiak sofiyyah.


Satu lagi cerita, mak kak aza dan kakak dia masih tak tau suami keluar 40 hari ni, so kak cik tipu cik ayang {kakak kak aza} kata ayah ada rumah. So bila ayah ada rumah, dia pun tak jadi datangler... kononnya datang tu nak main2 dengan sofiyyah lah...sehari tak jumpa sofiyyah memang penasaran dua beranak tu {mak dan kakak dia}. Tak taulah sampai bila kak aza boleh sembunyikan maklumat suami takde, semata2 taknak bagi mak dan kakak dia berkampung kat rumah dia..masalah betul family kak aza ni...bila mak dia ada kat rumah kak aza maka adik beradik yg lain silih bergantilah datang ziarah. Sudahnya kejap2 sofiyyah melalak sebab banyak sangat uka dia tak kenal!


Diorang pun datang semua terkam Sofiyyah..yerlah sofiyyah kan ker comel, lain dari yang lain dengan wajah gebunya, kulit putihnya, dah tu apa kita cakap semua dah pandai ikut...sapa yang tak tergoda. saya pun kalau datang rumah kak aza tengok sofiyyah dulu, kalau dia tido dalam buai tu sengaja saya cakap kuat2 kasi dia bangun, sebab saya nak main dengan dia.....sebab dia memang comel!!!


Ok nak ke PD dah ni...macam biasa, sapa nak sewa rumah secara harian di PD sila hubungi saya yer. 019 6618157. Punyalah malas nak buat blog khas....gambar semua dah tembak dah...tapi tak pandai lagi pakai DSLR lah...takat ambik gambar biasa2 jer....
Wassalam

No comments: