Friday, September 4, 2009

Buah manggaku lebat di laman orang

Assalamualaikum w.b.t



Rumah saya ada dua pohon mangga yang sedang berbuah. Satu pokok tuan rumah dulu tanam luar pagar depan. Oklah tu, tak kacau sapa2. Satu lagi betul2 pada bucu kanan pagar rumah. Sah2lah daun2 dan dahan2 semua masuk kawasan jiran. Saya tak setuju betul pendekatan menanam macam ni. Tapi apa nak kata, nak tebang pun sekarang kalau panggil orang ratus2 jugak, dengan nak bawak lori angkut batang/dahan/daunnya nanti. Maka biarkan ajerlah. Buahnya pun boleh dimakan. Tapi tahun ni hari tu beriya2 saya cakap kat suami nak tebang sebab banyak sangat daunnya....tup2 berbuah ramadhan ni...saya ingat buah biasa2 jer sebab dari bawah pokok saya nampaklah buahnya...cukuplah untuk kami makan dan buat jus mangga selalu.



Rupa2nya kat sebelah jiran yang dahan dan daunnya merentas pagar jiran sebelah tu buahnya lagi banyak....baru je saya sedar...punyalah tak prihatin...bukan apa, saya kalau dah nak smapai rumah masa memandu tu kan kena alert keter kat belakang, keter kat depan [depan rumah saya banyak kereta lalu lalang tau...] takde masa pandang pokok ker orang ker...bila Rika bagitau ada banyak buah kat jiran sebelah saya pun what??? Tu yg gigih ambik gambar tu...


Semua buah2 nilah yg berada dalam laman jiran sebelah dan tak tercapai tangan saya nak mengambilnya...jadi saya sedekahkan ajerlah pada jiran sebelah sebab sebelah saya pun banyak jugak cuma takdelah bergayutan selonggok macam ni...





Sebab buah2 ni hanya nampak dari jalan depan rumah, dan tak nampak dari laman rumah saya, maka bila buah ni besar barulah ketara bergayutannya ...tu pun nampak jelas semasa drive lalu depan rumah jiran ni...siap saya berhenti ambil gambar lagi...senang nanti nak citer kat pak haji boleh tunjuk gambar sekali...




Lagi...close up...buah ni sangat manis sama macam rasa cukanan yang jual kat kedai tu...mungkin baka cukanan kot?


Edited : Jam 11 pagi....fuuuhhh...siap ambik gambar pokok tambahan lagi, bagi lengkap sket cerita ni...biasaler kita kan wartawan dulu...buat story kasi abis!



Pagi ni saya mesin rumput, ada plak buahnya yang gugur, yg dah pungut kat dalam tak sempat buat jus lagi, hari2 gugur plak buah ni...nilah sample buahnya yang sangat menggiurkan warnanya....






Ni buah di bahagian pagar saya plak...


Ni gambar kat bawah ni saya ambil gambar betul2 dari bawah pokok..banyak jugak buahnya...




Ni gambar pokok dari kejauhan, macam berkabus jer...rasa cam salah lens saya ambik gambar ni...sorryler tak pandai lagi pilih lens DSLR nih...main hentam jer






Wassalam


P/s : Saya sekarang jalan memang bawak DSLR ni, sebab assignment paper 'forensic engineering' saya tugasannya kena ambik gambar progres projek...so asal ada projek tak kisahlah buat masjid ker, buat perumahan ker, buat jalan ker, maka kat situler saya turun menembak gambar...saya buat kerja menembak gambar ni lepas hantar hani ke sekolah..siap gaduh2 lagi semalam dengan pak guard Kompleks belia dan sukan Paroi...ko tak bagi aku ambik dari dalam, saya tembak dari luar siap panjat2 kangaroo bar kembara lagi nak ambik shoot cantik punya pasal...pastu gi ambik gambar kat Masjid jalan Kuala Pilah - Seremban yg tengah buat tu, hah ko terlampau baik lak siap jumpa tokey syarikat [kontraktor] yang dapat projek tu...Datuk Yaakub Hj Husin, siap pesan anytime nak ambik gambar masuk jer tapak projek...siap tukar2 kad lagi...tu lah beza pemikiran pak guard dengan orang yang berpendidikan...walhal pak guard tu saya dah tunjuk kad pelajar pastu tunjuk kad kerja...tak bagi jugak...peerrraaaah!!!!

Thursday, September 3, 2009

Hani anak ayah...

Assalamualaikum w.b.t




Hani ni nak kata berseni sangat tidakler, nak kata tak berseni pun tidak! Tapi dia cukup gemar tulis2 pastu tampal sana-sini, dulu kecik2 tampal sticker merata satu rumah. Lepas kena tegur dengan jemaah Sri Lanka gigih saya cabut semua stickers tu.






Sejak 6 tahun ni dia mula buat benda lain pulak. Tulis-tulis dan tampal. Merata tempat dia tampal, bukan dia kisah. Pun banyak tempat yang dia tampal saya cabutkan. Dulu dia pakai gam, sejak dia terjumpa salotape saya dia mula buat kerja dengan salotape pulak. Kalau saya sorokkan salotape yang biasa tu, dia main ambik jer salotape apa kaler sekalipun.







Pastu dia lekatkan dengan pin pada polistrin tempat saya tampalkan tajuk2 assignment dan tarikh ajalnya ni. Tu dia tiru kartun dalam buku, dia tampal pastu siap lekatkan origami ikan kat bawah lukisan kartun tu! Ni yang agak baru jugaklah, tapi yang ni pun dia dah bukak, sekarang dia tampal poster doa dari majalah Ana Muslim. Sebelah atas kiri tu dia tampal doa ketika penyakit menular...cikgu edarkan kat tadika...bentuk love pulak untuk ayah....bahagian bawah tu dia tampal kertas yang dilipat2 jadik kapal...ntah apa2 hani ni...







Nak tengok apa dia tulis? Ni ha saya zoom kan, dia tulis, "ami kakak rasa kakak sayang sangat kak ami". Siap salah eja lagi kak yang dibold tu maksudnya kat [dekat]....kertas kecik sebelah kanan tu dia tulis nama saya dan nama ayahnya, dan nama dia, dari atas ke bawah....









Satu lagi habit dia sekarang, kalau mengadap pc main games, lepas tu mesti nak print hasil yang dia dah buat tu. Nak larang pun susah. Sebab semua dah buat sendiri, on pc, buka games, print...cuma sebelum on pc selalu dia minta izin, kadang tak izinkan tapi kalau dah merayu tu cair jugak ammmie nya ni. Selalu dia suka main games 2 girls...dress up, tapi sekarang saya suka paksa2 dia main games bentuk skill supaya otak dan tangan dia 'berjalan' sikit...Hani ni macam saya, mudah tension kalau main games skill tu..kalau kalah jer mulalah rasa nak hempas mouse tu..tu yang kadang dia bengang main games yg perlukan kepantasan..yerlah hani ni lembut orangnya [ni ayahnya selalu kata gitu, yerlah mungkin dibezakan dengan 7 anaknya yg lain]







Kalau ikutkan ayahnya, berseni orangnya, pandai melukis, tapi kalau ikut saya takdelah..saya praktikal orangnya. baru2 ni terpecah rahsia ayahnya masa kecik, hani ni w.pun pandai baca sejak 5 tahun, tapi sesekali dia akan salah buat huruf "k"...dia akan tulis terbalik. Tu yang saya sangat pelik, kiranya selalulah kena marah pasal huruf 'k' ni. Kalau ayahnya ada, waaahh bukan main cepat dipujuknya anaknya siap saya dimarah2 pulak kenapa garang sangat...







Saya pun apa lagi..menjawabler..."benda senang macam tu, basic sangat, pelajaran lain dah jauh ke depan tiba2 buat huruf 'k' terbalik?" Senyum2 jer ayahnya menjawab balik..... ayahnya kata..."keturunan". HAH??? keturunan???? Rupa-rupanya... Alkisah ayahnya masa kecik pun rajin buat huruf terbalik jadik selalu kena marah dengan cikgu....OOOOOOOOO besar oh saya siap gelak2 lagi....tulah dia faham macamana perasaan anaknya kena marah dengan saya....patutler genetic rupanya.....ingatkan rupa dan lesung pipit jer genetic yg dominan rupanya ada lagi yg diwarisi dari ayahnya....sian anak saya dapat genetic yang 'membebankan'...hahahaaaa






Hani yang teruja dapat makan bubur A&W semasa berbuka semalam...


Oh yer...petang semalam masa ambil hani dari tadika, cikgu pesan suh bawak Quran esok sebab esok Hani dah mula baca Quran. Walaupun dah lewat demi memberi sokongan dan sebagai penghargaan atas kejayaan naik Quran saya gagah jugak ke The Store semata-mata nak belikan Hani Quran dia sendiri w.pun hakikatnya saya tak masak lagi. Sampai rumah dah jam 7, sebab Hani nak beli bubur A&W pulak, dah dalam keter baru bagitau nak pulak Roti John...pastu boleh pulak tambah nak keropok lekor. Masa tengah menunggu Roti John buat lagi permintaan nak burger! Sekali kena dush dush dush dengan ammie baru senyap! Roti John jer dapat, yang lain masuk senarai dulu.





Balik rumah bergegas masak sup ayam sebelah, dan dapur sebelah lagi goreng ayam, sambil tunggu sup mendidih, terus masak ayam serai [resepi mak lang, tq]...api dapur tak padam lagi tengah mereneh, azan berkumandang. Secukup masa jer masak. Berbuka dulu dengan roti john, lepas solat makan nasik pulak. Sebelum solat sempat sms ayah suh call Hani sebab Hani teruja nak bagitau ayah dah naik Quran.





Lepas maghrib ayah called, cakap2 dengan hani, gelak2 gurau2...pastu saya sudah solat saya called back, pak haji bebel pulak katanya kenapa cepat sangat naik Quran...bla bla bukan senang nak jaga Quran, bolehker bebudak persiapkan diri ambil wudhu' sebelum baca, makhraj macamana, takut banyak bacaan yang salah. Kenapa tak baca muqaddam dulu macam kita...pastu tanya Juz amma Hani dah tau ker? Malas nak cakap banyak, cakap banyak pun kalah jugak...hanya bagitau, yang Hani majoriti juz amma dah hafal, siap tau makna lagi tu...sebab buku juz amma tu beserta maknanya sekali....sekarang tengah hafal Al Mauun..., dari segi makhraj dia boleh dah bezakan 1,2 dan 6 harkat. Dari segi tartil dan makhraj tu tentulah tak boleh kita nak samakan macam orang dewasa, saya cuma boleh kata, kita tak boleh harapkan cikgu semata2, lepas ni kena polish semula, lagipun dia baca quran kat tadika ni sampai hujung tahun jer, tahun depan dah darjah 1...sudahnya anak naik quran, saya pulak berdebat dengan ayahnya...ntahlah....sukar juga carik titik pertemuan...





Sabtu minggu depan insyaallah Hani akan interview untuk masuk Sekolah SERI Abim Seremban. Buat masa ni takde pilihan. Nak masuk sekolah rendah pun kena interview bagai...yerlah katanya kekosongan ada 60 tempat, 30 akan diisi oleh pelajar sedia ada yang bersekolah tadika di situ, jadik hanya 30 tempat jer untuk pelajar luar. Setakat ni saya pulak takde register mana2 sekolah rendah kerajaan pun untuk Hani, nak taknak kena sekolah swasta jugak....maka pilihan sekolah swasta yang ada kat area seremban ni ada 2, Seri Abim dengan Assaidiyyah. Saya pilih Seri Abim sebab sebelah dengan pejabat SPRM di Seremban, apa2 hal senang ramai kawan2 kat situ kalaulah saya kena posting ke HQ nanti. kalau posting di Seremban semula...kira takde hal sangat lah...


Wassalam

Wednesday, September 2, 2009

Memprotes dalam diam!

Assalamualaikum w.b.t


Saya tak tau berdosa ker tidak perbuatan saya ni. Kan pak haji jauh nuun di kelantan, kawasan rantau panjang. Agak pedalaman, takde liputan pulak kawasan tu katanya. Lepas kak aza balik hari tu ada 2/3 hari dia tak menghubungi dan juga tak dapat dihubungi.





Bila dah dapat bercakap tu, nampak gayanya macam takde modal nak bercakap pulak. Saya ni sejak lama dulu memang dah sedar diri saya ni...apa ada depan mata tu yg saya ingat, jauh dimata jauh dihati....lagi lama kau takde lagi aku lupa! gituler lebih kurang...





So sekarang ni bukan ajer lupa, malah saya paksa diri untuk lupakan laki saya tu. Geram kadang tu! Sebab hujung-hujung ni rasa geram plak bila fikir dia takde...terutama emosi agak2 kurang kawalan, memikirkan hal kak aza ni yang macam kecik ati dengan saya, sms tak balas...tak tau nak citer kat sapa....





So dah dua malam dia call saya tak jawab. Matikan diri...saya rasa dia tak syak apa2 sebab selalu sangat dia called dah melebihi jam 10 malam. saya ramadhan ni tido awal. Kalau jawab pun saya tak cakap apa2 dalam mamai2 tu hanya cakap kat dia esok saya call balik boleh, macam biasa dia faham benar dengan bininya ni, sejak2 belajar ni kalau dah tido hapa pun tak pedulik!.....kalau siang atau lepas maghrib saya layankan jer....





Semalam pulak kebetulan saya gi pejabat seharian, kemas bilik di pejabat, shred kertas2 tak pakai, serius gila babi banyak [8 tahun punya kerja sebagai IO dll, dapat pulak saya ni semua sayang nak buang takut penting & pakai kemudian hari] sib baik bawak Rika...penuh keter bawak balik semua doc & file yg penting utk rujukan kalau kerja tempat lain nanti].



Kemas tu sebab dengar2 macam ada bunyi2 DPP [utk state] nak masuk bilik saya [rumors jer kot] dan kebetulan pejabat saya pulak dapat pengarah baru semalam, so kenalah bagi kosong sekosong2nya bilik saya tu, manalah tau dia ada apa2 perancangan utk bilik tu w.pun bilik saya masih kosong dan juga post saya masih tak diisi sehingga sekarang [macam nak tunggu saya isi semula jer]...hmmm pengarah lama opsyen tau, dengar2 sebab tohmahan..huisshhh tensionlah tu...sampai pencen org tua tu...sian...



balik citer tadi, ..hp tertinggal kat rumah...pak haji ada called jugak...mesti dia fikir napa 3 hari tak jawab panggilan dan tak return call....hah..lantak...biar dia rasa pulak...lepas berbuka dia called lagi, pun tak jawab malas nak ambik hp kat depan. Lepas saya solat maghrib dia called lagi, ingat malas jugak nak jawab, rupanya hani yang terlebih rajin gi ambik hp tolong jawabkan!



Saya pun gaya orang malas nak cakap, dia tanya satu saya jawab satu...sepatah2 jer...bila macam tu pandai pulak dia tanya macam2, kalau saya banyak cakap dia asyik dengar dan jawab "hmmm...hmmm" tu jer jawabnya...sampai kita asyik dok tanya semula, "abang dengar tak apa wa cakap ni?"...dia jawab..."dengar..dengar...teruskan..." hishhkk kita nak dia komen bukan kita jer melapor. Tu yg boring nak jawab telefon tu...





Selalunya bila lama tak jumpa, masalah pada sayalah, saya mula boring, dan malas dah nak tanya soalan sama, abang buka apa hari ni, sahur apa, abang khidmat masak ker, sihat ker...jemulah tanya soalan2 camtu...kang bila tukar topik 'suami isteri' [SX] dia hanya mampu kata sabarlah tak lama lagi...lagi saya bengang...sekarang bukan isu SX jer macam muda2 dulu [yer sekarang rasa cam dah tua snagat dah..mood pun dah swing] ] tapi menjangkit isu rasa macam tak de kawan duk rumah ni...kelas dah kurang, kerja pun tidak...anak dah sekolah...takkan nak bercerita dengan maid si Rika tu pulak? Tambah2 dengan kak aza pun dah tak ber sms...



Sesekali membengang tu wajar jugak....takkan nak happy jer bila suami takde...hilang akal ker? Rasa cam nak marah diri sendiri jugak ni...atas sebab sifat saya yang jauh dimata jauh dihati tu....kalau ko balik esok tak per jugak, ni ada 12 hari lagi...kira 12 hari lagi rasa cam malas nak layan call lah...bukan ada apa modal nak cakap pun...kalau depan mata okayler...


Maka, malam tadi nak tido, saya sms..."JAUH DIMATA JAUH DIHATI". Tu jer, walaupun pendek dan ringkas, dia fahamlah tu, dah 3 bini takkan tu pun tak faham2....




Wassalam

Tuesday, September 1, 2009

Seriously...saya perlukan dua benda...

Assalamualaikum w.b.t





Rika kan banyak kali saya cakap, benda [makanan] kalau tak habis letak dalam peti ais. Hari tu beli kuih bakar, dia yang nak pun. dia tak letak fridge. Lepas tu tak makan2, sekali sahur ni saya tengok kuih bakar tu dah bsaha2 macam keluarkan air...takleh makanler dah. Pastu semalam masak sotong kicap, lebih dia tak letak jugak petu ais, subuh ni bangun siap basuh lagi..walhal saya last makan malam tadi ada baki kuahnya, sotongnya adaler sesikit.





Tu tak abis lagi tu...[ngumpat jer kerjanya yer] air lebihan berbuka pun tak disimpannya. Nak kata malas tak jugak budak ni, nak kata rajin sgt pun tidak jugak...biasa2 jer. Bulan puasa ni yerlah kan....makanan mesti ada, tabah pulak lebihan2 buat kuih pun nak kena simpan jugak. Bulan biasa takdelah macam tu sangat.





Saya faham masalah si rika ni, peti ais tu dah padat, tak muat dah! tu yang pagi ni saya tengok dah sepadat2nya fridge saya. Dah lama sedar dah fridge ni memang tak sesuai dah untuk kegunaan isi rumah. Yerlah pakai dah dekat 9 tahun, beli masa lepas kawin [2001] untuk kegunaan berdua. Sekarang dah berempat. Patut sekali gandalah. tambah2 saya pulak bukan kaki ke kedai beli barang basah ni, seminggu sekali jer, paling tinggi dua kali sebab nak beli sayur. Tu yg penuh tu.












Sedih tengok fridge ni....dahlah pintu tempat aisnya dah lama katam [rosak] dah...tak ingat lah bila. Orang zaman sekarang pakai yg takde fros ni. Saya masihlah guna yang berfros ni. Tu pasal [sebab fros] sampai pintu ni terkopak. Nak dibasuh selalu masalahnya ada ikan dalam tu. Ikan pun tak muat kalau letak dalam tupperware, kena beli plastik, bahagi2kan ikut yg nak masak pastu masuk plastik ikat getah barulah muat. Nak off suis lama2 ikan pulak tak elok nanti, tu tak masuk air meleleh kat bawah tu...2/3 minggu sekali baru saya cairkan fros ni...renyahlah jugak...awal puasa dah clearkan fros tu kejap jer dah tebal! Tambah2 pulak dapat maid 22 tahun memang takde inisiatiflah nak buat kerja...semua kena diarah dan dibantu!





Tu sebab saya perlukan sangat peti ais baru, yang dua pintu...kalau satu pintu ni, sebenarnya takleh letak ais kerim tapi semalam member dah mengidam nak aiskerim belilah jugak, tapi sure hari ni cair punya w.pun fros tebal gila. Dah survey yang dua pintu...memang luas, tapi nak kena kumpul duitler dulu..dekat2 dua ribu juga harganya...sebab sebelum2 ni tak rasa sangat peti ais ni memberi masalah. Cuma bila kak aza datang hari tu, macam2 stok makanan kena beli, baru rasa sempit. Tambahan lagi bulan puasa ni, sebab duduk rumah hari2 masak, kena ada jer stok lauk mentah lagilah rasa ruang terhad sangat...




Satu lagi benda yang saya perlu ialah kitchen kabinet. Barang2 dah tak tau letak mana dah. Kalau letak gambar sini harus pengsan! Tok datang hari tu geleng2 kepala dia tengok banyak barang...siap pesan kat kak aza "kau suruh salwa buat kitchen kabinet, senang letak barang2 baru nampak kemas". Dia tak tau saya pun pening, bersabar jer ni, bulan 04/2011 cukupler 5 tahun saya beli rumah ni, maksudnya ada setahun lebih jerlah lagi. Lepas tu saya bolehler mohon pinjaman pengubahsuaian rumah. Tulah untungnya kerja gomen...bolehler pinjam-meminjam ni....cuma kena tunggu 5 tahun baru boleh mohon. Kalau nak ubahsuai sendiri, agak rugi jugak...buat sesikit ubahsuai pastu tak puas hati nanti nyesal pulak....lagipun ada anak perempuan, kena rumah elok2, senang jaga aurat...dan juga bila rumah elok boleh niatkan untuk gunakan rumah untuk terima jemaah dan demi keselesaan jemaah...wahh ayat..nak cover adiri sendiri lah tu...



Bukan apa, agak rugi kalau nak buat kitchen kabinet kat ruang ni, sebab belakang banyak ruang tanah yg tak dimanfaatkan. elok tambah dapur sekali berserta kabinet dan stor kat belakang. Jadik bersabarlah dulu yer pn salwa...dah lama topik kitchen kabinet ni diperdebatkan kami suami isteri, ikut hati dah lama pasang dah....tapi asbab dengar cakap suami saya sabar jerlah tunggu setahun lebih lagi...meja letak oven tu pun tuan rumah lama dah buang kat belakang rumah saya pungut semula...ada jugak manfaatnya...



Ok, ni citer Hani....


Anak dara ni rajin tau...hari2 bangun sahur, tak missed dan tak ponteng puasa lagi....mula2 bangun mesti datang dapur dan mesti jugak sambung dua kerusi ni kasi ambik feel dulu, baring2...garu sana garu sini...pastu dah segar baru bangun basuh muka...pastu makan kadang suap sendiri selalunya sayaler menyuapkan dia sebab kalau tunggu dia suap alahai berapa suap jer dah macam orang malas nak makan....hari ni tak tauler, selera dia agak kacau...3 suap jer dia makan..maknya pun malas nak masak lauk kegemaran dia...

Saya jadik Papparazi subuh2 ....oh saya malulah saya belum basuh muka.....

Wassalam