Thursday, September 3, 2009

Hani anak ayah...

Assalamualaikum w.b.t




Hani ni nak kata berseni sangat tidakler, nak kata tak berseni pun tidak! Tapi dia cukup gemar tulis2 pastu tampal sana-sini, dulu kecik2 tampal sticker merata satu rumah. Lepas kena tegur dengan jemaah Sri Lanka gigih saya cabut semua stickers tu.






Sejak 6 tahun ni dia mula buat benda lain pulak. Tulis-tulis dan tampal. Merata tempat dia tampal, bukan dia kisah. Pun banyak tempat yang dia tampal saya cabutkan. Dulu dia pakai gam, sejak dia terjumpa salotape saya dia mula buat kerja dengan salotape pulak. Kalau saya sorokkan salotape yang biasa tu, dia main ambik jer salotape apa kaler sekalipun.







Pastu dia lekatkan dengan pin pada polistrin tempat saya tampalkan tajuk2 assignment dan tarikh ajalnya ni. Tu dia tiru kartun dalam buku, dia tampal pastu siap lekatkan origami ikan kat bawah lukisan kartun tu! Ni yang agak baru jugaklah, tapi yang ni pun dia dah bukak, sekarang dia tampal poster doa dari majalah Ana Muslim. Sebelah atas kiri tu dia tampal doa ketika penyakit menular...cikgu edarkan kat tadika...bentuk love pulak untuk ayah....bahagian bawah tu dia tampal kertas yang dilipat2 jadik kapal...ntah apa2 hani ni...







Nak tengok apa dia tulis? Ni ha saya zoom kan, dia tulis, "ami kakak rasa kakak sayang sangat kak ami". Siap salah eja lagi kak yang dibold tu maksudnya kat [dekat]....kertas kecik sebelah kanan tu dia tulis nama saya dan nama ayahnya, dan nama dia, dari atas ke bawah....









Satu lagi habit dia sekarang, kalau mengadap pc main games, lepas tu mesti nak print hasil yang dia dah buat tu. Nak larang pun susah. Sebab semua dah buat sendiri, on pc, buka games, print...cuma sebelum on pc selalu dia minta izin, kadang tak izinkan tapi kalau dah merayu tu cair jugak ammmie nya ni. Selalu dia suka main games 2 girls...dress up, tapi sekarang saya suka paksa2 dia main games bentuk skill supaya otak dan tangan dia 'berjalan' sikit...Hani ni macam saya, mudah tension kalau main games skill tu..kalau kalah jer mulalah rasa nak hempas mouse tu..tu yang kadang dia bengang main games yg perlukan kepantasan..yerlah hani ni lembut orangnya [ni ayahnya selalu kata gitu, yerlah mungkin dibezakan dengan 7 anaknya yg lain]







Kalau ikutkan ayahnya, berseni orangnya, pandai melukis, tapi kalau ikut saya takdelah..saya praktikal orangnya. baru2 ni terpecah rahsia ayahnya masa kecik, hani ni w.pun pandai baca sejak 5 tahun, tapi sesekali dia akan salah buat huruf "k"...dia akan tulis terbalik. Tu yang saya sangat pelik, kiranya selalulah kena marah pasal huruf 'k' ni. Kalau ayahnya ada, waaahh bukan main cepat dipujuknya anaknya siap saya dimarah2 pulak kenapa garang sangat...







Saya pun apa lagi..menjawabler..."benda senang macam tu, basic sangat, pelajaran lain dah jauh ke depan tiba2 buat huruf 'k' terbalik?" Senyum2 jer ayahnya menjawab balik..... ayahnya kata..."keturunan". HAH??? keturunan???? Rupa-rupanya... Alkisah ayahnya masa kecik pun rajin buat huruf terbalik jadik selalu kena marah dengan cikgu....OOOOOOOOO besar oh saya siap gelak2 lagi....tulah dia faham macamana perasaan anaknya kena marah dengan saya....patutler genetic rupanya.....ingatkan rupa dan lesung pipit jer genetic yg dominan rupanya ada lagi yg diwarisi dari ayahnya....sian anak saya dapat genetic yang 'membebankan'...hahahaaaa






Hani yang teruja dapat makan bubur A&W semasa berbuka semalam...


Oh yer...petang semalam masa ambil hani dari tadika, cikgu pesan suh bawak Quran esok sebab esok Hani dah mula baca Quran. Walaupun dah lewat demi memberi sokongan dan sebagai penghargaan atas kejayaan naik Quran saya gagah jugak ke The Store semata-mata nak belikan Hani Quran dia sendiri w.pun hakikatnya saya tak masak lagi. Sampai rumah dah jam 7, sebab Hani nak beli bubur A&W pulak, dah dalam keter baru bagitau nak pulak Roti John...pastu boleh pulak tambah nak keropok lekor. Masa tengah menunggu Roti John buat lagi permintaan nak burger! Sekali kena dush dush dush dengan ammie baru senyap! Roti John jer dapat, yang lain masuk senarai dulu.





Balik rumah bergegas masak sup ayam sebelah, dan dapur sebelah lagi goreng ayam, sambil tunggu sup mendidih, terus masak ayam serai [resepi mak lang, tq]...api dapur tak padam lagi tengah mereneh, azan berkumandang. Secukup masa jer masak. Berbuka dulu dengan roti john, lepas solat makan nasik pulak. Sebelum solat sempat sms ayah suh call Hani sebab Hani teruja nak bagitau ayah dah naik Quran.





Lepas maghrib ayah called, cakap2 dengan hani, gelak2 gurau2...pastu saya sudah solat saya called back, pak haji bebel pulak katanya kenapa cepat sangat naik Quran...bla bla bukan senang nak jaga Quran, bolehker bebudak persiapkan diri ambil wudhu' sebelum baca, makhraj macamana, takut banyak bacaan yang salah. Kenapa tak baca muqaddam dulu macam kita...pastu tanya Juz amma Hani dah tau ker? Malas nak cakap banyak, cakap banyak pun kalah jugak...hanya bagitau, yang Hani majoriti juz amma dah hafal, siap tau makna lagi tu...sebab buku juz amma tu beserta maknanya sekali....sekarang tengah hafal Al Mauun..., dari segi makhraj dia boleh dah bezakan 1,2 dan 6 harkat. Dari segi tartil dan makhraj tu tentulah tak boleh kita nak samakan macam orang dewasa, saya cuma boleh kata, kita tak boleh harapkan cikgu semata2, lepas ni kena polish semula, lagipun dia baca quran kat tadika ni sampai hujung tahun jer, tahun depan dah darjah 1...sudahnya anak naik quran, saya pulak berdebat dengan ayahnya...ntahlah....sukar juga carik titik pertemuan...





Sabtu minggu depan insyaallah Hani akan interview untuk masuk Sekolah SERI Abim Seremban. Buat masa ni takde pilihan. Nak masuk sekolah rendah pun kena interview bagai...yerlah katanya kekosongan ada 60 tempat, 30 akan diisi oleh pelajar sedia ada yang bersekolah tadika di situ, jadik hanya 30 tempat jer untuk pelajar luar. Setakat ni saya pulak takde register mana2 sekolah rendah kerajaan pun untuk Hani, nak taknak kena sekolah swasta jugak....maka pilihan sekolah swasta yang ada kat area seremban ni ada 2, Seri Abim dengan Assaidiyyah. Saya pilih Seri Abim sebab sebelah dengan pejabat SPRM di Seremban, apa2 hal senang ramai kawan2 kat situ kalaulah saya kena posting ke HQ nanti. kalau posting di Seremban semula...kira takde hal sangat lah...


Wassalam

5 comments:

Cool said...

adik sedara ada belajar kat Assaidiyyah

Hanisumayyah said...

Jiji...


Camana okay ker? Belajar situ berasaskan hafazan Quran kan? Anak tiri perempuan pun dulu belajar situ jugak, cuma dia bagitau akak pengurusan dan kebersihan kat situ agak kurang memuaskan, tu yang berfikir2 nak hantar tu...

MOKCIK AZWA said...

Comel betul la hani ni..tambah lagi ada lesung pipit kat pipi tu..memang geram nengok...hhehe

perkara biasala tu salwa budak2 selalu tersilap antara 'b' dgn 'd' atau seangkatan dengannya...bila dah besar sikit ok la tu..

tergelak saya baca jawapan komen kat entry lepas..saya suka semangat salwa tu..memang seorang IO yang sangat cekap dan berpengalaman. mokcik memang jenis yang selagi tak 'terpaksa' susah nak buka mulut minta tolong huhuhu...nanti saya emelkan ya.

payarumput21 said...

Salam WA...

Senyum akak baca hal hani menulis terbalik..

Mungkin pak aji kata keturunan.. but.. di kalangan kanak2.. perkara biasa.. terbalik menulis a, b, d, c, p, k, q.. kalau ditanya cikgu tadika, tahun 1 & 2.. Jawapannya.. BANYAKKKK :)

But as they grow up.. akan ok.. tak perlu marah2.. hehehe..

Hanisumayyah said...

Azwa...


Saya tunggu emailnya...



Kak Isma..

Tulah saya ni pengharapan pada anak tu terlampau tinggi...kadang kesian kat dia..hehehee