Assalamualaikum w.b.t
Semalam kan saya terpaksa balik lambat. Mula meeting pun dah jam 5.30 petang habisnya harus mencecah 7 malam....
Meeting tanpa agenda ni macam tu ler.... tapi meeting punyalah lama..dengan macam2 alternatif yg dikemukakan oleh prof komunikasi dari IPTA dua orang dengan dato' lain..semua pangkat besar yg pangkat kecik saya dan has, dia baru kerja 9 bulan budak masscomm UIA...memang talented orangnya.....so kami ni memang tak bersuara langsung ler....diam dan angguk2 dan geleng2 jerlah....meeting dengan JUSA2 ni camtuler, kita ni kena jadik cam kuli jer....
Tapi kuciwa gak....petang tadi berita keluar masih gak cara paparan berita tentang SPRM negatif....banyak cakap hal lain tapi warning sek 29(4) yang di fokuskan...
Ok tu takper..tutup cerita saya malas nak pening kepala fikir ...
Semalam kan plan utk hadir meeting tu adhoc jer so hani memang jadi satu masalah. sapa nak ambik dia?
Sebab dah takde alternatif lain, ada juga call mak ros tapi tak dapat...call suami, dia kat hospital ada appoinment....
nak taknak saya terpaksa call mama Nik Azween, kawan yang ada gambar duduk sebelah hani dalam entry sekolah tu. Entah macamana dalam banyak2 nombor mama2 yg hadir hari orientasi tu saya terperamah dengan mama aween ni. lagipun taman dia duduk tu atas taman saya jer..memang dia lalu kat taman saya utk ken taman dia tu.
Lagipun saya tau mama aween housewife. Memang gamble jer saya call dia dan terus minta tolong ambikkan hani masa dia ambik aween.
Dia pun nampak gayanya tak keberatan. Okay jer cuma katanya aween sebelah petang ayah dia yang ambil, saya pun terus setuju jer yerlah sebab dah takde pilihan....
Pastu dalam sibuk2 petang tu ada call dari ayah aween, hani nak cakap...saja ayah aween bagi hani cakap dengan saya sebab saya memang dah pesan dengan hani jangan ikut sesapa pun. Memang dia terkejut bila ayah aween yang nak ambik dia....
malamnya fuuuuhhh banyak nak citer cabaran dan rintangannya ni tapi malasnya ya rabbi nak taip ni. Pendeknya jam 9 lebih saya ambik hani, memang letih pecut dari putrajaya....singgah KFC beli satu barrel KFC nak bagi kat adik beradik aween.
hani malam tu pakai punyalah seksi baju aween dengan rambut panjang tersisir rapi dah macam bukan anak saya dah. baju gown barbie paras lutut sleeveless, tali halus.....seksi sungguh....kat rumah tak kisahlah ni kat rumah orang!
Sempatlah borak2...masyaallah rupanya ayah si aween ni state DPP n9 pulak dah....tulah malunya lah hai...main letak2 anak suka suki rupanya rumah dpp state....
Rumah memang grand jugaklah....keter pun boleh tahan jugak brand nya....saya masuk2 bibik yang sambut bagitau hani dah makan dah...
Pastu sambil berdiri jer saya borak2 dengan mama dan ayah aween....dia bertanya tentang dpp yang ada di SPRM dan juga PO yang ada kat N9...adalah jugak topik nak bercerita sekejap tu....
Tapi saya memang malulah....macam tak ambil berat hal anak, main2 campak jer mana2 suka....
Hani cerita ayah aween tanya ayah dia kerja apa? Hani jawab "ayah tak kerja"...siap ayah aween terbeliak mata macam tak percaya ayah hani tak kerja...yang hani plak tak cerita ayah sakit dah pencen....bila tanya ayah mana, pastu siap hani cerita ayah ada 3 isteri tapi satu dah berpisah...ayah takde kat sini, ayah ada kat rumah isteri yang satu lagi tu....
Punyalah pandai dia cerita semua rahsia...yang mama aween siap puji hani pandainya cakap....pastu hani memang seronok sangatlah...hari ni minta lagi nak gi rumah aween pulak....
Mama aween ada telafon hari ni dia offer katanya boleh ajer kalau nak letak hani rumah dia sementara saya balik kerja, tapi saya malulah kan.....bukan calang2 orang kita main nak letak jer kat situ....
Mama aween kesian kat hani pasal hari2 balik lambat tunggu saya....takut apa2 berlaku....banyak dan panjang kami bercakap tadi.... memang betul apa dia cakap tu.
hari ni lagi haru, dek kerana macam citer negetif keluar kat internet kami kenalah monitor dan lapor....kena baca komen2 semua tu.....stay back kejap pastu saya chow jer sebab dalam kepala terbayang2 hani tunggu tertonggok sorang2.....jam 7 baru sampai depan sekolah dia. Mujur hari ni ada ko k, ramailah lagi kat sekolah tu.....
Sekarang ni sementara tunggu saya sampai dia akan call saya guna public phone, ada kakak tolong masukkan duit katanya. Yerlah dia manalah sampai lagi....
Saya rasa kan hani ni cukuplah berdikari....tak pernah nangis lagi setakat ni....dan dia ada gak cerita beberapa budak kelas dia nangis...hilang pemadam nangis, gaduh pun nangis...hani balik dok cerita pastu gelakkan kawan2 dia....
Pastu lagi satu benda yang dia teruja, ialah membeli barang sendiri. Yerlah hari2 dapat duit RM3.....hari ni dia beli kad RM 1 sekeping bagi saya tulis kat situ yang dia...tak pernah lagi bawak baki duit hari2 habis...
Wassalam
!~hidup memang penuh ujian, tapi percayalah Allah maha adil, maha pengasih lagi penyayang, setiap ujian itu pasti ada hikmahnya, sabar, minta dan harap hanyalah pada Allah, setiap yang diberi itulah yang terbaik sesuai pada masanya, tidak lewat dan tidak cepat barang sesaat pun ~!
Wednesday, January 13, 2010
Minta pandangan
Assalamualaikum w.b.t
Hidup sangat mengusutkan sekarang.
Berulang tu satu hal. Boleh handle lagi. takde masalah besar!
Kecuali duit jerlah...tu kena ikat perut sikitlah.
Juga dalam proses nak guna NGV kat keter yg nak berulang tu.
Masalahnya Hani!
Satu. Kesian kat dia hari2 datang seawal 6.30 pagi kat sekolah.....semalam dia budak kedua yg datang. sorang lagi tu lelaki. Pengawal adalah....
Tapi semalam, saya kena hadir mesyuarat dengan top manangement....3 dato' teratas campur dato' ketua bahagian saya.
Juga bersama prof bahagian komunikasi dari UKM dan UiTM.
Teruk juga kerja bahagian ni. Ingatkan senang.
Dia tak stress macam siasatan tapi stress kut lain plak.
Terutama dalam imej SPRM yang agak down sekarang.
Macam2 strategilah pulak kena guna.
Esok PC...semalam bincang 2 jam apa nak cakap kat wartawan...dengan bantuan dua prof tu ler....
Saya kuli jer ...mencatat dan merakam apa yang dibincang...
Dan juga sediakan slide utk exclusive interview pagi ni....
Yang best kat HQ ni saya ada banyak boss atas saya, kami ni diletak bawah pejabat KP terus .....saya jadik kuli batak jer....tapi penat tau....ada jer arahan baru...
Rupanya unit saya ni baru awal tahun ni tubuh jer dan baru aktif dengan mendadak nya ...lepas kes Teoh beng Hock tu baruler khabarnya unit ni dikerah buat kerja mati2an....distruktur semula, dibesarkan dan tiba2 saya lak datang...memang jenuhlah kan...
Eh...
saya nak minta pandangan patutkler saya pindah putrajaya..hidup berdua dgn hani.
Dah tanya Hani dia taknak.
Penat nak cari kawan baru katanya. Kawan2 kat sini semua dah sesuai...
Pastu masalah sekolah. Saya nak kekalkan hani sek agama. SRI Abim hanya ada di Sungai ramal jer..jauh tak dengan putrajaya?
kalau says sewa bilik jer kat p.jaya dan serah hani pada kak aza camana pulak?

Tuesday, January 12, 2010
Azam 2010 dan 1431 hijriah
Assalamualaikum w.b.t
Dah lama dah nak buat entry azam tahun baru maal hijrah dan masihi ni. Kesempatan jer kurang. Dan dalam amsa terdekat ni azam tu dah pun ada yang berjalan..sedikit2 saya mencuba mencapainya....
Hidup kita ni pun bukannya lama, entah esok lusa tak taulah dah dipanggilnya. Makanya kenalah azam yang berjangka panjang, maksudnya azam untuk kebahagian hidup di sana. kalau setakat azam hidup di dunia ni, takat hidup 60/70 tahun apa kelas? kejap jer 60/70 tahun tu..pejam celik dah mati ..... dan ada tamsilan mengatakan kematian ni adalah sesingkat antara salam kanan dan salam kiri selepas solat.
Dan ada juga mengatakan mati adalah antara satu kelipan mata antara tutup dan buka....dan pastinya hidup ni sangat-sangatlah sementara. Rumah yang ada kita duduk ni pun sekadar hotel persinggahan, bila2 masa boleh dipanggil utk check out.... dan apa yang ada pada kita pun hanyalah bersifat pinjaman yang sementara...hatta wajah yang cantik dan tubuh yang indah menggoda pun hanyalah pinjaman.
Dan pastinya mati itu pasti, cuma kadang2 kita terlupa dan terleka utk buat persiapan. bayangkanlah kalau kita kerja...dan boss bagitau kita yang kita kena attend long term course di luar negeri tapi tarikhnya kita tak tau yang pasti boss dah bagitau kita yang kita pasti akan dihantar ke sana. Cepat atau lambat jer....Sekurang-kurangnya kita akan buat persiapan kan?
Macam tulah kita hidup didunia, allah dah beritahu yang hidup ni sementara, bila2 masa allah akan panggil dan ambil nyawa kita..betulkan? Tapi kita jer rasa macam jauh jer....kita leka dan lalai dengan keseronokan dunia. Saya bukan cakap utk orang lain ni, saya cakap utk diri saya lah ni...
Tu ebab tahun yang mendatang ni saya azam dan azam ni bukan maksudnya saya nak cakap saya baik tapi azam ni semacam satu doa utk diri sayalah ni...bila kita letakkan azam, maka sekaligus Allah akan bagi dorongan dan kekuatan utk kita capai perkara tu....tu ebab pentingnya azam ni.
Tahun2 lalu azam saya pun lebih kurang macam ni jugak taka jauh beza, tapi tahun2 lalu kekuatan nak perbaik azam tu tak begitu bagus. Tu sebab saya buat lagai azam2 seangkatan dengannya.
Ni senarai azam saya tahun ni;
1. Nak jaga solat 5 waktu dengan sempurna
pada sayalah jaga solat tu maksudnya saya nak solat awal waktu, nak pastikan solat2 nawafil (iring waktu) yang muakkad saya buat...sebab solat sunat ni selalu turun naik, kalau nak buat tu buat jer..tapi kalau datang malas tu selalu saya miss...lemah betul iman ni....dan azam ni berkembang sikit tahun ni dimana saya nak pastikan setiap bacaan tu bukan sahaja saya tau maknanya tapi saya hayati dan meresap setiap bait dalam perbuatan sembahyang tu..saya nak pastikan setiap lafaz perbuatan dan pergerakan saya disertai dengan sifat kehambaan sehingga merasa yang dalam solat kita Allah memerhati dan bersama kita.
2. Saya nak istiqamah mengaji dan tahajud
Mengaji ni memang kalau taka kena dengan keazaman dan kekuatan semangat memang malas nak mengaji. Saya cakap sayalah ni....Nak khatam satu quran kadang melewati setahun..melampau betul.....tapi tahun ni saya azam betul2 yang saya akan tunaikan hak quran untuk khatam dua kali setahun (sekurang2nya). Buat masa ni, nak habiskan satu juz memang agak payahlah dengan badan letih, mata ngantuk sebab siang dah pulun bekerja dan memandu ulangalik eremban putrajaya banyak meragut masa dan tenaga saya....jadi sejak kerja ni saya hanya dapat ngaji 4 surah antara maghrib dan isyak, Al Mulk, Sajadah. Yasin dan Waqiah..tu jer yg mampu....anda pun kalau nak baca elok baca....sunnah baca Mulk sajadah sebelum tidur...yasin dah sahlah kena baca hari2...dan waqiah kalau nak murah rezeki....pastu kalau ada masa barulah saya dapat teruskan baca quran yang saya mula dari keluar hari tu...tak khatam2 lagi...hishhh lemah betul....
3.Menutup aurat dengan sempurna
Buat masa ni memanglah saya tutup aurat tapi sangatlah tidak sempurna. Maksud saya pakaian saya dengan warna warni, tudung yang tidak dilabuhkan. Bentuk badan dan buah dada pun masih nampak kalau dipandang betul2....memang rasa malu sangat dengan Allah pasal main2 dalam jaga syariat ni. Bukan tak tau dosa pahala tapi tulah banyak sangat alasan nak tutup aurat dengan sempurna ni. Saya cakap ni masa waktu bekerja lah. Setakat ni kalau keluar selain waktu kerja saya takde masalah..memang uniform saya jubah hitam yang longgar dengan selendang hitam besar yang menutup dada dan punggung insyaallah..... Cuma nak istiqamah berpurdah selain waktu kerja tu takde kekuatan lagi. Saya berdoa agar diberi kekuatan satu masa nanti. Purdah saya pakai hanya ketika saya ke majlis taklim mingguan dan kalau saya menziarah jemaah2 yg datang ke sini....
4. Jaga zikir dan tambah ilmu
Hal ni memang hal yang saya paling lemah lemah dan lemah sekali....paling koman pun patutnya kena zikir subhanallah walhamdulillah tu 100x pagi dan petang tapi yg ni selalulah lupa, pastu kena gak zikir nabi yunus masa dalam perut ikan nun..lailahaillahanta subha....pun selalu lupa bila ingat saya bacalah..selalu jer lompong 100x pagi dna petang ni..yang saya istiqamah cuma tasbih fatimah jer setakat ni...elok baca lepas solat 5 waktu dan sebelum tidur...kta rasulullah kalau abaca sebelum tidur esoknya bangun kita akan ada kekuatan seperti seorang hamba....ilmu pulak, saya memang cadang nak belajar, belajar bahasa Arab terutamanya, yerlah senanag nak faham bahasa dalam syurga tu nanti....lagipun baca quran adalah nilai tambah sikit....nak juga belajar semula fardhu2 ain ni..supaya amal kita seperti wudhu solat dapat diperbaiki...dah saya sendiri ada azam nak membaca hal2 berkiatan muamalat munakahat muasyarat....banyak lagi tak tau sebab kita ni bukan sekolah aliran agama kan...membaca sekadar utk menambah pengetahuan...
5. didik hani cara sunah
yang ni memang saya azam dan dah mulakan pun. Cuma sepenuhnya tu takdelah....saya sendiri pun belajar buat semua benda yang sunah suruh walaupun sekecil2 benda. kalau ikut cara nabi insyaallah berjaya....dunia dan akhirat. Benda kecik yg kami dua beranak cuba istiqamah sejak awal tahun hari tu makan bentang saprah....pastu bersugi guna kayu siwak, makan tutup kepala, saya plak masak tutup kepala....minum hanya selepas atau sebelum makan....dan hani pun sekarang istiqamah mengaji setiap lepas maghrib dan dah mula solat sunat iring waktu....dan saya dah mula menyediakan mental dan fizikal dia untuk menjadi seorang hafizah dan nampak gayanya dia dah mula membayangkan semua2 benda tu....dan hani dah lama minta purdah...bagi saya permulaan yang baik..nanti saya buatkan dan kalau ke majlis taklim dia nak tutup aurat penuh juga, nak pakai stokin....harapa anak tunggal saya ni dapatlah menjadi anak solehah dan boleh doakan ibu ayah dalam kubur nanti...
okay..nak siap2 gi kerja dah ni.....

Saturday, January 9, 2010
Gambar Hani masuk Darjah 1
Assalamualikum w.b.t
Pengalaman Hani masuk darjah 1 adalah kenangan indah dan sangat manis buat dia....walaupun pada saya pengalaman menghantar dia agak kelam kabut kerana saya dah mula kerja di Putrajaya...jadik saya tak sempat sangat nak menghayati perasaan indah tu bersama-sama dia.
Pada hari pertama hantar dia tu, okaylah juga sebab saya ambil cuti. tapi perasaan indah tu pun sebenarnya dah tak berapa real sangat sebab pada hari sabtu, 2 Januari (sabtu) sekolah dia dah adakan majlis orientasi untuk darjah 1. Jadik keseronokan dan keterujaan tu dah terasa masa hari sabtu tu...
hari sabtu tu saya dan pak hj hantar dia ke sekolah, masa tu dah ramaaaai sangat orang sebab orientasi tu termasuk untuk pra sekolah. Darjah satu jer ada 160 orang pelajar yg berjaya dalam interview, ada 4 kelas, asalnya darjah 1 ada 3 kelas pada tahun2 sebelum ni, tapi tahun ni ditambah satu lagi kelas....sebab ramai ibu bapa yg gagal merayu utk tempatkan juga anak2 mereka....masa interview hari tu ada lebih 200 yang hadir...jadinya ramai jugaklah yang gagal....
Hari isnin 4 januari tu saya hantar hani sorang jer sebab ayahnya dah balik ke PD nak pujuk Zubair yang mati2 taknak sekolah. Akhirnya dengar cerita sekolah juga dia...tabika KEMAS jer....hani ada bercakap telefon dengan dia katanya sedap giler sekolah kat situ....yerlah kot sebab sekolah tu banyak main dan makan jer agaknya...hahahahaa pesimis betul saya ni kan?
eh..saya ada banyak cerita tentang hubungan saya dan Aza tapi saya tangguhkan dululah yer....siap saya nangis2 lagi depan pak haji..hubungan kami makin kronik nampak gayanya....perang dingin dalam diam!
balik cerita hal hani...gambar ni adalah gambar hari pertama isnin 4 januari tu, dalam kereta dengan beg baru...sengaja saya beli beg kaler grey....hani pun mengikut jer...asalnya dia pandang2 juga beg kaler pink...dengan tema princess lah, tora the adventures lah....pooh lah...tapi lepas saya cakap, "beg2 macam tu ada gambar tak ikut sunnah...kalau tak ikut sunnah kita takkan dapat kejayaan dalam hidup..." terus dia faham dan saya pun pilihkan beg ni...tapi ada jugak gambar tikus kat bawah tu, tapi gambar tu tak jelas sangatlah...
tapi hani taknak beg beroda...hal beg ni ada cerita lain plak....nanti saya cerita..beg ni takleh pakai lama pulak dah..sebab buku2 hani rupanya terlampau banyak...kena juga beg beroda...

Turun kereta ambil gambar lagi...jauh parkingnya ni...maklumlah hari pertama mak ayah semua pun nak tengok anak masing2 dalam kelas....oh yer sekolah hani semua serba purple...kasut hitam

Ni dalam kelas, tahun ni dimaklumkan kelas ni asalnya darjah 2 punya tapi sebab darjah satu dah bertambah satu kelas terpaksa ambil alih kelas ni jadikan kelas darjah satu...jadik keceriaan kelas adalah kurang....kelas darjah satu lain ada yg ada tiles dan ada yang dah siap pasang tikar getah dan kena letak kasut di luar...buat murid darjah 1 meja dan kerusi semuanya baru...dan bayaran utk meja kerusi ni dibayar oleh ibu bapa....nanti kalau habis/berhenti sekolah boleh ambil bawak balik....dan semua kelas disekolah ni ada kemudahan aircond...maklumlah sekolah dari jam 7.30 sampai 4.30 petang....masak budak2 ni kalau takde aircond...mesti berpeluh ketiak busuk masam....hani duduk depan sekali..ada 35 pelajar dlm kelas ni sama banyak lelaki dan perempuan...

Ni hani dengan kawan sebelah dia....Nik Azween nama budak ni...aktiv dan talkative..cerdik budaknya...dan hani cerita aween ni hari2 dalam kelas berdiri kat depan tepuk tangan kuat2 suruh budak dalam kelas semua diam...dia anggap diri dia macam ketua kelas....berani sungguh dia nih!
Hari tu mak dia called saya, saya dan beberapa mak ayah budak sekelas hani bertukar2 nombor telefon...jadiknya ada jugaklah berbual2 dalam hp perihal anak masing dan kalau ada apa2 hal nak tanya ker...rupanya mak dia cerita kat tadika aween ni ketua kelas...cheeky betul aween ni...geram saya tengok...

Masa dalam kereta, masa ni jam 7.00 pagi....dah agak jem dengan kereta juga, masa kat trafic light...sempat lah jugak bergambar...

Bawah ni pulak sebelah petang masa ambik hani balik sekolah, selekeh sungguh dengan tudung saya tak sempat jahit utk matchkan saiz muka dia....tu yg nampak scarf dan anak2 rambut...kononnnya nak carikan tudung macam aween jenis getah aa awning macam tudung ariani tu,,,sebab kemas jer aween pakai tudung tu...rupanya tanya aween katanya tudung tu mak dia tempah kat butik 'pearl haya' kat senawang.....kenalah juga tempah nampak gayanya lepas ni....

Bawah ni pulak gambar balik sekolah hari ke 3 (rabu), 6.45 baru sampai sekolah dia...dekat dua jam dia tunggu saya...tudung subuh2 saya dah jahit kecikkan bahagian muka, mas atu dia tak bangun lagi...dah terketat pulak....tu yang kedepan sangat tudung tu...hani jarang pakai tudung adjust sendiri ni tu yg senget benget bukan reti dia nak betulkan...

Masuk keter baru teringat nak minum bekal air...muka pun selebet jer...yerlah dua jam berpeleseran tunggu ammie dan mesti berlari2 main masa tunggu tu.....baju sekolah dia kat belakang bahagian punggung bukan main kotor..mana ntah dia duduk agaknya? tangan baju pun hitam...

Tu jerlah gambar hani...nanti cerita lagi...

Subscribe to:
Posts (Atom)