Tuesday, January 12, 2010

Azam 2010 dan 1431 hijriah

Assalamualaikum w.b.t


Dah lama dah nak buat entry azam tahun baru maal hijrah dan masihi ni. Kesempatan jer kurang. Dan dalam amsa terdekat ni azam tu dah pun ada yang berjalan..sedikit2 saya mencuba mencapainya....





Hidup kita ni pun bukannya lama, entah esok lusa tak taulah dah dipanggilnya. Makanya kenalah azam yang berjangka panjang, maksudnya azam untuk kebahagian hidup di sana. kalau setakat azam hidup di dunia ni, takat hidup 60/70 tahun apa kelas? kejap jer 60/70 tahun tu..pejam celik dah mati ..... dan ada tamsilan mengatakan kematian ni adalah sesingkat antara salam kanan dan salam kiri selepas solat.





Dan ada juga mengatakan mati adalah antara satu kelipan mata antara tutup dan buka....dan pastinya hidup ni sangat-sangatlah sementara. Rumah yang ada kita duduk ni pun sekadar hotel persinggahan, bila2 masa boleh dipanggil utk check out.... dan apa yang ada pada kita pun hanyalah bersifat pinjaman yang sementara...hatta wajah yang cantik dan tubuh yang indah menggoda pun hanyalah pinjaman.





Dan pastinya mati itu pasti, cuma kadang2 kita terlupa dan terleka utk buat persiapan. bayangkanlah kalau kita kerja...dan boss bagitau kita yang kita kena attend long term course di luar negeri tapi tarikhnya kita tak tau yang pasti boss dah bagitau kita yang kita pasti akan dihantar ke sana. Cepat atau lambat jer....Sekurang-kurangnya kita akan buat persiapan kan?





Macam tulah kita hidup didunia, allah dah beritahu yang hidup ni sementara, bila2 masa allah akan panggil dan ambil nyawa kita..betulkan? Tapi kita jer rasa macam jauh jer....kita leka dan lalai dengan keseronokan dunia. Saya bukan cakap utk orang lain ni, saya cakap utk diri saya lah ni...



Tu ebab tahun yang mendatang ni saya azam dan azam ni bukan maksudnya saya nak cakap saya baik tapi azam ni semacam satu doa utk diri sayalah ni...bila kita letakkan azam, maka sekaligus Allah akan bagi dorongan dan kekuatan utk kita capai perkara tu....tu ebab pentingnya azam ni.


Tahun2 lalu azam saya pun lebih kurang macam ni jugak taka jauh beza, tapi tahun2 lalu kekuatan nak perbaik azam tu tak begitu bagus. Tu sebab saya buat lagai azam2 seangkatan dengannya.


Ni senarai azam saya tahun ni;

1. Nak jaga solat 5 waktu dengan sempurna
pada sayalah jaga solat tu maksudnya saya nak solat awal waktu, nak pastikan solat2 nawafil (iring waktu) yang muakkad saya buat...sebab solat sunat ni selalu turun naik, kalau nak buat tu buat jer..tapi kalau datang malas tu selalu saya miss...lemah betul iman ni....dan azam ni berkembang sikit tahun ni dimana saya nak pastikan setiap bacaan tu bukan sahaja saya tau maknanya tapi saya hayati dan meresap setiap bait dalam perbuatan sembahyang tu..saya nak pastikan setiap lafaz perbuatan dan pergerakan saya disertai dengan sifat kehambaan sehingga merasa yang dalam solat kita Allah memerhati dan bersama kita.

2. Saya nak istiqamah mengaji dan tahajud
Mengaji ni memang kalau taka kena dengan keazaman dan kekuatan semangat memang malas nak mengaji. Saya cakap sayalah ni....Nak khatam satu quran kadang melewati setahun..melampau betul.....tapi tahun ni saya azam betul2 yang saya akan tunaikan hak quran untuk khatam dua kali setahun (sekurang2nya). Buat masa ni, nak habiskan satu juz memang agak payahlah dengan badan letih, mata ngantuk sebab siang dah pulun bekerja dan memandu ulangalik eremban putrajaya banyak meragut masa dan tenaga saya....jadi sejak kerja ni saya hanya dapat ngaji 4 surah antara maghrib dan isyak, Al Mulk, Sajadah. Yasin dan Waqiah..tu jer yg mampu....anda pun kalau nak baca elok baca....sunnah baca Mulk sajadah sebelum tidur...yasin dah sahlah kena baca hari2...dan waqiah kalau nak murah rezeki....pastu kalau ada masa barulah saya dapat teruskan baca quran yang saya mula dari keluar hari tu...tak khatam2 lagi...hishhh lemah betul....


3.Menutup aurat dengan sempurna
Buat masa ni memanglah saya tutup aurat tapi sangatlah tidak sempurna. Maksud saya pakaian saya dengan warna warni, tudung yang tidak dilabuhkan. Bentuk badan dan buah dada pun masih nampak kalau dipandang betul2....memang rasa malu sangat dengan Allah pasal main2 dalam jaga syariat ni. Bukan tak tau dosa pahala tapi tulah banyak sangat alasan nak tutup aurat dengan sempurna ni. Saya cakap ni masa waktu bekerja lah. Setakat ni kalau keluar selain waktu kerja saya takde masalah..memang uniform saya jubah hitam yang longgar dengan selendang hitam besar yang menutup dada dan punggung insyaallah..... Cuma nak istiqamah berpurdah selain waktu kerja tu takde kekuatan lagi. Saya berdoa agar diberi kekuatan satu masa nanti. Purdah saya pakai hanya ketika saya ke majlis taklim mingguan dan kalau saya menziarah jemaah2 yg datang ke sini....


4. Jaga zikir dan tambah ilmu
Hal ni memang hal yang saya paling lemah lemah dan lemah sekali....paling koman pun patutnya kena zikir subhanallah walhamdulillah tu 100x pagi dan petang tapi yg ni selalulah lupa, pastu kena gak zikir nabi yunus masa dalam perut ikan nun..lailahaillahanta subha....pun selalu lupa bila ingat saya bacalah..selalu jer lompong 100x pagi dna petang ni..yang saya istiqamah cuma tasbih fatimah jer setakat ni...elok baca lepas solat 5 waktu dan sebelum tidur...kta rasulullah kalau abaca sebelum tidur esoknya bangun kita akan ada kekuatan seperti seorang hamba....ilmu pulak, saya memang cadang nak belajar, belajar bahasa Arab terutamanya, yerlah senanag nak faham bahasa dalam syurga tu nanti....lagipun baca quran adalah nilai tambah sikit....nak juga belajar semula fardhu2 ain ni..supaya amal kita seperti wudhu solat dapat diperbaiki...dah saya sendiri ada azam nak membaca hal2 berkiatan muamalat munakahat muasyarat....banyak lagi tak tau sebab kita ni bukan sekolah aliran agama kan...membaca sekadar utk menambah pengetahuan...



5. didik hani cara sunah
yang ni memang saya azam dan dah mulakan pun. Cuma sepenuhnya tu takdelah....saya sendiri pun belajar buat semua benda yang sunah suruh walaupun sekecil2 benda. kalau ikut cara nabi insyaallah berjaya....dunia dan akhirat. Benda kecik yg kami dua beranak cuba istiqamah sejak awal tahun hari tu makan bentang saprah....pastu bersugi guna kayu siwak, makan tutup kepala, saya plak masak tutup kepala....minum hanya selepas atau sebelum makan....dan hani pun sekarang istiqamah mengaji setiap lepas maghrib dan dah mula solat sunat iring waktu....dan saya dah mula menyediakan mental dan fizikal dia untuk menjadi seorang hafizah dan nampak gayanya dia dah mula membayangkan semua2 benda tu....dan hani dah lama minta purdah...bagi saya permulaan yang baik..nanti saya buatkan dan kalau ke majlis taklim dia nak tutup aurat penuh juga, nak pakai stokin....harapa anak tunggal saya ni dapatlah menjadi anak solehah dan boleh doakan ibu ayah dalam kubur nanti...



okay..nak siap2 gi kerja dah ni.....



Wassalam

2 comments:

luna said...

mudah2an azam tercapai..sama pulak dgn azam sy ..hehehe

Hanisumayyah said...

Luna...


semua org pun kena ada azam macam ni....sebab nilah pun tujuan dan maksud hidup kita....semata2 sebagai hamba Allah...