Tuesday, February 16, 2010

cerita cuti kami

Assalamualaikum w.b.t


Agak panjang juga kan cuti 4 hari ni....dan saya ingat macam2 benda saya boleh buat dalam cuti panjang ni. Tapi perancangan kita takkan dapat dipenuhi andai Allah tidak izinkan.


Begitulah halnya saya. Cuti kali ni benar2 jadi cuti untuk saya. Semuanya kerana dari jumaat petang lagi saya dah rasa badan macam tak sedap. Nak kata demam tak demam, badan pun tak panas tapi rasa macam sendi2 lenguh dan sakit2.


Tekak rasa perit sangat. Cadangan asal memang nak keluar masturat 3 hari dalam kawasan negeri sembilan jer. Tapi saya dah cakap dengan pak haji badan tak larat, niat nak keluar dtangguh ke cuti maulidur rasul 26 Febuari ni.


Tambah2 baju kotor sedia menanti di rumah seremban. Baju2 kotor di Putrajaya pun sedia untuk dibawa balik ke seremban juga. Saya malas nak membasuh...sebab kalau membasuh setakat basuh jer senang cerita, tapi membasuh satu hal pastu nak menyidai, nak tunggu kering, dah tu nak melipat pulak..banyak kerja nya. Dan masa pulak bukanlah banyak sangat!


Hari jumaat malam pak hj datang ambil saya di Putrajaya, sesat barat pak hj mencari rumak kak azwa. Saya pun masa minggu pertama tu sesat juga, hari2 sesat, kononnya nak mencuba jalan baru, pastu entah kemana-mana jer saya tersesat. Pergi balik esat. letih betul otak dan badan!


Dari Putrajaya, pak haji ajak saya terus ke homestay PD..walaupun tak bawak baju, bawak telekung jer saya setuju jer...sebab badan dah penat, malas nak fikir panjang. Malam tu singgah makan kat sg merab, terus balik PD....ingatkan nak tido semalam jer sebab tujuan pergi tu nak kemas rumah sebab ada orang nak sewa, tapi sebab saya badan demam saya bantai tido jer, makan pun tak larat nak keluar, pak haji dan hani jer keluar beli bungkus.


Hari ahad dalam tak larat tu saya gagahkan juga bangun sapu2 dan mop satu rumah, kemas2 katil dan iron semua sarung bantal.....tarik cadar tegang2.....kemas dapur dan bilik air. Rupanya sebelum ni ada kawan kak aza yang datang tumpang tido, kononnya diorang nak tengok rumah nak sewa...tapi lepas pak hj siasat dengan kawan karkun rupanya kawan tu kaki tipu. kak aza kenal dengan isteri dia masa kami keluar 40 hari dan terus baik2 gitu sampai selalu lah isteri kawan tu datang lepas rumah kak aza.


sampai satu masa tu, pak hj ada rumah diorang datang, pak hj nampaklah ada sesuatu tak kena dalam cerita tu...rupanya member tak tau pak hj kenal ramai karkun KL dia cerita sebab dia inagt pak hj tak kenal karkun2 ( org tabligh) KL kot.


Jadi, tak jadi sewakan pada kawan tu....ahad petang kami balik ke seremban. ingat malam tu nak ke putrajaya terus, nak betulkan aircond keter merc (panas).....tapi saya tak larat dan terbayang banyak baju kotor nak basuh.


Sudahnya esok tengahari baru ke putrajaya. pak hj puasa, aya tak larat, pak hj ambil merc tinggalkan kembara, saya balik rumah kak azwa terus tido jer sampai ke petang. Malamnya baru keluar cari makan di alamanda. hari ni kepala ting tong pening yang teramat pulak....tido lagi seharian, lepas zohor baru keluar makan di presint 9....habis makan, nampak ramai kanak2 mandi manda, hani teruja terus bawak dia mandi...dengan baju yang pakai keluar tu dia terjun kolam..balik tu basah2 masuk keter.......hmmm tulah cerita cuti kami...takde apa2 pun....



Cerita jkami di Putrajaya


Minggu kedua duduk menumpang rumah kak azwa saya bawa hani pulak, hani saya hantar rumah pengasuh di presint 9, nak menghantar tu pun mujla2 asyiklah sesat ....mencari rumahnya mula2 memang mengelirukan. Dah tau clue baru senang. Sekarang dah tak sesat lagi dah...dua minggu dah cukup dah saya tau selok belok jalan2 Putrajaya.


Ikut hati, saya nak juga belajar jalan dalam waktu pejabat. Tapi nampak gayanya tak berkesempatan. Minggu sudah menguruskan hal Hani masuk sekolah sini. Ulang alik ke jabatan pelajaran 3 kali, baru dapat surat pindah. hani masuk sek preisnt 9(2).


Pagi jumaat lepas, jam 8 saya dah terpacak kat jabatan pelajaran wil. Putrajaya. tunggu dalam setengah jam terus dapat surat. dapat jer surat, kami dua beranak gi kantin sarapan kat kantin sekolah jer. Best pulak makan duduk kat bangku kanak-kanak....tujuan makan tu sebab nak ajar hani sekali cara2 membeli dan berurusan dengan kantin...sebab di SRI ABIM dulu makan semua disediakan atas meja, tak perlu membeli sebab makan 3 kali sehari ibu bapa bayar dalam yuran bulanan.


Selesia makan, terus ke sek presint 9....terus ke pejabat, gitu gini dalam setangah jam dah selesai urusan dan hani pun dah dapat masuk kelas, kelas 1 dedikasi...mengenali hani memang dia takde masalah dari segi sesuaikan diri, terus angkut beg duduk satu tempat kosong di meja depan...satu meja besar tu 6 orang duduk....


Saya pulak terus bincang dengan guru kelas dia kat luar kelas sebab masa tu subjek matematik dalam kelas tu, cikgu kelas dia kebetulan nama Suhaila juga....kami borak2 hal yuran dan buku, alhamdulillah hampir 90% buku yang hani beli di SRI ABIM sama dengan buku sekolah kebangsaan. Tak perlu beli buku lain, activity book dan text book pun sama, buku tulis kulit jer warna berbeza dan Cikgu Suhailah kata okay takper....boleh jer guna...saya cuma perlu beli beberapa buku tambahan dan yuran tak sampai seratus lebih...syukur tak banyak kos nak keluar....


Lepas selesai bincang dalam 10 minit, saya minta izin cikgu yg mengajar tu untuk bawa hani keluar nak tunjuk tempat yang saya akan ambik tengahari tu, so dalam 5 minit saya bawa dia ke tempat menunggu, saya beri duit RM5, pastu saya pun chow masuk pejabat. Saya masuk office jam 9.30 lewat sejam jer (dah minta izin masuk lewat).


Tengahari tu, janji dengan hani saya akan ambil cepat, sekolah habis jam 12.15 jumaat kan...saya kata mungkin lewat 15 minit saya ambil. Tup-tup jam 11, Dato' arahkan arrange press conference jam 12.00...perrrrkkkhhhh bengang jer....terbayang2 hani dok menunggu kat bus stop sekolah tu.....


Mujur PC dalam setengah jam jer, habis jer PC tak habis sessi soal jawab saya chow...rupanya jammed pulak jalan....sudahnya sampai lewat jugak...mujur ramai gak budak2 lain menunggu mak ayah, hani dengan air satu cawan (yg beli) menyeret bag yg penuh buku.....sian pulak tengoknya hari pertama dah menunggu ammie.....


Saya pun tak pasti lagi camana nak urus hani ni, nak taknak kena cari orang yg boleh standby ambil hani....kalau saya dapat kuarters mungkin saya boleh atur pak haji datang sini kot2 saya keluar bolehlah dia ambil hani.


Tugas saya kat sini walaupun bukan siasatan, tapi mana Dato' KP pergi yang perlu diwar2kan team kami akan ikut. Setakat bulan ni dah 3 tempat pergi, macam pergi lawatan ke karangkraf (suratkhabar sinar), pergi ke suratkhabar Nanyang siang pau dan ke Persatuan Perniagaan Cina...semuanya team saya diarah pergi....pergi tu sebab ia melibatkan adanya sidang akhbar kat situ....


Secara keseluruhannya, okaylah kerja kat bahagian corp. comm ni, dengan kapasiti 7 orang, senang kami buat kerja dalam kumpulan yang kecil. 4 lelaki dan 3 perempuan. 3 yang atas tu kira boss lah...dan kami berempat tukang buat kerja....lepas ni akan datang 3 lagi, semuanya diimport dari luar, dengan membawa kepakaran masing2....dan diambil secara kontrak. Disamping tu, kami ada seorang consultant dari luar yg gajinya lebih dari 3 bulan gaji saya termasuk elaun (banyak gilar dgn 3 hari seminggu jer kerja!!!!)...yang kadang2 pening nak layan dia....sebab selalu kami semacam kena ikut arahan dia pulak, walhal dia patutnya consult kami bukan arahkan kami....hmmmm macam2 nak kena layan....dah tu selalu nak inteframe masuk TV..hahahaaa selalu kami gelakkan dia!


Dunia saya sekarang tak banyak berurusan dengan orang dalam jabatan, banyak berurusan dengan orang luar jer...terutama wartawan2....dan sejak duk sini saya dah dapat jumpa dua tiga kawan wartawan dan dapat juga jumpa wartawan2 zaman saya praktikal dulu di Utusan Melayu.


dan saya tak rasa kekok berborak dengan wartawan2 ni, minggu lepas masa ikut KP ke persatuan cina, saya terjumpa kawan belajar dulu, sekarang dia wartawan di BERNAMA.....tak pernah jumpa dan kebetulan baru jer add dia di facebook....seronok bercerita perihal kawan2 dulu2....


Dan saya rasa satu kelebihan bila masuk ke bahagian ni, saya dapat dengar dari pengurusan atasan sendiri visi misi jabatan, pandangan dato'2 ni tentang sesuatu isu, keazaman dan cita2 mereka, aspirasi mereka........dan saya pun terpaksa fikir macam mereka fikir....disamping kena buat teks ucapan, sediakan jawapan untuk sessi interview mereka, buat talking point untuk sidang media.....kemudian menaip semula jawapan2 mereka terhadap soalan2 wartawan....sampai saya rasa saya pun dah boleh baca apa yang dato' Kp nak jawap pada setiap soalan wartawan...cehhhh over betul!

Tuesday, February 9, 2010

Saat untuk dikenang satu hari nanti...

Assalamualaikum w.b.t


Satu hari nanti, mungkin disaat itu hani telah berumahtangga dan mempunyai anak sendiri, saya harap dia akan membaca catatan saya dalam blog ini. Bukan meminta dia membalas jasa atau korban saya untuk dia (kalaulah boleh dianggap pengorbanan?) tetapi untuk dia kenang yang saya dalam pada banyak melepaskan tanggungjawab menjaga dia pada ibu tirinya pada saat-saat sukar saya..ada juga ketikanya saya sehabi daya cuba memberi yang terbaik untuk dia....



Sebenarnya hani memang membaca blog saya ni sesekali cuma dia kurang faham susunan ayat saya, kan banyak ayat saya tak bertitik dan ada perkataan yang tak familiar bagi hani...kalau baca pun hanya 40% jer yang dia faham....kejap2 asyik tanya..kenapa ammie tulis camni, apa maksud perkataan ni...camtuler dia kalau membaca blog saya.....


Oh ya....hani ada juga menulis sendiri blog dia....rajin menulis blog tu cuma saya kurang gemar dia sentuh laptop saya ni sebab ada banyak benda2 kerja dan belajar saya save dalam ni...taknak apa2 berlaku pada laptop ni....


Balik citer saya hari ni....hari ni saya tak kerja, ada bicara di mahkamah seremban..sebenarnya berturut2 3 hari perbicaraan. isnin selasa ada dua kes di seremban, rabu pulak di mahkamah melaka. Bulan Mac ni menunggu 3 kes lagi...mungkin makan masa setahun dua nak tunggu semua kes yang saya terlibat habis perbicaraannya..ada banyak gak lagi kes tangkapan yang saya terlibat...letih gak melayan perbicaraan ni, kalau bawak kes ok gak...ni menunggu kena panggil dalam bilik saksi...dan paling tak syok bila kena bagi keterangan dalam kandang saksi...time kena cross tu yg seram sejuk....takut tersalah fakta....



So, pagi2 lagi saya dah ke court, heret hani sekali sebab memang dah plan nak urus masuk sekolah minggu ni juga....malas dah nak benarkan dia ikut ayah balik ke PD terutama lepas saya memahami konflik kak aza dengan pak haji akhir2 ni....tiba2 rasa macam saya ni "mak yang tau beranak jer tapi tak pandai jaga anak"....saya takut kak aza fikir gitu..so sebaiknya saya hangkutlah hani mana saya pergi..walaupun dia tak berapa sihat sebenarnya...



Bila tiba kat sesyen court 2 langsung tak nampak muka OKT dan saksi kes tu, pastu satu lagi kes kat sesyen 3 pun sama..bilik saksi muka orang kes2 polis jer..hishhhh..silap tarikh ker? Sekali tengok kat board...aduuuh rupanya kes jalan petang daaaaa...2.30....apasal saya tak cek kat sapina....ker dalam sapina tulis pagi pastu hakim delay petang...rasanya masa buat borang pergerakan saya dah cek dah masa dalam sapina tu, memang sah kes jalan pagi...IO langsung tak inform tukar petang..ker dalam sapina yang salah taip...bazir masa saya betul!


dahlah saya dengan hani tak sempat breakfast....sebab kena isi minyak keter dulu...terlanjur tu terus beli roti untuk makan berdua dalam keter...dah kenyang takyahlah breakfast, kan!


So, taknak buang masa tunggu, saya pun terus ke Putrajaya, destinasinya ke presint 16, jabatan pelajaran Wilayah persekutuan Putrajaya. Semalamnya dah google dah tempatnya...so agak senanglah mencarinya. tak buang masa banyak. Saya ingat hari ni boleh settle hal hani, rupanya idaklah semudah tu.


Sekolah SRI abim tak bagi borang ASB rupanya jabatan taknak surat sekolah dia nak borang tu juga....dah tu nak kena cop guru besar sekolah, nak salinan urat beranak, nak salinan surat nikah ibu bapa...pastu nak pulak alamat kuarters kat sini untuk tentukan hani nak dimasukkan sekolah presint yang mana...aduuuhhh banyak lak prosedurnya.....letih nak memenuhi satu2 tu....


Disebabkan saya takde alamat kuarters, dia nak saya kemukakan surat pertukaran ke Putrajaya. Terpaksalah saya masuk pejabat kejap, carik surat pertukaran tu....selesai gitu gini saya ambik kesempatan telefon bahagaian pengurusan hartanah.


hari ahad baru ni saya cek senarai menunggu permohonan masuk kuarters, saya tengok nama saya masih takde dalam senarai. Benda ni saya dah perasan sejak minggu2 awal saya mohon tu. Malah saya dah cakap dengan CC Maimunah yang nama saya takde, dan dia kata sistem lambat sikit sehari dua nanti adalah nama saya....saya tunggu lagi takde juga...terus saya buat surat rayuan siap saya sertakan dua laporan perubatan pak haji, satu dari klinik swasta dan satu dari hospital kerajaan...memang lengkap laporan perubatan tu yang mengatakan pak haji paralyse sebelah badan....siap bagi copy kad OKU lagi....


Sekali tunggu dua minggu takde apa2 respond dari BPH. Nama pun tak masuk waiting list. hangin betullah saya....dah plan dah dengan office mate nak ambik gambar2 rumah tak berpenghuni pastu buat story hantar kat paper....tambah kan dengan contoh kes mereka yang takde masalah tapi cepat pulak dapatnya....yerlah member tu kan wartwan Sinar memang hari2 buat story aduan rakyat...saya dah offer kamera DSLR saya untuk projek nak tangkap gambar kuarters tak berpenghuni tu! Geram punya pasal lah tu....


yang lagi hangin bila saya hantar by hand surat rayuan, ada sorang staff kat situ kata surat rayuan ni takde nilai dah ...macamanapun tetap kena masuk waiting list jugak...sampai saya tanya kat dia...so kenapa tulis kat dalam portal ada kes2 tertentu boleh buat rayuan macam ke diri or pasangan OKU...baik takyah tulis ada syarat macam tu????? Sampai saya macam nak bertekak plak dengan dia hari tu....yerlah bengang gak kan....bukan saya nak rumah ikut kelayakan saya..tak payah teres pun takper asalkan dapat rumah..saya anytime sedia di down grade kan....dah bagitau awal dengan CC maimunah dah...



Lepas hantar surat rayuan dan nampak reaksi yang sangat negatif tu saya lupakan sementara harat nak dapat kuarters .. kira dalam otak saya macam nak dapat kuarters ni kira macam angan2 mat jenin jerlah..takkan dapat punya..terutama orang kerdil macam saya ni.,.takde kabel....dan saya memang tak harap pun nak guna mana2 kabel....misi saya teruskan untuk mencari rumah sewa lak....hal mencari rumah sewa ni saya serah kat pak hj..sebab saya pun dah ada rumah tumpangan yang selesa di presint 11 kan?



tapi hari ni, bila dah pasti dengan keputusan bawak hani tinggal sama, saya terpaksa juga usaha sekali lagi kuarters ni. Saya call BPH sekali lagi. Saya minta nombor kat satu pegawai cina yang katanya hari2 dia call ke BPH....lama2 dia dapat juga, 4 hb hari tu baru ambil kunci....


Kali ni saya cakap dengan Nurul Asyikin, tak taulah dia ni gred berapa samaada boleh buat keputusan atau tidak, tapi saya luahkan jer masalah saya.....cerita satu persatu....dan peliknya dia pun tak tau kenapa nama saya takde dalam waiting list....dan dia pun tak pernah tau pasal surat rayuan...hmmmm surat tu sampai ke pegawai lainlah gamaknya.....dah tu disuruhnya saya cakap lisan jer apa yang saya tulis dalam surat rayuan tu...hah kauuuu panjang lebarlah saya cerita...habis cerita mudah jer dia cakap...hah kalau camtu saya bagi awak kuarters lah, buat masa ni kami bagi apartment jer dulu, kami bagi yang tingkat bawah....



hah...kan senang....agaknya di BPH ni kalau sesapa call bagitau ada masalah gitu gini....senang jer dioarng bagi kot? kalau kita diam dan tunggu agaknya entah bila2 dia baru nak bagi rumah agaknya. bila dia dah cakap macam tu.....siaplah dia janji camtu, esok saya akan call lagi...dan saya akan call sampai dia rasa jemu selagi saya tak dapat..lantaklah!



Selesai urusan kuarters, saya terus ke presint 9 cari rumah orang yang sudi nak jaga Hani...ahad tu saya google jer "khidmat menjaga anak di Putrajaya"...pastu keluarlah beberapa nama, bila call tu dalam 3 orang tu saya dapati yang sorang ni sangatlah sesuai.....usianya pun muda lagi, 31 tahun ada anak 2, yang sulung sebaya hani...yang kecik tu baru setahun lebih..dia ada jaga 3 kanak2 lain semua kurang lebih 2 tahun.....



Anak dia nama Qistina sekolah di Presint 9, 3 hari dalam seminggu petangnya ada kelas KAFA, pergi balik dia naik van ada seorang kakak yang bawak (satu bonus ada van yg perempuan pulak bawak).


kalau betul hani sekolah presint 9, maka saya akan masukkan kelas KAFA kat situ jer...balik sekali dengan Qistina dan saya akan usahakan dia naik van dengan kakak Siti tu....terus balik rumah Ummi (penjaga tu)...dan saya akan bayar ummi tu duit makan hani balik sekolah tu....senang citer...



ummi duduk di Preint 9, Fasa 12.....rumah2 yg bentuk pencil tu....malam tadi baru saya dapat cari rumah dia...jenuh gak mencarinya, berapa kali berhenti tanya orang kat kedai....bila dah jumpa tu jam pun dah 10.35 macam tu...memang tak ikut sunnah saya datang rumah orang dah malam tapi saya banyak kali minta maaf dengan ummi tadi...saya cuma nak pastikan betul ker tidak rumah dia....bila dah jumpa orangnya baru saya percaya...mana tau kotler iklan tu cuma satu sindiket jer ker? Saya pun tadi hanya berbual dari luar jer....grill dia pun tak buka, saya yang kata tak perlu..sekadar nak berkenalan dan sahkan kewujudan dia....so esok pagi2 hani akan saya hantar ke rumah dia....mengenali hani dia memang takde masalah ditinggalkan dimana2...dia memang pandai bawa diri dan takde komplen dan bersungut atau tanya apa2...bila saya kenalkan tuan rumah pada dia terus dia setuju esok duduk situ.....baik sungguh hani ni..syukur tang tu saya tak bermasalah...


Siang tadi sebenarnya saya cuba cari juga tapi tak jumpa2....fasa lain jer saya nampak, sudahnya jalan tu menuju ke presint 11, terus jerlah saya ke rumah kak azwa, dengan niat nak solat zohor dan bagi hani rest sebab dia dah tertido2 dalam kereta..yerlah badan tak sihat selesema pastu dari awal pagi mengekor jer saya takde rehat langsung....



Usai solat, saya bergegas ke Seremban sebab 2.30 bicara start. Selesai dalam jam 4 saya bergegas pula ke sekolah lama hani nak dapatkan cop dan tandatangan gurubesar.....agak frust juga, kos nak masukkan hani kan bayarannya seribu lebih...lupa lak serbu tiga ratus ker berapa ntah? Saya tanya boleh refund ker...hmmmm tak boleh katanya...sungguh membuang duit saya.....takde rezeki betul!


tak taulah buku2 hani tu sama ker tidak dengan sekolah kebangsaan..dan saya tertanya2 juga berapa agaknya yuran dan kos masuk sekolah kebangsaan ni? balik sekolah hani tadi terus ke kedai yang jual pakaian sekolah....sekali lagi terpaksa beli pakaian sekolah hani...kali ni beli 3 set semuanya.....baju, kain dan tudung....habis gak seratus lebih.... sayang betul baju2 sekolah SRI abim kan semua keler purple....nampaknya semua kena beli lain termasuklah kasut/stokin sekolah....dah warnanya berbeza....cuma esok kena beli kasut dan stokin lah kot kalau rabu dia masuk sekolah....



hani sangat2 excited nak masuk sekolah....siap cuba baju2 sekolah baru tadi....sama jer macam hari tu..masa baru beli baju purple tu pun dia suka jugak....kali ni tak sabar2 nak masuk sekolah...


Ikutkan memang penat, pagi2 bergegas dari seremban ke putrajaya, pastu tengahari balik seremban, lepas maghrib keluar makan, terus pecut balik ke putrajaya semula....pastu sejam lebih putar2 cari alamat rumah ummi sampai hani tertido2 dalam kereta...hmmm semuanya saya buat demi anak tunggal saya ni....kalau lepas ni ada apa halangan dan rintangan dalam apa jua bentuk pun, nampaknya saya kenalah bersiap sedia....sebab permulaan duduk di sini pun dah macam2 berlaku dan macam2 perkara yang nak diurus....nampak gaya duduk disini kenalah berdikari seratus peratus...masa d seremban ada juga bantuan pak haji....kat sini lagi tak dapat kuarter giniler gaya hidup kami!




Wassalam

Sunday, February 7, 2010

Sekadar luah apa yang dirasa

Assalamualaikum w.b.t



Sejak mula kerja ni memang rutin saya berubah dan tiba2 rasa hidup saya berubah seratus peratus. yang paling ketara adalah hidup rumahtangga.


Tak taulah nak kata macamana, saya sekarang ni sangat2 tak ambil port sangat apa perasaan pak hj malah saya sendiri pun tak rasa kehilangan kalau dia tak balik rumah saya.


Malah kalau dia ada pun saya masih boleh buat selamba. saya akan sambung tido sejurus lepas buka pintu dan abaikan dia samaada dia tido di ruang tamu atauun di bilik belakang....dan lagi saya pelik, saya tak rasa rugi pun malam giliran yang berlalu tu.


Dan saya pun tak ambil port sangat apa yang berlaku dengan rumahtangga dia yang satu lagi tu. Rasa macam kak aza tak wujud.


Saya tak sangka penangan bila kerja bertukar ke Putrajaya ni sampai macam tu sekali kesan dia. Dan saya tak sangka yang saya akan menjadi begini tak berdaya bila berulang alik seremban putrajaya. Terasa betul yang faktor usia menghambat fizikal kita berbeza dengan sebelum ini.


tambah2 masa sebelum ni uruskan hani sama. pagi kejar nak hantar dia kemudian bergegas ke Putrajaya. Balik pulak bergegas lagi nak ambik dia pulak....


Tapi lepas insiden dia menangis tunggu saya tepi longkang sekolah saya rasa memang saya zalim dan sehari selepas tu teru mak ros yang ambil dia, tapi pak hj tak setuju terus dia berhenti sekolah dan duduk hampir 2 minggu di PD...


Dia duduk rumah kak aza, dan menurut pak hj takde masalah, baik dipihak hani mahupun pihak kak aza. malah petang2 dia pergi ikut syakirah kakak dia mengaji kat satu rumah jiran kak aza. Solat pun terjaga. Makan pun kenyang. saya pun dapatlah datang awal ke pejabat dan balik pun bolehlah selesaikan kerja2 tertangguh pada hari tu juga.



Berdaarkan senario tu, tu sebab saya bersetuju menumpang rumah kak azwa bila dipelawa. Sebab rasanya saya dah bersedia berjauhan dengan suami dan sedia urus semua...termasuk anak saya.


Tapi bila pak haji berkali2 peringatkan dan cadangkan supaya hani terus sekolah di PD sahaja buat setahun dua sebelum masuk madrasah...maka saya pun rasa okay juga cadangan tu...sebab saya dah cuba seminggu tanpa hani dan saya rasa macam lega jer..takdelah terkejar2....malah setiap hari rabu pun saya akan jumpa dia juga sebab ayah akan balik seremban mesyuarat markas....


Atas faktor2 inilah saya bersetuju dengan idea pak haji tambah2 saya memang suka kalau dapat taat dan dengar cakap suami terutama dalam keputusan yang besar2 macam ni....


Tambah2 pulak, kalau duduk menumpang ni.... memang serba salah kalau kita menumpang walaupun tuan rumah tak kisah...tapi menumpang berdua bersama anak adalah berbeza keadaannya. Terutama saya nilah....emosi saya ni bukan boleh caya sangat....datang time hangin satu badan memang hani selalu jadik mangsa.....


Banyak kali fikir juga, samaada nak bawa hani atau tidak? Satunya bila pak hj cakap dia nak uru hani sekolah kat PD saya rasa senang hati dan rasa anak saya selamat jer kat sana....tak yah saya pening kepala dan terkejar sana sini..tambah2 kakak hani pun ada sekolah kat telok kemang tu.....senang lahkan?


Tapi semalam terpaksa tukar pulak keputusan.....puncanya sebab saya terbaca (sengaja baca)sms dalam PDA suami.


Rupanya dalam tempoh saya tak berapa ambil pusing (dalam januari hari tu) pak hj dan kak aza ada bergaduh. DEalam mesej2 PDA tu banyak sms dari kak aza. nampaknya saya pun dah kurang sensitiviti.....


Dan yang menyebabkan saya fikir banyak kali nak letak hani sana pun sebab bila saya baca SMS tu ada banyak juga masuk nama saya kat situ....memang macam pelik jer.....nampak gayanya sekarang saya pun dah jadik subject matter yang dipertengkarkan!


Bila saya berterus terang dengan pak hj memang dia akui yang ada yang tak kena jugaklah.... maksudnya dari egi emosi kak aza.... memanglah sehingga hari ni kak aza tetap layan hani dengan sangat baik dan apapun berlaku antara saya, pak haji ataupun dengan dia Hani tak pernah dikaitkan....dan pak hj yakin 100% yang kak aza sudi dan sedia menjaga hani...cuma saya yang ragu2...




Saya ragu2 dengan diri saya kalau hani duk sana nanti. kan buat masa ni saya masih tak mesra lagi dengan kak aza. Dan sebenarnya kak aza pun rasanya tak berapa nak sudi baik dengan saya. Dua minggu ni zubair ikut ayahnya datang rumah saya. RUpanya jadik kemarahan kak aza, marah sungguh dia pak hj bawak zubair sini. Malah dalam sms pun ada kata2 nya yang pada saya macam marah sgt ayahnya bawak anak dia ke rumah saya....saya tak kisah pun, malah tadi zubair melalak2 taknak balik rumah ummi, nak duduk rumah ammie....walhal dia lupa kot mak tiri dia yg garang ni!


Saya juga bimbang kalau pak hj keluar 40 hari macamana keadaannya. saya malas nak berulang-alik ke sana... dan saya juga letih melayan kerenah kak aza dan anak2 nya macam dulu... sebab saya dah kerja, dulu cuti memang bolehler....


Ada juga sms yang mengungkit beberapa benda dan isu yg seolah2 macama pak hj melebih2kan saya. Macam isu homestay, isu saya bawak keter pak hj dan keter saya tinggal kat kampung. Pastu isu saya keluar 40 hari, pastu rumah saya terima jemaah untuk bayan hidayat minggu lepas sedangkan rumah kak aza dah lama jemaah tak masuk. Malah isu set taam (set masak /makan) semua kat rumah saya pun timbul juga.....



Pak hj pulak berpendirian sebaliknya. katanya tak larat nak layan....dari dulu benda sama, jenuh cakap kak aza tak berubah, degil dan taknak dengar cakap suami...saya gelak jer sebab bila gaduh dengan saya pun isu tu jugak...."tak taat dan dengan cakap suami"....kalau cakap pun katanya nanti jadik histeria pulak.....bila diam tu yang kak aza hantar serangan sms tu...rupanya pak hj bawa diri tido kat homestay dia tu....tu yg kak aza mengamuk kot?



So, kesimpulannya terpaksa jugalah saya bawa hani ke Putrajaya. memang peninglah juga, macam esok dan lusa ada bicara lat seremban.....dalam bulan depan pun ada bicara lagi...sapina dah menunggu dah....tu yg saya fikir hani kalau sekolah putrajaya susah juga saya nak urus...kena ulang alik dari putrajaya lah jawabnya....tambah2 hani memang mati2an nak sek putrajaya juga, taknak sekolah PD.....bila tanya kenapa..dia boleh jawab, "kalau kakak sek kat PD nanti fikiran kakak jadi rosak"..ntah apa kaitannya? pelik!


Semalam saya google pengasuh anak. ADalah 3 orang yang sedia jaga...cuma masalahnya kenderaan, kalau diorang nak jaga saya kena ambik hani dan hantar hani ke rumah diorang sebelah petangnya tu....okay juga kalau macamatu cuma masa ada hal saya kena cari alternatif lain lah kot...


Buat masa ni saya terfikir untuk masukkan kelas KAFA ..kalau ada mana2 sekolah rendah yg ada kelas KAFA elok sangat habis sek kebangsaan terus ke KAFA....setakat ni yg saya tau kat Presit 9 sek nya ada kelas KAFA sebelah petang. Tapi hari rabu dan jumaat takde KAFA....masa tu jerlah yg saya kena hantar rumah pengasuh kot...hari yg ada kelas KAFA saya boleh ambik dia balik kerja tu...


hari tu kan kami ke kawasan sungai meran konon nak carik rumah sewa. Ada juga jumpa tapi style macam town house, saya tak suka lak camtu....kemudian balik rumah google dan adalah telefon sana sini...banyak yg kosong style town house jugak..ada rumah atas bawah....sewa pun boleh tahan gak...RM 450-RM500 untuk 3 bilikk jenis town house ni...


Masa kami gi solat asar suami terjumpa sorang karkun (tabligh) dan minta dia carikan...dan baru2 ni dia bagi satu nombor, dan suami pun dah cakap dengan owner rumah tu....rumah tu dalam pembinaan rupanya..tapi dah peringkat akhir dah....dalam masa sebulan boleh masuk kata suami...sewa RM 500 jenis banglo bawah 3 bilik....sebab tak siap lagi kami pun takdelah gi tengok...


Pada saya, ikut keselesaan saya suka duduk dalam area putrajaya....agak selamat dan senang urusan hani sekolah dan urusan kerja saya. Juga senang dari segi urusan kewangan, hanya tolak kat slip gaji elaun rumah jer bulan2. Kalau dah menyewa ni banyak ceritanya....dah tu tak tau kawasan mana pulak...elamat ker tidak? Yerlah kan saya akan duduk berdua jer dengan hani..kena fikir faktor keselamatan juga...



kos sewa pun lebih lah sikit kan....banding duk kuarters....dan kami pun weekend balik rumah sendiri seremban...macam bazir jugak menyewa tu....kalau kuarters selain suasana macam tenang jer....kawan2 dekat....kawan pejabatlah maksud saya....apa2 hal balik lewat senang lah....


Entahlah, saya terfikir kalau cepat dapat kuarters cepatlah saya dapat selesaikan satu persatu masalah ni. pak hj bising gak sebab dia nak mula sewakan homestay kat PD tu sebab takde sapa nak uruskan....Chinese New Year ni ada group nak masuk, lepas tu nak sewakan terus....masalahnya barang2 dalam rumah tu kan kena bawa keluar....tu yg kalau saya ada rumah cepat boleh angkut barang2 tu semua....selagi takde rumah selagi tulah homestay tu membazir takde income dan nak sewa ada barang2 perabot semua penuh pulak....


kena doa banyak dengan allah ni....

Esok saya gi court, harap2 saya cepat bagi keterangan dan sebelah petang saya boleh terus ke Putrajaya tepatnya ke Jabatan Pelajaran WP Putrajaya urusna pindah hani sekolah....pastu terus nak belikan dia pakaian sekolah pulak....kalau sempat urus masuk KAFA sekali....kalau semua selesai, selasa dah masuk sekolah dah kot?




Wassalam

Friday, February 5, 2010

Banyak cerita tertunggak ni, so citer kali ni panjang....

Assalamualaikum w.b.t

Saya nak cerita tentang hidup saya dari last week ni....

Ntah apa yang disibukkan tak menjengah ke blog...macam terlupa lak ada blog ni.

Minggu lepas kan kita cuti 3 hari..eh yg dalam wilayahlah cuti isnin tu kan? So, 3 hari tu saya buat apa ek?


Sabtu tu sebelah pagi macam saya cakap, ada jemaah yang akan keluar 3 hari datang ke rumah ada bayan hidayat sebelum keluar tu. saya tak masak pun, beli nasi lemak dan kuih dan hidanh kek beli kat jualan di JAKIM...


Selesai tu, ingatkan dapat cepat ke Putrajaya, rupanya ada lak 2 couple berborak lagi....yug dua couple ni datang mendengar bayan jer diorang tak keluar 3 hari kali ni. Lelaki borak dengan suami lah..yang perempuan dok dapur dengan saya. Mujur suami bagitau nak ke putrajaya barulah diorang balik. Best juga dengar cerita kak umi yang baru 3 hari balik keluar 2 bulan di Australia....benyak laporannya....yerlah buat dakwah kat negara orang putih musim sejuk..mujahadah jugaklah....

Diorang balik jer kami gerak. Masa ni dah nak zohor dah...so singgah masjid solat zohor...tak sempat masuk tol pun...sampai rahang dah nak azan, singgah kat masjid situ jer. Kebetulan zubair ada ikut ayah, so budak dua beradik hani dan zubair merengek2 nak singgah makan roti canai pulak..lapar2 kata nya...so saya bungkus kan jer..sian budak duaorang tu...yerlah makan nasi lemak jam 9 paginya sebelum jemaah datang...


Pastu terus pecut ke putrajaya. Destinasinya ke presint 11, menengok kuarters yang akan saya tumpang....kuarters kawan blog juga...juga pembaca blog saya ni....yang tahu tu tahulah..yang tak tahu tu....siasatlah yer...


Bimbang juga terlewat takut menyusahkan orang, so saya macam gesa2 pak hj bawak laju2....bila sampai Putrajaya, panik saya nak mencari rumah tu, sebab semalamnya Jumaat saya dah recce dengan kawan tapi tak jumpa...tu yang takut kali ni tak jumpa juga...so memang macam rasa nak marah jer pak haji...dia cam biasa relax jer kalau tersesat lagi ada jalan ke hadapan lagilah tu dia confident jer...


Lepas call, barulah dapat panduan nak ke situ....sekejap jer saya bertandang terus jer tuan rumah bagi kunci...rasa cam ehh....jumpa kejap terus caya bagi kunci dah...suami pun rasa cam pelik.. dia tanya saya memang dah kenal ker...berkali2 saya cakap dengan dia kawan blog tak kenal langsung..hanya kenal melalui blog jer.....tu lah saya terfikir dengan keadaan ni iaitu kenal lam blog jer...boleh datang kepercayaan.....hah...itulah penangan blog ni....dengan membaca blog jer kita akan kenal perwatakan dan sifat seseorang...agaknya tuan rumah percaya sebab dah baca blog saya sejak lama dulu kot....walaupun saya ni ntah sapa2 jer....dengan cerita yang caca merba.....tunggang langgang....tuan rumah terus serah kunci jer....dalam hati terharu...sangat2 sebenarnya....


balik Putrajaya kami ronda2 putrajaya..siap gi maidin lagi...dan pusing sana sini...pastu ke sungai merab...cari juga rumah sewa sebagai plan B....banyak rumah sewa rupanya....cari juga sekolah utk hani....tapi tak buat apa2 keputusan pun lagi....malam dah nak maghrib baru sampai rumah...penat toksah cakaplah...


Hari ahad hari berehat dan basuh baju2....pak hj konon nak balik sebelah pagi tak jadik balik...letih katanya....lepas asar baru balik....saya ni punyalah menunggu dia balik ke PD...berkali2 tanya..bila abang nak balik PD ni? sampai dia syak katanya, hah..ada projek lah tu? Saya jawab ha'ah..nak ke Senawang, nak ronda2...yerlah saya ni kalau ada duit memang gatal nak shopping...yerlah mana taknya, dah nak dekat dua tahun saya tak membeli pakaian, kasut, handbag..sabar jer masa belajar hari tu mana ada beli baju baru pun....baju2 yg ada semua stok baju lama jer...rasa boring jer....tapi agak selamat juga sebab baju2 ni dulu semua pakai kat Negeri 9, kata sekarang tukar HQ takdelah nampak sangat takde baju baru...heheheeh


Bila dia balik jer...saya makan2 dengan hani..masak asam pedas hari tu (kasi kenyang perut dulu supaya dia tak meragam)...dan lepas maghrib jer terus siap2 nak ke Senawang lah kononnya...memang dah aim sederet kedai jual baju sangat murah...saya dah bandingkan harganya dah dengan ekdai kat seremban...bukan baju jer murah tudung pun sama....saya survey sekali dua masa belajar dulu tapi tak beli sebab bukan kerja nak kena ada banyak baju masa tu...bila dah kerja ni tu yg gatal kaki nak ke kedai tu...


Saya pun teruslah gerak ke senawang..agak2 dalam 3/4 km keter gerak....melepasi petronas dan hospital SALAM....tiba2 semua lampu kat dashboard keter pak hj (merc lama tu) menyala dan keter bergerak agak perlahan....saya dah musykil dah..saya stop tepi jalan....pastu nyala gak saya terus jalan jer...konon nak test lagilah...boleh jalan perlahan tapi masih juga lampu semua menyala....saya doa dalam hati...biarlah boleh jalan sampai stesyen minyak Shell depan sikit jer lagi.....saya gagah jugak tekan minyak, dan sampai jugak ke syesyen minyak tapi setakat jalan masuk jer, dapat gak saya parking cantik kat tepi tiang bendera..lepas tu saya matikan enjin, start semula, masih menyala semua lampu (wiper, handbreak, bateri, minyak, dll) dan kereta dah tak boleh gerak....saya malas nak buka bonet enjin...kalau buka pun tak tau tengok apa yg rosak....saya keluar keter (takut keter terbakar/meletup) berdiri agak jauh dengan hani....dan saya nampak macam ada wayar jatuh berlingkar atas jalan bawah enjin keter tu....lorr takkan sampai wayar semua tercabut?


yang malangnya, saya tak bawak handphone, walhal ada 3 handphone, satu nombor saya pakai sejak 10 tahun lalu, satu handphone dan nombor baru rasmi untk pejabat yang saya dapat sejurus masuk division corp comm ni....dan satu lagi hani punya hp....memang masa nak pergi tu saya taknak bawak konon taknak ada gangguan (dr pak hj ler) masa pilih2 baju tu (niat jahat dah ada dari awal ni :) )


Toleh kiri kanan ada orang isi minyak jer...saya pun jalan kat satu budak naik motor dekat kaunter bayar...ada kaunter antara pam minyak tu....konon2 tanya kat budak jaga kaunter ada public phone tak? Pastu jeling2 kat budak motor yg nak isi minyak tu....budak tu cam faham jer tanya kak apa masalah...cerita sikit kat dia...terus 'adik baik' tu keluarkan hp bagi saya pinjam...alhamdulillah..org baik memang cepat dapat pertolongan <---masuk bakul ni!


Dah dapat call, pak haji tak jawab lak...tengok2 jam memang dah nak masuk isyak dah..patutler tak jawab! ambik wudhu' agaknya. call rumah kak aza tak berjawab jugak...eh pelik mana semua orang ni?????


pastu putus harap.....pulangkan hp dengan hampa...hani relax jer...tanya..camana ni ammie....malam tu pulak dua2 beranak pakai sopan giler..saya dengan jubah, hani lak blouse dengan skirt labuh (raya dua tahun lepas beli baru hari ni dia ada keinginan nak pakai skirt tu....daulat agaknya <---ni citer lepas ni!


pastu saya memang ingat nak patah balik....dok fikir ada ker bus lalau situ, atau ada ker taxi...memang rasa cam tak pernah nampak jer bus/taxi lalu....so saya putuskan jalan depan sikit, nampak cama da kedai2 kereta kat situ mana tau ada mekanik boleh tengok2 kan...adalah kot saya dan hani jalan kaki dalam gelap malam (lampu jalan adaler) tapi sedia maklum jalan tepi jalan ni banyak kemuncup, rumput panjang lak tu siap ada katak lompat2 sesekali tu....eii geli!


yang kesiannya hani, siap kena sinsing skirt kembang dia tu....pastu mulut dia becok cakap macam2 yerlah pengalaman baru bagi dia sebab mana pernah seumur hidup dia jalan kaki malam2 tepi jalan gelap! Siap pulak nampak ada pakwe makwe bertenet...hani punya lancang mulut tanya saya diorang buat apa menyorok belakang motor tu? gila budak2 remaja sekarang!


Akhirnya jalan dalam 500 meter kot adalah deretan kedai, tapi malangnya 4 kedai kereta semua untuk accesories kereta...dah tanya dah kata diorang semua bengkel keter tutup sebab malam. hampa..yang hani ni nampak kedai makan siap cakap lapar nak makan lagi..hishhh geram betul!


pastu nampak public phone....cuba lagi call pak hj, tak angkat jugak..call rumah PD mujur syakirah angkat bila tanya ayah mana, dia jawab tak tau...pelik sungguh..tanya punya tanya rupanya dia dengan ummienya baru balik dari ziarah kak chik (anak kak aza suami dulu) di madrasah batu berendam...balik2 memang ayah tak balik lagi...dalam hati saya ohhhh patutlah pak hj balik lepas asar....tak jadi balik PD pagi2 rupanya kak aza takde rumah....so saya tinggal pesan jerlah...


Dalam hati dah fikir dah malam ni memang tak boleh buat apalah..apa cara sekalipun saya mesti kena balik rumah juga, keter terpaksa tinggal jer kat shell tu....pastu bincang dengan hani, saya cadang nak terus jalan kaki ke giant...dia pun setuju juga....mana tau ada teksi kat situ...nak call teksi memang ada nombor dalam phone tapi hp lak tak bawak..memang malang betul malam tu!


baru nak jalan jer teringat lak, alahai kunci rumah lak ada dalam kereta...lupa nak ambik tadi....aiseyyy...nak taknak kena lah patah balik jalan kaki sekali lagi gi ke shell kat keter....sudahnya saya buat keputusan jer kalau dah nak patah balik, alang2 tu saya cakap kat hani kita jalan kaki jerlah balik rumah...saja cabar diri sendiri, buat benda yang tak pernah dibuat sebelum ni pun sesuatu yang manis utk dikenang juga.....tambah2 saya rasa macam tak jauh sangat pun nak balik...nak ambik teksi alang2 juga tambah2 malam 2 macam ni....dan laluan tu memang bukan jalan utama laluan teksi...bas lagilah takde!


pastu sampau shell saya ambik nafas dulu ronda2 dalam stokis cosway....selama ni selalu pandang tak berkesempatan nak pergi tengok2...so malam tu sebenarnya saja nak sejuk aircond lepas jalan kaki peluh2....sudah sejuk badan masuk 7-11 situ dan beli twister dua botol buat bekal masa nak jalan ni....dan lepas ambik kunci rumah kami pun dengan penuh bersemanagt dan tenaga berjalanlah....separuh pertama macam naik bukit tau jalan dia pastu menurun lak...mula2 tu memang lenguh kaki, hani takde merungut nampak bersemanagt jer dia jalan...tapi mulut tetap becok cakap macam2....


Sambil jalan sambil dia capai kayulah rantinglah buat tongkat, pastu kejap2 nak berhenti minum...saya plak risau kan dia asyik2 nak naik atas kaki jalan tu saya takut kot2 mana2 keter terbabas....sudahnya kami dua2 beranak jalan atas rumput jer sebab kereta laju yg amat! Sudahnya penub kemuncup kat jubah saya dan skirt dia....perjalanan malam tu memang mencabar sungguhlah, satu sebab jalan tepi jalanraya dengan kereta dan motor yg laju sebab menurun bukit, pastu lalu celah2 pokok2 (hiasan kat divider jalan) melintas jambatan lagi....


yang paling tak boleh lupa bila hani dengan bersemangatnya bagitau saya bila dia nampak bus stop kat depan, terus cakap jom ammie kita duduk rehat2 dulu minum air...kakak penatlah...saya pun apalagi pucuk dicita ulam mendatang....bila nak sampai jer punyalah tak sangak...tetiba meluru 4 ekor anjing menyalak2 dan berlari2 anak arah kami macam nak terkam jer....saiz besar lak tu....belakang bus stop tu kampung baru paroi ( kampung orang2 Cina) memang dioarng bela anjing so bila dia nampak kami nak duduk situ dia ingat kami ni nak menceroboh rumah belakang bus stop tu...


Masa ni hani toksah cakaplah takutnya terus menangis cakap kakak takut ammie...dari ceria dan happy nak rehat kat bus stop tiba2 terkejut ada anjing datang meluru..saya pun memang terkejut dan takut lah...terus berhenti tak jalan terus, nak lari ke belakang pun saya tak berani sebab saya pernah baca, anjing ni kalau kita takut kita akan merembes sejenis hormon ker/bahan ker yang mana bila bahan ni keluar bau dia akan lebih menarik minat anjing..tu sebab sebolehnya saya kawal rasa takut saya tu...saya hanya berpaling ke belakang dan ambik muka hani tekup pada badan saya....supaya hiloang rasa takut dia, saya tak benarkan dia pandang anjing tu....


bayangkanlah 4 ekor anjing depan kami menyalak dan jalan arah kami.....eiii menang takut giler! terbayang dia mengonggong kain atau kaki saya atau hani..ngeri! Nak lari memang dah terlewat dah! yang say teringat adalah nasihat sapa entah suh baca surah al masad..Tabbat yadaaaa, so saya baca kuat2 tabbat yadaaa dan saya suh hani jugak baca....so dua beranak kami baca dan macam nejerit lah suara kami baca surah tu berulang2....sampai saya rasa dalam hati saya legaaa....walaupun anjing tu masih menyalak arah kami tapi saya tak pasti dia dekat atau jauh sebab saya pandang belakang sambil peluk hani.....


Bila keadaan terkawal (rasa takut kami tu) dan kereta kat jalan clear cepat2 saya tarik tangan hani melintas jalan...kami terus menuju berdiri kat border jalan....kat border ni banyak pokok2 perhiasan....kami dua beranak sambil baca tabbat yada kami menyelusuri celah2 pokok2 ni.....cepat2 kami jalan dalam keadaan menyesal dengan apa yg berlaku...dua2 diam jer sebab takut tu tak hilang lagi....


Bila sampai rumah...bersyukur sangat sebab sepanjang jalan takde apa2 berlaku....alhamdulillah penat memang penat tapi yang penting selamat...moralnya jangan lupa bawak telefon pastu nak jalan dapat izin suami....


Sampai rumah hani terus telefon ayah, nak citer hal anjing....cakap2 dengan pak hj saya lak kena tempelak katanya tulah nak jalan tak minta izin....dan katanya esok lepas subuh dia akan datang....alhamdulillah...


esoknya betul2 lepas subuh dia datang....gelap lagi dah sampai, siap bawak sarapan beli dari PD....lepas makan tu terus kami gi bengkel, alaahh dekat jer dengan rumah, mujur ada kawan pak hj bagi nombor mekanik tu..yerlah tak semua bengkel yg expert dan ada spare part keter
lama cam pak hj tu....selesai satu hal bila mekanik tu bawak balik keter tu ke bengkel dia....


Lepas tu saya ke sekolah hani sebab nak berhenti kan dia sekolah, kononya nak pindah putrajayalah....tapi tak dapat surat on the spot, petang kena datang lak....pastu ingat nak ke AM bank renew insurans dan road tax kembara yang tersadai kat kampung dari bulan 11 (sebelum keluar 40 hari) takde sapa pakai....tau2 r.tax dan insuran dah mati! tapi sebab beli di bahau...AM bank seremban selalunya boleh siap 3 hari..pak hj cadangkan terus ke ambank bahau jer...

Bergeraklah kami 3 beranak ke bahau....dalam jam 2 selesai patah balik ke seremban. kat bahau tu menurut pak hj ada kedai jual jam dengan 'harga gila' memang murah bangat! jam dinding jenis bertali besi bunyi2 ada muzik dan saiz besar tu dengan harga 800 lebih, pak hj tawar (dia beli utk rumah kak aza satu masa dulu) dapat 200...saya pun apa lagi, yg memang beli jam mahal asyik hilang jer..mulalah nak beli jam lagi...


Sudahnya saya punya jam dari letak harga RM 498, tawar dapat RM200 brand Roscani, pak hj lak Seiko dapat RM150....oklah RM350 dapat dua....r.tax insuran kena RM 432... so dalam masa sejam dua habis dekat RM800....sebelum tu bayar keter kembara RM500, sekejap jer habis RM1,300<-- ada sebab citer ni....


dalam kepala saya betulkan kereta merc lama tu akan hanya kena 3/4 ratus jer sebab takat wayar putus jer....balik tu terus ke bengkel..sekali keter dah siap dah tengok2 bil seribu lebih....tersengih jer saya depan pak hj bila dia suh bayar! pastu terus bisik kat dia duit cash kat tangan tak cukup! Yerlah tadi 1,300 dah keluar kat Bahau..mana nak cekau seribu lebih lagi?


Nak taknak kena gak kuar lagi duit kat ATM....terbang seribu lebih lagi..angan2 nak beli selai dua baju baru pun terbang melayang.....dalam masa 2/3 jam dua ribu lebih habis....sekelip mata jer!


Hushhhhh.....serik gak saya..melanyak keter bagai nak rak, masa pecut tak mengira keter lama ker baru..sudahnya bila cek macam2 yang kena tukar baru..tapi tak taulah kalau dia sengaja tukar....tapi lepas betul tu sedaplah saya pecut lagi....


So sekarang saya tak berulang hari2....hari rabu jer saya balik sebab tu malam mesyuarat, hari lain saya duk menumpang di kuarters kawan blog.....dan sebenarnya saya gak malu menumpang kerana setelah digoogle nama sahabat tu pada hari pertama saya tido malam tu, saya pun barulah tau siap dia....dan terasa serba salah pula menumpang..takut2 tak pandai membawa diri dan tersalah kata dan laku...terutama bila memikirkan nak bawa hani bersama menumpang di situ....


Akhirnya semalam setelah bermesyuarat panjang dan fikir buruk dan baiknya, saya dengan suami mencapai kata sepakat yang hani tidak akan ikut saya ke Putrajaya....dan dia akan bersama ayahnya. Bermakna dia akan sekolah di PD..dan duduk dengan ummie, sekolah dengan hani syakirah.....biarlah saya yang berkorban.....


Dan saya harap saya bersedia menghadapi semua cabaran yang mendatang....


dah cukup panjang dah ni, lain entry saya akan bagi tau rasionalnya saya buat keputusan itu!
























Wassalam