Tuesday, February 16, 2010

cerita cuti kami

Assalamualaikum w.b.t


Agak panjang juga kan cuti 4 hari ni....dan saya ingat macam2 benda saya boleh buat dalam cuti panjang ni. Tapi perancangan kita takkan dapat dipenuhi andai Allah tidak izinkan.


Begitulah halnya saya. Cuti kali ni benar2 jadi cuti untuk saya. Semuanya kerana dari jumaat petang lagi saya dah rasa badan macam tak sedap. Nak kata demam tak demam, badan pun tak panas tapi rasa macam sendi2 lenguh dan sakit2.


Tekak rasa perit sangat. Cadangan asal memang nak keluar masturat 3 hari dalam kawasan negeri sembilan jer. Tapi saya dah cakap dengan pak haji badan tak larat, niat nak keluar dtangguh ke cuti maulidur rasul 26 Febuari ni.


Tambah2 baju kotor sedia menanti di rumah seremban. Baju2 kotor di Putrajaya pun sedia untuk dibawa balik ke seremban juga. Saya malas nak membasuh...sebab kalau membasuh setakat basuh jer senang cerita, tapi membasuh satu hal pastu nak menyidai, nak tunggu kering, dah tu nak melipat pulak..banyak kerja nya. Dan masa pulak bukanlah banyak sangat!


Hari jumaat malam pak hj datang ambil saya di Putrajaya, sesat barat pak hj mencari rumak kak azwa. Saya pun masa minggu pertama tu sesat juga, hari2 sesat, kononnya nak mencuba jalan baru, pastu entah kemana-mana jer saya tersesat. Pergi balik esat. letih betul otak dan badan!


Dari Putrajaya, pak haji ajak saya terus ke homestay PD..walaupun tak bawak baju, bawak telekung jer saya setuju jer...sebab badan dah penat, malas nak fikir panjang. Malam tu singgah makan kat sg merab, terus balik PD....ingatkan nak tido semalam jer sebab tujuan pergi tu nak kemas rumah sebab ada orang nak sewa, tapi sebab saya badan demam saya bantai tido jer, makan pun tak larat nak keluar, pak haji dan hani jer keluar beli bungkus.


Hari ahad dalam tak larat tu saya gagahkan juga bangun sapu2 dan mop satu rumah, kemas2 katil dan iron semua sarung bantal.....tarik cadar tegang2.....kemas dapur dan bilik air. Rupanya sebelum ni ada kawan kak aza yang datang tumpang tido, kononnya diorang nak tengok rumah nak sewa...tapi lepas pak hj siasat dengan kawan karkun rupanya kawan tu kaki tipu. kak aza kenal dengan isteri dia masa kami keluar 40 hari dan terus baik2 gitu sampai selalu lah isteri kawan tu datang lepas rumah kak aza.


sampai satu masa tu, pak hj ada rumah diorang datang, pak hj nampaklah ada sesuatu tak kena dalam cerita tu...rupanya member tak tau pak hj kenal ramai karkun KL dia cerita sebab dia inagt pak hj tak kenal karkun2 ( org tabligh) KL kot.


Jadi, tak jadi sewakan pada kawan tu....ahad petang kami balik ke seremban. ingat malam tu nak ke putrajaya terus, nak betulkan aircond keter merc (panas).....tapi saya tak larat dan terbayang banyak baju kotor nak basuh.


Sudahnya esok tengahari baru ke putrajaya. pak hj puasa, aya tak larat, pak hj ambil merc tinggalkan kembara, saya balik rumah kak azwa terus tido jer sampai ke petang. Malamnya baru keluar cari makan di alamanda. hari ni kepala ting tong pening yang teramat pulak....tido lagi seharian, lepas zohor baru keluar makan di presint 9....habis makan, nampak ramai kanak2 mandi manda, hani teruja terus bawak dia mandi...dengan baju yang pakai keluar tu dia terjun kolam..balik tu basah2 masuk keter.......hmmm tulah cerita cuti kami...takde apa2 pun....



Cerita jkami di Putrajaya


Minggu kedua duduk menumpang rumah kak azwa saya bawa hani pulak, hani saya hantar rumah pengasuh di presint 9, nak menghantar tu pun mujla2 asyiklah sesat ....mencari rumahnya mula2 memang mengelirukan. Dah tau clue baru senang. Sekarang dah tak sesat lagi dah...dua minggu dah cukup dah saya tau selok belok jalan2 Putrajaya.


Ikut hati, saya nak juga belajar jalan dalam waktu pejabat. Tapi nampak gayanya tak berkesempatan. Minggu sudah menguruskan hal Hani masuk sekolah sini. Ulang alik ke jabatan pelajaran 3 kali, baru dapat surat pindah. hani masuk sek preisnt 9(2).


Pagi jumaat lepas, jam 8 saya dah terpacak kat jabatan pelajaran wil. Putrajaya. tunggu dalam setengah jam terus dapat surat. dapat jer surat, kami dua beranak gi kantin sarapan kat kantin sekolah jer. Best pulak makan duduk kat bangku kanak-kanak....tujuan makan tu sebab nak ajar hani sekali cara2 membeli dan berurusan dengan kantin...sebab di SRI ABIM dulu makan semua disediakan atas meja, tak perlu membeli sebab makan 3 kali sehari ibu bapa bayar dalam yuran bulanan.


Selesia makan, terus ke sek presint 9....terus ke pejabat, gitu gini dalam setangah jam dah selesai urusan dan hani pun dah dapat masuk kelas, kelas 1 dedikasi...mengenali hani memang dia takde masalah dari segi sesuaikan diri, terus angkut beg duduk satu tempat kosong di meja depan...satu meja besar tu 6 orang duduk....


Saya pulak terus bincang dengan guru kelas dia kat luar kelas sebab masa tu subjek matematik dalam kelas tu, cikgu kelas dia kebetulan nama Suhaila juga....kami borak2 hal yuran dan buku, alhamdulillah hampir 90% buku yang hani beli di SRI ABIM sama dengan buku sekolah kebangsaan. Tak perlu beli buku lain, activity book dan text book pun sama, buku tulis kulit jer warna berbeza dan Cikgu Suhailah kata okay takper....boleh jer guna...saya cuma perlu beli beberapa buku tambahan dan yuran tak sampai seratus lebih...syukur tak banyak kos nak keluar....


Lepas selesai bincang dalam 10 minit, saya minta izin cikgu yg mengajar tu untuk bawa hani keluar nak tunjuk tempat yang saya akan ambik tengahari tu, so dalam 5 minit saya bawa dia ke tempat menunggu, saya beri duit RM5, pastu saya pun chow masuk pejabat. Saya masuk office jam 9.30 lewat sejam jer (dah minta izin masuk lewat).


Tengahari tu, janji dengan hani saya akan ambil cepat, sekolah habis jam 12.15 jumaat kan...saya kata mungkin lewat 15 minit saya ambil. Tup-tup jam 11, Dato' arahkan arrange press conference jam 12.00...perrrrkkkhhhh bengang jer....terbayang2 hani dok menunggu kat bus stop sekolah tu.....


Mujur PC dalam setengah jam jer, habis jer PC tak habis sessi soal jawab saya chow...rupanya jammed pulak jalan....sudahnya sampai lewat jugak...mujur ramai gak budak2 lain menunggu mak ayah, hani dengan air satu cawan (yg beli) menyeret bag yg penuh buku.....sian pulak tengoknya hari pertama dah menunggu ammie.....


Saya pun tak pasti lagi camana nak urus hani ni, nak taknak kena cari orang yg boleh standby ambil hani....kalau saya dapat kuarters mungkin saya boleh atur pak haji datang sini kot2 saya keluar bolehlah dia ambil hani.


Tugas saya kat sini walaupun bukan siasatan, tapi mana Dato' KP pergi yang perlu diwar2kan team kami akan ikut. Setakat bulan ni dah 3 tempat pergi, macam pergi lawatan ke karangkraf (suratkhabar sinar), pergi ke suratkhabar Nanyang siang pau dan ke Persatuan Perniagaan Cina...semuanya team saya diarah pergi....pergi tu sebab ia melibatkan adanya sidang akhbar kat situ....


Secara keseluruhannya, okaylah kerja kat bahagian corp. comm ni, dengan kapasiti 7 orang, senang kami buat kerja dalam kumpulan yang kecil. 4 lelaki dan 3 perempuan. 3 yang atas tu kira boss lah...dan kami berempat tukang buat kerja....lepas ni akan datang 3 lagi, semuanya diimport dari luar, dengan membawa kepakaran masing2....dan diambil secara kontrak. Disamping tu, kami ada seorang consultant dari luar yg gajinya lebih dari 3 bulan gaji saya termasuk elaun (banyak gilar dgn 3 hari seminggu jer kerja!!!!)...yang kadang2 pening nak layan dia....sebab selalu kami semacam kena ikut arahan dia pulak, walhal dia patutnya consult kami bukan arahkan kami....hmmmm macam2 nak kena layan....dah tu selalu nak inteframe masuk TV..hahahaaa selalu kami gelakkan dia!


Dunia saya sekarang tak banyak berurusan dengan orang dalam jabatan, banyak berurusan dengan orang luar jer...terutama wartawan2....dan sejak duk sini saya dah dapat jumpa dua tiga kawan wartawan dan dapat juga jumpa wartawan2 zaman saya praktikal dulu di Utusan Melayu.


dan saya tak rasa kekok berborak dengan wartawan2 ni, minggu lepas masa ikut KP ke persatuan cina, saya terjumpa kawan belajar dulu, sekarang dia wartawan di BERNAMA.....tak pernah jumpa dan kebetulan baru jer add dia di facebook....seronok bercerita perihal kawan2 dulu2....


Dan saya rasa satu kelebihan bila masuk ke bahagian ni, saya dapat dengar dari pengurusan atasan sendiri visi misi jabatan, pandangan dato'2 ni tentang sesuatu isu, keazaman dan cita2 mereka, aspirasi mereka........dan saya pun terpaksa fikir macam mereka fikir....disamping kena buat teks ucapan, sediakan jawapan untuk sessi interview mereka, buat talking point untuk sidang media.....kemudian menaip semula jawapan2 mereka terhadap soalan2 wartawan....sampai saya rasa saya pun dah boleh baca apa yang dato' Kp nak jawap pada setiap soalan wartawan...cehhhh over betul!

No comments: