Saturday, October 16, 2010

Perkembangan lepas sebulan menjadi ibu tunggal!

Assalamualaikum w.b.t



Diam tak diam saya hidup berdua ni dah lebih sebulan...


Cepatnya masa berlalu, tak rasa langsung yang hidup sunyi kosong dan rindu (macam yang Kak Engku rasa lepas pisah dengan Adzmin), wah over bandingkan diri dengan artis2 lak...


kalau takde rasa apa kekurangan maksudnya begitulah jugak dengan masa depan insyaallah saya akan dapat menjalaninya dengan baik...harap2 begitulah hendakNYa


Dan syukur juga Allah menghantar seseorang menemankan saya dengan hani


semuanya tidak dirancang


Selepas raya seminggu sahaja Along terus duduk dengan saya


Automatik saya kini ada pembantu


Tu sebab saya tak rasa langsung kekurangan


Kan dah banyak kali saya ambik/hantar kembara ke bengkel due to problem gear, hose dan kipas yang tak settel


So, Alonglah yang membantu.....samaada bantu hantar dan juga masa nak ambik balik kembara tu


Tak perlu dah bantuan miss sinar


Last week selasa rabu saya ke kursus di Hotel Maya, Along jugak hantar hani ke sekolah...saya jam 6.30 dah keluar rumah nak kejar ERL awal pagi dan nak cepat sampai KL central, pagi tu hani siap sendiri dan along hantar sekolah naik motor


Walaupun pagi tu Hani sms dan pastu call bagitau Along tak bangun lagi sedangkan dia dah mandi...tapi kiranya adalah juga seseorang, Along tempat saya nak mintak tolong apa2...


balik ikutkan dia jugak ambik tapi saya sempat sampai sebelum jam 6 dari Putra LRT maka saya ambil hani


Minggu depan saya ada bengkel di Bukit Tinggi pulak.....bengkel 3 hari...isnin sampai rabu...


Esok nak balik kampung ambil makwe (mak saya) untuk tolong jaga hani....boleh juga kalau bagi Along jaga tapi tak sedap ati pulak


Zaman ni kan macam2....hani ni pun dah 7 tahun, Along dah 22 tahun...takkan nak tinggalkan berdua jer dalam satu rumah utk 3 hari....tak percaya saya...


so along akan hantar Hani pagi2, petang balik kerja dia juga akan ambik....hari rabu iaitu hari yang takde KAFA tu saya akan minta bantuan Miss Sinar jer...hantar balik sebab makwe ada kat rumah....


NISSAN SENTRA & KEMBARA


Isnin ni dapat keter. Asalnya nak beli nombor lawa. hari tu SA kata dapat hujung bulan


Tapi isnin ni saya ke kursus bila pulak nak gi masuk tender hantar borang nombor pendaftaran tu


So kesimpulan cakap kat SA tu proceed jerlah...dengan apa2 nombor


Ikutkan nak nombor 2 angka takat bawah seribu bolehlah lagi....


Dalam hati cita2 nak nombor macam merc tu PCM 55, sekali tengok kat portal JPJ tu nombor memang mahal gila lah....


Paling kurang saya dengar dari kawan saya yang pernah beli nombor, angka 55 ni kalau nak masuk tender paling kurang dalam RM20,000....mampus...mahal gila tambah sikit dapat kancil tuuuu


Owner lama (Dr dari Penang) bagitau pak hj dia beli nombor ni dengan harga RM4,000, tu masa tahun 1997 ketika keter ni baru keluar


Sekarang dah 2010, mesti naik lagi kan....so pasrah jerlah lagipun kebetulan minggu depan sya dah takde, terima jerlah apa2 nombor....cadangan nak ambik no melaka pun terbatallah...


Kembara saya dah putuskan yang saya akan bela dan pakai.


Semuanya sebab saya rasa yang daripada saya buang RM10.6K untuk topup jika nak trade in baik saya guna 10.6 k untuk benda lain...


Memang saya dah stand by duit tu....mujur juga hari yang saya cadang nak bayar terus kat SA tu dia kata akak simpan dulu, ada lah jugak masa saya berfikir...


So, fikir punya fikir, dan tanya pendapat di forum kembara.net, terus saya buat keputusan simpan jer kembara ni...


Along pun tetap dengan pendirian taknak kembara ni, tetap jugak teruskan booking keter Myvi..walhal hari tu dia dah booking di Shah Alam, dah proceed loan tapi kena tolak....


Tak putus asa dia, terus booking dari jurujual di internet pulak....setakat ni dah 3 hari booking tapi tak dapat call dari bank lagi....


Saya asyik provok dia...macam2 dah saya cakap...pro and cons beli keter baru ni...saya cerita pengalaman saya


Dia pulak, dari belajar UiTM ayah dia dah belikan motor...(bertuah badan)


Balik2 dia cakap pengalaman makcu 10 tahun dulu...tak sama dengan hari ni


Saya bagitau dia saya bermula dari naik motor pinjam YAMAHA 110 cc(motor ayah dia) selama 6 bulan...ulang alik sorang diri dari Taman Seri Serdang sampailah ke Jalan Duta atas bukit nun (sekarang dah jadi Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia)


Lepas 6 bulan, ayah kau ambil balik motor tu, makcu beli motor second hand Honda C70 dengan harga RM700 jer....tapi repair lebih dari RM400 kot, kali ni berulang dekat sikit dari Taman Seri Serdang ke Putrajaya...syukur sangat2


Along cakap, naik motor bahaya makcu, makcu tak tengok accident kena gilis lorilah apalah...


Eh....makcu setahun bawak motor sama jugak, berhati2 jerlah...hujan panas makcu boleh tempuh....setahun makcu boleh sabar walaupun perempuan...takkan ko lelaki tak boleh sabar


Makcu masa tu gaji dah dua ribu lebih (masuk elaunlah) pun tak yakin nak beli keter, sebab tau mak abah susah...tiap2 bulan bagi RM600.....tolong abah bayar keter dia


Ni kau tak kesian kat mak ayah kau bukan orang senang....gaji pertama pun belum nanmpak bayang, dah booking kereta...


Ada satu tahap tu kan dah rasa macam geram sangat, so saya cakap kat dia..takpun ginilah, ko tak yah bayar apa2, kau pakai jer kembara makcu ni...


Ni semua saya buat sebab nak selamatkan duit gaji dia jangan RM550 burn macamtu sebab nak bayar Myvi tu sedangkan ada pilihan lain....


Saya cakap, duit gaji tu bagi mak ayah lebih sikit...


Hmmmm, dah offer free pun dia tak nak! Tetap juga tersengih2 tak jawab apa2....


Agak2 bila dia boring, siap cakap...alahai makcu ni tak abis2 lah......terus gelak2 masuk bilik tutup pintu!


Takper, saya nak tengok, slip gaji pun tak dapat lagi, mana taknya kerja start 28 Oktober hari tu.....makan dia pun saya tanggung, ada hati tu nak terus pakai keter baru....nilah cerminan anak muda hari ni...sedey....takleh langsung nak hadapi cabaran...


Saya yang perempuan ni pun, dengan kerja tetap masa tu, masih pakai motor, lepas setahun baru pakai kancil tu pun second hand installment RM312 sebulan...lepas 5 tahun barulah up sikit tukar kembara...installment RM433...


Ni dia dahlah kerja co swasta...tak sampai sebulan, gaji pertama pun tak dapat lagi...cita2 tersu besar ambik kereta baru...


Bila saya offer ajak dia gi used car, kita trade in kembara ambik keter lain sebab nanti bolehlah dia ambik kembara tinggi sikit....tu pun dia macam tak bagi respond yang positif...hmmm takleh kata apa dah


Dalam kepala dia takde bayangan lain dah...bayangan Myvi SE jugak yang muncul...malas dah saya nak offer dia...


So, dua hari lepas saya pun bayarlah kereta tu untuk lebih kurang setahun punya bayaran, RM5,600....so anggaran bodoh2 saya bayaran kembara saya kena lunaskan dalam dua tahun lagi bersamaan RM12k


Saya bayar awal2 sebab dapat bayangkan lepas ni beban nak bayar dua kereta, Nissan RM917 dan kembara RM433...so dalam setahun ni saya belajarlah adjust mana yang mampu dulu....


Kalau saya bayar secara ekspres saya rasa akan kurang lagi dari 12k tu...hari ni saya nak check outstanding balance kereta tu, banyak mana baki dia...


kembara tu saya bercadang nak hantar kat bengkel yang betul sebab menurut forumer kembara.net mereka kebanyakannya hantar kembara tu kat bengkel di subang jaya....memang budak melayu tu repair kembara semata2....dan saya pun dah berhubung dengan dia tu forum tu cuma nak tunggu masa jer nak hantar...


Dan kembara tu saya cadang nak sewakan. Hasrat ni disokong oleh Along. Sebab katanya masa kat UiTM memang ramai student yang sula sea kereta hujung minggu.....


Bila bagitau Iza, dia pun setuju sangat dan katanya dia boleh tolong promote pada student KUIS....


Dan paling koman saya boleh letak iklan kat UKM ataupun masukkan dalam mudah.com atau iklan dalam OXL.....tengoklah macamana....


Semalam saya sms pak hj bagitau merc dah siap tapi ambil next week, saya nak pakai gi Bukit Tinggi Isnin-Rabu....pastu dia balas...."Sentra tak keluar lagi?"


Aduuuuhhhh.....dia tau pulak....ni mesti bank yang called nak kepastian masa saya proceed loan tu walhal masa bank call saya untuk tanya rujukan tu saya bagi nama Along dan ayah Along....tapi memang dia ada tanya nama dan no hp suami, saya beri tapi saya tanya dia, awak akan call ker..dia kata tak...saya pun pesan cakap tolong jangan call suami saya yer...saya taknak dia tau saya beli keter baru, saya tak bincang hal beli kereta dengan dia....


Tapi mana lak pak hj tau ni...gabra sekejap....terus call Iza, dan Iza pulak kata...habislah...kalau ayah dah tau makcik beli keter baru, mesti dia nak berbaik semula....


Tulah..saya kata kat Iza, macamana pun makcik tak nak berbaik semula....dia kata alahai..benda baik makcik sabar jerlah berbaik semula....hiskkkk ko ni, doakanlah biar makcik macam ni dah okay dah takde masalah....


So sms tanya pasal 'sentra tak keluar lagi?' tu saya biar kan jer tak nak jawab...ikut hani dia suh tipu jer, dia suh jawab, "tak jadik ambik sebab nak tolak kembara kena topup tinggi."..<--hani boleh cakap ayat gini, nampak sangat yang dia betul2 jadi rakan kongsi masalah saya...siap blh keluar ayat macam ni lagi....


Wassalam

Friday, October 15, 2010

MO yang sama telah mula...apakah daya?

Assalamualaikum w.b.t



Saya rasa menyampah betul


Menyampah dengan diri sendiri


Sungguhpun saya rasa saya dah cukup kuat menempuh hidup sendiri


Dah bulat tekad nak teruskan cabaran hidup sendiri


Dan taknak berpaling lagi ke belakang


Yang penuh titik hitam dan kenangan sedih


Tapi akhir-akhir ni ada pulak lintasan


Ada pulak semacam rasa tak kisah...


Tak kisah bila memikirkan kalau 'berbaik semula apa salahnya'


Tapi sungguh...sungguh dalam hati saya taknak


Dalam hati saya gembira, bahagia


Tapi mungkinkah sebab dalam hati dan jiwa saya ia sudah kebal


Dan rasanya sama sahaja jika dia ada atau tidak ada....tiada apa2 kesan dalam hati ini...


'ADA' maksud saya ada atas kertas status saya sebagai isteri...


tapi saya taknak dia ada di sisi saya....biar dia duduk di Penang saya di sini...


'TIADA' pulak maksudnya dia takde langsung dalam kamus hidup saya....nyah terus


Dua2 keadaan ni sekarang ni takde apa bagi saya dah...tak membawa nilai tambah


Macam sekarang....saya masih isteri dia, tapi dia duduk di sana....saya di sini dengan anak


Sikit pun saya tak rasa macam nak marah...cemburu, atau rasa nam memberontak


Kisahnya gini...


dari last week saya dah dapat baca yanga da tanda2 macam dia buat MO sama macam dulu


Buat tak tau dan sms macama biasa


Dia sms tanya pasal keter


Saya jawab 'kat bengkel'....


Pastu dia jawab, 'kalau dah siap bagitau'


Jawapannya walaupun ringkas tapi saya baca dalam maknanya


Maknanya, dalam ayat tu nada dia tak marah...sangat memahami dan bertolak ansur


sebaliknya dalam nada tu macam berterima kasih...sebab saya tukar bumper depan merc dia


Ikutkan dia boleh bantai saya sebab takkan dua minggu pasang bumper..kerja satu dua jam jer tu


Malam tadi sapa tengok rancangan semanis kurma tajuk "kenapa sukar suami melafazkan talak?"


Bila tengok tajuk tu terus rasa cam eh ni yang patut pak hj tau ni...


Patut hari tu masa saya provoke suh dia smsm jer baper talak nak bagi....ko cakap jerlah talak 1 ker duaker 3 ker...


Ni dia bantai diam tak jawab apa2 ...bongok!


So, saya sms dia saya kata 'tengok TV9 sekarang'


Pastu dia jawab, 'dimarkaz'


Sungguhpun ringkas jawapannya, tetaplah saya boleh baca yang dia sebenarnya dah anggap apa yg berlaku pada kami sebelum ni takde apa2....


Saya kenal sangat dia ni, tau sangat cara dan pendekatan dia


Kalau gitu cara dia dengan cepatnya jawab sms dan nada jawabnya yg ringkas begitu


Itu tandanya dia dah buat2 lupa persengketaan dia dengan saya


Itu yang saya menyampah tu


Kenapa tak terus 'PERANG' dengan saya


kenapa jawab sms saya


Tolonglah Ya Allah...jangan bolak balikkan hati saya


Sungguhpun setakat ini takde apa2 saya harap ia akan terus takde apa2


Janganlah ada satu masa nanti saya perlu berhadapan dengan dia dan saya 'terjerumus' menjalin semula hubungan ini


Bimbang dan gusar hati ini


Berilah saya kekuatan


Doakanlah saya


Jangan ada lagi garisan hitam dalam hidup ini


Hati ini..tenanglah


Janganlah fikir bukan2


Status menjanda tidak seburuk mana


Harap cukuplah menderita....


Saya berhak bahagia


Ya Allah berilah saya bahagia dengan cara yang saya suka....









Wassalam

Thursday, October 14, 2010

Menjawab Komen

Assalamualaikum w.b.t



HappyIrfa said...
wah..macam2 citer ada dalam satu entri..suka pulak baca kisah hani dan iza.syukur ada iza,mesti hani sgt gembira..mahal tu corset beautiful..berangan nak beli tapi dlm mimpi je la..byk lagi bende lain yg lebih penting..hehe
October 12, 2010 9:18 AM

*********

Irfa...

Akak pun dah bertahun2 aim nak beli PB, tapi rasa macam membazir sangat, tapi akhirnya 'terpedaya' jugak sebab tengok testimoni yang macam hebat...beli pun sebab ada rebate, kan Pb jadi penaja rancangan gadis Melayu....lagipun kerja bahagian Corporate Comm ni rasa rendah diri pulak asbab perut memboroi ni...sesekali pakai kat mana2 event asal nampak perut flat cukupklah walaupun hakikatnya buncit tu tetap maintain payah betul nak kempiskan....bila pakai memang nampak shape tapi menderita sekejaplah....akak cadangkan Irfa tak perlu beli, badan dah okay dah tu....Irfa pun tinggi...toksah membazir benda2 gini, kalau nak korset beli yang jenama biasa2 jer pun dah ok dah...


Amir Syafiqah said...
Salwa,Pasal Beautiful tu kan, kalau nak selesa, kena amik ikut saiz badan kita, jgn amik yg kecik, siksa diri tu.. Saya pun ada satu, tapi masa saya beli tu, badan size M, lani dah L, mmg tak selesa..Kena tukar nampaknya..
October 12, 2010 9:40 AM

************

Tulah badan saya dah diukur oleh Mai (www.m4is4r4h.blogspot.com) dan saya dah tanya dia berkali2 tentang ukuran badan saya ni betul tak dengan saiz yang dia bagi, katanya betul...cuma bila pakai saya memang rasa ngam2 jerlah...saya fikir awal2 mungkin rasa tak selesa agaknya...takper nanti saya cuba pakai lagi tengok macamana...saya selalu tak sabar dalam hal2 remeh macam ni....


Anonymous said...
Suka saya baca pasal Hani gembira ke Petrosains - kat situ memang macam-macam ada, dan anak saya yang besar pun kalau pergi ke sana memang kalau tak 2-3 jam, memang tak sah. Saya main lepas aje (ye lah diorang dah besar kan) whilst saya dok lepak je kat bangku-bangku.Nanti boleh bawak Hani ke muzium, planetarium, pusat sains dan juga library.MA
October 12, 2010 11:17 AM

*********

MA,

Bagus cadangan tu, lepas ni memang nak ajak Iza lagi nak ke Planetarium Negara pulak, dan jugak nak masuk kinokuniya...Hani hari tu dah terteleng2 kepala dia nampak kedai buku ni, tapi tak dapat masuk sebab masa suntuk....library pun best jugak tu....wahhh lepas ni banyak tempat kami boleh pergi, tambah2 sebab dah pandai naik ERL, LRT nih..panjang lah langkah sikit...


MOKCIK AZWA said...
Seronoknya berjalan ke KLCC dgn Petrosains...masa cuti nanti nak bawa anak2 ke sana.hehehe salwa...kalau dah pening pakai corset tu bukak jer la..masa beli bukan salesgirl dia datang ukur dulu? anyway, mokcik punya pakai sekali sekala...cuma yang bengkung dia saya rajin sikit pakai sebab senang nak tanggalkan kalau dah tak selesa huhuh
October 12, 2010 1:25 PM

**********

Kak Azwa, tak terfikir pulak kak, dah Mai (penjual tu) kata pakai 3 set serentak, itulah yg saya buat...walaupun seksa menahan pening 2 hari pertama tu. Yg pelik hari ketiga dah okay tak pening langsung, perut lak gatal! So as conclusion semalam saya pakai bra dan bengkung dia jer...sebab bila pakai girdle dia saya asyik nak terkencing jer....dah tu tak boleh nak tahan2...dah lah nak bukak tu ambil masa sikit banding spender kita tu... pastu kan kalau tak pakai girdle dia rupanya senang sikit nak makanlah..hahahaaa...masuk perut tu tak rasa tersekat dan nak kelar balik....pasni blh ikut idea kak azwa pakai bengkung tu jer....

*************

Pnut said...
bagus la Wa teruskan je hidup macam ni.. tak yah tergugat nak patah balik kat pak hani tu..enjoy besarkan hani sendirian lebih bermakna dari hidup makan hati..sorry terlalu berterus-terang... kalau nak kawan shopping..jalan-jalan..eheh leh ajak saya..hehehe
October 12, 2010 2:02 PM

Pnut...

Yerlah betul sangat tu....saya memang dah biasa hidup sendiri sungguhpun masa pak hj ada...cuma masa tu w.pun hidup sendiri sedangkan dalam hati tau masih ada suami yang disayang tapi tak dapat nak penuhi kehendak hati dan perasaan kita memang rasa dalam hati ada batu besar nak hempap kepala tapi tak terlepas! Tapi sekarang, memang rasa bahagia dan gembira tapi tetap ada rasa terseksa memikirkan apa plan pak hj, saya rasa mesti dia ada memikirkan sesuatu, terutama hal hak penjagaan Hani....tentang kawan shopping tu hehehee insyaallah satu hari nanti ada rezeki jumpalah kot...hahaha saya ni bukan kaki shopping sangat window shopping jer lebih...fulus nya jer masalah...

**********


Ummi said...
akak ada pakai jugak, tapi bukan beautiful, akak selalu rasa gatal dan peningakak pakai sekali sekala aje bila teringin nak pakaiseronok dengar hani seronok :)
October 12, 2010 4:10 PM

Ummi...

tulah, bila baca testimonial orang pakai Pb memang ada yang pening...ada penyakitlah tu...

Hani seronok akak pun rasa seronok...budak2 apa tau kan?

***********


Zareda Norman said...
salwa set beautiful tu kalau org tak tahan mmg loya sbb ada infra red kan. Kak zar pakai crony tak de infra red dan selesa. kalau tak pakai pulak kak zar rasa perut boroi.. mulakan pakai sejam dua dulu.. pas tu dah biasa dan selesa bolehlah terus 8 jam. memang figure badan akan terbentuk balik. Macam kak zar wpun berisi, pinggan I 29 inci aje okeh.. hehhee sebab ada bentuk badan bagus untuk Hani.. dia perlukan perhatian dan tumpuan dalam usia nak membesar ni.. harap salwa dan hani dapat menruskan hidup baru tanpa pak haji..

Kak Zar,

Ada gak terbaca pasal korset kat blog akak, masa tu terasa berkobar2 nak order, tapi tak tau macamana boleh terlupa terus lepas tu. Kebetulan pulak, saya ada baca blog budak yang jual PB ni menerusi satu blog lain, ceeramoon terus saya contact dan kebetulan dia duduk Sg Merab, dan Pb masa tu ada rebate pulak...dan-dan tu dia datang presint 17. ukur, bayar dan dapat set Pb saya ni...

Kak zar..rasa tak yakin nak teruskan hidup tanpa pak hj masih ada sikit2 tapi bila kawan2 blog bagi nasihat begini keyakinan dalam diri tu datang...harap doa kawan terus beri saya kekuatan....

**********


Ummi said...
wa, memang ada kesan di hati, walaupun mak dan bapa ummi baik, tapi bila bapa ummi merajuk panjang tak balik-balik, memang sedih. anak-anak yang jadi mangsa, ummi banyak memendam perasaan. ada sayang pada bapa, tapi bila imbas semula ada rasa benci, entahlah.... mungkin inilah perasaan anak-anak yang bapa mereka beisteri lebih dari satu, mungkin perasaan iza, dan ummi sama saja teringat masa bapa ummi sakit dan ajal dah dekat nak sampai, ummi yang jaga, dia duduk kat rumah mak ummi, mak ummi pula tak ada pergi umrah, ada perasan kasih, nak suapkan makanan tapi macam ada halangan di situ, akhirnya encik abah yang ambil alih tugas ummi, suapkan makanan dan jaga bapa ummi, ummi hanya mampu melihat dari jauh dan siapkan apa yang patut, mungkin masih ada dendam yang terkesumat masa itu semakin ummi tua, semakin ummi faham kenapa bapa ummi berperangai begitu, tapi ummi memang benci dengan poligami walaupun ianya halal, kerana tiada satu pun yang adil tertekan dan sebagainya, nasib baik mak ummi dan mak tua ummi memang baik, so ummi tak terasa sangat, tapi kalau nak fikirkan maid yang jadi mak tiri ummi tu, sampai mati ummi tak nak tengok muka dia, dia yang banyak lukakan hati mak dan mak tua ummi. ummi tak nak doakan yang buruk untuk dia tapi cukuplah ummi bagitahu yang ummi sangat menyesal kerana kenal dia :(
October 13, 2010 9:37 AM

Ummi,

tak sangka kisah hidup Ummi pun berliku juga....dan alhamdulillah dalam wujudnya kisah2 macam tu adik beradik ummi menjadi juga...dan mak ummi bahagia juga disamping anak2...saya pun harap Hani akan berjaya mengikut acuan saya nanti walaupun tanpa kehadiran ayah disisi. Dan jauh sudut hati saya, saya rasa saya tak mampu pun nak beri yang terbaik pada dia, cuma saya harap dia tak menyesali keputusan saya berpisah ini satu hari nanti...


kakLuna said...
kak wa, kalo kat US tu dh lama kak wa kena tangkap tau sbb tinggalkan anak sorang2 kat umah..depa mmg tegas bab hak kanak2 ni hehehe...tp Alhamdulillah hani ni sentiasa dilindungi Allah..saya tahu bkn akak yg nak mcm tu *mmg smua ibu akan berasa bersalah jika tpaksa meninggalkan anak apatah lg sorang2..akak pun bkn tinggalkan seharian cuma bbrp jam sblm akak balik. bagus hani ni, umur 7 thn dh blajar erti hidup. salute sangat kat dia!psl kesan perceraian..x bercerai pun akan ada kesan juga,kan. pun akan melibatkan emosi anak2 juga...insyaAllah, setiap situasi x kan sama..mcm iza, situasi dia lain coz kak nani pun x mcm akak...even iza pun x mcm hani..jd saya rasa, jln yg terbaik tu adalah perpisahan..tp x bermakna terus membenci dan memisahkan anak, hani pun dh nmpk jalan yg sepatutnya dipilih malah dia semacam dh bersedia.sy doakan smuanya dipermudahkan utk akak..
October 13, 2010 11:24 AM

Luna,

akak tau akak salah...tu sebab akak takde cerita kat blog pasal tinggalkan hani ni, bila dah melewati peristiwa ni baru akak berani dedah. Yerlah kalau akak cakap kat orang hani duk rumah sorang memang akak kena bantai balik walaupun depan akak diorang tak cakap. So hal tinggalkan hani ni akak dan dua kawan pejabat jer tau....perasaan akak masa nak melangkah tu tinggalkan dia tu Allah jer tau....masa nak balik pun sama, macam2 terbayang dalam kepala, kalau akak call dia lambat jawab pun akak dah susah hati...dok terfikir dia tergelincir dalam bilik air ker...terhantuk ker....

ada satu hari tu, hujan maha lebat dengan angin kuat dan akak pulak dok kat lobby dan depan pejabat sebab ada monitor wartawan (ada PKR hantar memorandum)....terbayang hani dok sorang kat rumah..mesti dia takur giler...sebab petir sambar menyambar...angin macam puting beliung...menderu2 (siap pokok tumbang bagai) lepas tu satu bangunan pejabat black out...saat tu akak rasa bersalah yg amat....

masa ni jam 4.30 dalam hujan akak lari balik....terbayang dia duduk satu sudut peluk bantal atau peluk tubuh keras menangis takut hujan/petir/guruh...sebab kalau akak ada pun bunyi guruh kuat dia akan datang peluk akak...dia memang takut bunyi guruh....akak rasa bersalah sangat...

sampai2 rumah pulak rupanya blok pun black out jugak...lift tak berfungsi....menapak akak naik tangga sampai tingkat 7...terbayang pulak kot2 masa black out tadi hani bukak komputer atau Tv..ntah2 meletup ker hapa.....dengan pegang kepala paip besi masa petir ker..aduh macam2 imaginasi timbul...anak dahlah sorang tu...

Perjalanan mendaki tangga ke tingkat tujuh dengan berlari2 anak rasa macam mendaki langit ke 7 lamanya....berdebar...

Sekali sampai rumah buka pintu..tengok Hani relax jer dalam gelap (black out) duduk depan TV main tulis2....terus mengadu kata tiba2 tv dan kipas terpadam....Komputer? saya tanya, kakak cepat2 off kan, kan ammie dah pesan kalau hujan jangan bukak komputer...pastu kakak duduk jerlah..masa hujan tadi kakak takut sangat kakak berdiri jer kat tepi tingkap, kakak menangis dalam hati kakak manalah ammie ni cepatlah balik..kakak takut sangat...

Sian dia kan? Insaf ras amacam takkan tinggalkan dia lagi...

**********


Zareda Norman said...
salwa bagus hani berani tinggal seorang.. Cik Ika pun ada sekali dua kak zar tinggalkan seorang di rumah.. memang hati gundah gulana tapi nak buat macam, bukan anak jer kena hati kental, kita ibu ni kena hati kental jugak. Org tak merasa pengalaman ni tak tahulah apa yg kita rasa kan. Apapun, *ni dilema anak sorang dan kerja tak tentu hale macam kak zar ler* keutamaan kak zar sellau pada anak. perasaan dia, kebajikan dia.. hal perceraian tu, kak zar setuju, salwa tak menyekat hubungan anak dan ayah. Dunia dan akhirat hubungan tu tak terputus. cuma pantau ajelah sebab pak haji tak mustahil akan pengaruh perasaan hani ikut kehendak dia, yerlah sedgkan anak 17 tahun pun dia nak kawinkan. Apalah..sedgklan umur tulah sedang semarak nak cari ilmu, jadi profesional yang beriman. ini sibuk nak kawinkan budak.
October 13, 2010 12:03 PM

Kak Zar...

Tulah dilemma kita ni kan...saya pun takde cadangan nak pisahkan hani dengan ayah dia, cuma kena tengok situasi dulu...lagipun saya rasa sebab wujudnya hani lah sya dah bertahan pada hubungan ni sampai 10 tahun....dan saya rasa kehadiran seorang ayah (walaupun tak fungsi sangat tetap menyumbang juga) kepada emosi dan rohani anak2....tu sebab saya nak positif jer, lepas cerai (kalau takde halangan) saya taknak bermusuh...nak lupakan apa2 yg negatif cuma taknaklah berhubung kalau takde hal....tapi dalam hati saya rasa pak hj tetap akan berdendam dan ungkit dalam beberapa hak tertentu...hal kawinkan anak tu saya dapat rasa yang pak hj nak kawinkan tu sebab tu bukan anak dia tu sebab dia nak lepaskan beban, takyah nak fikir2 pasal anak tiri dia tu...

**************


Pnut said...
wa, susah-susah..ptg hani takder kelas KAFA tu mai hntr ke rumah saya je la..leh dia main-main ngan alesya dan sembang2 ngan bibik.. bibik saya suka budak-budak...atau meh je hntr hani ke sekolah tahfiz tempat Najmi belajar ni, kafa diaorg setiap hari, pukul 2.30-5.30ptg... dan tentu selamat...ni offer ni.. ehehe

Pnut....,

offer yang diberi sangat mengujakan....



Apa cadangan yang awak tulis tu dah lama saya terfikir..... sama sebijik macam cadangan awak...cuma saya terfikir nak bagi token RM100 sebulan pada bibik tu...cuma tak berani nak buka mulut jer...





Sebabnya, satu saya suka kalau Hani dapat kawan macam yang dia nak....sangat kasihan pada dia, bukan sekali dia menangis bagitau saya yang dia nak kawan....





Selalunya berlaku ketika dia main2 dengan bear dan mungkin tiba2 teringat saat gembira dengan adik2 anak aza atau pun dengan sepupu kat kg...


Tapi petang semalam baru bayar RM330, RM50 pendaftaran, RM150 deposit (pulang kalau dah habis) dan RM130 yuran bulan ni, all in dan RM330.....kalau nak hantar rumah Pnut pun kena habiskan satu pusingan sebulan ni dulu....apa 2hal saya fikir kan dulu pro and cons nya dulu...


Sangat menghargai pelawaan ini dan hani pun setuju bila saya tanya dia....




Ok...masa dah suntuk, nak ke pejabat....skrg online sebelum subuh sebab malam2 Along jer mengadap PC..bengang jer..suh dia beli broadband sendiri taknak pulak...tapi kalau tak bagi dia bertenet boring pulak dia kat sini..serba salah jadik mak sedara ni....


Wassalam

Wednesday, October 13, 2010

Pilihan Akhir di tangan saya

Assalamualaikum w.b.t


Sepanjang dengan Iza, kami banyak bincang pasal hubungan saya dengan ayahnya


Dan Iza banyak juga buka mata saya tentang apa yang berlakudalam hubungan kami ni


Iza lebih memahami perangai dan sikap ayahnya dalam hubungan suami-isteri


Sebab pengalaman Mak dia walaupun mereka berpisah sejak umur dia 12 tahun memberikan kesan besar dalam hidup dia


Sepanjang membesar sehinggalah sekarang 23 tahun (tak pasti tapi memang umurnya xkurang dr ni) dia membesar dengan terpaksa menadah telinga mendengar keluhan, rungut dan cerita sedih penceraian mak dia...


Dan tak mustahil dia juga boleh mentafsir apa yang akan berlaku pada hubungan saya ini.


Turut dia prihatin adalah emosi adik dia nanti, dia bimbang emosi Hani akan jadik macam dia sekarang


Dia, katanya sampai sekarang kesan penceraian mak-ayah masih berbekas kuat dalam hati dan jiwa dia...


Emosi dia rasa terjejas bila terkenang akan kesan penceraian tersebut.


Tambah2 katanya, dia sangat2 terasa jauh hati dan sedih bila teringatkan ayah


Pada masa saya dia rasa sayang sangat dengan ayahnya tapi tak mampu nak berdepan


Sebab sikap dan suasana sekeliling tak menyokong untuk dia bertemu dengan ayah dia...terutama perangai mak dia, yang dua tiga jam sekali akan call dia...mak dia memang betul2 control pergerakan dia....kalau Iza malas nak jawab sekejap lagi sure Along akan call pulak....


Malahan beberapa kali kat rumah saya ni dia cakap kat saya, "makcik bayangkan kalau ayah tiba2 balik...takutlah..." dan beberapa kali juga balik2 tanya, betulker ayah memang takkan balik sini ni, mana tau tiba2 muncul jer depan pintu..."


Dia kata sakit dalam hati dan jiwa kesan daripada penceraian ni sukar untuk diubati....walaupun pada dia dua2 salah tapi sebagai perempuan perasaan maknya lebih difahami.


Itulah kesimpulan saya dapat sepanjang 2 hari dengan dia....iaitu dia tidak sokong penceraian ini walaupun hakikatnya saya dah bagitau dia makcik tak bahagia kalau ayah kau ada....


Balik2 dia tanya, "takkan sikit rasa sayang pada ayah pun dah takde lagi....?"


Saya kata, "buat masa ni kosong..makcik takde perasaan, dan makcik rasa lebih bahagian dalam keadaan sekarang..."


jawab dia, "dah tu selama ni nampak okay jer..?


Jelas saya, "sebab makcik bersabar, makcik berkorban perasaan dengan harapan satu hari nanti rumahtangga makcik bahagia...tapi nampaknya pihak dia takde perubahan"


Makcik tak harap banyak benda dan tak harap dia penuhkan tanggungjawab dia sepenuhnya sebagai suami


Tapi sikap dia dalam banyak perkara tak sama seperti dulu dan makcik pun dah jemu dan letih melayan dia sebagai suami sedangkan dalam hati memberontak...rasa tak puas hati tak dapat diluah..kalau diluah dia sensitif dan jadi gaduh...


Makcik bukan berharap banyak benda, yang makcik harap dari dia [patut harap dari allah jer...insaf :-( ...] benda kecil2 jer tapi tu pun dah takde...sedih lagi....


Hanya tunjukkan rasa sayang, penghargaan, terima kasih.....tu jer za....kalau makcik terasa hati, pujuk sikit, makcik penat dan korban semua untuk anak dan dia...hargai dengan ucapan penghargaan ker....sekadar terima kasih ker...tak banyak..sekadar faham apa makcik rasa pun dah memadai...


Tapi yang makcik dapat keegoan dia, kedegilan dan sikap dia yang suka buat tak tau....suka lari dari masalah....buat sesuatu tak mesyuarat, sikap berat sebelah (walaupun perkara kecil tapi suka sembunyi2)


Sakitnya bila tau kebenaran tidak akan sama dengan sakitnya hati bila sesuatu tu disembunyikan tu diketahui kemudian.....


Pendekata macam2 saya luah pada dia...


Kesimpulan dia...abih tu makcik nak tunggu sampai bila....katanya


Sebab dia dah dapat baca MO ayah dia....katanya ayah takkan lepaskan makcik...percayalah


Macamana ayah buat kat mak dulu...dia akan ulang benda sama...


Dulu....lepas mak dia kena tampar dengan ayah dia (sampai report polis)....pun ayah dia masih taknak ceraikan mak dia....sampai mak dia terpaksa buat tuntutan penceraian secara fasakh sebab takde jalan keluar lagi....dan alasan dia berpoligami (dan tak balik2 rumah) adalah sebabnya pada masa tu...


MO dia sama macam hari ni, gaduh terus tak balik....bukan sekejap tak balik...tapi tak balik terus masa tu...sampailah kak Nani tukar mangga pintu.....dan tukar mangga pintu tu sebagai alasan dia, tu sebab dia tak balik....walhal kalau tak tukar pun, saya jamin memang dia takkan baliklah....dah ada bini baru masa tu kan....dan kes tampar kak nani pulak naik court dia kena denda RM 1,000 (mencederakan orang) lagi dia bengang....


Dalam kes saya ni, kalau saya mengalah ego dia akan turun...dan tak mustahil keadaan akan kembali normal....


Tapi saya dah letih mengulang benda sama....dan sama...dan sama....saya akan lalui balik putaran rumahtangga macam ni.....taknak taknak taknak dah!


Saya tau dia hanya tunggu sms saya untuk mengalah...macamana kes Aza hari tu....tapi no way..buat apa nak mengalah???? takde sebab!!!!


Aza ada banyak sebab, dia tak kerja, ada anak ramai..sakit, masih ada yang masih baby pulak tu dan kalau berbaik boleh dapat anak lagi .....


Tapi saya, takde satu sebab pun..melainkan pada dia mungkin saya akan kekurangan dari segi seks, tapi jujurnya kelemahan saya tentang itu kini tak membebani saya lagi...syukur alhamdulillah.... kalau dulu saya nak berbaik semula sebab yang satu ini....sekarang ntah rasanya ada ker takde tak terasa apa2 pulak.....


Kata Iza, dia taknak Hani akan ada emosi jiwa kacau macam dia bila besar nanti...sayang ayah rindu ayah tapi masa sama ada rasa benci ayah, dan rasa jauh hati dengan ayah yang tak ambil peduli hal dia...terutama lepas hak penjagaan dia mak dia yang dapat dan mak dia memang melarang keras dia jumpa ayah dia....tu sebab mak dia sentiasa call dia setiap dua tiga jam sekali kot....


Saya kata kat Iza, makcik takkan buat benda sama pada Hani, hak dia jumpa ayah tetap makcik penuhkan. Saya dah tanya hani dah kalau cuti sekolah nanti, nak balik kampung ker nak ke penang duduk dengan ayah?


Saya ingat hani nak jawab salah satu sebab soalan saya macam bentuk pilihan salah satu tenpat tu....


Tapi Hani sebagai anak yang panjang dan jauh fikirannya menjawab sesuatu yang sya pun tak terlintas pada masa tanya soalan tu....


Dia jawab soalan tu dalam bentuk pertanyaaa....kalau kakak nak duduk separuh2 boleh tak ammie?


Siap dia bagi contoh...kalau cuti tu dua minggu, seminggu kakak balik kampung, seminggu lagi kakak duduk dengan ayah...biar sama....


Pada saya, sangat2 okay cadangan dia tu....saya takkan halang, malah saya sokong....walaupun dalam hati sedikit bimbang, takut2 semasa dalam jagaan ayah dia, akan aad sesuatu perubahan dalam diri dia...


Mana tau tiba2 dia setuju duduk madrasah penang pulak ker...atau terus kata tak nak balik pada saya ker..... memang takut kalau terfikir benda macam ni...


Terutama saya ni memang selalu agak garang dan keras dengan dia!


Sampai along yang duduk dengan saya ni cakap.....makcu hani ni tabah betul ek....


Mana taknya.....saya kalau marah dia tengking atau suara besar dia terus bertindak....


Bukan macam sesetengah budak....kememeh (nangis), merajuk atau tersinggung ker...tapi Hani sekali saya naik suara, tengking dia tak sempat dia melayan perasaan tersu dia bertindak...


Contoh kalau mainan sepanh, sekali saya jerit....plus bebel kuat2 terus bangun kemas sampai siap.....


Along kata, kalau adik perempuan dialah kena marah macam tu dengan mak dia agaknya (cara marah yg ekstrim) dah lama masuk bilik menangis, merajuk....



Hani bukan ajer kental perasaan dia kalau kena marah, sebab dah biasa kot....tapi dia juga susah menangis kalau saya marah....setakat dia pandang saya tak berkelip mata....tu jer...kalau nak suruh dia nangis citer sedih2 sentuh perasaan....macam cakap tak sayang dia....pastu citer2 sensitif pasal apa2 ker...hani tengok tv citer sedih dah lama pandai nangis dah...citer kartun pun nangis....


tau kan....Hani dah banyak kali kena tinggal rumah sorang2, petang rabu dan petang jumaat...ni pun atas pilihan dia....bukan paksaan!


Dia taknak ke rumah baby sitter, dan dia taknak duduk di sekolah, dan dia taknak ke nursery, semua ada alasan dia sendiri....dia sanggup duduk rumah sorang2.....saya sebagai ibu memang rasa bersalah tinggalkan budak 7 tahun sorang2...


Saya pun takut dan bimbang, tu sebab saya tinggalkan handphone kat dia, sms dan call kalau ada apa2 berlaku....dan saya suruh dia duduk kat ruang tamu jer..makan semua saya siap hidangkan....ambil dan ain internet serta tengok tv jer.....


Sekejap2 kalau dia tak call atau sms saya yang call atau sms dia....kadang2 buka fb jer...chat kat situ...


lagipun rumah apartment macam ni tak sebimbang kalau rumah teres....malah kat tengah2 sekeliling blok2 kat presint 17 ni ada taman yang sentiasa ada kanak2 bermain, memang bising dan meriah...hani kata dia kalau rasa sunyi dan sedih dia akan berdiri pada tingkap tengok kanak2 kat bawah taman tu main-mn....katanya buat macm tu hilang rasa sunyi dan takut dia...sedih saya dengar....dia stay kat rumah rabu petang dalam 3 jam setengah jer...kalau jumaat 2 jam setengah...saya make sure saya sampai rumah jam paling lewat 5.30 ptg...


Tapi baru2 ni ingat tak keracunan makanan dia tu....tu masa dia tinggal sorang2 kat rumahlah tu....


kisahnya malam sebelumnya saya masak nasi, sejak along ada ni terpaksa masak malam, orang muda lelaki tengah nak pakai tenaga kan kuat makan....so nasi lebihan malam tu terus saya panaskan...saya masak lauk simple, sambal sardin....


Sebelum pergi kerja, saya hidangkan nasi dan sambal sardin serta saya letak roti gardenia tutup bawah tudung saji depan Tv, dan pesan dengan dia, nanti kakak terus makan nasi ni, lepas tu petang kalau lapar nak tunggu ammie balik kakak makan roti cecah sardin yer (dia memang suka makan roti cecah sardin ni)



Rupanya dia tak makan nasi tu lepas sya pergi kerja, agaknya dalam jam 3 saya call, dia kata dia tengah makan roti cecah sardin....saya pun masa ni tak fikir apa2...tak tanya nasi dah makan ke belum....masa saya sampai rumah dalam jam 5.30 gitu hani cakap dia baru lepas makan nasi....saya pun masa ni tak terfikir hal nasi tu ok ker tidak...


Bila jam 3 pagi yang dia bangun muntah2 non stop baru terfikir jangan-jangan nasi dah basi yang dia makan petang tu.....


Sekali tanya dia lepas dah kejadian tu saya tanya masa kakak makan nasi tu ada rasa pelik tak, macam basah2 ker....dia jawab ha'ah macam nasi tu lembik2...hehehe tak tau lah dia reka atau betul....tapi hani kata rasa dia takde apa2..ok jer....


Disebabkan kejadian tu dan juga keadaan cuaca sekarang ni yang petang2 selalu hujan disertai dengan petir dan guruh pun mendorong saya dan hani bincang semula hal penempatan dia hari rabu dan jumaat tu....


Hani dah dua kali katanya menangis berdiri tepi tingkap masa hujan dan guruh sebab takut....tinggal sorang2, kalau berdiri dekat tingkap dia boleh nampak rumah lain dan namak orang kat blok lain atau ada kanak2 berteduh kat taman tu.....sian dia....


So, sejak minggu lalu (jumaat) saya letak dia situ, saya dan dia capai persetujuan, dua petang takde KAFA tu dia akan duduk kat nursery presint 17 ni.... saya memang dah tanya lama nak daftarkan dia sini tapi dia taknak dengan alasan ramai kanak2 kecik dan baby jer kat situ so dia malu nak duduk situ....


Tapi sebab kejadian keracunan makanan dan hujan ribut semua....dia akhirnya setuju duduk situ dan 3 kali dah saya letak dia sana....bayaran walaupun sekadar transit dua hari seminggu tetap lah jugak sama dengan harga biasa iaitu RM130, takde mahal sangat dan takde murah sangat pun.....sedang2 ajer...


Tulah alkisahnya





Wassalam