Wednesday, October 13, 2010

Pilihan Akhir di tangan saya

Assalamualaikum w.b.t


Sepanjang dengan Iza, kami banyak bincang pasal hubungan saya dengan ayahnya


Dan Iza banyak juga buka mata saya tentang apa yang berlakudalam hubungan kami ni


Iza lebih memahami perangai dan sikap ayahnya dalam hubungan suami-isteri


Sebab pengalaman Mak dia walaupun mereka berpisah sejak umur dia 12 tahun memberikan kesan besar dalam hidup dia


Sepanjang membesar sehinggalah sekarang 23 tahun (tak pasti tapi memang umurnya xkurang dr ni) dia membesar dengan terpaksa menadah telinga mendengar keluhan, rungut dan cerita sedih penceraian mak dia...


Dan tak mustahil dia juga boleh mentafsir apa yang akan berlaku pada hubungan saya ini.


Turut dia prihatin adalah emosi adik dia nanti, dia bimbang emosi Hani akan jadik macam dia sekarang


Dia, katanya sampai sekarang kesan penceraian mak-ayah masih berbekas kuat dalam hati dan jiwa dia...


Emosi dia rasa terjejas bila terkenang akan kesan penceraian tersebut.


Tambah2 katanya, dia sangat2 terasa jauh hati dan sedih bila teringatkan ayah


Pada masa saya dia rasa sayang sangat dengan ayahnya tapi tak mampu nak berdepan


Sebab sikap dan suasana sekeliling tak menyokong untuk dia bertemu dengan ayah dia...terutama perangai mak dia, yang dua tiga jam sekali akan call dia...mak dia memang betul2 control pergerakan dia....kalau Iza malas nak jawab sekejap lagi sure Along akan call pulak....


Malahan beberapa kali kat rumah saya ni dia cakap kat saya, "makcik bayangkan kalau ayah tiba2 balik...takutlah..." dan beberapa kali juga balik2 tanya, betulker ayah memang takkan balik sini ni, mana tau tiba2 muncul jer depan pintu..."


Dia kata sakit dalam hati dan jiwa kesan daripada penceraian ni sukar untuk diubati....walaupun pada dia dua2 salah tapi sebagai perempuan perasaan maknya lebih difahami.


Itulah kesimpulan saya dapat sepanjang 2 hari dengan dia....iaitu dia tidak sokong penceraian ini walaupun hakikatnya saya dah bagitau dia makcik tak bahagia kalau ayah kau ada....


Balik2 dia tanya, "takkan sikit rasa sayang pada ayah pun dah takde lagi....?"


Saya kata, "buat masa ni kosong..makcik takde perasaan, dan makcik rasa lebih bahagian dalam keadaan sekarang..."


jawab dia, "dah tu selama ni nampak okay jer..?


Jelas saya, "sebab makcik bersabar, makcik berkorban perasaan dengan harapan satu hari nanti rumahtangga makcik bahagia...tapi nampaknya pihak dia takde perubahan"


Makcik tak harap banyak benda dan tak harap dia penuhkan tanggungjawab dia sepenuhnya sebagai suami


Tapi sikap dia dalam banyak perkara tak sama seperti dulu dan makcik pun dah jemu dan letih melayan dia sebagai suami sedangkan dalam hati memberontak...rasa tak puas hati tak dapat diluah..kalau diluah dia sensitif dan jadi gaduh...


Makcik bukan berharap banyak benda, yang makcik harap dari dia [patut harap dari allah jer...insaf :-( ...] benda kecil2 jer tapi tu pun dah takde...sedih lagi....


Hanya tunjukkan rasa sayang, penghargaan, terima kasih.....tu jer za....kalau makcik terasa hati, pujuk sikit, makcik penat dan korban semua untuk anak dan dia...hargai dengan ucapan penghargaan ker....sekadar terima kasih ker...tak banyak..sekadar faham apa makcik rasa pun dah memadai...


Tapi yang makcik dapat keegoan dia, kedegilan dan sikap dia yang suka buat tak tau....suka lari dari masalah....buat sesuatu tak mesyuarat, sikap berat sebelah (walaupun perkara kecil tapi suka sembunyi2)


Sakitnya bila tau kebenaran tidak akan sama dengan sakitnya hati bila sesuatu tu disembunyikan tu diketahui kemudian.....


Pendekata macam2 saya luah pada dia...


Kesimpulan dia...abih tu makcik nak tunggu sampai bila....katanya


Sebab dia dah dapat baca MO ayah dia....katanya ayah takkan lepaskan makcik...percayalah


Macamana ayah buat kat mak dulu...dia akan ulang benda sama...


Dulu....lepas mak dia kena tampar dengan ayah dia (sampai report polis)....pun ayah dia masih taknak ceraikan mak dia....sampai mak dia terpaksa buat tuntutan penceraian secara fasakh sebab takde jalan keluar lagi....dan alasan dia berpoligami (dan tak balik2 rumah) adalah sebabnya pada masa tu...


MO dia sama macam hari ni, gaduh terus tak balik....bukan sekejap tak balik...tapi tak balik terus masa tu...sampailah kak Nani tukar mangga pintu.....dan tukar mangga pintu tu sebagai alasan dia, tu sebab dia tak balik....walhal kalau tak tukar pun, saya jamin memang dia takkan baliklah....dah ada bini baru masa tu kan....dan kes tampar kak nani pulak naik court dia kena denda RM 1,000 (mencederakan orang) lagi dia bengang....


Dalam kes saya ni, kalau saya mengalah ego dia akan turun...dan tak mustahil keadaan akan kembali normal....


Tapi saya dah letih mengulang benda sama....dan sama...dan sama....saya akan lalui balik putaran rumahtangga macam ni.....taknak taknak taknak dah!


Saya tau dia hanya tunggu sms saya untuk mengalah...macamana kes Aza hari tu....tapi no way..buat apa nak mengalah???? takde sebab!!!!


Aza ada banyak sebab, dia tak kerja, ada anak ramai..sakit, masih ada yang masih baby pulak tu dan kalau berbaik boleh dapat anak lagi .....


Tapi saya, takde satu sebab pun..melainkan pada dia mungkin saya akan kekurangan dari segi seks, tapi jujurnya kelemahan saya tentang itu kini tak membebani saya lagi...syukur alhamdulillah.... kalau dulu saya nak berbaik semula sebab yang satu ini....sekarang ntah rasanya ada ker takde tak terasa apa2 pulak.....


Kata Iza, dia taknak Hani akan ada emosi jiwa kacau macam dia bila besar nanti...sayang ayah rindu ayah tapi masa sama ada rasa benci ayah, dan rasa jauh hati dengan ayah yang tak ambil peduli hal dia...terutama lepas hak penjagaan dia mak dia yang dapat dan mak dia memang melarang keras dia jumpa ayah dia....tu sebab mak dia sentiasa call dia setiap dua tiga jam sekali kot....


Saya kata kat Iza, makcik takkan buat benda sama pada Hani, hak dia jumpa ayah tetap makcik penuhkan. Saya dah tanya hani dah kalau cuti sekolah nanti, nak balik kampung ker nak ke penang duduk dengan ayah?


Saya ingat hani nak jawab salah satu sebab soalan saya macam bentuk pilihan salah satu tenpat tu....


Tapi Hani sebagai anak yang panjang dan jauh fikirannya menjawab sesuatu yang sya pun tak terlintas pada masa tanya soalan tu....


Dia jawab soalan tu dalam bentuk pertanyaaa....kalau kakak nak duduk separuh2 boleh tak ammie?


Siap dia bagi contoh...kalau cuti tu dua minggu, seminggu kakak balik kampung, seminggu lagi kakak duduk dengan ayah...biar sama....


Pada saya, sangat2 okay cadangan dia tu....saya takkan halang, malah saya sokong....walaupun dalam hati sedikit bimbang, takut2 semasa dalam jagaan ayah dia, akan aad sesuatu perubahan dalam diri dia...


Mana tau tiba2 dia setuju duduk madrasah penang pulak ker...atau terus kata tak nak balik pada saya ker..... memang takut kalau terfikir benda macam ni...


Terutama saya ni memang selalu agak garang dan keras dengan dia!


Sampai along yang duduk dengan saya ni cakap.....makcu hani ni tabah betul ek....


Mana taknya.....saya kalau marah dia tengking atau suara besar dia terus bertindak....


Bukan macam sesetengah budak....kememeh (nangis), merajuk atau tersinggung ker...tapi Hani sekali saya naik suara, tengking dia tak sempat dia melayan perasaan tersu dia bertindak...


Contoh kalau mainan sepanh, sekali saya jerit....plus bebel kuat2 terus bangun kemas sampai siap.....


Along kata, kalau adik perempuan dialah kena marah macam tu dengan mak dia agaknya (cara marah yg ekstrim) dah lama masuk bilik menangis, merajuk....



Hani bukan ajer kental perasaan dia kalau kena marah, sebab dah biasa kot....tapi dia juga susah menangis kalau saya marah....setakat dia pandang saya tak berkelip mata....tu jer...kalau nak suruh dia nangis citer sedih2 sentuh perasaan....macam cakap tak sayang dia....pastu citer2 sensitif pasal apa2 ker...hani tengok tv citer sedih dah lama pandai nangis dah...citer kartun pun nangis....


tau kan....Hani dah banyak kali kena tinggal rumah sorang2, petang rabu dan petang jumaat...ni pun atas pilihan dia....bukan paksaan!


Dia taknak ke rumah baby sitter, dan dia taknak duduk di sekolah, dan dia taknak ke nursery, semua ada alasan dia sendiri....dia sanggup duduk rumah sorang2.....saya sebagai ibu memang rasa bersalah tinggalkan budak 7 tahun sorang2...


Saya pun takut dan bimbang, tu sebab saya tinggalkan handphone kat dia, sms dan call kalau ada apa2 berlaku....dan saya suruh dia duduk kat ruang tamu jer..makan semua saya siap hidangkan....ambil dan ain internet serta tengok tv jer.....


Sekejap2 kalau dia tak call atau sms saya yang call atau sms dia....kadang2 buka fb jer...chat kat situ...


lagipun rumah apartment macam ni tak sebimbang kalau rumah teres....malah kat tengah2 sekeliling blok2 kat presint 17 ni ada taman yang sentiasa ada kanak2 bermain, memang bising dan meriah...hani kata dia kalau rasa sunyi dan sedih dia akan berdiri pada tingkap tengok kanak2 kat bawah taman tu main-mn....katanya buat macm tu hilang rasa sunyi dan takut dia...sedih saya dengar....dia stay kat rumah rabu petang dalam 3 jam setengah jer...kalau jumaat 2 jam setengah...saya make sure saya sampai rumah jam paling lewat 5.30 ptg...


Tapi baru2 ni ingat tak keracunan makanan dia tu....tu masa dia tinggal sorang2 kat rumahlah tu....


kisahnya malam sebelumnya saya masak nasi, sejak along ada ni terpaksa masak malam, orang muda lelaki tengah nak pakai tenaga kan kuat makan....so nasi lebihan malam tu terus saya panaskan...saya masak lauk simple, sambal sardin....


Sebelum pergi kerja, saya hidangkan nasi dan sambal sardin serta saya letak roti gardenia tutup bawah tudung saji depan Tv, dan pesan dengan dia, nanti kakak terus makan nasi ni, lepas tu petang kalau lapar nak tunggu ammie balik kakak makan roti cecah sardin yer (dia memang suka makan roti cecah sardin ni)



Rupanya dia tak makan nasi tu lepas sya pergi kerja, agaknya dalam jam 3 saya call, dia kata dia tengah makan roti cecah sardin....saya pun masa ni tak fikir apa2...tak tanya nasi dah makan ke belum....masa saya sampai rumah dalam jam 5.30 gitu hani cakap dia baru lepas makan nasi....saya pun masa ni tak terfikir hal nasi tu ok ker tidak...


Bila jam 3 pagi yang dia bangun muntah2 non stop baru terfikir jangan-jangan nasi dah basi yang dia makan petang tu.....


Sekali tanya dia lepas dah kejadian tu saya tanya masa kakak makan nasi tu ada rasa pelik tak, macam basah2 ker....dia jawab ha'ah macam nasi tu lembik2...hehehe tak tau lah dia reka atau betul....tapi hani kata rasa dia takde apa2..ok jer....


Disebabkan kejadian tu dan juga keadaan cuaca sekarang ni yang petang2 selalu hujan disertai dengan petir dan guruh pun mendorong saya dan hani bincang semula hal penempatan dia hari rabu dan jumaat tu....


Hani dah dua kali katanya menangis berdiri tepi tingkap masa hujan dan guruh sebab takut....tinggal sorang2, kalau berdiri dekat tingkap dia boleh nampak rumah lain dan namak orang kat blok lain atau ada kanak2 berteduh kat taman tu.....sian dia....


So, sejak minggu lalu (jumaat) saya letak dia situ, saya dan dia capai persetujuan, dua petang takde KAFA tu dia akan duduk kat nursery presint 17 ni.... saya memang dah tanya lama nak daftarkan dia sini tapi dia taknak dengan alasan ramai kanak2 kecik dan baby jer kat situ so dia malu nak duduk situ....


Tapi sebab kejadian keracunan makanan dan hujan ribut semua....dia akhirnya setuju duduk situ dan 3 kali dah saya letak dia sana....bayaran walaupun sekadar transit dua hari seminggu tetap lah jugak sama dengan harga biasa iaitu RM130, takde mahal sangat dan takde murah sangat pun.....sedang2 ajer...


Tulah alkisahnya





Wassalam

4 comments:

Ummi said...

wa, memang ada kesan di hati, walaupun mak dan bapa ummi baik, tapi bila bapa ummi merajuk panjang tak balik-balik, memang sedih. anak-anak yang jadi mangsa, ummi banyak memendam perasaan. ada sayang pada bapa, tapi bila imbas semula ada rasa benci, entahlah.... mungkin inilah perasaan anak-anak yang bapa mereka beisteri lebih dari satu, mungkin perasaan iza, dan ummi sama saja

teringat masa bapa ummi sakit dan ajal dah dekat nak sampai, ummi yang jaga, dia duduk kat rumah mak ummi, mak ummi pula tak ada pergi umrah, ada perasan kasih, nak suapkan makanan tapi macam ada halangan di situ, akhirnya encik abah yang ambil alih tugas ummi, suapkan makanan dan jaga bapa ummi, ummi hanya mampu melihat dari jauh dan siapkan apa yang patut, mungkin masih ada dendam yang terkesumat masa itu

semakin ummi tua, semakin ummi faham kenapa bapa ummi berperangai begitu, tapi ummi memang benci dengan poligami walaupun ianya halal, kerana tiada satu pun yang adil

tertekan dan sebagainya,

nasib baik mak ummi dan mak tua ummi memang baik, so ummi tak terasa sangat, tapi kalau nak fikirkan maid yang jadi mak tiri ummi tu, sampai mati ummi tak nak tengok muka dia, dia yang banyak lukakan hati mak dan mak tua ummi. ummi tak nak doakan yang buruk untuk dia tapi cukuplah ummi bagitahu yang ummi sangat menyesal kerana kenal dia :(

kakLuna said...

kak wa, kalo kat US tu dh lama kak wa kena tangkap tau sbb tinggalkan anak sorang2 kat umah..depa mmg tegas bab hak kanak2 ni hehehe...tp Alhamdulillah hani ni sentiasa dilindungi Allah..saya tahu bkn akak yg nak mcm tu *mmg smua ibu akan berasa bersalah jika tpaksa meninggalkan anak apatah lg sorang2..akak pun bkn tinggalkan seharian cuma bbrp jam sblm akak balik. bagus hani ni, umur 7 thn dh blajar erti hidup. salute sangat kat dia!

psl kesan perceraian..x bercerai pun akan ada kesan juga,kan. pun akan melibatkan emosi anak2 juga...insyaAllah, setiap situasi x kan sama..mcm iza, situasi dia lain coz kak nani pun x mcm akak...even iza pun x mcm hani..

jd saya rasa, jln yg terbaik tu adalah perpisahan..tp x bermakna terus membenci dan memisahkan anak, hani pun dh nmpk jalan yg sepatutnya dipilih malah dia semacam dh bersedia.

sy doakan smuanya dipermudahkan utk akak..

Zareda Norman said...

salwa

bagus hani berani tinggal seorang.. Cik Ika pun ada sekali dua kak zar tinggalkan seorang di rumah.. memang hati gundah gulana tapi nak buat macam, bukan anak jer kena hati kental, kita ibu ni kena hati kental jugak. Org tak merasa pengalaman ni tak tahulah apa yg kita rasa kan. Apapun, *ni dilema anak sorang dan kerja tak tentu hale macam kak zar ler* keutamaan kak zar sellau pada anak. perasaan dia, kebajikan dia..

hal perceraian tu, kak zars etuju, salwa tak menyekat hubungan anak dan ayah. Dunia dan akhirat hubungan tu tak terputus.cuma pantau ajelah sebab pak haji tak mustahil akan pengaruh perasaan hani ikut kehendak dia, yerlah sedgkan anak 17 tahun pun dia nak kawinkan. Apalah..sedgklan umur tulah sedang semarak nak cari ilmu, jadi profesional yang beriman. ini sibuk nak kawinkan budak.

Pnut said...

wa, susah-susah..ptg hani takder kelas KAFA tu mai hntr ke rumah saya je la..
leh dia main-main ngan alesya dan sembang2 ngan bibik.. bibik saya suka budak-budak...

atau meh je hntr hani ke sekolah tahfiz tempat Najmi belajar ni, kafa diaorg setiap hari, pukul 2.30-5.30ptg... dan tentu selamat...

ni offer ni.. ehehe