Friday, October 15, 2010

MO yang sama telah mula...apakah daya?

Assalamualaikum w.b.t



Saya rasa menyampah betul


Menyampah dengan diri sendiri


Sungguhpun saya rasa saya dah cukup kuat menempuh hidup sendiri


Dah bulat tekad nak teruskan cabaran hidup sendiri


Dan taknak berpaling lagi ke belakang


Yang penuh titik hitam dan kenangan sedih


Tapi akhir-akhir ni ada pulak lintasan


Ada pulak semacam rasa tak kisah...


Tak kisah bila memikirkan kalau 'berbaik semula apa salahnya'


Tapi sungguh...sungguh dalam hati saya taknak


Dalam hati saya gembira, bahagia


Tapi mungkinkah sebab dalam hati dan jiwa saya ia sudah kebal


Dan rasanya sama sahaja jika dia ada atau tidak ada....tiada apa2 kesan dalam hati ini...


'ADA' maksud saya ada atas kertas status saya sebagai isteri...


tapi saya taknak dia ada di sisi saya....biar dia duduk di Penang saya di sini...


'TIADA' pulak maksudnya dia takde langsung dalam kamus hidup saya....nyah terus


Dua2 keadaan ni sekarang ni takde apa bagi saya dah...tak membawa nilai tambah


Macam sekarang....saya masih isteri dia, tapi dia duduk di sana....saya di sini dengan anak


Sikit pun saya tak rasa macam nak marah...cemburu, atau rasa nam memberontak


Kisahnya gini...


dari last week saya dah dapat baca yanga da tanda2 macam dia buat MO sama macam dulu


Buat tak tau dan sms macama biasa


Dia sms tanya pasal keter


Saya jawab 'kat bengkel'....


Pastu dia jawab, 'kalau dah siap bagitau'


Jawapannya walaupun ringkas tapi saya baca dalam maknanya


Maknanya, dalam ayat tu nada dia tak marah...sangat memahami dan bertolak ansur


sebaliknya dalam nada tu macam berterima kasih...sebab saya tukar bumper depan merc dia


Ikutkan dia boleh bantai saya sebab takkan dua minggu pasang bumper..kerja satu dua jam jer tu


Malam tadi sapa tengok rancangan semanis kurma tajuk "kenapa sukar suami melafazkan talak?"


Bila tengok tajuk tu terus rasa cam eh ni yang patut pak hj tau ni...


Patut hari tu masa saya provoke suh dia smsm jer baper talak nak bagi....ko cakap jerlah talak 1 ker duaker 3 ker...


Ni dia bantai diam tak jawab apa2 ...bongok!


So, saya sms dia saya kata 'tengok TV9 sekarang'


Pastu dia jawab, 'dimarkaz'


Sungguhpun ringkas jawapannya, tetaplah saya boleh baca yang dia sebenarnya dah anggap apa yg berlaku pada kami sebelum ni takde apa2....


Saya kenal sangat dia ni, tau sangat cara dan pendekatan dia


Kalau gitu cara dia dengan cepatnya jawab sms dan nada jawabnya yg ringkas begitu


Itu tandanya dia dah buat2 lupa persengketaan dia dengan saya


Itu yang saya menyampah tu


Kenapa tak terus 'PERANG' dengan saya


kenapa jawab sms saya


Tolonglah Ya Allah...jangan bolak balikkan hati saya


Sungguhpun setakat ini takde apa2 saya harap ia akan terus takde apa2


Janganlah ada satu masa nanti saya perlu berhadapan dengan dia dan saya 'terjerumus' menjalin semula hubungan ini


Bimbang dan gusar hati ini


Berilah saya kekuatan


Doakanlah saya


Jangan ada lagi garisan hitam dalam hidup ini


Hati ini..tenanglah


Janganlah fikir bukan2


Status menjanda tidak seburuk mana


Harap cukuplah menderita....


Saya berhak bahagia


Ya Allah berilah saya bahagia dengan cara yang saya suka....









Wassalam

4 comments:

Luna said...

akak ingat tak sms dia hina akak..
akak ingat tak..dia burukkan akak pd miss sinar...

dia kata, akak org yg suka memanipulasi...jgn percaya pd akak..

Anonymous said...

Terpulang kepada Salwa berapa lama lagi nak hidup dalam kitaran yang sama...memendam perasaan, dengan sikap pak haji yang tak bertanggung jawap - semuanya atas tanggungan isteri-isteri yang self-sufficient, pandai-pandai lah korang nak hidup sendiri...dia hanya bawak telor saja ke rumah isteri-isteri (maaf bahasa kasar sikit). Bila rasa tak nak pikul tanggungjawap sebagai bapa, terus cari orang nak dikawinkan anak, supaya jadi tanggungan orang lain pulak.

Walaupun tak berkemampuan dari segi fizikal (OKU) atau kewangan, tak susah ucap terima kasih kat isteri. Atau telefon tanya kabar, tak dapat bagi sokongan secara berdepan, bagilah sokongan dari semangat - ni tidak, boleh pulak dia buat keras beberapa bulan, hidup ke mati ke anak bini bukan dia kisah.

Orang lain berpoligami, dia pun nak gak tambah isteri. Pergi berdakwah sana sini tapi perkara pokok dalam Islam sebagai ketua keluarga dia tak jalankan, di sini ada a bit hypocrital sikit yang saya kurang berkenan. Giving the religion a bad name dan memalukan kaum lelaki sahaja.


Betapa berat bahu memandang, berat lagi bahu memikul. Kami pembaca tak boleh buat apa-apa keputusan untuk Salwa kerana pokok pangkalnya it is you yang akan melalui kehidupan ini.

You are a very intelligent person, boleh analyse the situation dengan baik. Weigh the pros and cons, advantage and disadvantage & opportunity costs.

Again, saya minta maaf atas ketelanjuran kata-kata dalam komen ini - tapi you have to stop giving excuses for him.

MA

MA said...

**typo

Betapa berat MATA memandang, berat lagi bahu memikul.

MA

Zareda Norman said...

salwa
biasalah adat suami isteri, pasti ada saat manis dalam dukanya. Cuma memnag salwa kena kuat semangat. teruus pandang ke hadapan dan jangan berpaling lagi. doa banyak banyak dan mohon keredhaan Allah dalam membuat keputusan ni

tapi kak zar setuju ngan MA. Fikirkan kebhagiaan diri sendiri sblm kita nak bahagiakan org lain.