Wednesday, November 24, 2010

Jodoh, rezeki dan ajal ditangan Allah....kita hamba yang lemah, tiada kuasa, Allah penentu segala2nya

Assalamualaikum w.b.t



Baca tajuk pun dah menerangkan maksud cerita yang nak disampaikan


Begitulah kita manusia ni


Memang boleh berdoa tapi at the end semuanya terserah kepada ALlah


merancang berdoa dan berdoa mungkin boleh tetapi akhirnya allah yang berkuasa menentukan pengakhirannya


Begitulah kisahnya dengan jodoh saya


Saya ni kalau depan mata puan2 berceriats ecara lisan tanpa menulis agaknya dah berbuih2 dah bercakap nak cerai...nak berpisah


Bukan sehari dua ni jer rasanya dari 2006 permulaan blog ni dah saya lafazkan secara tulisan hal nak berpisah


Tapi dah jodoh saya sangat kuat bertaut kembali akhirnya


Kali ni takde usaha apa yang saya buat untuk berbaik selepas mesej saya di Kuala Trengganu tu dibalas negatif


Saya pun bukan taknak bercerai, nak sebenanrnya


Cuma saya menunggu genap 4 bulan untuk mohon fasakh


Dan saya masih menghitung2 kebarangkalian dan kecenderungan apa yang akan terjadi selepas penceraian tu


Kesimpulan yang saya buat, saya rasa kalau benar saya bercerai saya rasa saya masih belum bersedia mental


Saya takde kekuatan rohani, emosi


Saya hanya ada kekuatan yang pura2, hipokrit


Bergantung pada kseronokan dunia, behagia dengan ntah apa2


Malah emosi dan kekuatan rohani saya menyimpang jauh


Banyak benda saya nak cerita ni


Saya rasa menjanda bukan pilihan yang baik untuk situasi saya


Bukan sesuatu yang sesuai dan sesuatu yang membahagiakan secara total


Apa yang saya kesan leaps saya 'berpisah' ni saya mula berbaik dengan lelaki lain


Saya tak mau, dan saya tau itu semua tak elok untuk saya, kalau benar saya nak keredhaan Allah


Entah kenapa lepas berpisah ni ada sahaja ruang untuk sya menggunakan khidmat mereka dan berhubung dengan mereka


Sungguh saya tak rasa selesa walau saya gembira kerana peranan seorang lelaki ada dalam hidup saya walaupun dia bukan suami saya


Saya ada orang boleh harap bantu hantar dan ambil kereta di pusat servis


Saya ada teman bicara bila saya rasa sunyi, at least menerusi sms, walaupun sesekali antara kami bergurau menyakat tentang psangan masing2....


Itu tidak bagus, tapi sebab dia bekas pakwe maka banyak benda boleh dikongsi sama


Saya juga ada kawan lelaki di sini yang boleh ajak pergi lunch, dan boleh saya bercerita pada dia tentang masalah saya


Itu nampak sahaja gembira tapi dalam hati saya sangat memberontak


Tertanya2 kenapa aku sanggup buat begini....aku kan masih iteri orang


Terfikir kalau aku janda kemakah hala tuju hidup aku?


Adakah aku berpotensi hanyut, sungguhpun saya percaya dan yakin yang kedua2 kawan2 lelaki tu adalah suami yang setia dan tidak sekali2 sanggup menduakan isteri amsing2


Tapi saya tetap terfikir dan meletakkan diri saya pada tempat sewajarnya....


Saya tak yakin yang selamanya keadaan akan selamat dan trkawal andai saya menjanda


MAKA


Saya merasa yang saya tak sedia menjadi janda


Walaupun pada hakikatnya saya juga tak sedia kembali men jadi isteri


Tapi bandingan dua keadaan itu.


Saya nenikih untuk tidak menjanda


Dan saya juga tidak memlih menjadi isteri sepenuhnya


Saya hanya mahu statu isteri supaya saya selamat


Supaya saya ada benteng pelindung



Supaya status ini menjadi batu loncatan saya mendapat pahala


Menjadi motivasi saya beribadah kepadanya


JUSTERU


Bila pak hj sms kata nak datang ambik hani weekend lepas


Saya balas sms dia saya tanya


"kalau datang putrajaya bermalam satu malam boleh tak?"


Saya macam biasa test market jer


Masa ni memang takde keinginan takde ras aapa, betul2 untuk test sahaja


Dia balas, "nanti bincang'


tapi hari yang datang ambik hani tu, malam jam 12 baru sampai sebab ke markas Sri Petaling dulu



Saya memang tak kunci pintu, bila dia sampai msuk saya buat2 tidur


lama sikit saya terima panggilan telefon dari dia di luar bilik tanya nak suruh balik malam ni ker, anak dah siap?'


Saya jawab anak tidur, abang masuk jerlah bilik ni...


Dia tak jawab....pastu saya tengok senyap jer....takde respond ta masuk bilik juga


Sekali saya peliklah saya keluar bilik


saya tengok dia berdiri depan bilik master, bilik yang Along tidur tu


Rupanya dia cuba buka pintu tapi berkunci sebab along dah tido memang along kunci pintu.....


Dia memang tak tau along ada duduk dengan saya


so dia ingat saya tak bagi dia masuk



Sebab sebelum ni master bedroom bilik kami


Tapi lepas along datang, saya tukar bilik sebab masalah bilik air...


Saya tak suka bilik air master bedroom saya guna bilik air tetamu, jadi untuk memaudahkan dan jaga aurat saya tkar bilik yang dekat dengan bilik tetamu tu...so along pun segala urusan nak basuh sidai spender buat dalam bilik air master tu....



tak sangka dia dah standby tunggu depan bilik, mesti pelik agaknya fikir kenapa saya kunci tapi saya call suh masuk bilik


Terkejut dia tengok saya keluar dari bilik lain, so teru masuk biliklah jawabnya


No heavy conversations malam tu, tambah2 dah larut mlam


dan terus terang saya takde rasa apa2


Puas saya nak tanamkan rasa rindu kasih dendam kesumat ghairah segala yang bolehlah malam tu


Tapi jauh panggang dari api....memang kehambaran jer rasa



Tapi demi fikirkan hani dan tiada pilihan yang terbaik saya tautkan semula dua hati walaupun tidak sepenuhnya


Maka, secara rasminya kami dah berbaik, walau dalam hati sya hambar dan ksosong


Rupanya memang tak boleh tipu hati tak boleh nak paksa cinta


Saya tak tau dalam hati pak hj adakah rasa yang sama macam saya


Cuma malam tu dalam diam kami saling menggenggam erat tangan masing2


Moga2 dengan tautan jari antara kami akan mengalirkan kasih sayang semula


Tapi pihak saya masih tiada rasa apa2 jauh seali rasa seumpama elektrik mengalir keseluruh urat tubuh ini


Isnin jam 5 pagi saya ada tersedar dia bangun mandi dan tersu berlalu pergi...ke markas saya rasa...lansung xde perbualan antara kami


sampailah jam 10 pagi, saya dah ke pejabat dia call kata dalam perjalanan ambil hani di rumah


Beg pakaian saya dah kemaskan awal....


Jam 1030 saya balik rumah bye bye hani dan bagi pada dia handphone dia yang teringgal di pejabat


Pada masa ini saya tau yang dia dari penang berteman, bawa seorang kawan....


dari tepi tingkap pemandu pak hj duduk saya update cerita2 baru sedikit sebanyak


Saya bagitau yang along dah duduk sini, kerja mana


Saya cakap yang lepas ni ada 2 anak biah dari Kuala Ketil anak abang saya yang turut saya haga


Saya bagitau juga yang saya dah beli kereta baru tapi dah kena hentam


Dan ada lagi beberapa berita


Dia hanya senyum entah sinis ker senyaum sumbing@ kambing saya tak taulah


Lepas tu saya takde call takde sms jauh sekali bertanya khabar


hanya malam tadi hani call dan sms saya gunakann telefon dia


Katanya dalam sms pertama;


"ammie kakak ingat best sangat kat sini kalau kakak dah tau kat sini tak best dah lama dah kakak taknak pergi sini tau"


Sian anak saya, dia suh saya bagitau ayah dia nak duduk 2 minggu jer....dah suh saya datang ambik...


Saya masih dalam mode tak de nafsu nak call nak cakap dan nak jumpa pak hj...takde rasa nak marah cembru atau apa sahaja rasa....


Maka, janganlah marah saya bila saya bagitau yang kami dah berbaik kerana nama jer berbaik tapi hati dan perasaan saya sama jer macam berpisah...mungkin bersama semula hanya kerana hani dan faktor sokongan lain saya sanggup bertahan dalam situasi begini.....

Tuesday, November 23, 2010

hai lah kerja bilalah kau nak surut.....

Assalamualaikum w.b.t



Banyak cerita nak dikongsi namun takde kelaratan


Makin hujung tahun makin sarat dan berat pula tugas digalas


Macam2 mendatang


Dulu rasa ada juga masa bernafas tapi akhir2 ni aduh...


Lepas satu sedia menanti tugas baru....


sakit jiwa, sakit kepala


Ingat duduk siasatan tu dah cukup sibuklah tu...


Rupanya duduk corporate comm ni lagi sibuk rupanya


Manambah kekusutan 4 pegawai pulak takde dlm pejabat...


Bukan patah kaki lagi tapi rasa sakit jantung buat kerja


Dari pagi kesibukan saya;


-morning prayer dengan Dato' K update event terdekat iaitu-malam pengharagaan media dan pelancaran jingle SPRM (24.11),dialog bersama bloggers (25.11) taklimat perancangan media strategik untuk pengarah negeri/bahagian (29/30.11), sidang akhabr konsert SPRM (1.12) sidang akhbar tandatangan deklarasi (3.12),penandatanganan deklarasi anti rasuah oleh swasta (9.12), malam sentuhan perasaan rohani manusia di Fillharmonik (10.12)......semua berderet tu tugasnya kalau nak dipecahkan hmmmm sakit kepala....


-edit teks ucapan dato' Seri Nazri yang telah disunting oleh bos 2 dan 3


-find out status kes pegawai SPRM kena tangkap masuk paper BH dan NST hari ni memandu BMW cukai jalan dan nombor plat palsu, dapat status kes


-Meeting jawatankuasa portal


-tengah meeting, banyak kali keluar, updated kes Yayasan Selangor dari IO lapor pada boss 3 (bos 1 dan boss 3 urgent ke perak handle sidang media kes penyelewengan diesel subsidi)


- tengah meeting pegawai khas Dato' TKP3 minta report status kes BMW tadi


- Sambil balik pejabat brief dua pegawai cina dan updated follow up kehadiran editor/wartawan utk malam penghargaan media esok 8 malam di legend hotel


- habis meeting taip teks ucapan sampai siap email pada pengarah dasar last editing sebelum hantar ke PA Dato' Nazri


-Sambil tu dicelah2 call blogger/terima panggilan blogger regarding dialong bersama blogger 25November dan sms/email editor utk malam penghargaan media


- Turun ke bahagian pendidikan masyarakat ambil mug yg dah siap ambil risalah utk masuk dlm goodies bag malam penghargaan wartawan dan lat kopek bincang dgn MC malam pghargaan media


- Dicelah2 tu sempat menaip talking point KP untuk dialog bersama bloggers


- Tengahari keluar makan sambil hantar kembara balik rumahm semalam dah ambik nissan


- On off terima panggilan Dato' tanya dan updated pasal jemputan


- terima deraf kenyataan akhabr dari boss 3 dari ipoh untuk buat kenyataan akhbar


- sediakan kenyataan akhbar jemput media utk malam penghargaan media
berhubung operasi SPRM dan KDNKK tangkap 19 yg terlibat seleweng diesel subsidi


- Blast dalam fomacc kenyataan media dan upate dalam Fb



- sediakan kenyataan akhbar operasi diesel subsidi dan hantar pada semua media


-check email bahagian dan email rasmi buat housekeeping clearkan email asyik full jer 2/3 hari ni sungguhpu 500 mb kapasiti email saya...hari2 berderet2 email...segala mala berita yang ada kaitan akan dapat di email kami dan segala mala berkaitan dasar, polii dalaman makluman semua akan salur kepada kami juga mana tak email berderet2....



hari ni gaji saya sangat berkat takde masa main2 langsung....eh hari lain pun sama jugak...saya tak taulah orang lain, tapi saya punya kerja memang ikutkan takde masa nak korek hodung nak buang taik mata dan cungkil gigi.....sebelum abis satu ekrja kerja lain dah sedia menunggu....


Sarapan pun sambil buat kerja....unit kami ni sebulan sekali beli makanan tapi cepat betul abis sebab kami selalu takde masa nak turun mkan jadik bskut kacang maruku tu memang makanan kami semua....



kat unit saya ada 3 budak cina yang masuk, satu sedia ada sejak bulan mei dan dua lagi baru masuk bulan ni


Ketiga2nya dari swasta dan masing2 semua mengeluh dan sangat2 tak sangka yang beban kerja kerajaan sangat berat dan jauh lebih sibuk dari swasta....


yang bekas wartawan malaysian kini tu baru2 hari tu asyik datang bilik saya mengeluh puan tension lah kerja wartawan pun tak macam ni.... dia pun dah pandai hari cuti tak angkat hp


Yang dua cina tu sorang tu dah mula cakap dah yang dia rasa kurang oksigen lah pulak,.....kejap2 cakap pening2...tension2...


yang sorang lagi agak cool tapi dah nampak tanda2 yang kepeningan melanda sebab asyik buat lawak bodoh jer....


yang buat lagi rasa macam sibuk tu ialah, hp asyik masuk sms perkembangan kes bicara, tuduh, tangkap pastu pantang da isu besar sikit mulalah reporter call...hari2 layan reporter siang malam memang kacau daun nak buat kerja...


Tu tak masuk panggilan dari dalam sendiri, yang tanya itu ini...malah pasal keselamatan saksi pun nak mengadu kat korporat komm....


Dalam pada sibuk siang tadi, ada kerja pending kena buat ni,


1. press kit untuk malam penghargaan esok
2. tadi dato' call suh saya sediakan laporan unit kami untuk masuk dalam laporan tahunan....aduhaiii semau salwa..salwa ...salwa...macam dalam kepala dato' tu takde muka lain...yerlah dah masing2 asyik cuti salwa jer yg tak cuti2....


Ni stay up nak buat report pulak.....sekali2 termenung memikirkan nasib jadik kuli ni...mujur hani takde...senang banyak....


tapi mujur jugak masih kuli yang boleh tai chi, kalau dato' K dia kejap2 KP call, ada jer isu KP nak tanya....dalam kepala mesti update segala mala isu, dari risikan tangkapan sampailah kepada apa sahaja isu yg masuk dalam paper...dato' K acapkali kalau KP call dari duduk mesti berdiri dari berdiri mesti berjalan dari berjalan mesti pusing sana sini......


tapi alhamdulillah lah sampai setakat ni, saya masih ada kelaratan buat kerja kat sini....takde masalah besar lagi.....cuma masalahnya kerja ni berurusan dengan manusia, kalau berurusan dengan jentera, buku, file takper kita boleh atur dan uruskan tapi dengan manusia ni macam2 hal, macam2 kerenah..letihlah....

Wassalam

Friday, November 19, 2010

Hani, sayangku tak terucap padanya.....

Assalamualaikum w.b.t


Hani ni makin besar makinlah boleh menjadi kawan baik yang sangat memahami saya


Dan dialah juga yang tau buruk baik saya


Yang selalu menjadi pengkritik paling jujur pada saya


Sungguhpun kadang-kadang kata2 dia tu dek kerana terlalu jujur menghiris hati saya


Dan sesungguhnya sampai hari ni pandangan ujur dia tentang penceraian saya dengan ayahnya menyebabkan hati saya begitu bungkam


Dia tak paksa saya berbaik


Dan dia juga tak paksa saya bercerai


Dia relax dan cool sahaja bila saya tanya pendapat dia


Dia kata okay kalau ammie nak cerai


Tapi kakak lagi suka kalau kakak ada ammie dan ayah..ada dua2


Jawapan standard dia dari mula saya berpisah sampailah hari ni....



Ni gambar terbaru sebelum balik kampung raya korban, suka sangat dia bila mula cuti sekolah ni semata-mata sebab cuti kali ni dia akan ke Penang...maklumlah tempat baru, bagi kanak-kanak apalah yang nak dirisaukan....lagi dia suka bila dia akan dapat jumpa sofiyyah dan zubair agaknya


malam sebelum balik kampung kami dua orang buat projek menampal batu2 berkilat ni pada tudung, nilah hasilnya. Tudung syria ni dah lama beli, rasanya dah 3 tahun kot...so kasi nampak baru, tampal sekuntum bunga ros di anak tudung....wahhh berseri2...


Anak dara ni makin lama makin kurus lah saya rasa...dulu lesung pipit dia biasa jer tak dalam sangat tapi lately ni agaknya maknya makin malas masak (ayah takde dah) badan anak pun makin kurus....makan kat luar pulak asyik makan beehun sup, keow teow sup...mana nak tambah berat....

Satu lagi tudung yang ditampal kilat2 ni....bertambah menarikkan?


pagi ni bangun awal, hani takde, saya dengan Along jer... so bolehlah kemaskan mainan dan buku2 dia sebab hani saya dah tinggalkan kat kampung hari raya haji ni...yerlah sebab rupanya cuti sekolah kat putrajaya ni dah mula dah..khamis jumaat dah tak perlu ke sekolah....so nak tak nak kenalah juga tinggalkan hani kat kg...ikut dia dia taknak....dan sanggup tu duduk kat rumah sensorang..saya paksa dia tinggal juga...dah besar kan, kena paksa tak de masalah...




Sebelum balik dah start enjin keter dan dah jalan tetiba teringat kot2lah nanti timbul pertanyaan pelik2 pasal hubungan saya-ayah dia, terpaksalah saya panggil dia kat tingkap keter....




saya cakap...kalau ada sesapa tanya pasal ammie ayah jangan bagitau perkara sebenar okay....pastu dia ajwab...."ye...ye..jangan risau....kakak tau nanti kakak rekalah apa2 citer"...


Subuh ni saya bangun mengemas dulu, kemas buku2 dia, sapu sampah pastu terjumpa catitan dia atas kertas....tergelak saya baca..ikutkan banyak catatan dia saya jumpa atas kertas2 kecil ni, macam2 ada yang dialog perbualan antara kartun binatang, orang lidi dsbg...




Tapi catitan kali ni macam ada persoalan dalam benak saya...apahal lak anak saya citer hal kawin dengan orang tua ni? Dah tu orang tu cikgu pulaka tu...takkan dia ada cikgu kat sekolahn yang dia minat????







"kamu tu memanglah boleh kawin dengan cikgu tapi kamu tu baru umur 7 tahun cikgu 53 tahun tak bolehla macam tu"




Cukup2lah mak kamu kawin orang tua...jangan kamu kut nak oiii....
Wassalam

Sunday, November 14, 2010

Gambar terpilih, sementara sedang mood rajin...

Asslamualaikum w.b.t



Sementara mood rajin datang ni dan kebetulan bersiaran dari lappy


Sebab hari ahad yang sangat indah ni pagi2 dah dapat sms boss no 3 suh buat press release


maka bersidanglah saya depan lappy buat 3 PR


Pastu dapat panggilan wartwan dok sibuk tanya cerita JPJ kena tangkap semalam


Jumaat baru ni saya cuti kecemasan hani muntah2 lagi


Dengan baju sekolah saya bawak ke klinik


Meeting kat jalan duta terpaksa tak hadir


Pastu awal pagi dah sms dato' ckp masuk lewat sudahnya register jam 7.30 pagi, dalam 9.30 pagi baru selesai dan dapat ubat


Alang2 pastu terus breakfast sebab nak kasi ubat kat hani


Lepas rehat jumaat rasa cam tak aci lak kerja half day....sms mohon cuti terus


Petang tu, kami ronda2 Bangi dengan tujuan nak carik sekolah swasta untuk hani


sampai Seri Ayesha tanya2 rupanya dah penuhlah utnuk sessi tahun depan


Buntu, tak tahu nak sekolahkan hani kat mana


Saya masih gigih nak sekolahkan swasta, sebab macam saya cakap sekolah ni banyak beza dengan swasta


dididik dua tahun di tadika swasta yang fee nya RM386 sebulan pastu masuk ABIM, dan sekarang sek keb saya dapat lihat perbezaannya....


Bagi saya saya tetap nak dia sekolah swasta....yang islamik....


Malangnya kebuntuan dah, nak hantar Seri Abim kat Sg Ramal dalam bolehker lagi?


Sepupu saya ada hantar anak sek keb Sek 1 Bangi, dua yg besar masing2 lelaki masuk Sains Muar dan perempuan masuk Tunku Kursiah kolej.....walaupun sek keb tapi berjaya juga...


Cuma bagi Hani saya masih berazam nak memilih sekolah swasta yang islamik, nak jadikan dia hafizah...


kalau ada idea bagitaulah yer...kalau tak rasanya kekal sekolah itu atau saya pindahkan dia presint 16 @ 18 jerlah kot....

Ni gambar masa malam yang saya rasa down gila tu....malam depavali yang kami ke Dataran merdeka tengah2 malam buta, jam 3 baru balik rumah.....dari pagi saya ambik hani sebab cikgu telefon katanya jari hani luka, terus bawak masuk office....petang terus bawak dia dan along ke bangi, maklu ebab pakai baju sekolah saya belikan sepersalinan baju anak indon ni siap dengan tudung sekali....kain tshirt jer...selesa baju ni, epang dgn tudung RM40 jer...




Gambar masa balik dari kursus di melaka dan singgah di JJ Seremban 2 jumpa Iza belanja dia makan Secret Resepi....hani sekarang dah tak malu langsung dengan kak Iza...sikit2 kak Iza, dah tu apa kak Iza cakap patuh lak tu....kak Iza suh makan habis, dia makan habis kalau amie suruh tak layan pun...


Ni gambar ni depan dataran pahlawan...malam saya ke Banda hilir nak jumpa pakwe lama tu...sementara tunggu dia sampai hani sakan berposing kat patung anak gajah ni....lepas Mr macho man sampai dia pelik2 tanya saya sapa ni, saya kata ni boss lama ammie...pastu dia komen tak handsomelah dia, muka dia tu macam pelik lah...ha'ah memang tak handsome pun, dan muka dia memang pelik sikit...tapi dulu saya suka dia bukan sebab wajah tapi kegigihan dan semangat dalam diri dia tu...




hani dan Miss Sinar, miss sinar ni kaki gelak....saya bagi hp kat miss sinar, masa ni saya kemaskan keter o macam2 gambar diorang ambik......ni kata hani cubaan diorang nak melompat dan tangkap gambar tapi tak jadi sebab BB tu kan ker auto focis dulu ...agak kelewatan dia snap...






Ni salah satu suasana kerja saya....sidang media, tapi ni selepas sidang media, ni baru2 ni masa pengambilan 22 orang pegawai boleh berbahasa Cina....tu miss sinar baju purple dan mr smart sebelah dia merangkap jurugambar kami....






yang dua oarng ni pun pegawai boleh berbahasa cina, yang kiri berbelang tu mak cina ayah melayu, yang kanan tu mak cina ayah India....betul2 satu malaysia....memang cantik kan dalam kombinasi dua kaum.....tapi diorang ni berkomunikasi dalam bahasa cina....so impressive....



yang pegang buku diary tu my boss, Dato' Ahmad Khusairi dato' yahaya, 43 tahun merangkap pegawai perhubungan awam SPRM....dia pun maknya orang Cina dan isteri dia pun cina convert islam....sedang borak2/temubual dengan wartawan...







Dan last...gambar ombak besar belakang hani tu menakutkan sungguh..sesekali dia datang besar punya saiz takut saya....hani nak jejak kaki ke air pun kena jerit dengan saya.....ada sekali ombak agak besar datang menghempas pastu dengan sebelah selipar hani dia tarik ke tengah...takutnya...phobia.....
nak2nya kawan saya punya suami dan dua anak pernah lemas kat pantai sini dulu.....so saya sentiasa terbayang hani kena hanyut ombak.....setelah beberapa kali ombak surut datang, akhirnya selipar hani yg sebelah tu datang agak dekat sikit cepat2 saya kejar....eiii terbayang kalaulah selipar tu adalah hani....menangis tak berlagu saya.....
Wassalam