Wednesday, November 24, 2010

Jodoh, rezeki dan ajal ditangan Allah....kita hamba yang lemah, tiada kuasa, Allah penentu segala2nya

Assalamualaikum w.b.t



Baca tajuk pun dah menerangkan maksud cerita yang nak disampaikan


Begitulah kita manusia ni


Memang boleh berdoa tapi at the end semuanya terserah kepada ALlah


merancang berdoa dan berdoa mungkin boleh tetapi akhirnya allah yang berkuasa menentukan pengakhirannya


Begitulah kisahnya dengan jodoh saya


Saya ni kalau depan mata puan2 berceriats ecara lisan tanpa menulis agaknya dah berbuih2 dah bercakap nak cerai...nak berpisah


Bukan sehari dua ni jer rasanya dari 2006 permulaan blog ni dah saya lafazkan secara tulisan hal nak berpisah


Tapi dah jodoh saya sangat kuat bertaut kembali akhirnya


Kali ni takde usaha apa yang saya buat untuk berbaik selepas mesej saya di Kuala Trengganu tu dibalas negatif


Saya pun bukan taknak bercerai, nak sebenanrnya


Cuma saya menunggu genap 4 bulan untuk mohon fasakh


Dan saya masih menghitung2 kebarangkalian dan kecenderungan apa yang akan terjadi selepas penceraian tu


Kesimpulan yang saya buat, saya rasa kalau benar saya bercerai saya rasa saya masih belum bersedia mental


Saya takde kekuatan rohani, emosi


Saya hanya ada kekuatan yang pura2, hipokrit


Bergantung pada kseronokan dunia, behagia dengan ntah apa2


Malah emosi dan kekuatan rohani saya menyimpang jauh


Banyak benda saya nak cerita ni


Saya rasa menjanda bukan pilihan yang baik untuk situasi saya


Bukan sesuatu yang sesuai dan sesuatu yang membahagiakan secara total


Apa yang saya kesan leaps saya 'berpisah' ni saya mula berbaik dengan lelaki lain


Saya tak mau, dan saya tau itu semua tak elok untuk saya, kalau benar saya nak keredhaan Allah


Entah kenapa lepas berpisah ni ada sahaja ruang untuk sya menggunakan khidmat mereka dan berhubung dengan mereka


Sungguh saya tak rasa selesa walau saya gembira kerana peranan seorang lelaki ada dalam hidup saya walaupun dia bukan suami saya


Saya ada orang boleh harap bantu hantar dan ambil kereta di pusat servis


Saya ada teman bicara bila saya rasa sunyi, at least menerusi sms, walaupun sesekali antara kami bergurau menyakat tentang psangan masing2....


Itu tidak bagus, tapi sebab dia bekas pakwe maka banyak benda boleh dikongsi sama


Saya juga ada kawan lelaki di sini yang boleh ajak pergi lunch, dan boleh saya bercerita pada dia tentang masalah saya


Itu nampak sahaja gembira tapi dalam hati saya sangat memberontak


Tertanya2 kenapa aku sanggup buat begini....aku kan masih iteri orang


Terfikir kalau aku janda kemakah hala tuju hidup aku?


Adakah aku berpotensi hanyut, sungguhpun saya percaya dan yakin yang kedua2 kawan2 lelaki tu adalah suami yang setia dan tidak sekali2 sanggup menduakan isteri amsing2


Tapi saya tetap terfikir dan meletakkan diri saya pada tempat sewajarnya....


Saya tak yakin yang selamanya keadaan akan selamat dan trkawal andai saya menjanda


MAKA


Saya merasa yang saya tak sedia menjadi janda


Walaupun pada hakikatnya saya juga tak sedia kembali men jadi isteri


Tapi bandingan dua keadaan itu.


Saya nenikih untuk tidak menjanda


Dan saya juga tidak memlih menjadi isteri sepenuhnya


Saya hanya mahu statu isteri supaya saya selamat


Supaya saya ada benteng pelindung



Supaya status ini menjadi batu loncatan saya mendapat pahala


Menjadi motivasi saya beribadah kepadanya


JUSTERU


Bila pak hj sms kata nak datang ambik hani weekend lepas


Saya balas sms dia saya tanya


"kalau datang putrajaya bermalam satu malam boleh tak?"


Saya macam biasa test market jer


Masa ni memang takde keinginan takde ras aapa, betul2 untuk test sahaja


Dia balas, "nanti bincang'


tapi hari yang datang ambik hani tu, malam jam 12 baru sampai sebab ke markas Sri Petaling dulu



Saya memang tak kunci pintu, bila dia sampai msuk saya buat2 tidur


lama sikit saya terima panggilan telefon dari dia di luar bilik tanya nak suruh balik malam ni ker, anak dah siap?'


Saya jawab anak tidur, abang masuk jerlah bilik ni...


Dia tak jawab....pastu saya tengok senyap jer....takde respond ta masuk bilik juga


Sekali saya peliklah saya keluar bilik


saya tengok dia berdiri depan bilik master, bilik yang Along tidur tu


Rupanya dia cuba buka pintu tapi berkunci sebab along dah tido memang along kunci pintu.....


Dia memang tak tau along ada duduk dengan saya


so dia ingat saya tak bagi dia masuk



Sebab sebelum ni master bedroom bilik kami


Tapi lepas along datang, saya tukar bilik sebab masalah bilik air...


Saya tak suka bilik air master bedroom saya guna bilik air tetamu, jadi untuk memaudahkan dan jaga aurat saya tkar bilik yang dekat dengan bilik tetamu tu...so along pun segala urusan nak basuh sidai spender buat dalam bilik air master tu....



tak sangka dia dah standby tunggu depan bilik, mesti pelik agaknya fikir kenapa saya kunci tapi saya call suh masuk bilik


Terkejut dia tengok saya keluar dari bilik lain, so teru masuk biliklah jawabnya


No heavy conversations malam tu, tambah2 dah larut mlam


dan terus terang saya takde rasa apa2


Puas saya nak tanamkan rasa rindu kasih dendam kesumat ghairah segala yang bolehlah malam tu


Tapi jauh panggang dari api....memang kehambaran jer rasa



Tapi demi fikirkan hani dan tiada pilihan yang terbaik saya tautkan semula dua hati walaupun tidak sepenuhnya


Maka, secara rasminya kami dah berbaik, walau dalam hati sya hambar dan ksosong


Rupanya memang tak boleh tipu hati tak boleh nak paksa cinta


Saya tak tau dalam hati pak hj adakah rasa yang sama macam saya


Cuma malam tu dalam diam kami saling menggenggam erat tangan masing2


Moga2 dengan tautan jari antara kami akan mengalirkan kasih sayang semula


Tapi pihak saya masih tiada rasa apa2 jauh seali rasa seumpama elektrik mengalir keseluruh urat tubuh ini


Isnin jam 5 pagi saya ada tersedar dia bangun mandi dan tersu berlalu pergi...ke markas saya rasa...lansung xde perbualan antara kami


sampailah jam 10 pagi, saya dah ke pejabat dia call kata dalam perjalanan ambil hani di rumah


Beg pakaian saya dah kemaskan awal....


Jam 1030 saya balik rumah bye bye hani dan bagi pada dia handphone dia yang teringgal di pejabat


Pada masa ini saya tau yang dia dari penang berteman, bawa seorang kawan....


dari tepi tingkap pemandu pak hj duduk saya update cerita2 baru sedikit sebanyak


Saya bagitau yang along dah duduk sini, kerja mana


Saya cakap yang lepas ni ada 2 anak biah dari Kuala Ketil anak abang saya yang turut saya haga


Saya bagitau juga yang saya dah beli kereta baru tapi dah kena hentam


Dan ada lagi beberapa berita


Dia hanya senyum entah sinis ker senyaum sumbing@ kambing saya tak taulah


Lepas tu saya takde call takde sms jauh sekali bertanya khabar


hanya malam tadi hani call dan sms saya gunakann telefon dia


Katanya dalam sms pertama;


"ammie kakak ingat best sangat kat sini kalau kakak dah tau kat sini tak best dah lama dah kakak taknak pergi sini tau"


Sian anak saya, dia suh saya bagitau ayah dia nak duduk 2 minggu jer....dah suh saya datang ambik...


Saya masih dalam mode tak de nafsu nak call nak cakap dan nak jumpa pak hj...takde rasa nak marah cembru atau apa sahaja rasa....


Maka, janganlah marah saya bila saya bagitau yang kami dah berbaik kerana nama jer berbaik tapi hati dan perasaan saya sama jer macam berpisah...mungkin bersama semula hanya kerana hani dan faktor sokongan lain saya sanggup bertahan dalam situasi begini.....

13 comments:

MOKCIK AZWA said...

Salwa,

Apapun pilihan yang Salwa buat, tentunya Salwa sudah fikirkan baik buruknya.

Cuma, izinkan saya beri pendapat...jika sekiranya Salwa memilih untuk berpisah, biarlah tiada siapa yang tahu. Seolah-olah Salwa masih isteri kepada seorang suami. Dengan itu, akan terhindar anasir2 luaran yang cuba mengganggu.

Ada kawan azwa yang dah beberapa tahun bercerai dengan suaminya, tapi tak ada siapa tahu kecuali yg betul2 rapat dgnnya. Kemudian azwa dpt tahu bekas suami menangis2 merayu2 nak rujuk kembali, dan menangis la kawan azwa itu kerana tanpa pengetahuan siapa2 hatta ibu dia sendiri, sebenarnya dia sudah lama bernikah dgn org lain (jadi isteri kedua). Azwa sendiri tidak tahu hal ini sehingga bibik dia terkeluar cerita pada azwa.

Ada juga pesanan org, jangan sekali2 kita ceritakan keburukan suami kepada ibu kita, kerana naluri seorang ibu dia akan menyebelahi anaknya sendiri, dan ini akan menyebabkan ibu kita membenci suami kita.

Semoga Salwa bertemu jalan kebahagiaan di penghujung segala kemelut ini.

Pnut said...

heheeh dari awal dah agak.. betoi ke nekad wa ni...

ternyata akhirnya spekulasi saya benar belaka, berbaik semula...

apa pun keputusan, moga berbahagia...

eiz said...

a'dulillah..
moga jdoh ini brpnjangan..

MA said...

Dalam hal ini, saya cuma nak share :

Let your head rule your heart. Not your heart rule your head.

Pak Haji dah meletakkan maruah Salwa ke peringkat paling bawah sebelum ini - dan tidak mempedulikan Salwa dan Hani selama 2 bulan. Tiba-tiba dia muncul and you offer him back?


Cuba salwa list down apa keistimewaan pak haji as a husband selain daripada his so-called sexual prowness tu.

Surely there is more to a marriage than just sex semata-mata.


MA
The Devil's Advocate

Mutiara said...

Saya dah sangka Salwa tak ada guts dalam hal ini. Salwa lebih pentingkan keseronokan sexual daripada masa depan anak dan diri sendiri.
Secara sedar atau tidak salwa telah memberi teladan kepada hani bahawa biarlah suami tak ada respect pada isteri, jatuhkan maruah, letakan diri isteri di tempat yg paling bawah, tapi sebab keinginan nafsu sex yg tak dapat dibendung, kembali jugak kepada suami.
Bagi saya jika hanya itu sahaja perkara yg salwa kembali kepada suami, saya rasa salwa dgn senang saja mengatakan kehendak Allah dlm semua ini, tapi Akal yg Allah bagi salwa tak guna.
Carilah jalan untuk membendung ketagihan sex dan menahan nafsu.

oren said...

tak terkata apa2..tapi setuju ngan pendapat MA..

Zareda Norman said...

Salwa
itu pilihan salwa yang kak zar pasti salwa dah fikirkan masak masak baik buruknya. iktukan hati mati, ikutkan rasa binasa...

apapun, semoga salwa temui kebahagiaan yang dicari..

Ummi said...

mesti ada reason yang kuat kenapa salwa balik semula kepada pak cik kan,


sometime, keburukan rumahtangga dan keburukan suami jangan di cerita kepada ramai orang, kerana ianya boleh memburukkan keadaan, sebolehnya simpan atau cerita kepada kawan yang terdekat yang boleh menilai salwa dan suami, kami hanya sekadar mendengar bukan melihat, so susah untuk kami mentafsir, mungkin masa hati tengah panas macam-macam boleh keluar dari mulut dan macam-macam yang di ungkit

tapi bila hati sudah reda dari marah, dah boleh berbaik semula.

so it hard to say sometime,

Pnut said...

Wa-saya harap awak berfikir panjang dan menilai dari semua segi.

Saya tak duduk di tempat awak, dan tak alami apa yang wa lalui dan rasa, so bias kalau saya nak bagi pendapat..

cuma dari penceritaan wa yang saya dok baca kat blog ni, terlalu banyak perkara yang suami wa lakukan yang kalau saya ditempat wa, saya mengaku, saya tak kuat nak lalui. Dan sikap tidak bertanggungjawab dia saya tak boleh terima, dan menuduh wa yang bukan-bukan, aduh betul kata MA, dia dah letak maruah awak di tahap paling rendah, kemudian datang berbaik semula.

apa pun hanya awak yang lalui dan alami. saya nak kata apa pun tak tau la..

cuma saya harap dia akan berubah bila awak buat keputusan ini, dan hormati awak sebagai isteri.

kalau bab sex pulak, lagi 10 tahun umur wa berapa, dan umur haji berapa? macam mana performance dia nanti? dengan keinginan awak?

sorry beb.. tak boleh tahan nak menulis...

MOKCIK AZWA said...

Apa yang mokcik ingin katakan adalah seboleh2nya jangan beritahu keadaan rumahtangga kepada kawan yang jantinanya lelaki, terutama bekas kekasih, kerana ini akan memberi ruang untuk banding membandingkan. Ruang untuk mula berfikir dan hati menerawang.."jikalau lah aku memilih dia dulu..".

Keinginan seks itu normal, terutama pula kalau dah lama tak dapat dan baru pula lepas bergaduh. Tapi, dalam kes Salwa, isunya bukan semata2 seks sahaja kan...tetapi cara suami melayan Salwa selayaknya sebagai seorang isteri. Walaupun status isteri kedua, tetapi isteri tetap isteri yang haknya harus dihormati selayaknya.

Pada pandangan mokcik, Pak Haji sudah arif benar dengan keadaan sebegini setiap kali berlaku pergaduhan. Dia sudah pasti tahu, akhirnya Salwa akan tewas dengan perasaan Salwa sendiri. Sebab itu dia cuma bersikap, tunggu dan lihat. Apabila sudah ada pelawaan yang datang dari Salwa sendiri, Pak Haji cuma perlu menjalankan peranannya dan segalanya akan bermula semula.

Maaf Salwa, mokcik pun macam Pnut..bukan bermaksud hendak menyinggung perasaan Salwa. Kata-kata ini berdasarkan pemerhatian terhadap kisah2 yang Salwa share dgn kami di blog ini. Kami boleh berkata apa sahaja, tetapi keputusan muktamad hanya terletak ditangan Salwa sendiri untuk menentukan hala tuju hidup Salwa.

Jiji said...

peranan dan penerimaan kita berbeza kot...

apa yang saya nampak status isteri yg ada pada akak.. hanya utk jadikan tempat aku berdiri je... utk berlindung ... tak sama sekali..

akak berlindung dari (keluar dgn lelaki.. makan-makan dgn lelaki ect) .. semua tu sebab iman yang ada dlm diri akan (yang akak bina sendiri... bukan iman yang di bina disebabkan pak haji)

Kalo dulu mungkin pak haji tanya... dah solat ke..

tp sekarang?

Kalo akak nekad nak kekal hubungan ni.. saya harap akak dpt sort things out dengan pak haji...

sebab hujung jalan ni...semua benda akan dihitung...

biar la perhitungan esok.. dua dua dpt untung...

Luna said...

kalo sy, sy ikut aje gerak hati ni lantak la org ckp apa. mmg kita x baik, tp kita akan control jgn sampai wat dosa2 yg besar.

kalo sdg mslh dgn suami, pastu kita ada teman lain jantina sbg tempat meluah mslh, sy pun buat je. mmg perbuatan tu salah dan x patut dirasionalkan dgn apa juga pun, cuma kita rasa kita berhak utk bahagia sementara suami bg kita derita ni!next time kalo suami bg bahagia smula, pun kita terima..

mmg dh tak betul dh dunia hari ni.wanita menjadi sumber fitnah, lelaki pula x bertanggungjawab. cuma tu je, ingatkan diri, kawal diri jgn sampai berdosa buat laknat yg melampau.

lynna said...

Salwa, macam mana awak boleh rasa yg pak haji mmg nak berbaik semula sedangkan selepas 2 bln tinggal dia cuma dtg utk ambik hani. With no plans for the future? how is he going to fulfill his responsibilities towards you & hani?

Kalo saya mmglah musykil.knp bkn dia yg pujuk awak? You are just showing him how easy it is to trample on your feelings & maruah because you would always take him back in. In fact he need not to even ask for his place, you jugak yg invite dia. he can always blame you for all his actions eg dia tinggal sbb kata dia you buat dia pergi,dia balek semula sbb you yg rayu, etc.

Why would you want to continue letting him hurt you? Fikirkanlah dalam2 & buatlah keputusan yg terbaik. You deserve to be happy.