Tuesday, November 23, 2010

hai lah kerja bilalah kau nak surut.....

Assalamualaikum w.b.t



Banyak cerita nak dikongsi namun takde kelaratan


Makin hujung tahun makin sarat dan berat pula tugas digalas


Macam2 mendatang


Dulu rasa ada juga masa bernafas tapi akhir2 ni aduh...


Lepas satu sedia menanti tugas baru....


sakit jiwa, sakit kepala


Ingat duduk siasatan tu dah cukup sibuklah tu...


Rupanya duduk corporate comm ni lagi sibuk rupanya


Manambah kekusutan 4 pegawai pulak takde dlm pejabat...


Bukan patah kaki lagi tapi rasa sakit jantung buat kerja


Dari pagi kesibukan saya;


-morning prayer dengan Dato' K update event terdekat iaitu-malam pengharagaan media dan pelancaran jingle SPRM (24.11),dialog bersama bloggers (25.11) taklimat perancangan media strategik untuk pengarah negeri/bahagian (29/30.11), sidang akhabr konsert SPRM (1.12) sidang akhbar tandatangan deklarasi (3.12),penandatanganan deklarasi anti rasuah oleh swasta (9.12), malam sentuhan perasaan rohani manusia di Fillharmonik (10.12)......semua berderet tu tugasnya kalau nak dipecahkan hmmmm sakit kepala....


-edit teks ucapan dato' Seri Nazri yang telah disunting oleh bos 2 dan 3


-find out status kes pegawai SPRM kena tangkap masuk paper BH dan NST hari ni memandu BMW cukai jalan dan nombor plat palsu, dapat status kes


-Meeting jawatankuasa portal


-tengah meeting, banyak kali keluar, updated kes Yayasan Selangor dari IO lapor pada boss 3 (bos 1 dan boss 3 urgent ke perak handle sidang media kes penyelewengan diesel subsidi)


- tengah meeting pegawai khas Dato' TKP3 minta report status kes BMW tadi


- Sambil balik pejabat brief dua pegawai cina dan updated follow up kehadiran editor/wartawan utk malam penghargaan media esok 8 malam di legend hotel


- habis meeting taip teks ucapan sampai siap email pada pengarah dasar last editing sebelum hantar ke PA Dato' Nazri


-Sambil tu dicelah2 call blogger/terima panggilan blogger regarding dialong bersama blogger 25November dan sms/email editor utk malam penghargaan media


- Turun ke bahagian pendidikan masyarakat ambil mug yg dah siap ambil risalah utk masuk dlm goodies bag malam penghargaan wartawan dan lat kopek bincang dgn MC malam pghargaan media


- Dicelah2 tu sempat menaip talking point KP untuk dialog bersama bloggers


- Tengahari keluar makan sambil hantar kembara balik rumahm semalam dah ambik nissan


- On off terima panggilan Dato' tanya dan updated pasal jemputan


- terima deraf kenyataan akhabr dari boss 3 dari ipoh untuk buat kenyataan akhbar


- sediakan kenyataan akhbar jemput media utk malam penghargaan media
berhubung operasi SPRM dan KDNKK tangkap 19 yg terlibat seleweng diesel subsidi


- Blast dalam fomacc kenyataan media dan upate dalam Fb



- sediakan kenyataan akhbar operasi diesel subsidi dan hantar pada semua media


-check email bahagian dan email rasmi buat housekeeping clearkan email asyik full jer 2/3 hari ni sungguhpu 500 mb kapasiti email saya...hari2 berderet2 email...segala mala berita yang ada kaitan akan dapat di email kami dan segala mala berkaitan dasar, polii dalaman makluman semua akan salur kepada kami juga mana tak email berderet2....



hari ni gaji saya sangat berkat takde masa main2 langsung....eh hari lain pun sama jugak...saya tak taulah orang lain, tapi saya punya kerja memang ikutkan takde masa nak korek hodung nak buang taik mata dan cungkil gigi.....sebelum abis satu ekrja kerja lain dah sedia menunggu....


Sarapan pun sambil buat kerja....unit kami ni sebulan sekali beli makanan tapi cepat betul abis sebab kami selalu takde masa nak turun mkan jadik bskut kacang maruku tu memang makanan kami semua....



kat unit saya ada 3 budak cina yang masuk, satu sedia ada sejak bulan mei dan dua lagi baru masuk bulan ni


Ketiga2nya dari swasta dan masing2 semua mengeluh dan sangat2 tak sangka yang beban kerja kerajaan sangat berat dan jauh lebih sibuk dari swasta....


yang bekas wartawan malaysian kini tu baru2 hari tu asyik datang bilik saya mengeluh puan tension lah kerja wartawan pun tak macam ni.... dia pun dah pandai hari cuti tak angkat hp


Yang dua cina tu sorang tu dah mula cakap dah yang dia rasa kurang oksigen lah pulak,.....kejap2 cakap pening2...tension2...


yang sorang lagi agak cool tapi dah nampak tanda2 yang kepeningan melanda sebab asyik buat lawak bodoh jer....


yang buat lagi rasa macam sibuk tu ialah, hp asyik masuk sms perkembangan kes bicara, tuduh, tangkap pastu pantang da isu besar sikit mulalah reporter call...hari2 layan reporter siang malam memang kacau daun nak buat kerja...


Tu tak masuk panggilan dari dalam sendiri, yang tanya itu ini...malah pasal keselamatan saksi pun nak mengadu kat korporat komm....


Dalam pada sibuk siang tadi, ada kerja pending kena buat ni,


1. press kit untuk malam penghargaan esok
2. tadi dato' call suh saya sediakan laporan unit kami untuk masuk dalam laporan tahunan....aduhaiii semau salwa..salwa ...salwa...macam dalam kepala dato' tu takde muka lain...yerlah dah masing2 asyik cuti salwa jer yg tak cuti2....


Ni stay up nak buat report pulak.....sekali2 termenung memikirkan nasib jadik kuli ni...mujur hani takde...senang banyak....


tapi mujur jugak masih kuli yang boleh tai chi, kalau dato' K dia kejap2 KP call, ada jer isu KP nak tanya....dalam kepala mesti update segala mala isu, dari risikan tangkapan sampailah kepada apa sahaja isu yg masuk dalam paper...dato' K acapkali kalau KP call dari duduk mesti berdiri dari berdiri mesti berjalan dari berjalan mesti pusing sana sini......


tapi alhamdulillah lah sampai setakat ni, saya masih ada kelaratan buat kerja kat sini....takde masalah besar lagi.....cuma masalahnya kerja ni berurusan dengan manusia, kalau berurusan dengan jentera, buku, file takper kita boleh atur dan uruskan tapi dengan manusia ni macam2 hal, macam2 kerenah..letihlah....

Wassalam

1 comment:

Luna said...

takut baca....ni mmg tgjwb besarrr sangat2 ni...