Tuesday, August 22, 2006

Berdiam-diam itu besar hikmahnya

Assalamualaikum w.b.t


Tuesday, August 22, 2006



Bukannya jenis saya selama ini mendiamkan diri sekiranya ada benda yang terbuku dihati ataupun ada sesuatu yang tidak kena. Namun kali ini rasanya ingin sahaja berdiam diri dan menunggu apa hikmahnya disebalik semua ini. Sebenarnya tidak ada sebarang tekanan yang hebat pun cumanya ada sedikit perbincangan (luahan hati?) madu saya , Kak A pagi ini semasa saya mahu bertolak ke pejabat dari rumahnya. Semasa bersalam dan mencium pipi kiri dan kanannya sebagaimana amalan biasa saya, saya bisikkan padanya bahawa saya ingin membawa Hani pulang ke rumah tetapi abang kata biarlah dia di sini, abang tahulah...". tetapi sejurus itu juga Kak A katakan dengan nada keras dan berbaur menyindir "Biarlah dia nak jaga".


Sekonyong-konyong itu juga saya menukar fikiran untuk membawa hani balik dan menghantarnya semula ke rumah Mak Ros. Sambil membawa Hani yang masih tidur untuk dimasukkan ke kereta saya berbisik kepada suami yang berbaring di sebelah anak bahawa saya akan membawa balik Hani dan suami hanya mengangguk sahaja. Di luar, Kak A mengatakan kekesalannya bahawa sebelum ini suami tak pernah berbincang dengannya sebelum membuat apa-apa keputusan, sedangkan hari ini katanya dia dan abang akan ke KP untuk ke pejabat abang dan mengambil apa-apa barang abang dipejabat dan juga di rumah sewa sebelum ini.


Yang dapat saya katakan padanya adalah, abang pun selalu buat pada saya sesuatu tanpa berbincang dan saya tinggalkan Hani selama 3 minggu di sini juga adalah semata-mata kerana permintaan abang yang tidak mahu Hani terasing daripada abang dan adik-beradiknya yang lain, yelah kan abang duduk di PD. Kak membalas katanya "yang akak terasing daripada adik-beradik ni.... semua adik beradik aka berkumpul kat rumah mak akak tu...Nampaknya mungkin sudah lama Kak A menyimpan perasaan marah pada saya dan Hani dan agaknya dia menganggap saya dan Hani yang menumpang di situ sebagai gangguan.


Saya sebanrnya sejak suami diserang stroke sekalipun tidak ada balik ke kampung walaupun tiga kali kami ke Melaka, dan lalu di kampung saya tetapi saya tidak singgah pun keranan memikirkan suami. Sedangkan Kak A selang sehari dapat balik ke rumah emaknya yang jaraknya bersebelahan taman sahaja. Selalunya kita ini tidak bersyukur denagn apa yang kita ada kerana kita tidak membandingkan dengan orang yang langsung tak dapat apa-apa.


Kak A juga mendapat bantuan kewangan dan sokongan moral dari adik-beradiknya sedangkan saya sedari awal suami diserang stroke hanya sekali keluarga datang dari Melaka dan selepas itu tiada sebarang panggilan bertanya khabar, satunya mungkin tak mahu menganggu saya dan kedua mungkin mereka menganggap bahawa saya boleh mengendalikan segala-galanya sendiri. Memang dari dulu sikap keluarga saya terhadap saya seperti ini, itulah puncanya saya menjadi berdikari.


Saya terpaksa menempuh semuanya ini sendirian bersama sikecil hani sahaja saya menunjukkan kesedihan saya. Baru-baru dahulu apabila melihat saya menangis, Hani akan berkata, "Ibu janganlah sedih...." dan kata-katanya itulah yang memberi saya kekuatan. Alhamdulilah Allah memberi saya anak walaupun seorang cuma, sekurang-kurangnya ada juga tempat saya berkongsi rasa.


Malam ini khabarnya kawan baik saya akan datang bermalam di rumah saya, dan saya cadang nak masak serba-sedikit untuk menjamu pasangan pengantin baru ini. Tenang sedikit hati dapatlah bercerita dengan nya. Sebelum ini pun memang semua masalah saya dari sebelum kahwin sehinggalah ada anak hanya dia seorang yang betul-betul mengikuti semua cerita saya.


Saya mencemburui Siti Nurhaliza kerana memperolehi kegembiraan dan kebahagiannya, sebagaimana saya memperolehinya tanggal 2 Jun 2001 bersama suami yang saya nikahi dengan beza usia 18 tahun yang mulanya ditentang keluarga tetapi kahirnya direstui. Namun hari ini, saya tahu kenapa pilihan saya dahulu ditentang.... terlalu banyak dugaannya.


Selepas ini biarlah saya dan Hani berdiam-diam diri sahaja, sekiranya abang perlukan saya biarlah dia telefon saya dan sekiranya dia memikirkan hati dan perasaan saya, dia fikirlah satu cara kemudian nanti...



Suara hati dan pemikiran siti detik 8/22/2006 01:58:00 PM 0 cetusan hati

Wassalam

No comments: