Friday, August 18, 2006

Berakhirnya satu penantian

Assalamualaikum w.b.t

Friday, August 18, 2006


Petang ini saya menunggu di pejabat hampir 2 jam, itupun atas arahan pengarah, namun mungkin kerana terlupa beliau yang bermesyuarat lebih kurang 4.30 petang hanya berakhir pada jam 6.30 petang dan janjinya mahu berjumpa saya tinggal hanya janji. Beliau terus pulang dan saya yang setia menanti pun terus pulang selepas itu. Jadinya saya hanay dapat sampai ke rumah pada jam 7.00 malam dan terus mencuba password yang baru diberi oleh TM Customer service dan inilah hasilnya terus saya mengemaskini blog ini sebagai langkah melepaskan geram. Cadangan mahu ke rumah Kak A juga tertangguh, samada saya terus ke rumahnya atau esok pagi-pagi saya tidak pasti. Pokoknya, ada banyak benda yang saya perlu lakukan pada malam ini.



Saya mahu ker Giant untuk membeli rak plastic yang nampaknya offer dari RM 50.00 kepada RM 20.00. Bukan saja-saja tapi kalau tak turun harganya pun memang saya berhajat membeli kerana banyak baju-baju dalam stor tidak ada tempat untuk disimpan. Rumah dahulu semua biliknya siap dengan build ini cabinet jadi tak bermasalah menyimpan tetapi bila pindah ke rumah baru, terpaksalah saya menambah tempat penyimpanan, perabut besar dan mahal tak mampu membelinya jadi cukuplah dengan rak plastik. Rumah juga perlu dikemas sebaiknya bagi menyambut kepulangan suami tercinta sekurang-kurangnya susunatur perlu diubahsuai sedikit biar sedap mata memandang dan nampak lapang untuk suami bergerak.



Apapun kalau rindu menyelinap di hati malam ini dengan Hani dan suami dan esok pagi-pagi sudah boleh bertolak dari PD mungkin malam ini saya akan pergi juga ke PD. Tapi rasanya tentu esok suami mahu berurut lagi dan saya juga mungkin akan membawanya ke pantai sekali lagi sebelum bertolak balik ke Seremban. Apapun perancangan Allah lah segala-galanya.



Oh ya, saya mendapat surat penggilan temuduga entah yang ke berapa kali, bagi jawatan yang setaraf sebenarnya tetapi saya belum putuskan mahu hadir atau tidak. Jawatannya sebagai pegawai Agensi Dadah Kebangsaan, nampak macam tak berbeza dengan jawatan sebagai Pegawai siasatan sekarang. Ramai kawan-kawan nasihat tak perlu pergi, kata mereka bulan oktober nama saya tersenarai naik ke gred 44, tapi gosip ini dari awal tahun tetapi sehingga kini seperti berita itu dibawa angin lalu.



Satu sahaja yang menjadi kelebihan jawatan baru ini adalah ianya tidak termaktub untuk bekerja 24 jam sehari, sedangkan sekarang, langsung saya tak boleh bersuara jika membantah dipanggil bekerja, bermesyuarat hatta bergotong royong/berceramah juga di luar waktu pejabat atau waktu cuti. Pernah juga hari raya ke 3 saya telah kembali bekerja walaupun cuti rehat saya lebih 50 hari yang belum digunakan.



Alasannya cuma satu, akta menyatakan pegawai dianggap sentiasa bertugas 24 jam. Itu yang membebankan saya selama ini selain perlu sentiasa menjawab pada pihak atasan pada bila-bila masa sahaja dan kini pula saya perlu berhadapan dengan hakim2 dan peguam2 pihak tertuduh. Semuanya memeningkan kepala...
Oh sudah cukup panjang rupanya...



Suara hati dan pemikiran siti detik 8/18/2006 07:31:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Periuk nasi


Wassalam

No comments: