Wednesday, August 23, 2006

Tugas baru yang mencabar!

Assalamualaikum w.b.t




WassalamWednesday, August 23, 2006


Dulu, dulu semasa usia awal belasan tahun dan pertengahan belasan tahun saya pernah bercita-cita, benarnya berangan-angan ingin menjadi seorang peguam kerana terpikat dengan kepetahan seorang peguam berkata-kata di dalam mahkamah. Semuanya kerana melihat siri-siri televisyen dari barat yang memaparkan betapa hebatnya seorang peguam semasa menegakkan hujahnya di depan seorang hakim.



Namun pada masa itu, cita-cita asal saya sebenarnya adalah menjadi seorang wartawan, kononnya mahu perjuangkan hak wanita. Tapi apabila saya benar-benar menjadi wartawan (praktikal) di Utusan Malaysia dan kemudiannya bekerja sebagai stringer bagi NTV7 bagi sebuah negeri di selatan baru saya tahu, hebat juga cabaran menjadi wartawan walaupun nampak agak glamour dan popular. Merasa jugalah menemuramah Ketua Menteri dan Menteri-menteri serta YB-YB jadi macam kenalan saya sahaja pada masa itu. Kemudiannya bertukar kerja jadi pegawai siasatan, lagi mencabar... tapi rupa-rupanya sekarang ini saya mendapat tugasan baru yang lebih mencabar lagi.


Walaupun lebih sebulan saya diberitahu tentang tugas ini tetapi baru sekarang debarannya kencang terasa. Tarikh 6 dan 7 September nanti adalah hari bersejarah untuk saya kerana saya akan mula membawa kes sebagai seorang pegawai Pendakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru. Sesuatu yang lebih menguji saya ialah, saya langsung tidak tahu tentang Bandar Johor Bahru dan lebih-lebih lagi tentang hakim di sana. Dan saya juga tidak tahu siapa Defence Council bagi pihak tertuduh. Bagi kes yang pertama saya bawa ini saya kira kalau saya boleh mencapai kemenangan ia adalah satu bonus besar dan sekiranya saya kalah memang wajar. Apapun saya akan mencuba sedaya upaya dan saya akan berada di JB dua hari lebih awal untuk perbincangan dengan IO kes ini.


Mungkin sebelum ini kerisauan tentang kesihatan suami melebihi segalanya dan saya seolah-olah lupa tentang tugas hakiki saya tetapi selepas hampir 2 bulan saya kini terpaksa memberi tumpuan kepada kerja-kerja pejabat yang seolah-olah saya ambil ringan dalam tempoh ini disebabkan terlalu kerap bercuti. Apapun, saya kini dalam proses menerima penyesuaian terhadap jadual baru dalam hidup saya. terlalu banyak perubahan yang berlaku serentak sebenarnya selain suami diserang stroke, saya juga berpindah rumah dengan suasana rumah baru dan banyak keperluan/keadaan rumah yang masih tak selesai, kedatangan 6 orang pegawai bawahan baru dan perlantikan sebagai pegawai pendakwa bukan di tempat saya bertugas.



Kalau di NS saya mungkin tidak segusar ini tetapi membawa kes di JB melipakkaligandakan kerisauan saya.

Sekali fikir ingin saja saya menghadiri temuduga sebagai Pegawai Antidadah Kebangsaan pada 13 September ini. Tetapi bila difikirkan semula tentang elaun siasatan yang saya perolehi sekarang nampaknya saya kekal dengan jawatan ini. Itulah...kadang-kadang kita ni tak bersyukur dengan apa yang kita ada, bukan cakap tentang orang lain tetapi tentang saya! Apapun harap percepatlah kenaikan pangkat saya, moga-moga saya dapat ditukarkan ke unit lain.



Anak saya rupa-rupanya ada di Planetarium Negara sekarang dibawa berjalan oleh pengasuhnya ke KL hari ini. Ada kemungkinan saya tidur seorang malam ini, malas pula ingin berpatah balik mengambilnya di rumah Mak Ros, selain membazir masa, kos minyak kereta juga perlu diambil kira.



Suara hati dan pemikiran siti detik 8/23/2006 03:54:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Periuk nasi

No comments: