Wednesday, December 7, 2011

Impian sempurna si janda-from Hong Kong with love

Assalamualaikum w.b.t


Kerana terlampau teruja si janda mula meletak harapan tinggi melangit

Tak sedar yang akhirnya dia akan jatuh terhempas ke bumi

Itu kemudian baru disedari

Pada saat dia leka sikitpun lintasan tersebut tidak menerpa dimindanya

Perancangan dibina kian sempurna

Kebetulan si duda memiliki rumah di senawang jaya

Si janda pula di Ampangan

Sungguh indah perancangan mereka berdua.....

Hanya sesekali mereka terperasan antara keduanya jauh berbeza

Si janda tegas dan berterus terang orangnya

Si duda pula bertenang, menjaga budi bahasa

Dari tutur kata si duda tak mustahil si janda tergoda

Memang mereka berdua nampak gayanya seakan lengkap melengkapi

Walaupun sesekali bertelingkah jauga tentang pandangan yang berbeza

Hingga adakala terdeti di minda si janda untuk bertanya

Apalah punca sehingga bercerai segala dengan bekas isterinya

Si bekas isteri pun muda belia

Nak dikata si duda punya angkara tidak pernah pula mengaku 

Maka si janda berlapang dada

Menerima seadanya apa sahaja kata-kata si duda

Beberapa kali juga terlintas di fikrannya si duda ada tanda-tanda

Seolah-olah mempermainkan perasaan si janda

Malah nampak juga tanda-tanda bahawa seakan si janda akan diperguna

Nmun kerana perancangan rapi mereka berdua angkara yang lain seolah di lupa

Antaranya teringat si janda yang beberapa kali si duda cuba menggoda 

Bukan menggoda perasaannya

Tetapi menggoda meminta harta, antaranya seingat sijanda siduda ada meminta 

Meminta menaghadiahkan telefon bimbit Nokia touch screen model terkini katanya

Si janda memang bukan kaki gajet menukar hendphone mengit trend semasa

Maka idea si dudua tidak dipersetujuinya

Tapi si janda berjanji juga

Kalau jadi suami takde salahnya si janda menghadiahkan tandakasih sayangnya

Namun saat ketika itu belum masanya

Si duda cuba juga beberapa kali mengulangi perkara sama

Namun mentah2 berjaya ditingkah si janda

Mujur juga kalau tidak tentu lebih parah kesan kesedihan jiwa si janda

Jiwa si janda entah mengapa terikat benar dengan si duda

Barangkali janji-janji manis si duda yang merancang segala buatkan si janda teruja

Hingga satu ketika, setiap inci perjalanan hidup di janda di lapor pada si duda

Pada satu kesempatan si janda ke kelantan

Terbuka mulutnya bertanya kepada si duda ada apa2 keinginan yg boleh dilunaskanya

Maka si duda mengirim kain sampin songket

Fikir si janda boleh sangat dibeli memandangkan boleh dipakai dihari pernikahan mereka

Itu bukanlah anganan kosong si janda 

Semuanya kerana janji si duda

Makah si duda sudah berkira-kira menghantar rombongan meminang

Juga sudah memaklumkan persiapan wang hantaran telah ada

Maka salahkah si janda merancang majlisnya secara sempurna?

Sehingga rahsia disimpan sempurna si janda yang dia telah bercerai

Akhirnya kerana si duda, dia bongkarkan rahsia itu

Semua kerana arahan si duda

Dimaklumkan kepada emaknya bahawa kini dia menjanda

Lega sungguh perasaannya, kerana semua yang terbuku telah terliah akhirnya

Di situ si janda juga berterima kasih atas kekuatan semangat yang diberi si duda

Selepas genap sebulan perkenalan mereka tiba-tiba sijanda merasa kelainannya

Si duda mula seakan-akan memperlahankan rentaknya

Adakala seolah-olah si duda sibuk sangat lagaknya

Walhal si janda dalam sibuk tak pernah lupakan si duda

Nanti malam sambung, ada majlis cocktail jap lagi.....

3 comments:

Zareda Norman said...

Salwa, kan kak zar dah cakap.. Lelaki ni kalau ada peluang mesti nak amik kesempatan... :-)

Tak pe x sabar nak tunggu sambungannya..

Irfa said...

HEBAT SUNGGUH PERMAINAN DI DUDA
TAK SABAR MENUNGGU KESUDAHANNYA
TAKPE KAMI SABAR MENUNGGU ADANYA
:-)

izah said...

sabar menanti cite selanjutnya...dh mcm baca novel ni...apa2 pun ada hikmah disebaliknya...sib baik k.wa sedar awal2..