Friday, December 30, 2011

terkini ketika ini

Assalamualaikum w.b.t


Sebenarnya ada beberapa entry saya taip yang tergantung-gantung

Tak berkesudahan

Bagaimanapun saya memang tak berniat nak sudahkan pun

Semuanya entry berkaitan kerja dan entry sebelum ini berkaitan dengan rasa rendah diri tu

sebenarnya dan sejujurnya saya bukan kategori yang merendah diri

atau takut berhadapan dengan orang

TIDAK SAMA SEKALI

Saya adalah orang yang berani dan tidak masuk kategori segan silu

Saya bersedia makan seorang diri di kedai makan...lantak waima kedai tu penuh sekalipun

malah sehingga sekarang saya takde masalah turun ke kafe makans endirian tanpa teman

kalau anak2 buah semua sibuk dan jika saya lapar amat, selamber saya turun makan sorang

sekarang bila hani takde pun sama juga, saya akan makan di kedai sorang2

kadang berteman blackberry, macam2 berita saya boleh baca

kalau kedai tu sesuai, saya buka ipad yang mmg ada dlm handbag

tapi lately ni saya bukan rendah diri sebenarnya, lebih kepada saya kurang buatb persiapan

cuma saya lemah dari segi strategi

Dan sekarang ada cerdik sikit

sebelum brief KP saya call sana sini dulu

antara mereka yang saya rasa boleh bagi pandangan bernas dan lain dari orang lain

sebab apa? sebab saya kena datang dengan idea yang orang ain tak terfikir

maka sekarang saya banyakkan perbincangan

mendekatkan diri dengan pengarah2 bahagian

mengumpulkan seberapa banyak info berkaitan isu semasa yang perlu tahu

sentiasa keep in contact dengan pengarah bahagian2 yang penting

saya namakan beberapa nama di sini....juast FYI

Pengarah siasatan, Dato' Musatafar

Pengarah Operasi Khas, Dato' Jamidan

Timbl Pengarah Perisikan, Dato' Azam Baki

Pengarah Pendakwaan Dato' Razak Musa

Tiga Timb Ketua Pesuruhjaya memang ketiga2nya saya dah biasa bercakap, bergurau

Dato' Shukri, Dato' Zakaria dan Dato' Sutinah

Waah dato'2 belaka ek....

iklan: lepas ni kalau sempat sampai 60 ada harapan saya dapat title Dato' ni...hahaaa...

Dan mereka pun sentiasa merujuk kepada saya dalam banyak hal

Baca tak pasal Nasional Feedlot Center, pasal Iskandar investment Berhad (wilayah Iskandar)

Berita2 tu adalah hasil saya mengimplementasikan arahan dari KP

Last week seminggu pengarah2 bahagian dan top management berkampung di Quality Hotel

Saya dijemput juga sebab level ketua Unit Komunikasi ni kena tau semua

so apa2 mesy yg melibatkan pengarah2 maka saya pun adalah menempel

KP arahkan UKK dan pengarah2 lain membuat tipping point

boleh google apa dimaksudkan tipping point ni

ni juga adalah hasil bengkel yang saya ahdir di Hong Kong


selepas mendengar ceramah daripada mereka yang bijak pandai dalam urusan media

maka saya mendapat ilmu baru

semasa bengkel duduk belakang KP pulak tu

dahlah amsuk lambat...sebab saya pergi masuk bengkel 1

sekali KP sms suh masuk bengkel 2

hebat...satu penghargaan bila KP menyedari saya takde di situ etrus panggil masuk

then, last friday juga, saya memecah tradisi sikap diam diri saya selama ni

Pagi2 buta mengadap KP di akademi jalan duta,

dah buang jauh2 rasa dan aura -ve

terus fikir ilmu law of attraction

dengan dua pengarah bahagian lain, serta [egawai khas KP, saya bermesyuarat dengan KP

dan itulah yang KP mahukan rupanya

dan pertama kali saya nampak yang KP memang nak saya mainkan peranan

jauh lebih dari apa yang saya buat

Hari yang sama satu bahagian lain keluarkan advertorial

di 4 akhbar tanpa merujuk KP

tanpa saringan unit saya

dan saya diarah KP membertulkan advertorial berkenaan yang akan dicetak malamnya

bagus....last minute orang buat onar saya kena siapkan

dan malam itu, saya telah stay back di akademi sehingga jam 10 malam, seorang diri

sebab saya membetulkan input, sebagai orang tengah antara KP dan peg bahagian lain yang urus advert tu

dan KP juga menelefon saya terus

KP menelefon pegawai bawahan adalah satu kebanggaan yang amat bermakna

sebagai satu badan penguatkuasaan yang penuh dengan kebanggaan terhadap pangkat dan ranking

bukan semua peg layak berjumpa KP

malah naik ke tingkat 7 ni pun dah satu 'ketakutan' kepada mereka yang takde hubungan dengan top management

maka saya percaya saya berada di track yang betul

nasihat2 MA, kak sal, kak azwa dll sangat berharga

saya sentiasa semat dalam hati....sangat suka dan sangat mendamba kata2 begitu

saya rasa saya dah pacahlan ruyungnya

saya berpuas hati

dengan langkah baru ini iaitu meng email direct pada KP

dan juga meng sms direct pada KP

kini tidak lagi jadi trauma pada saya

Dan KP membalas kedua2nya sms dan email menggambarkan dia happy dengan apa saya maklumkan

Itu sudah memadai.....

dan mulai 3 januari UKK distruktur semula

saya akna dapat boss baru

dari unit perisikan

mengetuai unit kami

di bawah dia akan ada 3 unit dan saya akan lead salah satu unit

satu lagi unit, diketuai oleh Dahlan Maamor (yang selalu jadi host hello malaysia di bernama TV)

dan satu lagi peg kontrak unit media dari NKRA (bahagian pemantauan rasuah NKRA) jg bekas peg khas Dato' seri nazri

harap tahun depan semua okay lepas unit yang ada 4 orang jer ni membesar

dengan pertambahan 11 orang

saya dah ambil dari johor beberapa orang...juga dari bahagian lain yg potential

sebab ukk ni bkn 4 kepala kena fikir

banyak kerja nak buat

ok cow....nak buat press release jap...

kes dato' yang kena tahan reman cuba rasuah IO polis siasat NFC tu nak charge petang ni

hari ni lumpuh sket...dua peg bercuti...

miss sinar nak tunggu hari beranak, sorang lagi ex reporter malaysiakini pergi ke tahiland

so saya dengan zam jer tinggal

zam saya dah arahkan ke mahk jalan duta buat coverage

so saya nak buat story ni....

sapa kata kerja gomen rehat...kami lagi produktif dari swasta tau...ni sy cakap unit saya lah...

masuk bakul sket....:-)

petang sket saya upload citer pasal hani....dan pasal rumah baru mak yang dah siapa...yeyyyyy

Wassalam

4 comments:

Irfa said...

sy pun tak rasa akak ni seorang yang rendah diri tahap teruk sbb kalau tak takkan akak boleh berada di tahap sekarang :)

dah lama tak dgr citer psl Hani
selamat tahun baru 2012 ye kak wa eh..Dato Salwa :) mana tahu masin mulut

MA said...

Betul kata Irfa, kalau Salwa merendah diri - takkan boleh berada di tempat sekarang. ..Keep the good work up. You are a smart and intelligent woman with a good heart - cuma IMHO bab naivety esp in affairs of the hearts tu yang kena upgrade sikit supaya kes pokcik cool tu tak berulang....I doakan semua yang terbaik untuk Salwa dan Hani in 2012 and beyond.

Zareda Norman said...

kak zar pun doakan yg terbaik buat salwa sempena 2012 ni. jangan kes abang cool tu berulang lagi.. macam ma cakap lah u are smart and very intelligent...

MOKCIK AZWA said...

Azwa rasa dari segi kerja macam Irfa kata Salwa tiada rasa inferiority complex. Mungkin dari segi 'affairs of the heart' bak kata MA tu kena overhaul sempena tahun baru ini..

apapun all the best..dan bravo kerana telah memulakan langkah yang nampaknya membuahkan hasil.