Sunday, December 18, 2011

inferiority complex

Assalamualaikum w.b.t



Apa saya nak citer ni a bit boring utk pengikut kisah saya

Pembaca yg xsuka saya citer hal pejabat

Tapi suka saya citer hal kehidupan peribadi saya

Namun, saya nak cerita juga

Sebab kisah ni jadi titik tolak perubahan

Perubahan dalam semangat bekerja saya

Pelbagai rintangan dan ujian saya dah lalui

Namun sekecil mana pun ia tetap membawa kebaikan

Kalau kita ambil sebagai pengajaran

Begini kisahnya

Saya dah beberapa kali dengar

Dato' Sri Abu Kassim complaint pasal unit saya

Performance unit saya tak seperti yang diharapkan

Sebenarnya bukan kami tak buat kerja

Malah kami kerja lagi keras

Masalahnya apa yang kami buat dia tak tau

Sebab saya tak macam ex ketua unit sblum ni

Everything yang dia buat dia lapor

Any news +ve yg masuk dia report

Yang -ve dia minta saya sediakan press release jawab balik

Pendek kata cergas dan asyik tunjuk muka kat KP

Masalahnya saya tak ikut macam dia

Saya low profile

Saya bukan jenis beratur luar bilik untuk ambil giliran jumpa dia

Tambah2 mmg KP takde di pejabat

Asyik ke luar negara

Kesempatan dia yg sekejap tu penuh dgn tetamu lain

Pendek kata saya tak berjumpa dgn kP selain yg dia panggil saya

Dan nampaknya benchmark ex boss saya tak dapat saya follow

Pendekatan dia yg berani, out spoken malah kritik KP secara berdepan

Langsung saya tak mampu buat

Rasa mmg xlayak bagi pandangan apatah lagi kritik cara KP

Terasa gap antara saya dan KP jauh teramat

Ex boss dah service more than 30 years

KP pulak dah lebih 25 tahun

Antara saya dan KP ada beratus2 org yg layak

Layak berada di sisi KP menasihatinya

Bukan saya yang hingusan ni

Makanya bila saya ambil pendirian begitu

Memang saya dapat kritikan

Pengarah saya, ex boss saya malah anak2 buah saya

Semua suruh saya ubah sikap

Saya cuba, tapi mungkin xnampak lagi saya menonjol

Banyaklah cakap2 belakang saya dengar

Terutama dari pegawai khas KP dan ex boss saya

Tapi masa di hong kong yang plg sedih

Masa tu meeting pengarah2 bahagian n negeri

KP sendiri bersuara tentang saya

Saya dikatakan inferiority complex

Bukan calang2 org yg cakap ni

Bercakap pulak dalam meeting pengarah2

Pengarah negeri dan bahagian dari seluruh malaysia

Masa dia cakap tu saya pulak tak hadir dalam meeting tu

Memang rasa tension bila urusetia maklumkan

Tak boleh tidak saya kena juga berubah...

Dan saya telahpun lakukan anjakan

...Nanti sambung, sungguh boring tapi saya perlu cerita utk catitan diri sendiri


Wassalam

6 comments:

MA said...

Mula-mula Salwa kena buat satu list soalan-soalan di mana salwa kena cari jawapan. Contoh soalan :

1. Kenapa aku rasa macam aku tidak boleh buat (kerja itu) walaupun aku mempunyai pengalaman/kelulusan yang dikehendaki? Di mana yang aku rasa aku tak dapat mencapai tahap piawaian yang dikehendaki?

Dan jika jawapannya ialah - bab kerja-kerja semua aku boleh buat tetapi aku tak ada keyakinan (atau malu) nak berjumpa KP dan aku rasa diri aku tak setaraf dari segi social standing, penampilan dan komunikasi.

Then what you need to do is :

1. Polish your communication skills.

How? Interact more with people. With this I mean high level people. Observe macamana diorang interact with each other. Bukan kata cuma bercampur dg orang2 (so-called) kelas atasan saja; ini semua as tuntutan kerja. Observe and observe.

Masa attend meeting - mix around and the more you start interacting, you will start develop your confidence. Dalam hal ini - anggap saja ini tuntutan kerja. Don't take it all as personal.

*nanti boleh sambung lagi*

MA said...

No. 2 : Penampilan diri.

You dont have to dress up mcm model or pokok krismas. Just presentable enough...Money doesnt buy you style. Sebenarnya, personaliti, confidence level kita yang akan menyerlah dan yang orang akan tengok. Bukan handbag, bukan kasut, bukan baju yg kita pakai (sebagai contoh).

Kalau ada pun org yg judge mcm tu - then they are shallow lah.

Speak your mind. If you feel that it is right. What have you got to lose? Takut kena marah? Takut apa kita cakap itu salah? Kalau salah, minta tolong betulkan.

Sebenarnya, budaya Melayu byk menyumbangkan kepada the inferiority complex suffered by the Malays. Masa kecik2, kita disuruh diam, toksah banyak soal. Kat sekolah pun, cikgu2 asyik marah ajer...so much so, budak Melayu kita ni asyik jadi "follower" and not "leaders" walaupun kita (Malays) are just as good as everyone else.

Bila kita asyik mengikut aje, secara tak langsung otak kita berhenti berfikir secara kritikal. Maybe ini kesan jajahan dulu where mereka menakluk kita dalam bentuk "control by fear".

Dlm hal ini, I sangat sokong Dr Mahathir's effort. We have to be outspoken and berani memberi pendapat dan berfikir secara kritikal.

So, untuk permulaan - Salwa kena beranikan diri - every day pergi jumpa KP mengadap dan brief dia on the daily updates. Sikit demi sikit, you will see the difference that you akan jadi berani. Eventually the self confidence akan datang dengan sendirinya.

Od course benda ni ambik masa, but I know you can do it. You are an intelligent person. So now, you kena improve/upgrade bab the EQ/soft skills where managing is concerned.

Good luck.

MA said...

No. 3 (mentang2 lah boss aku tak der, laju jer baca blog orang...:P)

No. 3 - Exposure.

Kena banyak berjalan, luas pandangan. Contoh - Salwa dpt peluang ke luar negeri. Di HK contohnya, kalau Salwa tak de confident/keyakinan diri, tak dernya nak keluar jalan2 sorang diri explore sebab takut makan tak halal etc...but the fact that you pergi keluar dan explore on your own (outside the box) - you found that, tak de lah susah mana, boleh aje aku jalan2 dan jumpa tempat makanan halal. Betul tak?

Sama juga prinsipnya dengan apa yg I tulis kat atas tadi. Kalau you tak try break that barrier (malu tak bertempat dgn KP/bosses) - you tak akan tahu kebolehan you. The obstacles/halangan semuanya dalam diri. Itu yang you kena overcome dulu.

Macam jalan2 di HK - mula2 debar-debar lah kan, once you dah tahu the "trick", everything will be smooth sailing.

dayangbest said...

ambik positive jek apa dia cakap
its not a bad word

mungkin dgn teguran dari org yg hebat
akak akan berubah jadi lagi bagus

Mutiara said...

Salwa
I want to see you move upward, build up your confidence and love yourself.
It maybe hard to change immediately, but by pukul gendang sendiri or beat you own drum at the right time and place will boost your confidence.
2. Make sure you are in front of the line to meet him when he is available. Make sure his PA put you first to meet him. (cakap jer ah emergency, urgent whatever)
3. Show your successes, jangan malu bagi tau KP yg itu hasil kerja you.

4.Love yourself and respect yourself first.

MOKCIK AZWA said...

Azwa juga belajar banyak daripada nasihat yang diberikan oleh rakan blogger di sini.

Salwa, Azwa sangat faham masalah Salwa itu kerana Azwa juga seorang yang mempunyai masalah, sebijik seperti yang Salwa nyatakan. Malahan, ada masanya, bila betul2 down azwa merasa lebih sanggup menjadi pegawai biasa2 sahaja daripada menjadi seorang Ketua Unit. It is not an easy job!

But then, as MA aptly said above.. we have to change. Gradually. For the better. Kita kalau boleh bila nampak boss nak mengelak sejauh2nya.. tetapi Azwa cekalkan diri, belajar tegur boss sebelum dia tegur kita. Contohnya, bila nampak boss baru balik dari court, Azwa tegur dia.."how was your case, tuan?" Dengan sendirinya boss akan meluahkan perasaannya..kalau dia menang, azwa ucap tahniah. kalau dia kalah, azwa diam dan mendengar sahaja luahan dia.

Perasaan rendah diri belum hilang sepenuhnya, tapi keyakinan diri semakin bertambah.

Azwa berpendapat, Salwa kena mencontohi rentak ex-boss Salwa yang terdahulu. Kena highlight kekuatan Unit Salwa. Kalau ada sesuatu yg positif utk dilaporkan, why not highlight it to the boss? Tak salahkan. Klau ada yg negatif pun kena bagitahu dan ambil usaha utk perbaikinya, jgn sesekali disembunyikan dari pengetahuan boss.

Salwa pasti boleh melakukannya! All the best!