Saturday, December 10, 2011

impian sempurna si janda- tak abis2 lagi

Assalamualaikum w.b.t


Dipendekkan cerita si janda telah terpedaya

Sampin songket berharga 300 dibelinya

Lepas ditawar kurang sikitlah harganya

Pandai betul si duda memilih corak yang dimms si janda

Yang mahal pula jadi pilihannya

Lain cerita pula dengan hadiah kedua

Kerana terlebih teruja dioffer pula sijanda asalnya

Melampau betul kali ni si janda, tak cukup dgn sampin segala

Maka, kasut clarks ditawar pula

Asalnya sandal sahaja dioffer

Tapi si duda pandai ambil kesempatan rupanya

kasut pula dipilihnya

Tak suka memakai sandal katanya

Berlagak sungguh si duda

Malangnya sijanda tak fikir ke tahap itu adanya

Si janda tak berlengah membelinya

Dari mms si duda pilih design dan warnannya

Harga tentulah ratus-ratus juga

Tapi itu tak dikesah sijanda

Kerana dalam hatinya, itu pelaburan juga

Semata2 nak tawan hati si dudu

Mana disangka lain jadi akhirnya

Buah cempedak menjadi nangka

Helah si janda dengan hadiah dapat berjumpa bertentang mata

Namun si duda ada2 sahaja helahnya

Timbul prasangka dalam hati si janda, nungkin sidudapermain perasaannya

Tapi pada masa sama tiba-tiba si duda ubah pendiriannya

Dia pula pelawa ajak berjumpa di seremban katanya

Kebetulan memang si janda nak balik kampung halamannya

Singgah di seremban tak jadi halangan padanya

Tapi sayang pula, seakan memang takdir tidak memihak pdanya

Malam yg sama macam2 pula kerja menerpa

Malam yang sama harus ke wisma Bernama

Meneman boss besarnya rakaman 'hello malaysia'

Maka impian sempurna nya tingal anganannya

Tarikh baru untuk berjumpa direncana pula

Namun tiba2 si duda berubah perilakunya

Mula diam seribu bahasa

Sepatah ditanya sepatah dijawabnya

Bila ditanya mengapa berubah, 'sibuk' ajer jawapannya

Tapi fikir si janda dia yang sibuk pun masih ada masa

Mengapa si duda buat begitu pdanya

Dengan meminta nasihat miss sinar seperti selalunya

Dia memilih berdiam diri pula

Semata-mata menunggu reaksi si duda

Pandai pula si duda ambil hatinya, menjelang jam 2 sms bertanya khabar menjengahnya

Sangka si janda seolah2 dia dipermain meleset belaka

Pandai betul si duda berlakon berpura-pura

Seolah2 main tarik tali gayanya, sekejap tarik sekejap lepas sementara

Maka sangka si janda benarlah si duda sibuk agaknya

Maka hubungan diteruskan juga

Esok harinya si janda berfikir pula, apa kata dia pos sahaja

Namun hati berkata-kata dari pos baik serahan tangan sahaja

Kerana kem artileri segenting sirusa, port dickson dekat sahaja

Maka ditanya pada si duda, dimaklum juga sampain xberjahit rupanya

Si duda seolah kecewa lagaknya, ingatkan sampin boleh disarung terus agaknya

Sijanda 'baik hati' bawa ke kampung untuk jahitan kasih sayang kononnya

Bercadang perjalanan balik singgah di sirusa

Konon buat kejutan untuk si duda

Berjumpa bertentang mata sambil memberi hadiah berharga

Kerana menurut si duda dia baru pulang dari kedah menjaga anak bersunat kaedahnya

Penat si duda memandu mengkin terubat bila hadiah didepan mata

Sebab si duda memang tak sabar menyarung kasut katanya

'Selama ini kasut clarks hanya sanggup dijeling sahaja'

Nak membeli tak mampu katanya

Akhirnya impian dia si janda sempurnakannya

Mana hati tak gembira, si janda pun dapat tempias gembira si duda

Walaupun sijanda hanya membaca bait2 kata siduda via smsnya

Sungguh licik siduda dalam berkata-kata

Dari melaka ke putrajaya, singgah di sirusa seketika

Sampai di kem si duda, PUSARTI namanya

Si janda menelefon si duda

Tak berjawab pula

Ahh rupanya si duda sms katanya sedang bersolat asar bersama anak teruna

Di MRSM terendak pula, ziarah anak sdg SPM pula

Memang saban waktu dihujung minggu

Itulah rutin si duda tanpa jemu

Ulang alik KL melaka, ziarah bergilir dua anak yang terdahulu

Mula2 si janda kagum gila, sebab komited si duda tanpa jemu

Melaka-KL-PD macam dekat sebatu

Ulang alik tengok anak teruna di melaka, anak kedua dengan bkas isteri dan di keda ziarah siibu

Tapi lama-lama terasa kalau begitu jadual hidup siduda memang parah juga nantinya

Jadual hidup si duda padat belaka di hujung minggu

Ok, balik pada cerita hadiah yang menunggu

Untuk diserah pada siduda ulat bulu

Maka sijanda ambil keputusan drop sahaja pada post pengawal

Mungkin xde reezeki berdepan si duda sengal

Lepas letak hadiah memang geram juga rasa tak dapat dikawal

Memikirkan jadual weekend si duda yang dia sendiri tak dimaklum awal

Kalau tidak, baik berjumpa di melaka awal-awal

Ini si janda di melaka sebelah pagi, si duda di PD

Bila sijanda ke PD, siduda pula ke meleka sedari pagi

Maka si janda lepas barang ditinggal sms pengganti diri

Berpesa supaya kasut clarks dipakai terus krn stok lama katanya

Sampin songket telah dijahit walau tak sekemas tailor

Mohon agar si duda gembira bila melihat hadiah ikhlas pembelrian si janda

Si duda balas sms berterima kasih padanya

Juga tak disangka ayat lain dalam sms sama

Sungguh menghiris-hiris hatinya

Macam tombak ditikam2 ke jantungnya

Tak disangka sms dalam keadaan hati berbunga2

Membayangkan kekasih hatinya menyarung kasut baru hadiahnya

Memakai sampin baru jahitan tangannya

Di hari pernikahan mereka

Rupanya takkan kesampaian, malah hatinya pula seolah dirobek2 siduda

Hanya melalui satu sms yang mencerita segala

Langsung si duda tak hirau apa perasaannya

Seolah si duda macam komando lagaknya

Membunuh musuh yang tak bersenjata, sampai simusuh mati segera

Gitulah rasa si janda

Macam dibunuh2 hati dan perasaannya

Seakan mahu gugur juga jantungnya

Menerima perkhabaran si duda via sms yg berterima kasih segala atas pemberiannya

Mau sahaja si janda patah balik ke sirusa ambil hadiah segala

Tapi saat itu kekuatan hatinya dan maruah dirinya masih ada

Sungguh tak pernah berjumpa dia tetap percaya

Bahawa perasaan dibina ikhlas pasti ada ganjaran akhirnya

Namun sangkanya meleset, malah jiwanya jadi korban atas kejujuran

Sms dia maklumkan hadiah dipos pengawal tlh ditinggalkan

Dibalas siduda dengan minta maaf tak dapat jumpa secara berhadapan

Sibuk urusan keluarga di kedah

Urusan pernikahan yang diatur keluarga, katanya sbg alasan

Mohon maaf tak sempat nak maklumkan

Sebab segalanya berlaku tiba2 sebagai alasan

Mohon sijanda yang dianggap 'kawan' (tiba2 bertukar) doakan kebahagian (sialan)

Sedang berulang alik ke kedah uruskan dokumen pernikahan

Apalah jantan tak guna itu fikirkan

Sejurus sijanda meletak hadiah, terus pernikahan dimaklumkan

Memang ada niat jahat aniaya dan perdaya

Seolah-olah menunggu hadia diterima

Baru berterus terang pernikahannya

Fikir si janda hadiah itu agaknya dibuat barang hantaran

Maka cepat sahaja dibalas sijanda katanya anggaplah hadiah itu dr seorng kawan

Inilah namanya jodoh di tangan tuhan

Eh konon2 sijanda berjaya melawan perasaan

Macam sijanda takde apa2 perasaan

Walaupun air mata ketika itu jadi peneman

Sedih sungguh hatinya dipermainkan

Tak pernah disangka yang dia akan sampai ketahap itu boleh dipermainkan

Dengan hanya kenal lebih sebulan

Tapi dia anggap itu takdir tuhan

Belajar ikhlaskan pemberian itu nanti adalah balasan

Bila difikir katanya pasti ada hikmahnya

Allah menguji dia sampai terasa pedih tapi banyk pengajarannya

Seminggu sijanda puas melupakan si duda

Memang berjaya dia melupakannya, terus hilang rasa amarahnuya pada siduda

Hadiah itu pun tak jadi perhitungannya

Kata2 si duda selepas si janda ucap moga bahagia dgn isteri barunya

Dibalas si duda lepas ini jangan telefonnya, cukup sekadar sms sahaja

Sungguh menikam2 hatinya

Langsung tak dibalas si janda

Ketika si janda singgih di rnr nilai untuk menenagkan jiwa

Sambil bersolat dengan berteman air mata

Si duda ada hati lagi menghantar sms padanya

'Terima kasih atas hadiah berharga, tak pernah saya menerima hadiah sebegini berharhga dari seotang kawan'

Otak kau, sumpahan si janda dalam hatinya

Kalau dari awal kau kata kawan kau ingat aku nak belikan

Katanya lagi, kasut itu pun ngan-ngan ajer dengan kakinya'

Sijanda terbayang kasut itu diatas pelamin persandingan

Lagi sakit hatinya memikirkan

Seminggu berlalu si duda dilupa

Namun perbuatan dan cara si duda menganiaya perasaanya tak boleh dilupa

langsung sedetik dia tak terfikir untuk maafkan perbuatan si duda

Namun dia takde cara

Sebab segala contact number telah dipadamnya serta serta

Segala gambar si duda dalam telefonnya juga didelete serta merta

Puas hatinya!

Kononnya biar di hp dipadam, maka putuslah segalanya

Senang dilupa sangkanya, Tapi dendam dia masih membara

Seminggu berlalu langsung tak surut deritanya

Akhirnya si janda jumpa jalan keluarnya

Dendam mesti dibalas, baru adil fikirnya!

Puas hatinya bila jumpa kaedah melepas deritanya

**panjang benor dah lenguh taip guna BB ni'

Nanti sambung dari china pula, pagi ni nak ke china pulak

Semalam petang saya jalan sorang2 di Hong Kong ni sampai malam

Cari masjid wan chai nak makan kat restoran mak andeh bagitau

Tapi xjumpa masjidnya cari dlm map pun xde

Tanya pakistan (kebetulan jumpa) bagi direction salah agaknya

Then beli souvenir di situ, serta baju sejuk dan kasut boot

Saya patah balik ke causeway bay

Keluar jam 4 balik hotel jam 10

Lega dpt beli cenderamata murah2, sbb kedai tu sy dah pergi dulu

Mujur masih ingat jalannya

Dpt juga beli baju sejuk harga 30 dolar ajer

Dan dapat belikan zam dan miss sinar hadiah minyak wangi

Calvin Klein untuk zam dan gucci untuk mai

Besttt jalan sorang2

Then lepas zikir ya haddiy yg hani ajar kalau tersesat

Saya tak dpt jumpa 'warung Malang' kedi indonesai

Tapi jumpa restoran indonesia 'Toko' yg makan lagi best

Syaratnya masa zikir ya haddiy ulang2 kali tu kenalah yakin

Ok saya kini boleh dicampak sorang diri di HK, dah terer dah!
Wassalam

9 comments:

MA said...

Salwa, lepas keluar dari MRT Wan Chai ambil saja teksi dan pergi ke Masjid ini. Tak jauh dlm 5-10 min saja. Hari tu saya jalan kaki saja main tanya orang arah jalan. Saya print siap2 semua tpt makan halal.

http://wikimapia.org/5755911/Masjid-Ammar-and-Osman-Ramju-Sadick-Islamic-Centre

Dekat Causeway Bay ada satu restoran Indo betul2 depan hotel Regal (belakang Sogo).

MA said...

Pasal Pak Duda tu, harap ini menjadi kayu pengukur utk Salwa supaya tidak naive dlm mempercayai seorang bernama lelaki ( walaupun bukan semua begitu)... Pada saya, kalau sorang lelaki tu banyak nau alasan - itu menunjukkan dia menyembunyikan sesuatu yang dia tak mahu (tak jujur) kita ketahui. Rule pertama dlm persahabatan/perkahwinan - kejujuran. Apa guna berkahwin kalau tidak ada kejujuran?

Rule kedua - make sure kenal orangnya, di mana tinggalnya, apa rupanya. Zaman dulu lain, kawin tanpa dikenali sebab mak pak sedara mara yg arrange - jadi disitu dah ada some sort of filter. Internet is a very dangerous medium kalau disalahgunakan. Bukan semua org mcm kita, jujur berbaik sangka dan jgn naive memikirkan jika kita baik dgn org maka kebaikan yg kita terima dari dia. Betul, Insya Allah kita terima kebaikan (akhirnya) tetapi dari DIA (Allah).

Rule ke3 : Jangan "melabur" kepada lelaki yg tak dikenal asal usulnya. Once you start doing that - trust me, you will end up doing that throughout, asyik akan dikenakan sahaja.
Bak kata pepatah, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

Anggap saja ini satu pengajaran dan petunjuk dari Tuhan. Kurang2nya Salwa tahu how and what to expect next time another AbangCool ( nick tak boleh blah!) comes along...

Take care!

MA said...

Pasal Pak Duda tu, harap ini menjadi kayu pengukur utk Salwa supaya tidak naive dlm mempercayai seorang bernama lelaki ( walaupun bukan semua begitu)... Pada saya, kalau sorang lelaki tu banyak nau alasan - itu menunjukkan dia menyembunyikan sesuatu yang dia tak mahu (tak jujur) kita ketahui. Rule pertama dlm persahabatan/perkahwinan - kejujuran. Apa guna berkahwin kalau tidak ada kejujuran?

Rule kedua - make sure kenal orangnya, di mana tinggalnya, apa rupanya. Zaman dulu lain, kawin tanpa dikenali sebab mak pak sedara mara yg arrange - jadi disitu dah ada some sort of filter. Internet is a very dangerous medium kalau disalahgunakan. Bukan semua org mcm kita, jujur berbaik sangka dan jgn naive memikirkan jika kita baik dgn org maka kebaikan yg kita terima dari dia. Betul, Insya Allah kita terima kebaikan (akhirnya) tetapi dari DIA (Allah).

Rule ke3 : Jangan "melabur" kepada lelaki yg tak dikenal asal usulnya. Once you start doing that - trust me, you will end up doing that throughout, asyik akan dikenakan sahaja.
Bak kata pepatah, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

Anggap saja ini satu pengajaran dan petunjuk dari Tuhan. Kurang2nya Salwa tahu how and what to expect next time another AbangCool ( nick tak boleh blah!) comes along...

Take care!

MA said...

http://www.facebook.com/pages/Wan-Chai-Masjid-Canteen/138414682894240

Zareda Norman said...

Salwa

Hati hati lah di masa akan datang.. Kak zar terkejut jugak, salwa yang tegas dan kerja dalam bidang ni, macammana boleh tangkap cinta dgn hanya jumpa di alam maya dan kenal dalam sebulan aje?

Jangan mudah percaya kata kata manis lelaki.. Kdg2 dia nak testmarket je.. Tak pun nak amik kesempatan. Macam mak andehcakap tu, jangan melabur selagi tak sah jadi suami kita... Bukan setakat kenal dia aje, kenal siapa keluarga dia, kg halaman dia..

Luna said...

wah rasa nak berseloka sama;

bedebaq saya baca dari entry pertama,
dari cerita saya juga tak menyangka,
disangka panas ke petang,hujan turunlah jua,
ujian dr Allah terus melanda.

namun kekuatan diri terus membara.
Allah selamatkan akak dr org yg bahaya.
pasti ada hikmah di sebaliknya,
teruskan doa, jgn berputus asa.

Mutiara said...

Salwa I am happy you did not end up with that guy. Next time tanya ini orang tua lah hahahaha. Gurau jer.

MOKCIK AZWA said...

Salwa,

Maaf lama tak sempat menyinggah. Sangat sibuk dengan Persidangan. Selepas kembali dari Penang baru berkesempatan balik lewat (semua anak2 bersama suami balik kampung hehehe)..

Apo nak di kato Salwa.. dah terkena. mujur tak sempat bernikah dengan orang seumpama ini. Memangnya Allah menyayangi Salwa. Biarlah hilang sedikit wang ringgit asalakan diri tidak terjerat lebih lama lagi ( w/pun berapi juga dlam hati membaca orang ini mempergunakan Salwa membeli keperluan untuk dia nak bernikah).

Wah bestnya dapat berjalan2 ke HK gitu..ntah bila la mokcik nak jejak kaki ke sana...

Irfa said...

ya Allah..tak terkata sakitnya hati mcm sy lak yg kena.kalau saya la,patah balik ambik hadiah tu..
bukan murah2 punya barang.baru padan muka.peduli apa dengan perasaan dia.kalau sy mmg x ikhlas pun..

kak wa dah balik ker?tingin nak jumpa kat klia..