Friday, December 2, 2011

Ini ada satu cerita 'impian sempurna si janda'

Assalamualaikum w.b.t


Ada satu kisah tentang seorang wanita, janda pula

Bertemu seorang lelaki secara sengaja di alam maya

Selepas 2 minggu bertukar mesej secara ala kadar

Sekadar menyapa dan melepas perasaan geram

Mesej2 bernada negatif dan saling menuduh

Juga masing2 pertahankan diri

Kerana pada si wanita

Khususnya pada lelaki yg didepaninya itu

Adalah kategori jantan xguna pada firasatnya

Malah kerja si lelaki itu memang dibencinya

Namun dia diyakinkan bahawa persepsi negatifnya berbeza

Setelah dijelaskan si lelaki kepadanya

Masuk minggu ke 3 dan ke 4 lelaki tadi berjaya yakinkan si wanita

Bahawa mereka itu secocok

Mana tidaknya!

Si jejaka 2 tahun menduda

Si wanita pula istimewa

Janda yang dah sedia membina rumahtgga seadanya

Sungguhpun pangkat berbeza

Namun kerjaya dua2nya senada seia sekata

Si lelaki berpangkat mejar perwira negara

Si wanita sgguh 2 takuk atas si mejar

Sedia terima si mejar seadanya

Perbezaan gaji sedikit tak timbul masalah padanya

Tambah2 si lelaki suka amat anak perempuan

Kasih sayang terserlah nyata

Dua anak sedia ada pun tak kurang layanan pd mrk

Maka hari2 berlalu si lelaki dan wanita berhubung sentiasa

Topik bicara tentulah ke arah membina rumahtangga

Segala aspek dirancang semuanya

Sungguh sempurna dan kedua2nya seia sekata

Malah kedua2nya telah punya rumah sendiri

Berdekatan pula

Maka merancanglah mereka satu didiami berdua

Dan satu lagi cadang disewa

Si wanita memberi idea

Rumahnya elok disewa, rumah jejaka didiami berdua

Semuanya krn lokasi rumah wanita mudah dan tggi sewanya

Rumah jejaka dekat dgn lebuhraya

Maka mudahlah si wanita berulang alik ke putrajaya

Merancanglah juga kedua2nya dengan jayanya

Maklumlah kedua2nya dah berpengalaman berumahtangga

Masing2 sudah punya harta

Masing2 juga pnya kereta yang hampir sama tarafnya

Maka si lelaki cadangkan pada wanita

Kereta si lelaki yg baru dibeli bulan feb lalu dikekalkan

Kereta si wanita dibeli okt lalu ditukar kpd MPV

Demi kemudahan keluarga

Kewangan mereka juga dirancang bersama

Mereka pun merancang perbelanjaan keluarga

Berapa nafkah sebulan

Juga berapa simpanan yang dirancang mereka berdua

Malah segala aspek kehidupan rumahtangga

Telah berlegar dalam kepala kedua2nya

Jauh perancangan mereka

Dari tempat bercuti, jadual kehidupan bila berdua

Memandangkan kedua2nya mmg nampak sekata sibuknya

Maka terasalah kedua2nya mmg secocok sepadan

***bersambung di lain hari, ceq nak pi kerja dah!***

Wassalam

5 comments:

MA said...

Alaaaa....potong stim laaaa....!

Jiji said...

selalu mcm ni.. boikot aaaa macam ni! hmmph!

Irfa said...

wah hebat sungguh perancangan.
maklum dah ada pengalaman berumah tangga.

saya baru nak syok baca :-(
kak..cepat sambung yer.ni citer sapa?
hihi

dayangbest said...

hahaha

memang potong stim betul

Zareda Norman said...

Hehehehe. Sungguh tak sabar nak baca seteusnya. Apakah jadi selepas itu.. Tapi ada iklan pulak