Friday, July 28, 2006

If you love him let him go!

Assalamualaikum w.b.t


Friday, July 28, 2006


Pepatah inggeris itu telah lama cuba saya praktikkan namun tak pernah berjaya saya mengikutnya apatah melihat hasilnya sepertimana yang diwarwarkan bahawa sekiranya kita mencitai seseorang, biarlah dia pergi jangan kita kejar kerana sekiranya dia juga mencintai kita maka dia akan datang berbalik semula kepada kita.


Walaupun anggapan saya setelah berkahwin pepatah ini sudah tidak relevan dengan saya, tapi setiap kali ada perselisihan atau merajuk hati serasa ingin sahaja saya membiarkan semahunya (suami) pergi dan pergi dan pergi, kalau sayang saya dan anak kembalilah. Tapi selalunya saya juga yang akan memujuk dan memujuk dan merendah diri dan mengaku salah dan berjanji dan berjanji untuk tidak mengulangi lagi dan lagi. Selalunya jugalah dia akan memberi khutbah dan memberi peringatan tentang itu dan ini yang tidak disukai. Diri ini, bukan diri dia selalunya yang mengaku salah walaupun bukan salah saya sebenar-benarnya. Tapi itulah dunia lelaki mana mungkin mengaku salah di depan isteri.


Biasanya perselisihan kami berakhir dengan suami pergi (lari?) dan tidak balik pada malam-malam giliran. Pernah juga sehingga 3 minggu dia tidak balik dan seperti biasa saya yang tidak tahan menjeruk hati dan perasaan akan memujuk dan mengaku salah. Tapi kali ini, ya kali ini, pertama kali suami sakit, dia seakan-akan marahkan saya, apa yang mampu dan boleh saya lakukan. Salahkah saya mahu mengambilnya pulang ke rumah saya, setelah 5 hari bekerja di rumah Kak A, bukan membawanya balik ke rumah saya semata-mata tetapi tujuannya mahu membawanya membuat rawatan dan memintanya kuatkan semangat, saya mahu dia segera sembuh. Tapi jawapannya cukup cukup menghampakan saya.


Dia katakan dia mahu berehat di sana dan merasa letih. Siapa yang kena stroke memang letih dan sentiasa mahu tidur dan tidur. Tetapi itu bukan penyelesaian penyakit ini, berehat dan tidur akan menyebabkan urat-urat mengembang. Kata-kata saya rupanya menyebabkan dia tersinggung. Terus dilatakkan telefon. Rupa-rupanya dia sudah berubah. Saya sedih-sedih-sedih-sedih. Saya bertungkus lumus menjaganya dihospital, membeli apa saja permintaannya, berpindah rumah semata-mata untuknya, berulang-alik dari rumah saya ke rumah Kak A tanpa kenal penat. Membawanya berubat ke sana-sini. Ini balasannya?


Sepanjang keluar hospital hanya sekali dia menelefon saya memberitahu bahwa dia sudah dibawa ke Port Dickson. Orang takkan faham apa yang saya alami, tidak akan dan tidak boleh faham. Hanya saya, saya yang alaminya sahaja yang tahu betapa terseksa diri ini seolah-olah lebih sakit dari dia yang sakit. Bercerita juga bukan therapi mengurangkan tekanan emosi lagi kini bercerita di sini sudah menumpahkan air mata saya walaupun sebenarnya banyak lagi yang mahu diluahkan di sini. Hari ini saya perlu berani mengikut pepatah "If you laove him let him go".


Suara hati dan pemikiran siti detik 7/28/2006 08:09:00 AM 2 cetusan hati
Cerita tentang; Baiti jannati

Wassalam

No comments: