Thursday, September 7, 2006

Kecewa tapi gembira!

Assalamualaikum w.b.t

Thursday, September 07, 2006


HAL KERJA

Hatiku gementar, dadaku berdebar, kepalaku terasa sedikit pening-pening lalat dan selera makanku terbantut, mandipun serasa hanya memenuhi fitrah keperluan membersihkan diri... jalanku pun terasa seperti tidak berpijak dibumi nyata.... inilah hidupku sejak seminggu lalu!


Bukan... saya bukan bercinta tapi saya seperti Datin S N "bercinta luar biasa", cintaku terhadap kertas siasatan....hah ha ha, itulah yang saya hadap siang dan malam sejak seminggu ini. Semata-mata kerana nak bawa kes di Mahkamah Sesyen JB semalam. Persediaan sebelum membuat pendakwaan itu rasanya saya buat lebih dari persiapan perkahwinan saya yang saya tak buat apa-apa pun. hanya sehari sebelum kahwin baru saya balik ke kampung dan segala-galanya telah tersedia....


Al maklumlah kalau peguam dan Timbalan Pendakwaraya, mereka belajar 4 tahun undang-undang ditambah pula membuat latihan dalam kamar. Sedangkan saya tak pernah belajar undang-undang, SPM pun aliran sains... tak belajar sejarah pun. Baru 5 tahun kerja, tak pernah bagi keterangan di mahkamah setakat ni...w.pun biasa masuk mahkamah, hanya bulan-bulan akan datang ini baru kes-kes saya terlibat secara langsung akan memerlukan saya hadir ke mahkamah memberi keterangan.


Tapi saya pula kini ditugaskan membuat pendakwaan. Memang kalau difikirkan macam kerja gila... bukan calang-calang orang nak berdepan dengan peguam-peguam hebat. Baru-baru ni saya menghadirkan diri ke satu perbicaraan di sini dan peguambela tertuduh adalah Peguam yang mewakili Hanif yang menang dalam kes pembunuhan Norrita, melihat cara beliau berhujah dan seperti nak membelasah pihak pendakwaan sudah cukup menakutkan saya sekiranya saya bertindak sebagai pihak pendakwaan. sekurang-kurangnya, Kanun Prosedur Jenayah dan Akta Keterangan mesti "Finger tips", sebut je seksyen berapa mesti dah tahu! Tapi saya masih lagi terkial-kial mencari seksyen-seksyennya... camno nak dakwa orang dan nak berdepan dengan defence Council yang kerjanya nak menimbulkan kes terhadap tertuduh sehingga tahap melampaui keraguan munasabah.


Nak mengadu dengan suami pada masa ni memang tak sesuai, paling tidak dia akan perli saya, tak payah nak dakwa2 orang, nanti sendiri kena dakwa kat mahkamah Allah! Jalan keluar saya cuma solat hajat 2 rakaat, mohon pada Allah dilancarkan lidah saya, dilembutkan hati Hakim dan peguam bela, dipermudahkan saksi menjawab soalan saya dan pendekata segala-galanya lancar. Kadang-kadang tu pun suami marah, katanya, "hai, bukan nak sembahyang hajat tingkatkan iman, tapi pasal kerja baru nak sembahyang hajat". Memang betul dia cakap tu tapi saya ni iman lemah turun naik.... dah lama tak keluar masturat, nak harap nusrah jemaah aje, mana cukup, taklim mingguan pun tak pergi, Taklim rumahpun tak dapat nak istiqamah. Ya Allah ampunlah hamba Mu ini. Cepatlah suami saya sembuh, rasanya kalau sembuh saya nak mohon cuti nak keluar ke negara jauh atau IPB, semoga Allah pilih saya, amin.



HAL KEWANGAN

Saya bertolak ke JB dari KLIA sepatutnya fligh jam 7.25 pagi Selasa lepas tapi memandangkan saya nak tunggu sembahyang subuh di rumah baru bertolak maka saya tersasar lewat 10 minit dan padahnya saya terpaksa naik flight jam 10.45 pagi dan didenda RM75.00. Itu cerita semasa datang, semasa balik semalam, saya yang sepatutnya balik pada jumaat flight jam 12.05 t.hari terpaksa tukar ke Rabu jam 8.15 malam sebab kes tangguh dan sekali lagi saya kena juga bayar sebab mengubah tiket kena juga RM65.00. Nasib baik semuanya boleh bayar dengan Kad kredit. Malam tadi bila sampai di KLIA, tak ada oang datang ambil pulak, so saya putuskan naik kereta pemandu "ulat" sebab nak pakai limo KLIA ramai sangat beratur. Pemandu semalam tu bawa waja, selesa jugalah... cepat pun cepat, ramah pun ramah.


W.pun benda ni salah tapi sebab terdesak saya pun tak kisahlah... sebab saya nak ambil anak di rumah Mak ros lepas tu, jadi nak kejar masa. Itu tak masuk lagi bayaran hotel RM180. Walaupun bilik di hotel Puteri Pacific tu besar, bilik airnya pun nampak mewah dan besar, juga ada line internet dan saya pun bawa laptop, tapi sepanjang masa saya hanya belajar, baca nota dan buat rehearsal macam dalam court. Dunia saya hanya sekitar diatas katil sahaja dikelilingi buku2 akta, nota dan kertas2


DIJB & DIMAHKAMAH

Saya tiba Senai jam 11.30 pg terus ke pejabat dan discuss, jam 2.00 petang saya check in, sehinggalah esoknya, jam 7.30 pagi baru saya keluar sarapan. Malamnya punyalah lapar, saya hanya makan kerepek ubi keluaran FELDA yang disediakan dalam peti ais hotel. Nak keluar jalan di JB, malas dan takde mood sebab seorang diri, dahlah takde transport sendiri, teringatkan pulak suami dan anak kalau ada alangkah bahagianya.


Terasa sangat keseorangan walaupun dalam keselesaan, macam mana agaknya dalam kubur, keseorangan dan penyeksaan dan kesempitan dan kegelapan tambahan pula disoal jawab oleh malaikat... oh saya belum bersedia! Malamnya sebelum tidur saya berazam akan makan segalanya semasa sarapan esok tapi bila tiba masanya, ah saya hanya melilau dari satu tempat ke tempat lain, walaupun hidangan hotel ini amat banyak dan pelbagai, tapi takde satu pun yang boleh menimbulkan selera saya. Saya hanya ambil sesenduk nasi lemak dan 2 potong tembikai susu dan segelas orange juice. Selepas itu naik ke bilik bersiap dan terus tunggu IO untuk ke mahkamah.



Semasa dalam lift ada seorang lelaki awal 40 an bercakap seperti gaya orang politik, macam pembangkang pun ada, NGO pun ada, dalam hati saya siaplah dia ni, dia bercakap dengan beberapa lelaki lain yang saya andaikan semuanya peguam bela tengok dari gaya masing-masing, dan mereka semua bertutur dalam bahasa inggeris. Adakah mereka hakim? Tak mungkin hakim naik lift ini, mereka mana boleh bercampur sangat dengan orang awam. Apabila masuk ke mahkamah, saya yang sampai tepat-tepat jam 9.00 pagi kerana menemankan IO minum pagi terkejut kerana belum sempat saya melabuhkan punggung polis mahkamah dah sebut "BANGUN", oh hakim dah masuk, sedangkan beg pendakwaan saya yang besar gajah tu dengan KS, buku-buku akata tak masuk lagi, masih ada pada IO sedangkan semua dialog Intro yang saya akan cakap pagi ni saya dah siap-siap tulis dalam buku ada dalam beg tu, mana tau tiba-tiba panik dan lidah kelu?



Debaran didada saya makin kencang bilamana belum duduk lagi jurubahasa terus menyebut nama kes saya, kes tangkap **-**- 2006 Pendakwa Raya Lwn ***anak *** (orang Iban) sedangkan saya belum pun sempat bernafas. Terus saya melontarkan dialog saya dengan lancarnya, saya ** binti ** dari *** bagi pihak pendakwaan hadir untuk perbicaraan. Pihak pendakwaan bersiap sedia menjalankan pendakwaan hari ini, tuan. Allah... rupa-rupanya saya lupa memulakan percakapan dengan Kata-kata aluan... Dengan Izin, Yang Arif, saya..... Patutlah semasa saya menyebut nama saya, hakim menjegilkan matanya dan menyebut nama saya sekali lagi untuk pengesahan dan meenadang terus ke saya. Agaknya dia kata, hai budak ni tak hormat kat aku ke? Apapun saya cukup lega pada masa tu sebab langkah pertama dah bermula, debaran dah hilang, malahan semangat untuk mulakan perbicaraan mula tumbuh dan tersebar ke seluruh tubuh saya.



Sehabis saya bercakap pihak peguam belanya bangun, oh lelaki yang umpama ahli politik dalam lift tadi rupa-rupanya peguam bela OKT (Orang Kena Tangkap/tuduh), ah mampukah saya melawan dia ni? namanya Rosli, dari firm mana pun saya tak berapa pasti, mohon penangguhan kerana baru dilantik pada 4 September lalu dan belum sempat membuat prsediaan. Hakim terus bertanya saya, samaada saya ada bantahan atau tidak untuk penangguhan. Laju je saya jawab tidak, entah kenapa saya seolah-olah gembira pula dengan penangguhan itu. Maka diltakkanlah tarikh baru selepas perbincangan iaitu pada 23 dan 24 November kerana peguam tu nak ke Mekah tahun ni. Lega saya ada dua bulan lagi untuk atur strategi dan buat persediaan rapi supaya saya boleh menang kes pertama saya ni. Itulah berakhirnya debaran saya seminggu ni.



Bila saya risik dari pegawai di sini, rupanya majoriti kes rasuah kat Johor dikendalikan oleh Rosli ni, dan hampir semuanya menang, beliau ni bekas Timbalan pendakwaraya negeri Johor. Dengar cara cakapnya, hebat dia ni. Tak taulah, Allah berkuasa, makhluk lemah! Dia hanya makhluk je, saya akan cuba sedaya upaya saya.



HAL RUMAHTANGGA


Sejak Kak A, madu saya tak nak jaga anak saya, saya tidak hantar anak lagi ke rumah dia, dan saya juga tak bermalam lagi di rumah dia, hanya datang untuk ambil dan hantar suami jer, biarlah saya penat asalkan saya tak sakit hati masa duduk sana. Nampaknya pendekatan saya ni seolah-olah direstui, memang saya dah tahu dah dia memang tak berapa seronok saya ada kat rumah dia. Dulunya saya tak berapa perasan, tapi satau yang saya selalu rasa adalah saya asyik rasa serba salah nak buat sesuatu di ruamh dia, terutama masa nak makan saya serba salah bila tengok dia selalu masak nasi cukup-cukup je, saya pun selalu makan ala kadar je, takut tak cukup.


Nak menyapu dan mop rumah pun kadang-kadang bimbang takut tak kena di mata dia. Lebih teruk lagi nak duduk sebelah suami pun tak berapa berani sebab nak jaga hati dia, apatah lagi nak pegang sana, pegang sini, peluk cium toksah cakaplah langsung tak merasa! Suami memang saya dah tahu dia memang jaga betul hati bini dia, kalau cakap di hp, selalunya suara bini dia boleh dengan sama kuat dengan suara dia, bini ada depan cakap pun serius semacam dan takde gelak langsung. Tapi kalau dia di surau dan call saya, kejap-kejal ketawa dan boleh pulak cakap hal-hal lain. Kalau depan bini, hanay kita je cakap dan dia jawap ok...ok...ok... jer.


Sakit hati betul! Bila tanya suami, katanya, mestilah nak jaga hati nanti siap nak layan dia, nak masak untuk dia kalau bini dia dah mengamuk? Betul tu mmang betul tapi saya dah cukup derita dah sepanjang duduk rumah Kak A sebab saya kena hipokrit sentiasa, sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga masa dia kat dapur baru boleh cakap hal-hal lain dengan suami tupun cara bisik-bisik dan kalau nak pegang suami pun masa dia tengah masak atau mandi atau apa-apalah... tu pun pegang luar-luar dan ringan2 nak manja-manja toksah haraplah. Paling saya terasa pada satu malam tu, memandangkan kami tidur melambak diruang tamu, dan saya tidur sebelah suami maka sayalah mengurut suami malam tu, lepas tu sekejap je suami kata tak payah (jaga hati bini lah tu), saya pun terus baring sebelah dia, tengok2 malam tu dia tidur hujung sedikit dari kepala suami dan menghadap muka ke arah kami.



Hai... bukan kata nak peluk suami, nak letak tangan kat badan suami pun tak boleh! Nak jaga hati kan? Seksa tak seksa toksah cakaplah. Hanya Allah mengetahui, seolah-olah nak buat benda haram macam orang bercinta nak buat kerja tak elok takut datang pencegah maksiat cekup. Macam tulah saya dengan suami malam tu. Last-last suami letak bantal antara kami dan tangan saya dan tangan suami dua2 letak bawah bantal, setakat boleh berpegangan tangan jelah... sedihnya Allah aje yang tahu. Pada malam tu juga saya berkomunikasi ringkas dengan suami dengan cara menulis huruf2 atas lengannya sahaja. Nak cakap jarak antara kami dan kak A terlalu hampir.



Seharusnya dan sewajarnya, sekiranya keadaan itu berlaku di rumah saya, saya akan tidur di dalam bilik untuk beri ruang pada Kak A dekat dengan suami. Tapi Kak A seolah-olah tak berperasaan/cemburu kerana untuk tempoh hujung minggu aje saya ada masa dengan suami sedangkan dia 24 jam dari Isnin hingga Jumaat berdamping dengan suami, khidmat dengan suami, bawa ke fisio, bawa mengurut, bawa ke pantai, amsak untuk suami dan segala-galanya! Berilah ruang saya bernafas dengan lega dan tenang bagi tempoh 2 hari itu untuk habiskan masa dengan suami tersayang sepenuh masa. Tapi dia tak pernah dan tak mahu dan terlalu keras hati untuk memahami situasi itu. Adakah saya yang bersalah.



Saya juga tak mahu menyeksa suami dengan membawanya berulang alik tambahan pula, kalau di rumah saya katanya kebas dan berat bahagian yang kena stroke makin teruk. Menurut suami mungkin rumah saya tak di azan semasa masuk pindah baru-baru ni, terasa rumah tu macam "panas". Tapi saya rasa tak juga, sebab saya mengaji, sembahyang dan buat taklim juga, saya dan anak ok je. rasanya itu hanya perasaan dia sahaja. Itulah sebabnya saya malas nak bawa dia balik rumah saya.



Weekend 2 minggu lalu dia mencadangkan kami bermalam di rumah kuarters lama dia (2 bilik) yang diambil dulu untuk saya datang transit di PD untuk hujung minggu, tapi kahirnya bila kami bergaduh dan cadang ke pejabat agama, saya angkut semua barang saya kat rumah tu dan lepas tu rumah tu dibiarkan kosong. Rupanya dia dah serahkan kunci pada seorang kawan untuk dibuat Car wash, tapi projek tu juga terbengkalai kerana tak dapat lesen. Saya setuju cadangan tu maka pada Jumaat malam tu saya bertolaklah dengan membawa banyak barang-barang keperluan maklumlah keperluan orang sakit/tak upaya macam suami, kerusi malas, segala-galanyalah barang2 anak yang masih menyusu, barang sendiri lagi, kain baju, toto, tikar bantal dll. Pendekata penuhlah kembara saya, dahlah malam tu di PD hujan selebat-lebatnya beserta angin, suami yang saya ingatkan berapa kali ambil kunci rupa-rupanya mengambil ringan hal tersebut dan apabila menelfon suami katanya kawan tu berada di Melaka.



Ah.. sudah, dalam hujan lebat tu saya tak tahu ke aman arah tuju! Suami pula berada di surau menunggu Isya' dan katanya meminta saya mengambilnya selepas isya' dan selaps berlegar-legar jam 8.45 malam saya ke surau berdekatan kak A., dari jauh saya dah nampak kereta satria putih KakA sedia menunggu di pintu surau. Mcamana ni? saya call suami dan suami kata biar Kak A ambil dia dan minta saya datang ke rumah ambil dia pula. Alamak bang, ni buat kerja susah pulak hujan-hujan ni, saja nak susahkan diri sendiri semata-mata nak jaga hati bini.



Dalam susah payah nak jalan tu dengan tongkatnya dan payung yang dipegang Kak A, terpaksalah pulak dia masuk kereta kak A, keluar kereta masuk pulak rumah Kak A dan lepas tu keluar balik masuk kereta saya pulak! Kan banyak kerja tu? Malam tu pula, semasa parking di depan rumah Kak A hani tak nak masuk ke rumah Kaka A dan kami berdua tunggu suami di dalam kereta sehinggalah Kak A hantar suami semula ke pintu kereta saya. Saya nak keluar malas pula nak membuka payung yang besar tu. Selesai semuanya saya pun tanyalah suami ke mana tujuan kita, kami bertiga macam orang terbuang dan takde tempat dituju je... last-lasy call kawan suami semula tanya bila dia balik dan kami boleh dapat kunci rumah kuarters tu, katanya masih di Melaka lagi... takkan kami nak menunggu lebih 2 jam dalam keadaan angin dan hujan ni? Penyudahnya suami putuskan balik semula ke rumah saya, jam 10.30 kami pun sampai semula ke rumah saya dan saya pun dalam letih2 tu punggahlah semula barang-barang kami.


Hari sabtu tu, saya ada beritahu suami pada hari Ahad saya ada operasi dan bila suami nak balik, katanya petang tu hantarlah dia balik, saya kata, mungkin malam saya hantar. Siangnya saya suruh suami belajr biasakan diri bawa kereta dan kami pergi membeli sarapan dan pusing-pusing taman dan nampak suami agak kekok dan tak dapat lagi nak balance kan fokus dia masa memandu. Dia kena fokus 100%, kalau tidak saya lihat pemanduannya berat sebelah keri, sekejap-sekejap kereta ke arah kiri. Apapun sebulan dua ni saya rasa suami akan boleh bawa kereta. Malamnya, terasalah pulak letihnya badan ni nak hantar suami balik ke rumah Kak A, sebab selama ni saya belum lagi berehat pada weekend, ada sahaja kerja saya, kalau tak kerja pejabat, kerja di rumah, masih banyak lagi urusan kemas rumah baru ni yang dah ada plan dalam otak saya ni. Sudahnya saya cakap dengan suami lepas subuh esok saya hantar sebab saya akan mesyuarat jam 9.00 pagi ahad.



Esoknya selepas subuh, saya membuat cucur ikan bilis untuk sumai dan selepas mengemaskan anak dan menukar baju suami saya ke kereta untuk hidupkan enjin, oh.. malangnya pagi itu, bateri kereta pula kong. MAsa yang sangat "tepat". Dalam keadaan saya kelam kabut, masa itulah segala masalah datang Allah ingin menguji hambanya, samaada sabar atau tidak. Cubaan beberapa kali tetap juga tak boleh hidup. MAsuk rumah cakap dengan suami dan dia termenung sahaja. saya yang pada masa tu dah rasa panik, tak boleh nak fikir, mana nak hantar suami, mana nak gi hantar anak rumah Mak ros, mana nak gi pejabat lagi... macamana ni? Suami hanay diam sahaja dan tidak ada cadangan. Saya pulak membebel, saya boleh pergi pejabat bila2 masa, ramai orang boleh ambil/hantar/tumpang, tapi suami tinggal di rumah macamana?



Rupanya suami dah fikir jalan keluar untuk dirinya lebih dulu dari masalah saya ni...bini dan anaknya. Dia terus menelefon Kak A dan minta datang ambil dia di rumah saya. Saya pada masa tu membebel kata, "yelah, oarang ada bini, kita (saya dan anak) ni ada siapa, duduk sini merantau, takde sedara mara nak minta tolong, ada suami pun dah sakit tak boleh nak buat apa.....Yelah baliklah rumah bini bang tuuu... biarlah saya dua beranak selasaikan masalah kita...." sambil saya pandang anak saya dan jeling ke suami.



Saya pun call satu pegawai yang duduk sebelah taman saya dan minta datang ke rumah ambil saya. Sementara tu suami terkesan dengan bebelan saya, dia pun cakap dia nak call Hamzah, karkun yang duduk dekat2 sini, minta tolong ambil kereta saya bawa ke bengkel ataupun belikan bateri. Suami minta duit RM 200 dari saya... selepas bagi duit, kawan saya datang kami dua beranak pun pergi dan suami tinggal seorang di rumah menunggu Hamzah dan bininya. selepas hantar anak dan samapai pejabat saya, saya mulakan mesyuarat dan apabila datang seorang pegawai yang agak senior dan semua agenda utama saya dah cakap saya serahkan kat dia handle sementara operasi ni dan minta diorang pergi makan dulu.



Saya pula ambil motor pejabat dan terus balik ke rumah. Pada masa tu, kawan suami dah datang dan dia juga terus pergi bengkel dan bawa foreman ke rumah tukar bateri. Saya pula selepas tu ke pejabat semula selepas dapat panggilan, pengarah pula datang nak tengak macamana saya handle ops ni... berkejarlah pulak ke pejabat. Motor pula motor suzuki lama macam posmen bawa dulu2 tu, setakat 60@70 km/hour. Punyalah seksa. Akhirnya semua urusan selesai petang tu... dan duti dekat RM 200.00 abis macam tu je... saya pun dudk fikir2 macamanalah nasib saya ni, berapa kerat sangat masa sya dapat habiskan dengan suami? MAsa dia ada pun, buka boleh mengadap dia, nak masak, membasuh, mengemas mcm2 sedangkan Kak A duduk rumah ada anak-anak tolong buat, paling tidakpun dia akan hantar anak ke rumah Mak dia dan dia mengadap suami je... kemas rumah takde, basuh baju pun takde, saya ni buat kerja nak tunggu hujung minggu jer.. luar dalam rumah nak kemas.



W.pun duduk berdua, tapi weekday mana ada masa selalu balik kerja dah maghrib, duduk atas tikar sembahyang dari maghrib sampai isya', lepas tu nak baca taklim, ajar nak mengaji lagi...nak masak sikit2 takpun buat air makan biskut atau roti... tengok2 jam dah 10 malam... mata pun dah ngantuk. Anak pun nak dilayan juga, kalau buat kerja je dia pun marah... dia nak kita golek2 dan bercerita2 dengan dia... itulah sebabnya semua kerja2 rumah saya tunggu weekend.



Weekend baru ni pulak, saya minta Kak A hantar suami sementelah dia dari KP ke PD dan lalu di sini, jadi saya minta dia singgahkan abang di rumah saya, tak perlulah saya nak mabil suami di PD, telahan saya mungkin dia akan tunggu saya di rumah sebab dia sampai lebih awal dari saya habis waktu kerja... rupa-rupanya dia hanya singgah tinggalkan suami dan balik selepas solat asar dan suami ditinggalkan seorang di rumah sehinggalah saya samapi ke rumah lebih kurang 6.00 petang. Rupanya bukan sahaja dia tak suka saya ke rumahnya malahan dia juga tak mahu berada di rumah saya...



Esoknya, kebetulan cuti umum merdeka kan... jadi saya dapatlah berehat dua hari dengan suami... Khamis dan Jumaat. Saya bincang dengan suami bahawa saya nak hantar dia balik hari Sabtu sebab saya nak study case untuk bicara semalam tu, nampak riak wajahnya gembira. Jadi pada Jumaat petang selepas urusan hantar dan ambil suami kerjakan solat jumaat saya sekali lagi berkemas ke kuarters. Suami minta saya hantarnya kerumah Kak A dan ambil kunci kuarters di rumah Kak A dan saya pergi dulu ke kuarters kemaskan rumah yang lama tinggal tu dan ambil suami semula selepas isya'. Malam tu, kami tidurlah buat pertama kali di rumah tu... malam tu juga selepas saya ambil dia di surau, dia minta saya hantar ke surau lain untuk mesyuarat dengan karkun sini... dalam 11.30 malam baru dia balik dihantar kawan.



Pagi-pagi esoknya saya bawa suami ke pantai untuk ditanam dalam pasir dan pada jam 12.00 saya hantar ke rumah Kak A dan saya pun balik ke rumah saya selepas maghrib. Saya langsung tak ditahan untuk balik oleh Kak A semasa saya cakap saya nak balik tu walhal suami ada cakap suruh saya balik selepas subuh. Kini saya dah boleh baca perwatakan sebenar Kak A... dia mahu monopoli suami seorang. Sedangkan selama ni kalau Kak A call suami di rumah saya, saya akan berdiam diri dan beri keselesaan suami bercakap dengan dia. tapi sepanjang saya call suami semasad ia berada di rumah Kak A, suara Kak A seolah-olah dia ada sebelah abang dan mendengar apa yang saya dan suami bualkan, mana suami berani nak cakap lebih2..?



Selepas saya balik ke rumah, saya seperti mogok dan tidak ada menelfon suami sampailah Hari Isnin. nak harap dia telefon memang takdelah. Hanya pada selasa pagi di KLIA semasa saya ketinggalan flight baru saya telefon, itupun nada suaranya serius... dan seperti biasa suara Kak A bercakap dengan anak-anaknya jelas kedengaran. Tak pernah saya tenang nak bercakap dengan suami, ada saja gangguan suara dia. Bila sampai di Hotel saya ada SMS suami pu tidak berbalas dan saya call pun tak berjawab sehinggalah malam, baru dia jawab dan jawapannya hp tinggal dalam kereta dari siang lagi. Kalau di rumah saya, sya letak hp suami dekat dengan dia, sebab dia mana boleh nak jalan2 cari hp, kitalah yang kena bantu tapi Kak A agaknya suka hp takde dekat suami sebab senang saya tak dapat call dia. Dan kalau abang tidur atau di bilik air juga dia tak kan tolong jawabkan panggilan saya.



Sehingga semalam, saya yang keseorangan di JB yang agak baru suasananya pada saya tetap keseorangan tanpa ada yang bertanya khabar khususnya orang terdekat sekurang-kurangnya tanyalah saya apa perkembangan kes saya, macamana saya kat sini, saya yang call suami tengaharinya dan cerita dia pun tak banyak tanya, sampai malamnya saya uruskan sendiri semua sehinggalah di KLIA juga suami tak tanya macamana saya balik sedangkan dia tahu selama ni kalau melibatkan naik kapal terbang dia yang akan hantar dan ambil saya di KLIA. Samaada saya selamat sampai atau tidak pun dia tak ambil tahu, hal anak jauh sekalilah nak tanya kabar. Dia fikir saya boleh handle semuanya.



Allah menguji orang-orang yang Dia sayang...itu yang sya ingatkan dalam hati... kadang-kadang saya fikir saya hidup lagi susah dari ibu tunggal dan adakalanya teringin jadi ibu tunggal tapi gelaran janda menjadikan saya fikir banyak kali. Kerja seperti saya punya ruang untuk difitnah dan bila2 masa saya boleh juga mungkin boleh jatuh hati pad suami orang pula dan sejarah akan berulang. Lebih baik saya kekal mungkin ada hikmahnya, siapa tahu? Allah sahaja yang mengetahui ujiannya...Yang perlu adalah sabar lagi dan lagi.



Pada jam 9.00 pagi saya call suami nak lapor dirilah sebab orang langsung tak ambil tahu hal saya, rupa-rupanya dia sibuk ada kat rumah tukang urut...tak boleh nak cakap. Yang saya dengan suaranya sungguh kuat berbual adalah suara Kak A... ada sahaja dia dimana-mana ... saya cukup bosan dan fed up.... tak pernah dapat lari jauh dari dia...Ya Allah tunjukkanlah ku jalan macam mana nak buat lagi? Kalau nak buat dosa bila-bila masa sahaja boleh saya call beberapa lelaki lain (semuanya suami orang) untuk share dan cerita masalah saya dan semuanya sedia mendengar keluhan saya dan mereka juga nengasihani saya sesungguh2nya, cuma saya tak nak dosa lagi.... terutama suami juga akan berdosa.


Tapi pada sapa saya nak berkongsi kasih lagi, nak bincang, nak bermanja, nak ketawa, nak menangis saat-saat saya suka, duka, sedih, bimbang....saya tak punya siapa untuk dikongsi. Kawan baik saya yang biasa saya call pula dah berkahwin Jun lalu... Azizah pun dah berubah sejak dapat "laki" ni... saya juga yang bertambah derita dan derita. Berat badan saya yang dulunya (Mei 2006) dengan berat 62/63 kg kini turun mendadak kepada 52/53 kg! Suami yang sakit pun hanya turut tak sampai 10 kg saya pula yang lebih teruk dari dia.



Saat ini air mata saya tumpah tak terkawal... bukan sebab sedih iman tak meningkat tapi sedih sebab tak dapat dekat, tak dapat cakap, tak dapat manja dengan suami. Beza 18 tahun usia kami jadikan layanan dia pada saya umpama seorang bapa kepada anaknya.... sungguh berbeza dengan orang kahwin dengan usia tak jauh berbeza, saya boleh bandingkan dengan ipar-ipar saya sendiri. Cara suami saya menang berbeza, terutama saya ni bini yang ke 3 dia kahwini.


Saya juga sedih kerana saya sepatutnya gunakan masa ni mendekatkan diri dengan Allah, tingkatkan iman, muhasabah dosa-dosa ni, mungkin ini kifarah dari Allah... tapi saya sibuk dengan suami... suami dan suami... sedangkan entahkan suami ingatkan saya atau tidak? Kalau tanya kat dia dia ingat @ sayang kat saya tak? katanya, "ingat... sayang tapi tak nak ganggu wa tengah sibuk kerja!" Jawab saya.. "Tak, bang... saya akan utamakan abang kalau abang call walau macamana sibuk pun, abang calllah saya...." tapi sampai sekarang macam tu juga... senyap je kalau saya tak call.


Weekend ni, tak tahulah apa perancangannya, sebab saya ada court kes lagi hari selasa ni, nak study, pagi ni pula PA pengarah cakap saya kena beri ceramah di PD jam 2.30 hingga 4.30 ptg sabtu ni, nampaknya kalau penganjur sediakan bilik hotel bolehlah saya bawa suami, kalau tidak tak tahulah apa perancangannya. Harap weekend no kami boleh bin "hubungan lebih bermakna".


Esok nak bincang dengan IO kes ni, petang ni nak plan apa soalan nak tanya saksi2. Dua saksi penting pula dah hilang tak dapat kesan dan beri sapina.. dua-duanya pula pelacur. Hai macam nak kalah je kes ni, belum bicara dah dapat agak, apapun saya akan cuba, hakim pula dengarnya garang... hakim baru, baru tukar dari JB. Doa dan doa... 2 rakaat jangan lupa!



Saya terpanggil untuk tulis hari ni sebab ada juga "orang" yang sudi baca blog saya ni... tq. kata-kata kutuk dalam tulisan ini adalah gambaran kelemahan iman saya, Kak A baik, Kak A baik.... saya yang jahat dan buruk perangai dan buruk sangka dan segala-galanya.... tolonglah doa r.tangga saya ok, saya sayang suami dan anak....



Suara hati dan pemikiran siti detik 9/07/2006 01:14:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Periuk nasi



Wassalam

No comments: