Sunday, May 3, 2009

Rasa sanubari

Asslamualaikum w.b.t


Saya ada membaca blog Ummibatrisyia dan blog Mas kastam, dua-dua ada bercerita hal suami. Yang satu bicara hal cemburu dan seorang lagi bicara soal suami yang kurang masa di rumah, asyik out station ajer. Dan saya juga ada baca blog kak Zar yang dulu berkaitan dengan penghargaan dia terhadap suami yang jaga dia masa sakit. Dan saya juga baca komen-komen yang ada dalam entry tu, masing-masing ada yang sama-sama macam kak Zar yang bersyukur dapat suami yang baik, dan ada yang komen kata harap suami tak sakit sebab rasa entah mampu jaga suami ataupun tidak. Dan ada juga yang rsau kalau mereka sakit adakah mampu suami menjaga mereka seperti suami kak zar jaga beliau.



Bila baca dan fikir itu, saya bersyukur sebab saya msih berdiri di sini dengan hati yang tenang [susah juga kalau difikirkan tetapi mungkin sudah immune] dan dada yang lapang, masih boleh makan dengan kenyang dan tidur dengan lena. walaupun sebenarnya kalau difikir, saya menghadapi segala-galanya, ujian depan dan belakang, kiri dan kanan. Pertama dari segi masa, secara logiknya, dalam setahun 1/3 sahaja peruntukan masa untuk saya dan anak. Dalam dua belas bulan, suami terpaksa bahagi 3, 1/3 untuk isteri pertama dan anak-anak, 1/3 untuk saya dan nak dan 1/3 lagi untuk kerja-kerja dakwah.



Walaupun sesekali saya rasa marah juga sebab setiap tahun 4 bulan suami akan keluar jalan Allah tapi jauh di sudut hati saya bersyukur sebab suami saya bukan keluar untuk kerja dunia, bukan keluar pergi mesyuarat hal kerja, hal politik, hal ekonomi tetapi dia keluar untuk berdakwah mengajak orang solat 5 waktu dimasjid, menghidupkan amalan masjid, mengajak orang mengamalkan apa diajar Al Quran dan memghidupkan sunnah.... pendekata suami keluar untuk buat kerja Nabi. Sangat-sangat bersyukur disitu. Tambah2 syukur bila saya tahu apa ganjaran Allah beri untuk isteri dan anak-anak yang ditinggalkan. Memikirkan ganjaran Allah pun kadang-kadang buat saya rasa biarlah suami keluar terus atau mati sahaja semasa keluar jalan Allah....besar ganjaran pahalanya...



Sepanjang keluar pun, saya belajar untuk tidak berharap apa-apa dari suami. Juga tidak meminta apa-apa dari suami. Semua permintaan dan pengharapan diletakkan pada Allah semata-mata.....dan saya juga masih proses belajar meletakkan keutamaan begini..sesekali tergelincir juga. Suami ini hanya pinjaman dunia..itu yang saya pegang setiap masa...apa kekurangan dia saya cuba berlapang dada disamping meletakkan pula kuburukan dan kekurangan saya dimata dia..mungkin akan ada kesiembangan disitu nanti....ada give and take...yang dia kurang saya belajar redha...



Sebab saya tau, kalau diharap pada suami, maka kita hilang harapan pada Allah. maka mintalah pada Allah sebab hati suami pun Allah yang pegang. Setiap apa pergerakan dan cetusan hati dia Allah yang gerakkan. Begitu juga kita. Dan ingatlah Allah akan beri ikut apa yang kita mampu dan minta. Kalau rasa suami banyak betul perlakuan dia menguji kita maka kita fikirlah bahawa itu ujian Allah untuk kita dan suami hanya perantaraan sahaja. Kita kena check balik amalan dan perbuatan kita, ada yang tak kena ker?




Bercakap hal korban pula, saya rasa mungkin Allah beri saya ujian untuk berkorban demi suami....sebab di dah sakit dulu dari saya. Saya dah menempuh menjaga suami yang sakit, sakit yang tak membolehkan dia bangun sendiri, mandi sendiri, cebok sendiri. Saya dah merasa membuat semua itu, membersihkan suami sampai tahap yang saya sendiri pun tak pernah terfikir akan membuatnya sebab dengan mak ayah sendiri pun saya rasa saya tak mampu buat. Tapi dah suami depan mata saya buatkan juga. Tapi dia berkorban untuk saya..belum lagi malah menjaga saya dalam pantang pun tidak....




Dan saya pun sebenarnya bukanah sihat sejahtera selalu. Dan saya menempuh kesakitan sendirian hanya berteman hani anak gadis saya. Walaupun sakit saya tidaklah kronik tetapi setiap bulan saya akan pening kepala amat sangat bila bulan mengambang. Sehingga rasa bergoyang dunia, terasa nak tercabut mata, terasa nak muntah sentiasa. Dari remaja saya begitu....tidak ada segggugut tetapi lain pula cerita. Dan saat-saat ini selalunya suami tiada di sisi. Kalau Hani yang ada maka dia akan tahu, bahawa malam itu, makanlah apa sahaja yang ada. Dia boleh bakar roti sendiri, buat air sirap sendiri, bahkan susu pun dia buat sendiri....saya akan minta dia angkut satu persatu ke dalam bilik, air dalam botol, termos dan botol susu. Saya hanya akan tuangkan air pans sahaja, lain2 pepandailah dia uruskan.




Kalau dulu, semasa Hani baby saya hanya akan masukkan dia dalam buaian sahaja, tetapi dah besar ni banyak pilihan sedikit, kadang2 saya bukakan dia DVD di atau main games di PC, kadang suh dia masuk bilik dia menonton Cd atau TV, kadang suh dia baca buku. Mujur dia bukan jenis yang banyak kerenah, kalau ammie sakit kepala, dia dah tahu apa tugas dia, semua dia akan buat sendiri, mandi, pilih baju dan pakai sendiri. Cuma solat dia liat kalau ammie tak solat sama.




Saat2 begini kalau suami ada pun, dia pun takleh tolong apa, yang boleh hanya bantu beli sarapan jer...kadang masih juga minta saya siapkan baju. Ya...saya masih bertugas menyiapkan baju suami setiap kali lepas mandi. Kalau sehari 3 kali mandi maka 3 kalilah saya kena siapkan pakaian dia atas katil....sebab lepas mandi jer dia keluar bilik air, pakaian harus ada....memudahkan dia sebab selalunya dia perlu mengambil masa lama bersiap untuk ke surau/masjid...sebab sangat perlahan gerak kerja dia.



Bukan lepas mandi jer kena siapkan, sebelum mandi pun sama, setiap kali saya kena siapkan kain basahan [saya dan kak aza panggil skirt kembang] iaitu kain pelikat yang telah dijahit getah dipinggangnya. Kain kembang ini satu keperluan wajib walau kemana-mana. Dengan sebelah tangan kain ini adalah kain transit bagi suami semasa proses persalinan....sebab dia kan sebelah tangan jadi semasa bersalin kain ini harus ada untuk cover apa-apa.....seba setiap kali solat dia akan tukar seluar/kain utk jamin kebersihan....lepas OKU ni kebersihan jadi isu sebab dia sangat bimbang kalau seluar dia terkena najis..yerlah, sangat susah sebelah tangan kalau masuk masjid/surau di malaysia yang terkenal dengan 'tidak berjaga' kebersihannya.



Saya fikir mungkin ini ujian untuk saya. Atas kifarah dosa-dosa lalu. Dan mungkin juga ruang ini untuk mengumpul pahala...dan saya syukur juga dalam pada ujian rumahtangga saya tiada ujian berat lain, segalanya yang lain berjalan lancar. Saya masih ada emak yang sihat. Saya masih ada madu yang tak pernah menyerang dan bersangka buruk dengan saya. Saya ada rumah sendiri dan kereta sendiri walaupun tak sebesar dan seselesa mana, sedang orang lain mungkin ada yang berkongsi beli dengan suami, dan saya ada anak sendiri yang juga saya tak perlu risau sangat suami nak rebut sebab suami ada banyak anak lain dengan isteri lain.... dan saya bangga dengan apa yang ada pada saya semuanya atas titik peluh saya, walaupun tak seberapa sudah sangat memadai dan saya tak sakit hati dengan kekayaan orang lain yang beli itu ini, sebab saya tau walaupun saya mampu tapi saya yang tak mau kerana saya tau semuanya akak dihisab nanti...




Soal kerja sungguhpun banyak juga ujiannya [ujian mencari dan menyelesaikan masalah orang] tetapi itu semua menjadi ringan dengan adanya pengalaman hidup penuh ranjau ini...menjadikan saya tabah menempuh kerjaya itu, menjadi kebal dengan cabaran semasa. Dan syukur Allah bagi rehat setahun setengah ini...menjadikan saya merasa duduk lebih lama dengan suami di rumah, bersama dengan anak kesayangan saya...dan apa yang paling sayas syukuri dalam banyak-banyak benda yang hadir dalam hidup saya adalah kehadiran Hani Suhaila....dan setiap kali saya pandang dia dan senyum dia sudah tau apa ada dalam hati saya...dan dia akan kata..."ammie tu mesti nak cakap satu benda tu.." dia dah tau sangat dialog saya yang satu ni~ iaitu syukur ada anak satu!




Atau kalau saya meluah pada dia, "ammie syukur sangat dapat anak walaupun seorang sebab anak ammie adalah kakak" dan dia akan balas..ammie ni asyik cakap benda tu jer tau...boringlah kakak"....dan semalam, saya cakap dengan dia, "ammie ada benda nak cakap dengan kakak tapi mesti kakak taknak dengar....."ammie cakaplah...mesti kakak dengar..." kemudian saya cakap, "ammie tak boleh bayangkan kalau amamie kawin dengan ayah tak dapat anak...macamanalah keadaan ammie...syukur sangat ammie dapat anak ...boleh temankan ammie, berbual dengan ammie, tolong ammie..." dia jawab..ohhh patutlah ammie pandang jer kakak pastu senyum-senyum...rupa-rupanya ammie nak cakap ni eh....kakak pun syukur dapat ammie macam ammie....




Tapi pastu dia komen saya...tapi ammie tu garang sangatlah, dahlah cikgu kat sekolah pun garang....kalau kakak cakap sesuatu ammie jangan marah eh..ammie nak dengar tak...pastu saya kata cakaplah....pastu dia kata "takpelah nanti ammie dengar mesti ammie sedih....wah sesuatu di situ...takper cakap jer..pastu dia cakaplah..., "kakak rasa macam kakak nak mati waktu tu juga kalau ammie marah kakak yang kakak sampai nangis-nangis tu tau...tu sebab kalau kakak nangis, ayah pujuk panggil kakak pun kakak taknak pergi sebab kakak rasa macam nak mati jer tak payah jumpa ammie dan ayah lagi...biar kakak duduk dalam kubur"




Wah sangat tinggi dan jauh pemikirannya....berbahaya juga dia berfikir sampai ke 'mati' kemudian kami berbahas panjang pasal isu ni...hani ni sangat pemikir juga orangnya..so bercakap dengan dia bukanlah seperti kita bercakap dengan kanak-kanak, masuk telinga kanan keluar telinga kiri dan seperti membazir sebab dia akan simpan dan keluarkan pada masa yang tepat sehingga kita rasa sangat teruja dengan cara dia berfikir.....apapun bila berbincang begitu akhirnya dia tau kenapa saya garang...dan saya pun akan cuba juga ikut nasihat dia bagaimana nak jadik ibu yang lebih baik....dan sekarang kalau malas solat tak perlu cakap banyak, hanya nyanyikan lagu "sepohon kayu" jer....senang cerita...



Dan Ya Allah....kau sejahterakanlah kami dua beranak dan berikanlah kami kesihatan yang baik dan jadikanlah kami insan-insan yang bersyukur atas nikmatMu....walaupun kami diuji dengan pelbagai ujian..kau tetapkanlah iman kami dan kau jadikanlah kami antara hamba-hamabmu yang dipilih masuk ke syurgamu ya Allah.

3 comments:

Cool said...

"kakak rasa macam kakak nak mati waktu tu juga kalau ammie marah kakak yang kakak sampai nangis-nangis tu tau...tu sebab kalau kakak nangis, ayah pujuk panggil kakak pun kakak taknak pergi sebab kakak rasa macam nak mati jer tak payah jumpa ammie dan ayah lagi...biar kakak duduk dalam kubur"


dialoq saya dengan nenek kalo nenek marah...

"jiji rasa nak mati je nenekmarah jiji " hur hur hur

dulu laaaa@!~

hazlina said...

entry ni sgt menyentuh ati saya..

Hanisumayyah said...

Jiji...

lorr sama lak yer..akak pun terpana kejap bila dia cakap diolog tu tau...


Hazlina...

tang mana yg menyentuh tu? takper ambik yg baik jer yer...