Wednesday, May 13, 2009

Saya di Singapura

Assalamualaikum w.b.t


Dari ahad lepas saya dan 8 coursemate lain serta dua pensyarah kami dan seorang penyelaras dari Akademi latihan kami berada di sini. Bermula isnin jadual kami penuh. Hari isnin sepanjang hari kami di CPIB, Corrupt Practice Investigation Bureau, selasa pula seharian di Singapore Police Force dan hari ni kami ke Pulau Sentosa, mendengar taklimat dari Capital Land, developer terbesar disini yang turut memiliki pusat membeli belah d Malaysia iaitu Sg wang, mines dan ntah apa satu lagi.


Apa yang saya perhatikan singapura sangat maju, bukan sahaja maju dari segi pembangunan tapi dari segi pembangunan insan, setiap lapisan masyarakat dibangunkan bukan dengan menekankan kepentingan individu tetapi mengutamakan kepentingan society. Setiap kali pembentangan dan sessi soal jawab kita dapat melihat ada semacam pegangan nilai yang sama pada semua mereka, begitu juga bla kami menemubual secara tak rasmi penduduk singapura...semuanya mengatakan dasar kerajaan yang /zero tolerance' menjadikan apa yang singapura ada pada hari ini....


Mereka zero tolerance dalam semua hal, kalau suka duduk di sini, kalau tak suka boleh pergi, undang2 sangat ketat, sapa yang langgar denda dan hukuman menanti...kaedah kawalan sosial disini dbantu dengan alat tekonologi terkini, camera cctv dimana2....eh macam2 benda dalam kepala ni....saya rsa semua tau tentang singapura bila mereka datang ke sini....tapi kami berbeza kami ke sini kami jumpa mereka yang berada di front liner...kmi buat bechmarking tentang meraka...segala2nya...tentang kenapa singapura berjaya selepas keluar dari m'sia?


Dalam 4 hari ni macam2 kami makan kat sini...tapi kat sini pilihan makanan halal bagi saya agak meragukan. hari isnin hari tu saya turun makan kat hotel, tengok lepas makan roti dua keping, second round tengok ada 'pork bacon' sebaris dengan bekas kuew tiow...terus mati selera...dan saya tak turun2 sarapan lagi sampai hari ni...


Makan kami hari2 kat tenpat yang dipilih travel agent jer....dua hari makan di Takasyimaya, restoran Korea dan jepun, pastu makan di restoran india di Toko Mustafa, makan sup tulang di jalan sultan, juga makan fish and chips di Clark Quay...pastu kami juga ke pulau sentosa....


Hari ni saya ambil peluang ronda dengan roomate sepanjang Orchad Road, kami jalan dari Takasyimaya sampai ke John Little, masuk ke Robinson pastu jalan2 kedepan lagi, nak membeli ongkosnya terhad, saya hanya belikan buku2 kanak2 buat hani....


Kak aza ada called saya dan kami bertukar2 sms, Sofiyyah masuk hospital rupanya, demam panas...pagi tadi kak aza kata doc cakap macam nampak kuning...dia suh saya doa kan ajer...hani happy kat sana....lagipun mak kak aza duk umah kak aza sepanjang suami takde ni, so maid mak dia adalah bantu2 kak aza perhtikan anak2..termasuklah hani...


Saya pun dah belikan kak aza souvenior, anak2 punya pun dah beli....untuk saya jer takde...kalau saya ada kat sana, boleh juga bantu jaga budak2 kat rumah tu..tapi tok ada pun okaylah jugak....


Buat masa ni saya kurang komunikasi dengan suami. malas nak sms sgt sebab nanti bila sms terasa rindu pulak, saya memang macam ni bila masuk 2/3 tempoh masa dia keluar 40 hari saya mulalah teringat2....tu yg malas nak sms...tapi suami ada sms, biasalah kalau keluar sms dia panjang sikit...


"apa khabar orang singapura, iman macamana, turun ker naik?" ni dia tanya saya sebab saya bagitau dia hal2 kawan kat sini yang tak jaga sangat pasal makanan halal@tidak ni....


Hal dunia jangan dirisau, hal padang mahsyar, neraka dan pembalasan disana nanti yang perlu sangat2 dirisaukan"...ni bila saya kaya yang saya risau hal di isngapura yg memerlukan kami bersola jawab hal2 benchmarking dengan pihak disini...



So, itu jerlah cerita saya disingapura...penat menaip dari atas katil sebab line ni free, bila bawak lappy atas meja line putus lak....





Wassalam

6 comments:

Ummi said...

selamat bercuti-cuti sambil belajar di singapura :)


agaknya skrg ini musim demam kot, damya pun baru baik demam panas :)

NANI SHAHABUDIN said...

wah dah dekat dgn saya kat singapura ni. sebenarnya dah banyak sgt tempat yang halal kat singapore ni. cuma kalau makan kat hotel mmg kena tgk hotel yang ada restoran halal which is not many. antara hotel yang ada restoran halal ialah hyatt & park royal. kalau hotel lain mmg kami tak makan kat restoran diorang. Kalau di orchard tu, kat far east plaza banyak restoran halal. kami kat sini mmg takda masalah cari tempat halal.
Selamat bercuti ya!

Irfa said...

lama tinggal hani.mesti tak sabar nak balik..semoga selamat kembali

ibuVouge said...

salam

kak wa sihat ke?lama kak wa tak update
take care sis

KV said...

happy belated besday kak wa! Moga panjang umur murah rezeki.

Irfa said...

kak wa..bila nak apdet ni?rindu la
..hehe