Friday, July 27, 2012

Dunia baru saya

Assalamualaikum w.b.t


Hari ni baru berkesempatan nak update gambar

memang ada internet di rumah ni, siap dengan laptop lagi

tapi nak transfer gambar memang malas

hari ni cuti, ambil masa update gambar

dapatlah update sikit2 gambar dunia baru saya dan hani




ni kami dalam kereta, hani sangat gembira sebab satu keter bahagian belakang dia duduk sorang...tengok wajah dia yg teruja tu...


ni gambar meja makan, ni gambar masa mula2 masuk...atas meja yg biru tu senapang...suami ni aktif menambak di kelab menambak kajang dan aktif berburu



ni dapur kecil saya...peti ais dah hampir 10 tahun, masa saya sampai banyak barang dalam peti ais kena buang, kicap, kicap mee, kicap pekat, sos tiram dll semua dah lama tamat tempoh

Ni ruang tamu, tv pun lama punya style, takde LCD bagai sebab beli rasanya 2005 kalau tgok pada resit



Ni dapur basah kecik comel lote, ada washing machine, dapur dan sinki, difahamkan suami tukang sendiri, hanya muat saya seorang berdiri utk aktiviti measak pada satu2 masa...sangat praktikal


suami saya tersangat rajin, balik kerja sapu rumah, mop rumah, nampak sampah sikit tngah bercakap boleh bangun ambik sampah tu, kalau ada air tumpah sikit terus ambik mop dan mop rumah...


juga sangat2 prihatin tentang pemakanan supplement, tak taulah camana nak ikut rentak dia, supplement ni evening primrose oil, habbatus sawda, vit c dll, terkini baru belikan 12 botol monavie utk saya, mak mertua dan mak saya juga...

 masa saya angkut periuk vision saya dari seremban, sebiji periuk vision saya terjatuh dan pecah, pastu mesej suami kata periuk pecah..abang gantilah...tup2 petang balik dah bawak 4 bijik casserole....cakap bergurau pun dia tetap buat jugak....saya tak kisah sebenarnya sebab kat dapur dah ada set tefal utk aktiviti memasak saya...


 salah satu sudut di rumah ni yang saya percaya susun atur  ni semua dibuat oleh madu saya, Muni Saadan namanya...


suami ni kaki shopping juga, dalam masa 2 minggu saya kahwini dia dah 9 kemeja dia beli, harga pun boleh tahan, katanya kena tambah baju sebab dah ada dua rumah...setakat ni saya tak pernah lagi minta dia belikan baju walaupun masa jalan2 tu dia berkali2 tanya, "wa nak beli apa?", rasa tak sampai ati nak suh dia beli, belum pernah ada sesapa offer saya beli itu ini...

baru ni, pergi alamanda sebab nak tukar simcard prabayar family plan yg dia dah simpan 3 tahun, data plan internet xdapat nak access sebab sim card tu simcard lama, so kena tukar sim card jenis baru...dia ajak masuk kedai emas sebab mas kawin saya dengan nilai RM1278 (tarikh nikah diterbalikkan, ikut hati dia nak bagi RM8712 tapi sebab jumlah mas kahwin ni keputusan dibuat secara adhoc tu jer cash money dia ada) masih tak berusik, saya kata dengan suami, nak beli barang apa jer pun dengan jumlah sikit macamtu, suami kata apa susah, tambah duit dia jerlah...saya macam biasa....hanya hmmmmm



tapi saya tak tau nak beli apa, cincin saya jenis letak merata, rantai saya dah ada, rantai tangan pun dah ada....so saya kata, "tak perlulah abang..., nanti dah ada benda saya rasa saya nak kita beli yer..."



 Depan ni keter suami, estima saya follow dari belakang, masa ni saya bermalam di apartment satu lagi di Selayang sebab saya ada course di jalan duta so giliran saya kebetulannya maka saya bermalam di apartment tu bersebelahan dengan apartment satu lagi yang madu saya duduk...cakap dengan suami takut2 nanti madu saya datang...suami bagi jaminan tak mungkin dia datang sebab suami dah maklumkan dia 'salwa akan bermalam disini malam ni"...sangat telus suami saya ni...


 memandangkan tak banyak gambar kami berdua, sebab bila berdua dengan suami lupa nak buat benda lain termasuk nak ambik gambar...ni jerlah antara yang ada...beza kami 14 tahun tapi saya tak nampak beza sangat bila berdua dengan suami...entahlah dah terlalu biasa dengan mereka yang seusia dengan suami, boss2 kat pejabat lebih kurang usia suami juga...so takde hal...berbicara dengan suami sangat sangat sangat selesa, tak rasa ada gap langsung...malah berborak dengan dia sangats eronok..semua topik dia boleh masuk...

suami ni simple orangnya, jalan di luar macam ni jer dengan pagoda, jeans dan sandal murah dia tu...


Wassalam

6 comments:

Anonymous said...

Salam... hepi tgk wa bahagia... & muka wa & hubby ada iras lah...hehehe

ina

Irfa said...

kak wa
ikhlas saya cakap,saya tumpang gembira dgn kehidupan kak wa dan hani sekarang setelah sekian lama baca kisah 'mendung' je dalam hidup kak wa
harap kak wa bahagia selamanya.Insya Allah

Luna said...

a'ah mmg muka seiras..:)

jiji said...

muahahahhahah entry ni musti tulis laju je kannn hahahahah@!~ yuhuuuu muka ada seiras laaa mmg ngam ni. Cepat book banjaran!

Mutiara said...

I am happy that at long last you find happiness, hopefully you will be wiser this time around. I am happy to see the happiness shown on your daughter's face. Don't spoil it. You 2 desreved this happiness. However, I am hoping against hope that you will adjust or change your ways too. I am a little worried that you expose every details of your life for a group of people to read and share. You must remember, you do not want to upset, to hurt other people intentionally, but by exposing all the details about your hausband,his famiy, his other wife will one day come back to haunt you and will one day hurt the poeple you love and you yourself.
My sincere thought.

oren said...

saya happy baca entry gumbira ini..

dan pada masa yg sama, setuju ngn apa yg mutiara tulis..