Saturday, July 21, 2012

Esok genap 2 minggu

Assalamualaikum w.b.t

Maka esok genaplah dua minggu saya mendirikan rumahtangga

Sehingga ini semuanya indah belaka

Semuanya rasa seperti separuh mimpi (sekarang dah sedar diri sikit)

yang tak berapa indah bila suami tiada disisi

tetapi  bersyukur sebab saya sendiri banyak urusan perlu dibereskan

bila suami ada penuhnya jadual

dan sehingga genap dua minggu sekalipun tak pernah masakkan untuk si suami

memang 'rajin' sangat isteri yang ini

bukan taknak masak, tetapi dihalang dari memasak

macam orang mengantuk disorongkan bantal lah saya ni

tambah2 perkakas dapur sedia ada tak rasa serasi dengan saya

maklumlah orang punya

terbayang perkakas memasak sendiri

lagipun nak membeli bawang lada, garam semua terasa membazir sebab belum tenti kekerapan memasak

cik abang jenis tak makan nasi sebelah malam

makanya lagilah heaven

saya memang tak makan nasi malam, memang ngamlah

cuma semalam cik abang paksa juga ke Giant beli barang2 daapur

sebab Hani akan berbuka di rumah kajang ni, dapat cuti

Cik abang pulak giliran di Selayang

Dia risau tinggalkan saya dua beranak hari pertama berbuka puasa....

okaylah, saya mengikut jer...isteri yang taat

di Giant, dia yang excited beli itu ini

saya ni adalah 'sedikit sengal' bab2 beli baranag dapur ni

ala2 blur, sebab saya dah agak lamaaaaa tak membeli barang2 dapur

masuk shopping complex pergi bahagian pakaian ajer

dah lama tak masuk bahagian basah2 ni

saya kalau beli barang2 dapur/makanan hani pun paling banyak pun RM200 jer

hani kan tak makan coklat, biskut pun terpilih2....junk food lagilah...so memang makanan dia basic jer

tapi semalam entah macam2 cik abang suh beli, dia yang ambik, maklumlah dah biasa shopping ler kot

dia yang suh makan itu ini....makanan berkhasiat katanya

maka seluruh kos beli barang dapur menjadi sekali ganda bertambah...

mana taknya...pantang saya pegang sesuatu semua dia suh beli...

sampai akhirnya benda tak perlu pun sy beli...

cik abang ni takde pengalaman dan tak pernah terfikir nak kawin dua

so bila tinggalkan saya memang dia risau sangat

mujur rumah apartment jenis ada security dan hanya boleh masuk dengan adanya access card

jadinya dia rasa selamat sikit tinggalkan saya

masa kenal dan kahwini saya, dia memang duda....memang 24 j dia monitor saya...rasa lemas juga

sebab saya dah biasa jenis bebas, buat keputusan sendiri....tapi masa tu saya belajar2 lah pikul tanggungjawab

dan dari mula2 hari tu dari zaman berkenalan memang tak wujud sangat istilah berkongsi

Sebab suami dah bercerai secara taklik dengan isterinya

Tapi lepas bernikah barulah suami rujuk semula

Memang syaratnya suami kena bernikah baru dia sedia rujuk

Nikah dengan kebenaran isterinya

Memang sejak berpuluh tahun suami telah dicabar untuk bernikah

Cuma dia yang enggan dan tak terfikir untuk berkahwin lagi

Walhal dari segi kemampuan dia jauh sangat mampunya

Cuma dia memang tak terfikir, itu jer, maybe sayang anak2 agaknya

Cuma kali ini dia nekad sebab cabaran isterinya supaya bernikah lagi dan ceraikan dia

Malah cabaran tu diungkap di mekah....semasa mengerjakan umrah bulan mac lalu

siap berbahas pasal isu poligami dengan mutawwif

dan cabaran itu entah cabaran yang entah berapa puluh kali

Agaknya syndrom nak menapouse, sebab dah 51 umurnya, fikir sang suami

So sebelum ni dah bawa berjumpa pakar, dan ambil hormon

Namun tiada perubahan atas sikap tersebut

Kemudian last penyelesaian bawa ke umrah

Nasihat saya buat isteri2 hormatilah suami, letakkan suami yg utama dalam segala hal

Cerita tentang madu saya ini bukan suami yang cerita

Tapi adik ipar saya dan mak mertua yang cerita

Suami buka mulut sikit2 sekadar bagi saya jelas sebelum buat keputusan setuju nikahi dia

paling tak suka mengaibkan orang, prinsip dia

Setelah saya teliti memang ketara sangat suami dipihak yang menjadi mangsa

Sukar juga membentuk isteri bagi lelaki yang terlalu bertolak ansur, baik,

Jujur dan tak mampu menipu ni

Dimana isteri dilayan baik, sempurna, cukup dalam keadaan isteri hanya duduk dirumah

Tak pernah dihalang buat apa sekalipun

Apatah lagi sebahagian masa muda suami bekerja offshore di pelantar minyak Petronas

Akibatnya isteri dan anak2 naik kepala

Sukar juga membentuk keluarga bagi suami yang kemampuan kewangan takde masalah

Rumah pun 3 biji dah beli untuk 3 anak lelakinya

Setiap rumah hampir sama barang yang dibeli

Sama jenis, peti ais yang sama, dapur yang hampir sama, pinggan mangkuk yang sama

semua apartment hampir sama standard barang di dalamnya...nampak macam membazir jer

sebab hanya satu rumah yang dia tinggal menetap

tapi semua rumah ada barang yang lengkap

Pelik juga mula2 dan tanya tak minat ker rumah bertanah

Rupanya suami saya ni utamakan security dan safety

Nak rumah yang ada security

Ada jiran2 berdekatan

Sebab banyak masa outstation dari dirumah dahulunya

Jadi dibelilah rumah2 sebegitu rupa, ada gym dan ada swimming pool

Juga ceritanya supaya sama rata

Supaya adil untuk setiap anak

Malah rumah saya di kajang ni, di tingkat 12, perlu access card untuk masuk parking dan masuk building

Hari kedua duduk suami dah uruskan penyewaan lot parking tambahan untuk saya, mohon penambahan access card

saya kata tak perlu, hanya guna satu lot, biar kereta saya tinggal di pejabat,

ambil saya pada hari giliran, pagi ke pejabat drop saya

tapi dia yang memang jenis buat sesuatu in proper way, akan ikut plan dan akan follow peraturan

sentiasa bersedia dengan contigency plan

berfikir 5 langkah ke hadapan

saya fikir semua lelaki begitu

lagi2 dia yang berpengalaman lama sebagai manager

memang dah biasa manage kerja dan manusia

Berbalik masalah keluarganya....walaupun tak berminat nak fikir dan campur

Tapi pada tahap sekarang, ia menjadi sedikit sukar dibentuk

Yerlah hidup takde masalah langsung kot...

Tiap2 minggu seribu belanja ditinggalkan untuk anak/isteri, belanja dapur plak seminggu RM400 suami yang bawak belanja

Sekarang ni baru saya jelaskan pada suami bahawa itu satu kesilapan

Semua tu kena kawal, sebab itu semua punca akhirnya sukar mengawal mereka

Segala2 nya menjadi mudah...nak apa sahaja semua ada

Makan luar takde masalah...duit sentiasa ada jer....malah berlebih2

Sampai lebihan duit boleh main kutu, boleh melancng ke bandung

Indahkan menjadi surirumah dan seminggu dapat seribu...

Disiapkan kenderaan pula...

Mungkin suami dah biasa menempuh susahnya hidup maka dia taknak isteri and anak susah

Tapi sayang, caranya sikit silap

Tambah2 sepanjang tempoh selepas kahwin, dia banyak bertugas luar negara dan negeri

Bertugas offshore di trengganu

Bertugas di Jepun, di Vietnam

Memang kurang masa semasa besarkan anak2

Now, bila ada sesuatu tak kena, bersuara dengan isteri

Isteri rasa kecil hati (agaknya) sebab dah susah payah besarkan anak, suami plak tegur

Gitulah kot senario nya

Pada saya, urusan mereka saya tidak berhak campur tangan

Yg saya tau, sekarang barulah isterinya sedar nilai seorang suami

Kali terakhir dia cabar suami, suami telah keluar rumah dan duduk rumah satu lagi

Dekat jer jarak antara dua rumah ni

Dua2 di Selayang

Dalam tempoh suami merajuk tulah taklik jatuh...adalah penjanjian antara kedua2nya

Akhirnya, isteri menyesal dan memujuk suami berbaik semula

Suami kebetulan hilang sedikit kesabaran dan kata kali ini dia akan sahut cabaran tu

Dia akan cari isteri

Sebagaimana kehendak dan cabaran si isteri yang dibuat berpuluh2 kali

Termasuk depan mak mertua, adik beradik malahan semasa depan ustaz di mekah

Ini bukan cerita dongeng, tapi ada bukti sms dari madu saya mohon ampun

Juga ada versi cerita adik ipar dan cerita mak mertua yg kesian dengan anaknya yg asyik kena buli

Suami saya ni penyabar sangat orangnya...

Masalah rumahtangga mereka Ni dah diketahui oleh mertua walau suami tak cerita

Malahan lepas jumpa kali pertama suami, dia terus maklumkan mak dia dan adik dia

Bahawa dia sudah ada calon isteri....

Mak mertua saya minta percepatkan sebab masa tu dah lebih 2 bulan suami duduk sendiri

Maknya risau takde siapa uruskan makan minum suami

Sebab pada masa tu walaupun apartment suami merajuk betul2 bersebelahan dengan apartment madu saya

Tapi suami xnak isteri dia hantar makanan or basuhkan baju.

Malahan mak mertua cuba gunakan kabel anak sedara dia di pej agama untuk bantu percepatkan urusan pernikahan saya dan suami

Tapi masih perlukan masa lama bagi pemberian kebenaran

Perlu naik mahkamah tinggi syariah

Isterinya perlu beri keterangan

Walaupun takde masalah tapi masih juga makan masa yang lama

Saya pula merasa tak betah untuk keluar berdua berkali2

Tambah2 saya merasa dia juga punya aura

saya terus suggest guna cara lain untuk percepatkan halalkan perhubungan

dia tolak mentah2 dan minta sya bersabar

perlu jaga reputasi saya sebagai peg kerajaan

tapi dia fkir semula permintaan mak dia...

selepas kami solat istikharah, rasanya dua2 hati kami terbuka

dua minggu bersolat istikaharah dan tahajud

memamg simple jer perjalanan perkenalan kami

minggu pertama, sms dan weekend terus bawa jumpa hani pada pertemuan pertama

minggu kedua, dia emailkan saya semua document-slip gaji, beri no hp adik dia, ic istri dan anak2,

salinan surat nikah perkahwinan pertama, surat kebenaran isteri

minggu ketiga saya buat ujian HIV dan dia juga buat HIV,

dan saya dapatkan surat pengesahan cerai then saya compilekan permohonan

Sebab permohonan poligami tu kena submit di JAIS, perlu tunggu dipanggil untuk bicara

memang akan ambil masa lama, berdasarkan info yang saya dapatkan

pada saya memang tak praktikal lah

sebab semua syarat telah dipenuhi termasuk keizinan isteri siap dengan black and white

dari segi kemampuan memang terlebih2 mampu

so, kami cari jalan keluar....dengan niat untuk halalkan perkara yang sepatutnya mudah

maka hari ke 28 kenal hubungan kami dihalalkan, ikut syariat...

habisss...selamattttt
Syukur alhamdulillah
Wassalam

3 comments:

Irfa said...

rasa mcm tgk drama je.tp gmbira bila dgr kakwa dan hani happy

Luna said...

inilah yg dikatakan....kesusahan itu ujian...kesenangan juga ujian...yg paling baik mohon pd Allah agar dpt lalui kehidupan dl redhaNya...biarpun susah atau senang

cik tudung senget said...

berkat sabar dan tabah ye kak.doakan saya juga tabah sabar dan redha