Friday, July 17, 2009

Anak tiri anak sendiri

Assalamualaikum w.b.t


Wah sejak ada dua anak ni, sibuk benar rasanya. Sekarang ni semua benda dibuat secara berganda. Kalau dulu masak nasi setakat makan berdua jer, tapi sekarang kena bertambahlah sebab zubair dah ada ni. Basuh baju pun kena hari2, sebab satu hari jer masing2 gunakan 4 pasang pakaian menjadikan 8 pasang pakaian hani dan zubair yang dok dalam bakul baju kotor. Kalau tangguh dua hari jadi 16 pasang, haru kalau ditangguh! Sabun pun bertambah2lah cepat habisnya.


Semalam dapat bil elektrik, masa kak aza duduk dua minggu tu iaitu masa cuti sekolah dan kemudian berulang-alik ke rumah saya setiap jumaat dan balik ke PD setiap isnin pagi, bilnya RM 192, tak pernah bil sebanyak tu. Yerlah masa dia ada walaupun tak sebulan penuh, aircond terpasang 24 jam, sebab buaian Sofiyyah kat bilik saya tu, malas nak buka dan kemudian pasang memang terbiar jer 24 jam ter ON. Bulan ni pulak bil RM82, pun tinggi jugak, takkan sebab Zubair ada jadi tinggi pulak,kan? Malah bil telefon saya yang biasanya tak sampai RM10 sebulan, bulan lepas jadik RM 82, sebab kak aza selamba badak jer kalau cakap berlama2....call sana call sini, huiii kalah saya yang bekerja ni rangkaian kawan2 dia, sms pun hari2 dapat....sedangkan saya sejak cuti ni, bukan setakat cuti kerja dengan sms dan call masuk pun macam bercuti jugak! Nampak sangat saya takde sosial life....


Memang agak pelik hal bil ni sebab bulan ni kira komputer takde on pun sebab cuti semester dan streamyx buat hal! Agaknya sebab aircond jugaklah, sejak zubair ada ni saya kesian pulak, kat rumah dia tido beraircond, kang sini panas pulak [tambah2 sekarang kan panas], dan jugak agaknya sebab sejak kejadian rompakan tu saya on kan sepanjang malam lampu di porch kereta.


Oh ya, ni saya nak cerita hal Zubair pulak. Uiiii mencabar sungguh membela anak lelaki rupanya yer. Rasanya cam tak sanggup nak dapat anak lelaki kalaulah spesis perangainya sama cam Zubair. Bukan saya nak kata dia tu teruk sangat tapi cuma saya rasa senang bangat jaga dan didik suhailah banding dengan Zubair. Tapi kalau saya ada anak lelaki yang saya lahir dan didik sendiri dari kecil tentu lain ceritanya. Hani kalau saya kata TIDAK pada sesuatu dia akan cepat faham kecualilah benda2 tu dia rasa saya boleh tolak ansur. kalau hal beli CD, beli mainan, atau sesuatu yang tak beri manfaat bila saya kata NO dia tau batas tindakan yang dia perlu buat. TAPI Zubair masih belum mahu memahami sistem saya tu. Bila saya kata NO, dia tetap nak jugak, siap dia bebel2kan saya dan menangis macam kena dera.


Saya lagi pantang kalau orang tak faham bahasa pastu bila kita terangkan dia bagi tindakbalas yang tak berapa bagus. Bila saya kata tak boleh beli CD Ultraman lagi [melambak2 dah CD ultraman kat rumah ummi dia] dia boleh menangis dan bebel2 cakap "Ummi bagi beli CD, ummi tak marah", "ummi bagi beli mainan, tak marah pun".


Zubair ni akan bertambah banyak songel kalau ayahnya ada kat sini. Malam2 sure dia nak tido dengan ayah. Yang geram tu mesti nak tido kat bilik ayah. Kira kalau dia dah tido sebelah ayahnya, saya kena tarik dirilah, takdelah peluang nak menempel sepanjang malam tu. Burned jer malam tu. Geram jugak kadang tu. Pastu bila ayah ada mula tunjuk perangai, susah nak suruh mandi, susah nak suruh PU [past urine], semua kena guna kaedah kekerasan, jerit kuat2 pastu tarik jer tangan dia bawak bilik air....baru jalan...kadang tak tau apa kaedah sesuai dengan dia, dahlah tak makan pujuk, kalau dengan ummi dia pun dia selalu ke cubit dan kena marah sebab taknak masuk bilik air. Rasanya dekat rumah saya dia lagi mudah dengar arahan banding dengan ummi dia...mesti menangis tiap kali kena paksa PU. Saya terfikir jugak takut2 kaedah saya tu akan merosakkan emosi dia tapi setakat ni nampak okay.



Tulah dia ni lasak bukan main. Kata ayahnya sebab steroid tu. Cikgu pun dah komen tau, kata guru kelas dia, Zubair dah mula tunjuk belang sebenar dia kat sekolah. Banyak main, dan ada juga kes gaduh dengan budak2 lelaki lain. Hebat Zubair ni. Tapi dengan saya, dia ada takut sikit, kalau dulu saya tanya dia akan matikan diri, sekarang kalau saya tanya dalam takut tu dia jawab jugak bila saya kata. "cakap sekarang, nak buat lagi tak, cakap kuat2 ammie nak dengar!" Kadang tu dia terbawa2 perangai dia kat rumah ummi dia, kat sana dia selalu buli Syakirah [8 tahun] sebab kakak dia tu tak melawan tambah2 ummi dia selalu protec Zubair...dulu sebab disangka Zubair ni anak bongsu, pastu sejak awal tahun ni kan Zubair disahkan Nephotic Syndrom, tu yang semua kena 'bagi muka' kat dia. Dengan Uda pun, Zubaitr selalu dimenangkan, Uda kena mengalah...tu yang Zubair banyak lemak tu! Kat sini kadang dengan Suhailah pun dia mula nak mian kasar, tumbuk2, kuti kakak dia tu..sampai menangis2 Suhailah datang mengadu kat saya. Dah pandai gaduh2 secara fizikal sekarang ni.


Tapi yang kelakar Zubair ni pemalu jugak orangnya. Saya dengan Suhailah dan biasa bercakap dialog2 curahan perasaan ni. Kami telus jer, kalau suka cakap suka, kalau menyampah cakap menyampah. Kalau dengan suhailah, setiap kali saya belikan apa2 tak kisahlah buku ker mainan ker memang dia akan cakap "terima kasih ammie", atau anytime saya rasa nak peluk hani saya akan tepuk tangan {macam cerita pingu tu] on the spot dia akan datang pada saya sebab dari dulu tu signal saya untuk dia dan kami berdua akan berpelukan dan berciuman. dan kami akan spend masa setiap hari untuk bergurau sebelum tidor, tak kisahlah geletek2 ker citer2 binatang ker, apa sahaja lawaklah. DAN setiap kali saya buat macam tu kat suhailah, Zubair akan tersipu malu, agaknya sebab tak terdidik cara macam tu kot? So sekarang ni Zubair dah okay sikit, susah betul nak budayakan amalan ucapkan terima kasih, bila tanya kenapa taknak cakap terima kasih kat ammie katanya "Zubair malu"....


Tapi Zubair dalam malu2 tu, malam2 tak sah kalau tak peluk saya, tu kalau ayah takdelah. Peluk pulak peluk yang erat tu, kaki atas peha saya, tangan atas dada saya dan kepala atas lengan. Hani pulak kalau peluk tak suka peluk erat2, lemas katanya, kepala pulak bawah ketiak taknak dia tido atas lengan. Hani ni jenis tido kepala taknak berbantal, setakat ada sentuhan dengan saya jer. Dulu mula2 zubair pelik jugak saya bila nak tido cium dahi dia, dia tanya kenapa cium dahi zubair, tapi sekarang dah biasa kot. Saya akan kata sebab ammie sayang Zubair. Pastu dia akan jawab, Zubair bukan anak ammie, zubair kan anak ayah dengan ummi, saya plak bagitau dia memanglah tapi Zubair tu kan anak tiri ammie, anak jugaklah tu. Masa ni hani kat sebelah mesti menyampuk katanya, "La sorang jer anak sebenar ammie"


Hal belajar pulak, untuk makluman zubair ni dah kenal dah semua huruf A-Z, nombor pun kenal, siap boleh sebut dalam malay dan english! Cuma masalahnya, bila tukar sekolah hani ni, sistem kat sekolah MURNI ni berbeza, dia tak ajar murid kenal A-Z macam biasa tu, dia guna kaedah CAHAYAKU iaitu kaeadah berdasarkan fonetic, zubir memang boleh sebut vocal a-e-i-o-u mengikut sebutan huruf tu tapi kalau kaedah CAHAYAKU dia sebut berdasarkan fonetic huruf vokal tu. jadi memang lain sebutan dia. Bila melibatkan konsonan pulak lagilah berbeza cara sebutan dia....disebabkan zubair dah tahu semua huruf tu jadi untuk dia convert dari sebuatn biasa ke cara sebutan berdasarkan fonetic tu yang dia keliru kot?


Masa saya ajar hani dulu, saya sendiri pun kena belajar dengan cikgu dia dan selalu juga keliru malam2 siap call cikgu dia, tapi bila dah tau konsep senang jer. Dan alhamdulillah hani senang faham sebab agaknya dia tak pernah terdedah dengan A-Z sebelum tu. tapi Zubiar sebagai budak lelaki apa yang saya tengok, budak lelaki ni tak boleh fokus, perlukan bantuan sepanjang masa maksudnya buat homework pun kena kita ada depan mata 24 jam. Suka sangat leka, dalam kita depan mata dia boleh fikir benda lain, mata ke lain....kejap2 korek hidung kejap2 menguap, buat kerja sikit senget sikit nak padam jer taunya....bilalah nak siap? Kalau hani dulu, saya tak perlu monitor sangat sepanjang masa, bagi dia arahan, dia buat sendiri pastu saya check, senang jer. Memang dulu saya akan duduk dekat Hani tapi saya boleh rehat jer...baca buku, baca majalah ker tapi dengan zubair ni LETIH sebab saya betul2 kena duduk sebelah dia dan kadang2 terpaksa pegang tangan bantu buat homework dia, kalau tak yg kat atas okay tapi makin lama makin senget dia tulis....teknik menulis pulak selaaaaaalu salah, walaupun at the end bentuk huruf sama tapi sebab teknik salah saya tetap anggap salah jugak! Sebab tulisan dan cara menulis ni penting dalam membentuk anak2 biloa masuk sekolah rendah nanti. saya tak suka tulisan caca merba!



Dua hari lepas gi JJ, Zubair boleh melalak nak CD Ultraman, yang Suhailah nak CD Barbie tapi bila saya kata NO suhialah terus okay tapi Zubair tak mau dia tetap berlari masuk dalam kedai CD tu. saya dengan Suhailah tengok jer gelagat dia kami tunggu kat luar jer, sebab sebelum tu dah masuk dah. Masalahnya Zubair ni kalau dia dah kata dia nak tu dia nak jugak, dan selalunya apa CD yang dipilih tu memang yang tinggi harganya, mesti paling kurang RM 29.90...sebab yang murah2 tu kebanyakan ceritanya ummi dia dah belikan. kalau dah beli zubair mahal takkan anak dipangkuan taknak disusukan? so berapa dah kosnya kat situ? Tu sebab saya taknak belikan. Tambah2 balik jer sure zubair nak buka DVD tu, bergaduh lagi nanti berebut dengan hani DVD sapa nak tengok dulu....dan keputusannya mesti hani kena beralah....


Semalam gi family store, dua2 saya suh tunggu dalam keter tapi taknak nak turun nak beli Bakugan, pastu hani pilih yang satu jer harga RM 3.90, zubair pulak dah peluk yang sekali tiga ekor bakaugannya, harga RM 14.90....kalau kes macam tu sanggup tak belikan anak tiri yang mahal anak sendiri yang murah? kalau saya terus terang saya tak sanggup. So saya kata NO, suh dia ambik yang kecil dan single tu dia pulak kata NO, dia taknak yg kecik so dia sanggup cari mainan lain dengan harga RM 4.90, so bolehlah maka belilah hani bakugan sekor dan zubair patung apa ntah. rasanya sejak dia ada sini dah 5 ekor Ultaraman kecik dan besar saya beli, bakugan pun dah berapa bijik dah, tu tak masuk patung watak kartun kecik2 tu....tak belikan kesian plak muka monyok dia tu, tapi kalau beli kena beli dua semuanya....meningkat kos sejak ada dua anak ni....yg geram tu kalau dqah beli mainan malam2 suh buat homework dia boleh main gaduh2 patung kecik2 dia tu atas meja siap dengan sound effect bagai...beza sungguh budak lelaki ni!!!



Minggu lepas masa gi Nilai 3, saya belikan sorang satu meja belajar, sebelum ni hani memang takde meja belajar yg proper hanya meja kecik yang boleh lipat kaki beli kat Giant RM 22.00. Kalau buat kerja bersilalah kat lantai....so beli meja tu dua satu RM110 [bila tengok kat kedai sebelah rupanya RM100 jer..sakit hati]so buang RM 20 hari tu. Meja ni kena pasang sendiri, agak tegap jugak boleh adjust tinggi rendah. Balik tu pasanglah, dari maghrib sampai jam 11 hanya siap pasang kerusi dan meja Hani jer, tau2 jerlah skru driver dengan skru tak match memang sakit tangan, sebab tool box semua kat rumah Batu 4 tu, tu yang saya guna jer skru driver apa yang ada. Malam tu suami balik dia gelak kat saya katanya kenapa tak gi kedai cari skru driver yang sesuai. Lepas beli skru driver baru, saya cakap kat Zubair ammie dah letih, Zubair punya meja dan kerusi ammie buat esok jerlah, dia sedih pulak, sian jugak saya. So malam tu saya berjaga terus pasangkan dia punya pulak. Disebabkan panduan yg diberi simple sangat ada banyak skru saya salah pasang masa buat hani punya tu yang jadik lambat. So bila buat zubair punya jadi cepatlah. Tu pun jam 2 baru siap, sampai bengkak2 tangan saya putar skru, nak tido siap kena rendam tangan dan jari2 dalam mangkuk isi ais...semata2 nak anak tiri bangun tido happy tengok meja belajar dah siap pasang. bangun subuh tu suami pun terkejut tengok saya siap pasang....yerlah agak susah juga sebab meja made in China ni buat pun macam tak berapa nak tepat, pepandailah adjust sendiri....


Semalam ada bicara, kebetulan ada kawan dari Putrajaya jual kipas kecik, sesuai sangat letak atas meja belajar budak berdua tu, saya teringin benar nak belikan hani tapi dalam hal macam tu kena jugaklah beli dua, so semalam dah beli bateri sukalah budak duorang tu buat homework sambil ada kipas kecik atas meja...tapi tulah nak ambil gambar kamera dah kena curik pulak. Minggu lepas jugak selipar hani putus, so kebetulan ada baucer LENO masa jadik ahli hari tu, dah dekat 3 bulan dah...so bila belikan hani zubair pun sedih jer, walhal selipar dia tak putus lagi, kena jugaklah beli dua, walhal masing2 saya dah belikan sandal masa pertengahan bulan jun hari tu. kira ni dah sandal kedua saya belikan....baju pulak rasanya dah 3 pasang saya belikan sebab bila saya belikan hani nak taknak kena belikan dia jugak...susah jugak yer, ingatkan setakat jaga dan tengokkan zubair jer tapi ni dah terjangkit kos lain pulak. Tulah susah juga nak belajar ikhlas ni, tapi kena paksa diri jugak ni....mak saya pulak masa datang rumah hari tu kata bagus jugak saya jaga Zubair ni, katanya "kau pun takde anak lelaki, eloklah apa2 hal nanti susah ada jugak Zubiar ni". Mulut saya jahat jugak masa tu saya jawab kat mak saya, "alah mak, Zubair tu sakit, anak yang sakit pulak dibaginya saya, entah2 saya plak yang kena jaga dia...lainlah kalau sihat"


Saya buat masa ni dalam mode bertahan, menunggu saat jer dimana Zubair atau kak aza kata "biarlah Zubair balik PD semula" tapi tulah nampaknya kak aza macam selesa dengan suasana sekarang, kurang sikit tekanan dia nak layan kerenah Zubair yang selalu menguji kesabaran tu dan boleh tumpukan pada Sofiyyah. Zubair plak dah kena marah dan dera macam2 [ramas dan tampar mulut jer] pun tetap suka nak duduk rumah saya jugak ...pelik2...tambah2 isnin baru ni dia balik sini dengan kesan kat belakang tapak tangan dia kena kuti [cubit] dengan Uda sampai terkopek kulitnya, sebab bergaduh atau berebutlah tu...Uda dan Syakira bila saya tanya tak sedih ker Zubair duduk rumah ammie, jawab diorang "nak sedih apa, sukaaaa sangat, kalau tak balik sini pun takper..." hmmmm tak taulah nak cakap apakan?

Wassalam

2 comments:

Irfa said...

salam kak wa..
susah jugak yer..semua benda kena beli dua.lari bajet.nak wat camner.
tak beli kesian pulak..

nik said...

huhuhu... tu kesah anak ada 2 orang
si suami ada isteri 2 mcmmana yer..
mesti lagi pening, pusing kan..