Thursday, July 16, 2009

Modem pinjam dan kisah kami lagi

Assalamualaikum w.b.t


POLIGAMI

Ni saya dapat online sebab modem ni kawan jemaah surau suami yang punya. Dia baru jer beli modem streamyx ni, tapi tak reti pasang kat rumah nak suruh suami tolong pasangkan. Suami pun kata dia nak test dulu, sajer sebab nak pastikan yang streamyx kami tak boleh pakai disebabkan oleh modem. Rupanya betullah sebabnya modem...bila pasang modem kawan tu terus boleh online. Lepas asar kena pulangkan dah modem ni...ni kira ambil kesempatanlah ni.


Rasanya dah 3 kali tukar modem sejak masuk streamyx 2005. Petang ni nak terus ke pejabat TM tukar modem jer. technician datang hari sabtu, memanglah saya takde rumah, pastu court case berderet2 tu yg malas nak call suh dia datang. Lagipun siang saya sorang kat rumah, tak syok pulak ada lelaki masuk sampai dapur...nak tunggu hari suami ada, tapi hari yg suami ada mesti ada hal kat luar rumah....


hal komen kat etry bawah ni.....saya berterima kasih pada komen membina tu. Hal poligami ni bagi saya mudah jer, kalau kita letakkan diri kita fikirkan sangat semua tu maka jadik kroniklah. Tapi kalau kita fikir mudah maka Allah akan bagi mudah. Hal kami ni berdikari rasanya tak menjadi hal lagi. Sebab suami sebagai OKU dengan sebelah anggota badan yang sentiasa berat dan kebas, apalah seorang isteri boleh harapkan? Nanti kalau dipaksa suruh itu ini, kesian pulak dia...berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Apapun, kak aza selalu ingatkan saya katanya, "bagi kita ni wa, nilah peluang untuk kita tambah pahala khidmat pada suami, abang dah tentu Allah bagi pahala banyak sebab dah tarik nikmat sihat, kita pun rebutlah peluang ni nak dapat pahala banyak"...


Ada benarnya apa yang dia cakap tu, saya setuju. Bagi sesetengah pasangan kebahagian mereka mungkin bila ditemani suami membeli belah, keluar makan dan jalan2 dengan suami dimana suami mendukung anak, membawa barang, membayar apa yang dibeli, tapi bagi kami iaitu saya dan kak aza benda tu semua tak usahlah mimpi nak dapat dan nak lalui. Sebab suami kami bukan itu kepakarannya. Bagi kami apa yang menjadikan kami bahagia adalah bilamana kami dapat khidmat dan korban untuk suami. Sebab klhidmat dan korban pada suami tu yang buat dia gembira terhadap kami. Dan kalau dia suka dengan kami maka Allah pun akan suka dengan kami. begitulah agaknya. Saya tulis macam ni amsa saya rasional tapi kalau gaduh tu biasalah kutuk2 suami kat sini, tapi anggaplah saya dan kak aza pun manusia biasa yang ada nafsu dan kelemahan apatah lagi iman kami pun lemah juga.


Kadang2 saya rasa pelik juga dengan kehidupan rumahtangga kami ni. Terutama kalau saya berborak dengan kawan2 sepejabat bila sesekali saya kepejabat. Memang akan terasa yang berbeza sangat kehidupan kami dengan cara hidup mereka. Mereka patut bersyukur sebab tak lalui apa yang kami lalui, tapi itupun mereka tak sedar2 juga. Berbeza maksud saya ni dalam ertikata yang luaslah....kalau ikut tafsiran keduniaan dengan kehidupan hari ni, memang nampak macam kehidupan kami ni berat sebelah....semua isteri kena buat, tak merasa sangat nak jalan2 dan makan2 kat luar. Malah isteri2 kena korban duduk serumah dan asyik berulang alik. Tapi bagi kami yang melaluinya, takde apa yang nak diberatkan, takde apa yang nak dicemburukan, takkan kerana nak rebutkan batang yang sebatang tu yang nikmatnya hanya sementara sanggup kita buang masa menyimpan rasa marah, sakit hati benci dan cemburu.


Saya mengakui walaupun saya sebenarnya ada rasa cemburu tapi rasa cemburu saya boleh dikawal. Itupun datang dalam masa2 tertentu jer. Sedangkan selebihnya terasa nikmat dan kebahagiaan ada seorang suami disisi. Cukuplah anak saya memiliki ayah yang sangat dia sayang. Apa yang saya lihat sekarang memang Hani sangat manja dengan ayah. Apatah lagi Zubair bukan kaki melesh dan memeluk ayah, memang hanilah yang asyik duduk dekat ayah kalau ayah ada rumah saya. Itu pun dah seribu rahmat,kan?


Saya hendak mendaftar mengerjakan haji tahun depan, itupun kalau Tabung Haji benarkan {buat rayuan asbab teman dan khidmat suami yg OKU dan mak yang berusia} dan kalau saya mampu. Buat masa ni hanya tambang dan perbelanjaan mak saya, saya dah siapkan. Buat saya dan suami, kami akan cuba kumpul...doakanlah. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Kalau tak jadi pun takperlah, yang penting saya dah pasang niat betul2, sebab mak saya takde muhrim nak pergi, tu yang saya terpanggil tambah2 suami pun sangat2 galakkan, moga2 terpilihlah....


RUMAH TUMPANGAN

Rumah tumpangan akan siap minggu depan. Langsir semua saya dah siap jahit dan gantungpun. Sangat cepat saya jahit sampai tak tido malam. Agak cantiklah juga, mungkin sebab english style, walhal semuanya pun saya hanya jahit lurus jer takde apa2 ropol atau fesyen pun. Lagipun dah sarat bunga macam taksesuai nak ditambah apa2...kalau buat scallop pun nampak macam crowded kot? Selama ni tak minat english style tau saya ni, tapi dah suami pilih asya ikutkan jerlah...rupanya cantiklah jugak....heheheheee. Pastu kan, hari tu kami gi nilai3, suami lah kononnya nak cari tempat gantung baju, tapi selain tenpat gantung baju terjebak beli benda2 lain. Kami beli cermin simple untuk 3 bilik tu, beli tenpat gantung baju jenis tree tu 3 jugak dan beli dua set pinggan, setengah dozen satu set. Satu set tu suami nak beli yang corak englis style macam Vantage tu, made in Japan....coraknya budak jual tu kata baru sampai 3 hari, memang ngamlah kalau beli sebab agak2 sama dengan corak langsir, memang dah nak beli dah cawan, pinggan, mangkuk serba 6....hanya disebabkan coraknya...


Tapi saya tak puas hati, sebab saya nak beli jenis Luminarc made in France, sebab coraknya lawalah jugak, pinggan putih macam corelle ada bunga2 biru dan peach...sudahnya suami ambik jugak pilihan hati saya sebab saya lebih pakar hal pinggan mangkuk kan, setengah dozen lagi kami beli pinggan melamin jer...dan kos pingan made in Japan dengan pinggan Luminarc tu lebih kurang jer...semua barang2 beli ni untuk rumah tumpangan tulah...


Ni dah dua hari dah kawan suami pasang tiles kat tangga dan dua bilik atas tu, cuma bila siap jer akan masuk dua aircond pulak. banyak jugak kos yang keluar untuk rumah ni, kalau tak pulang modal [pun pasrah jerlah, buat tempat persinggahan saya. Lagipun buat macam ni bukan untuk jangka masa pendek. Saya agak susah hati juga s ebab PD ni banyak lambakan hotel dan apartment. Tapi kelebihan rumah macam ni adalah, kalau bercuti melibatkan ramai ahli keluarga, takkan nak sewa sampai 3 bilik hotel, pastu dengan kos makan pun besar jugak. Tapi kalau sewa macam ni, sesuailah untuk bercuti dengan bajet rendah. Boleh bbque dan park kereta pun depan rumah jer. Kalau kawan2 nak berkumpul ramai2 pun sesuai jugak sebab banyak aktiviti di PD yang boleh dilakukan. Dan kalau ada sesapa yng kawin denmgan orang PD nak buat rumah bertandang pun okay jugak. Kos pun rendah jer, sebilik RM 100, dan kalau sewa satu rumah RM250 jer, kalau kawan2 saya saya bagitau suami satu rumah dua ratus jer, tak perlu risau nak check out jam berapa, duduklah sampai malam pun....masak2 pun boleh kalau nak lah....


eh....banyak benda nak cerita ni tapi saya kena duk mengadap TV ni sebab cerita Lalola dah startlah....kalau suami tak pulangkan modem ni bolehler saya sambung lagi


eh....saya tak sempat lagi nak buat blog untuk rumah persinggahan ni, sebab rumahnya tak ready lagi. tapi kalau ada kawan2 yang rasa ada keperluan untuk cari tempat tido bermula dalam sekitar minggu depan di PD bolehlah hubungi saya di email saya, salwamuharam@gmail.com....

Wassalam

No comments: