Friday, July 3, 2009

Broadband dan streamyx dan keluarga

Assalamualaikum w.b.t


Dua hari lepas saya cuba untuk register broadband, rupanya nama saya kena blacklistlah!!!! Ada hutang RM700 dengan TMTouch. Bila ingat baliik rupanya memang saya pernah daftar line TMtouch ni masa lebih kurang tahun 1999 masa tu tengah zaman baru-baru sangat keluar U, baru kerja sementara dan excited nak guna hp walhal takdelah mampu mana, pastu taknak pakai hp lagi [sebab tak mapu bayar kot?] saya pun dok senyap jer, ni barulah tau ada tertunggak 700 rupanya. kenalah settel juga jawabnya....tapi bila ada beban hutang tiba2 ni takbolehlah nak terus bayar sebab bajetnya dah lari dah bulan ni...nak buat camana,kan?


Pastu suami ada cadangkan saya guna nama angah untuk register, tapi entahlah nantilah saya fikirkan sebab laptop pun takde lagi ni, sejak laptop saya dirompak, terasa patah kaki lappy takde, nak beli baru kena jugalah tunggu elaun belajar ni, haaaaiiiii dah genap setahun dah ni, buat malu jer elaun belajar tak dapat2 lagi...proposal tesis pun dah nak hantar rabu ni....


Apapun takperlah saya sabar dalam mode menunggu jerlah ni. Tunggu technician TM datang betulkan semula line streamyx ni...sementara tu saya masih ke cc lagi ni, sebab hari ni last register subjek untuk semester ni, ni gi daftar lah ni. Terkontang kanting saya sorang jer kat cc ni dengan sorang remaja yang jaga cc ni...dahlah tempat ni sunyi jauh dari orang lalu lalang. Depan cc ni hutan plak tu. Tempat yg biasa pergi tu belum bukak pulak, so saya ronda2 kat bangunan kedai taman ni belah2 belakang rengok2 ada plak satu cc baru buka sebelah pintunya, redah jerlah, adik tu pun dok menyapu lagi belum on pun pc nya lagi...awal betul!


Semalam kan, kak aza dengan suami bergaduh tau....dalam telefon. hahahaaaa saya sebagai saksi jer....sebelum kes gaduh tu, kak aza ada called saya....lepas zohor, dia tanya hal abang....paginya dia minta izin ke kedai, beli sabun, suami masa tu tengah tido atas sofa, suami kata dalam jam 9 pagi masa tu, kak aza kata plak lewat sikit, abang yg salah tengok jam. pastu suami kata dalam jam 12 dia tunggu kak aza tak balik2 lagi, dia called kak aza kat rumah maknya tengah buat kuih cucur badak!


Suamimpun panas hati, sebab kak aza kata nak ke kedai jer, tapi bila called ada kat ruamh mak dia. Suami tunggu kak aza kat rumah sebab nak suh cari surat beranak Zubair yg saya minta utk beri cikgu sebab nak beli insurans. yang kak aza plak tak sangka suami marah, dia sempat lagi gi kedai sekali lagi belikan maknya kari dagung. pastu baru balik pulak.


Suami sebenarnya banyak kerja, nak renew roadtax dia, yg dah mati lama, tapi dua kali cuba renew tak dapat sebab pej pos taknak sebab ruangan utk cetak dah penuh kat geran tu. Bila saya dengan suami ke JPJ syarikat insuran taknak urus sebab katanya keter lama dia hanya urus kereta selepas 1994 jer dan insurans third party dia tak mau urus. So masih hanging lagi ni, [semalam pulak katanya kena renew bulan 8 baru boleh sebab insuransnya mati bulan 8 ada lebihan bayaran pulak]...saya ni kan nak belajar bersedekah dan nak lembutkan hati ni dengan banyak bersedekah, sejak gaji hari tu dah bagi suami 500 suh dia renew roadtax sebab merc tu kan saya yg guna...tapi rupanya takleh renew lak???? pastu serena plak rosak, pum minyak taknaik so tak boleh start, tu yg suami berkejar nak balik seremban nak beli spare part mpv tu...


Yg kak aza pulak, bila smapai rumah tengok suami dah takde, dia terus ke masjid tengok suami takde jugak kat masjid, balik rumah dia called Ah Tiong electric man sebab dia ingat suami jumpa Ah Tiong utk pasang aircond rumah tumpangan batu 4 tu...usaha2 dia tu membuatkan dia kecewa sangat sebab rupanya suami dah balik seremban....dahlah kak aza puasa semalam kan 10 rejab dengan menyusu anak lagi...sian jugak bila dengar dia cerita tu...penat betul dia.


Masa dia called saya tu suami tak sampai lagi, tapi sebelum tu suami ada called saya bagitau nak balik ruamh saya, dia called dulu takut2 saya takde kat rumah. tapi masa tu saya takde tanya dia kat mana, buat apa....so bila kak aza tanya pasal abang saya kata jer saya tak tau..."takde pulak sampai sini kak...." saya kata gitu jer taknak panjang cerita....tapi dia ada cakap manalah agaknya abang ni ada projek besar lagilah tu, tengah2 cakap kat telefon suami pun sampai, kak aza kata "kau panggilkan abang wa, amboi cepatnya sampai berkejar dia nak balik sana eh....", suami amsuk rumah jer, terus cakap dengan kak aza, masa tu tak taulah apa yg kak aza cakap mula2 suami relax jer, tapi lama2 suami mula tinggi suara, adalah diolognya, last dia latak telefon kuat, rasanya ams atu kak aza tengah cakap...saay pun mula cuak.


Saya tanya suami, apa yg abang marah sangat tu, dia kata dia tak suka cara kak aza tanya tu, macam kak aza pulak suami, macam cara kurang ajar tanya suami macam2, walhal kata suami, masa dia keluar tadi dia kata nak ke kedai jer, kenapa pu;lak pergi kedai jauh sedangkan kedai dekat ada, pastu ke rumah maknya siap masa suami called tengah buat kuih pulak?


Kak aza pulak lepas dua jam gaduh tu dia called saya dan cakap dengan saya, dia bukan ada niat apa2 dia hanya nak kirimkan coklat yg dia beli untuk zubair sebab zubair kan makan steriod yg pahit so selepas makan ubat jer memang upah dia cklat bagi hilang rasa pahit tu dan kebetulan mak dia ada beri kuih cucur badak yg belum goreng tu untuk bekal suami berbuka, dan ada juga yg dah bergoreng untuk bekal kat saya. Saya tak puasa kak aza tau sebab saya period...tun yg dia terkilan sangat bila balik rumah suami dah takde, terus dia berkejar tinggalkan sofia tengah nangis suh Syakirah jaga semata2 nak kirimkan kuih dan coklat untuk zubair....


Entahlah dua2 salah dalam kes ni, yg kak aza dah tau suami tu sensitif, kalau dah minta izin nak ke kedai, ke kedai jerlah buat apa berlama2 sampai ke rumah mak dia berkampung plak suami saya memang tak suka duduk rumah sorang. Hal tak minta izin tu satu hal, suami kata kalau nak gi rumah mak bagitaulah sepuluh hari pergi pun dia tak marah. Ni macam dah rancang nak ke ruamh mak dia sebab gi kedai yg dekat taman rumah mak dia, sedangkan suami kata sehari sebelumnya diaorang keluar ke Pasir panjang bawa anak2 ke klinik dan Nusrah jemaah dari Aceh di Tanjung Agas, Pasir Pnjuang, PD. Boleh ajer singgah kedai setakat beli sabun tu....apa yg urgent sangat beli sabun sampai berjam2 suami tanya kat saya macam tu pulak???


Masa petang kak aza called tu berset2 dia menangis....akak ni wa takde masalah langsung bermadu dengan kau wa...tapi tulah masalah laki yg taknak faham ni...hahahah sama jer diolog dengan saya tu...dua minggu lepas saya dengan suami pun ada perang dingin juga, seminggu dia taknak bercakap dengan saya, saya macam cakap sorang2, pastu taknak makan, saya hidangkan nasi dia biarkan ajer...yg jadi masalah syaa tak tau apa puncanya.


Dalam perang dingin tu, dua kali kak aza ada datang tido rumah saya, saya bagitau kak aza yang abang macam marah dan ada tak kena dengan saya, kak aza pelik sebab katanya apa puncanya? Sampai dia offer diri nak tanyakan apa masalah abang...saya kata takperlah kak kita tunggu dan lihat ajer. masa tu dengan kak aza dia okay jer, kak aza layan makan, nak tido kak aza urut dia, dengan saya langsung diua tak tegur. Saya pun buat tak tau jerlah....


Baru dua hari lepas saya tanya dia, rupanya ada satu hari masa tu kak aza baru jer sampai kat rumah saya, diorang sampai dalam jam 6 petang, sampai2jer terus makan sebab kak aza memang bawa nasi dan lauk ikan masak kari. Suami pun makan, sempat saya jeling banyak jugaklah sampai saya nak makan saya tengok kuah kari dah habis, sebab anak2 pun makan sekali termasuklah si suhailah. Memang lepas tu saya ada masak. Sebelum maghrib suami ke markaz mesyuarat, jam 10 dia balik dia kata nak makan, saya yang suka bergurau pun tanyalah dia, eh abang laparker, kan tadi petang dah makan, selalu balik markaz abang taknak....dia kata kan tadi dia makan jam 4...saya jawab balik, jam 4 apa jam 6 abang makan tu, takkan dah lapar?


Rupanya member marah, tersentuh hati dia, terus dia kata, tak payahlah, dia taknak makan...masa ni kak aza ada, tapi kak aza dalam bilik, suami kat ruang tamu, saya pulak berdiri diambang pintu separuh badan dalam bilik, separuh kat ruang tamu, Bila abang merajuk tu saya toleh muka masuk bilik, pandang kak aza, pastu kak aza kata hidang jer wa, saya ni memang ada lambat tangkap sikit, saya tanya balik kat suami. Dia kata tak payah dengan tegas. Saya terus diam dan masuk bilik terus... rupanya tarikh tulah dia marah dan merajuk dengan saya sampailah seminggu lebih dia tak bertegur dengan saya.


Yg buat saya sedih, adalah satu malam tu kira giliran saya lah, kak aza ada rumah saya masa tu, saya masuk bilik dengan 'niat' tertentu langsung dia tak palingkan badan pada saya, sampai saya teresak2 menangis sedih pun dia tak peduli sejak tulah saya tak layan merajuk dia...sampai kak aza kata macamana kau boleh kesan yg abang marah kau...akak tengok okay jer....sebab kak aza tak tau cerita dalam bilik tu dan saya pun takkanlah nak bagitau....lagipun kalau suami okay, dalam ramai2 orang dengan kak aza dan anak2 dalam rumah kami duorang masih boleh bergurau dalam bilik suami, kalau kak aza tengah masak, bukan gurau apapun....setakat sentuh2 gelak2 perlahan konon2 kalaulah 'tertangkap' dan tiba2 kak aza nampak, biar padan muka kami dua orang....selalu gurau gituler....kak aza pun bebas keluar masuk bilik suami kalau2 dia rasa nak bergurau berborak ker [kami gelar bilik tu office suami]...sebab balik solat jer mesti kami duaorang perli dia "hah tu kejap lagi masuk office lah tu" sebab dia mesti masuk bilik nak tido punya....


Okay..banyak yg kak aza luah dan suami pun lepas geram gak kat saya....esok saya nak pujuk kak aza datang rumah batu 4 tu, dialah kena mengalah dengan suami, esok saya pun ada kat sana, sebab ada projek lagi ke rumah tumpangan tu, sebab tiga hari lepas saya dah beli langsir kat Jakel Seremban 2 dan dah beli comforter untuk semua bilik, banyak gak kosnya, walaupun kami beli langsir yg sederhana jer, tapi bila kira2 untuk satu rumah hampir 500 juga kosnya. Tu pun beli yg offer, setakat mampu beli yg Rm 13.90 semeter. Ikut saya saya nak beli yg RM5.00 jer tapi suami nak yg okay sikit biar tahan lama katanya. Bercitarasa juga pak haji ni, ambil yg english style pulak...sian dia dengan bertongkat tu naik tangga sampai tingkat 2, sebab saya nak dia yg pilih coraknya, sebab rumah dia, saya ni tukang jahit jer...


Tapi tulah kak aza ni contras dengan saya, saya suka mencuba benda baru, cari suasana baru, bagi dia duduk rumah tu tak selesa sebab ada habuklah takde orang duduk, dengan barang2 dapur takde...bagi saya biasalah tu...mula2 jer penat mop satu rumah pastu okay jer...buat irfa yg berhasrat nak buat gathering keluarga disitu, sabar dulu yer, ada benda nak setup lagi, nak pasang aircond dulu, kalau irfa nak masuk mungkin pertengahan bulan 7 baru boleh, untuk irfa akak boleh bagi diskaun, nanti kita bincanglah yer...ada lagi benda2 kena betulkan..yerlah rumah yg sepenuhnya bagi sewa kat orang teruklah sikit keadaannya.


Hal Zubair dan Suhailah, saya semakin boleh menyesuaikan diri menjaga dua anak. tapi ada penat sikit sebab Zubair sangat-sangat-sangat kuat makan. Balik sekolah dan sebelum sekolah WAJIB makan roti sapu peanut butter dengan coklat tu dua keping. Lepas tu baru mandi siap jer dia nak makan nasi pulak. Tu tak masuk selang seli dengan biskut tiger dan chipsmore dan makanan2 sampingan lain. Suhailah pulak tatap maintain dengan seleranya yg tak seberapa tu. Semua coklat dan gula2 serta biskut hanyalahlah zubair yg habiskan...kos makanan memang meningkat sejak zubair ada ni... kata ayahnya kesan steroid menyebabkan seleranya bertambah. Pastu zubair ni andai bergaduh kat sekolah pulak....


Pasal prestasi belajar, kalau suhailah saya bagi 5 bintang pada tahap yg sama dengan zubair sekarang, zubair setakat ni hanya bagi 2 sahaja...jauh tersangatlah jauhnya nak buat perbandingan. Dari segi tutur kata dan kematangan berfikir pun dah jauh dah. Zubair dah 3 minggu sekolah ni, saya check buku prestasi hafalan Al fatihah dan doa makan semuanya BL [belum lancar], hari2 dalam kereta saya paksa dia baca, namun keadaan tak banyak berubah, untuk sebut "alhamdulillah" pun tak betul lagi....satu2nya penjelasan yg saya simpulkan yg dia BL adalah asbab dia pelat, cikgu taknak terima sebutan pelat, dan cikgu tanya saya kenapa Zubair pelat...apa yg saya boleh katakan adalah kak aza suka cakap ala2 pelat dengan anak2nya semasa babay termasuklah Syakiran dan Elyas pun sampai hari ni kalau mengagah sofiyyah masih dengan bahasa pelatnya....penat saya tegur diorang....baru2 ni saya ramas mulut si Zubair sebab tak boleh ingat apa yg saya ajar, macam dapat pangkal hujung lesap, walhal baru jer kejap dia ingat lepas satu minit tanya lagi dia lupa plak dah? Dah masuk minggu 3 baru dia mampu kenal VOkal a. e, i, o, u dan konsonan m dan l sahaja....[dia kenal a-z tapi dari segi fonetic mengikut kaedah pembacaan cahayaku yg dia belum mampu] bermula minggu ni saya kena terima hakikat pendekatan mengajar anak saya dan anak kak aza tidak boleh sama...dengan zubair kena banyak latih tubi...sampai benda tu masuk kepala, kalau tak sia2 suami bayar RM 276 sebulan....tu pun kak aza pujuk suami suh ambil pakej English dan maths [aritmetik mental] tapi sejujurnya saya bagitau suami membazir sebab zubair takkan sama penerimaan dsengan suhailah....bagi dia belajar yg asas dulu...utk suhailah, saya kena akui dia agak cerdik sebab itu laporan guru cuma semalam ada komen dari cikgu kelas yg dia banyak main2 dalam kelas sejak Zubair ada duduk sekali dengan kami ni....ntahlah...takkan nak suh zubair balik PD semula?

Panjangnya cerita...tapi takper sesekali cerita berlonggok ni tentu banyak...

Wassalam

4 comments:

Zareda Norman said...

salwa

seronok dengar salwa boleh berbaik baik ngan madu.

Kak zar ada sorang kawan pejabat usia 40 an, bercadang nak berpoligami tapi isterinya sangat menentang sampai mintak cerai, isterinya profesional seorang doktor perubatan dan kuat terlibat dengan arqam. Tapi tak boleh menerima hasrat suaminya tu. Bakal madu tu pun kak zar kenal seorang profesional juga, muda 9 tahun dan anak seorang, sangat rasional dan mengikut arus jer perancangan nak berpoligami tu. Tak banyak songellah.

Kak zar simpati pada kawan kawan kak zar ni.. yerlah dari suami tu berlaku curang dan terbabas, kak zar fikir baiklah beri aje kebenaran berpoligami. Cuma mampu nasihat suruh dorang sabar jer dan jangan sampai terbabas. Pujuk jer elok elok isteri pertama tu.

Irfa said...

salam kak wa..
suka bila akak dah kembali menulis.tulis pjg2 pun takpe saya sudi membacanya..

mesti cantik umah tumpangan tu dgn langsir english style.. :-)

Pnut said...

Wa-mengajar anak lelaki ni tak sama dengan anak pompuan, budak lelaki bukan jenis menumpukan perkara pada satu-satu benda, diaorg belajar sambil main. tak serius.

Anak saya tak suka baca buku, dari kecil walaupun emak dia seorang pustakawan, bergelumang dengan buku je, dari dalam rahim lagi dia dah biasa dengan buku, pegi kedai buku, dibelikan buku, tapi bacanya nan ado...

kena kreatif dalam mengajar anak lelaki, mgkn flash card lebih berkesan tak? suruh dia sabut kad kat mintak sebut apa ada di kad, and atau kita sebut, dan suruh dai betulkan, saja la sebut yang salah-salah... kalau banyak dia kena betulkan perkataan kita, nanti dia bangga cerita kat pak dia, dia yg ajar kita baca. kononnya la...

saya dulu ajar Najmi kenal huruf dari dalam kereta, masa dalam kereta, suruh dia baca plat number kereta di hadapan, dan suruh dia sebut sekali kereta tu kaler apa in malay and english.

bila dah belajar membaca, saya suruh dia baca signboard tepi-tepi jalan. then bila lepak minum-minum kat mamak, suruh dia baca menu-menu di kedai atau apa jua perkataan disekitar.

di rumah pun sama, kalau dia suka makan biskut, minta dia baca dan eja benda-benda ada kat kertas pembalut atau kotak biskut.

sedar tak sedar dalam main-main gitu, masa dia belum pun sambut birthday dia yang ke lima tahun, dia dah boleh baca surat khabar, tanpa saya sedar...

fazemy said...

Salam akak. Hemmm saya tak sukalah suami akak tu. Haha. Maaf ckp saya anti lelaki yg berpoligami ni walau saya tahu poligami tu halal. Kesian kak aza..kesian kat akak...sbb suami tak sepenuhnya dgn korg berdua. Sedih saya baca bila kak aza ke hulu hilir pergi sorg2 sdgkan dia msih menyusukan anak lg. Korg terlalu berdikari. Tahniah! Korg berdua sgt tabah. Tak mungkin saya akan setabah anda berdua andai suami saya kawin lain..