Friday, July 8, 2011

Luahan hati jujur dari saya (sekadar luahan)

Assalamualaikum w.b.t


21 julai ni genap 3 bulan menjadi ibu tunggal

Sekejap jer kalau tengok pada tarikh atas kertas

Tapi melaluinya sangat payah - menderita jiwa zahir dan batin

Memang saya kata pada kawan2 saya yang saya lebih bebas, ceria dan gembira

Dan itu juga terzahir pada perbuatan dan kata2 saya

Namun ada ketikanya saya rasa sangat sunyi

Rasa lonely dan rasa macam looser

Memang nampak macam saya mendapat pelbagai manfaat dan rezeki

Macam tiba2 dapat lepas bercerai ni

Namun semua tu tak juga mampu menutup kesunyian

Kadang2 bila sunyi tu datang dalam hati menangis

Dan air mata bergenang

Dan kotak fikiran membayangkan pak hj

Dulu kalau sunyi sedih ada masalah bila2 masa saya boleh call dia

Boleh bercerita merengek dengan dia

Now semua tu takde

Takde sapa boleh ganti tempat dia

Juurnya ada dua lelaki lain dlm hidup saya

Yang boleh saya bercerita

Saya ada berhubung dngn pakwe lama

Sekadar bertukar2 cerita

Tapi saya sendiri tak selesa

Terasa saya dan dia takde keserasian lagi

Canggung pulak rasanya

Dan lelaki seorang lagi teman pejabat yg saya pernah beberapa kali sebut dlm entry

Dia juga tak memenuhi ciri-ciri saya mahukan

Hanya sekadar bercerita

Ada lagi sorang teman pejabat di johor

Juga boleh saya meluah cerita dan masalah kerja

Namun mana sama peranan sebagai suami

Mereka semua ini sesekali saya berhubung bila perlu

Tidaklah sampai tahap terlalu rapat hanya kawan rapat

Namun sungguh saya terpaksa akui

Bahawa pak hj memanuhi dan ada hampir sebahagian besar ciri-ciri lelaki yg saya suka

Mungkin sebab baru lagi

Kenangan bersama masih kukuh dalam diri

Mungkin juga dah saya tak berpeluang merajuk

Dah lama tak dapat bergduh

Jadi hidup terasa ada ruang kosong

Yang nyata sekali fikir

Terasa macam xboleh hidup tanpa suami




Wassalam

No comments: