Friday, July 29, 2011

Sudah habis eddah

Assalamualaikum w.b.t


Tak de benda baru yang berlaku dalam hidup untuk diwar-warkan

Macam biasa hidup saya tetap meriah

Meriah dengan kerja terutamanya

Juga meriah denga jerit pekik hani and yaya serta suara saya pagi2 kejut diorang

Segala masalah sungguh ada iaitu kesunyian masih juga melanda

Itu akan datang sekali sekala

Zaman bersuami dulu pun dah sunyi apatah lagi zaman ni

Tak dinafikan nafsu bergelora tu tetap ada, sampai rasa nak menangis (kadang-kadang)

Namun masih kuat, taklah sampai penasaran atau jadi mona gersang

Hidup tetap terus

Syukur dapat boss jenis kuat kerja dan jenis bagi kerja tak putus2

So kuranglah masa untuk berangan2 dan berkhayal

Masalah kesunyian berlalu macam tu ajer

Namun selepas habis eddah ni terasa macam dah sampai tahap nak gerak ke stage seterusnya

Terasa dah sampai waktu untuk berterus terang dengan keluarga takde apa nak dibimbangkan cuma kadang2 saya yang terlebih risau memikirkan apa yang mak saya akan fikir

Hakikatnya kalau saya cerita tentang keadaan sebenar pasti semuanya akan selesai bagi sahaja alasan yang rasional, betul tak?

Buat masa saya tak terfikir nak cari suami....

Sebab rasanya suami ni membebankan

Sejujurnya mungkin dah terlalu lama jadi isteri ke 2 dan selesa dengan keadaan itu

Jika diberi peluang memilih jodoh saya masih pilih untuk kekal sebagai no 2

Kalau takde jodoh pun masih boleh ajer teruskan hidup dengan hani

xtau apa masalah lappy ni cursor lompat2 jer so malas nak taip wpun banyak benda nak tulis ni

No comments: