Sunday, July 10, 2011

Perancangan hidup

Assalamualaikum w.b.t


Kena terima hakikat bahawa saya perlu merancang sendiri

Mencatur sendirian dan buat keputusan juga sendirian

Takde sapa nak tolong fikirkan lagi

Dan tiada siapa bersedia untuk sama2 berbincang

Mungkin 10 tahun satu tempoh yang panjang

Yang buatkan saya selesa

Kerana ada orang lain yang bantu saya fikir

Dan sama2 buat keputusan untuk saya

Sehingga sampai hari ini pun dek kerana terlalu biasa

Saya masih juga rasa saya perlu bantuan org lain

Khususnya dalam berfikir dan buat keputusan utk saya

Namun sekarang hendak atau tidak

Mahu tidak mahu

Segala2nya dipundak ini

Saya paling tak suka buat keputusan

Sebab saya taknak rasa bersalah pada diri sendiri

Hanya kerana akibat keputusan yang telah dibuat itu

Kalau ada org lain bersama2 buat sesuatu keputusan

Maka masalah yang timbul kemudian bolehlah sama2 tanggung

TAPI sekarang saya tak boleh lari lagi

Kena duduk fikir, buat kira2 mencongak dan mencatur

Segala pendapatan, perbelanjaan, simpanan dan tanggungan

Kalau saya tak fikir tu semua dari sekarang memang huru hara jadinya nanti

Dan saya pada masa ini sedang serius berfikir

Berfikir untuk mengurangkan liabiliti saya

Mula fikir dengan serius hal tabungan masa depan

Juga pelaburan masa kini

Apa yang menjadi beban rasanya nak saya lepaskan

Dan nak hidup ala kadar secukup dan seadanya sahaja

Asalkan bulan2 cukup makan tido lena dan hati senang


RUMAH MAK DI KAMPUNG

Nak taknak saya kena fikirkan hal ni secara serius

Saya telah diprovok oleh kakak no 2

Dengan meyakinkan saya bahawa ini tanggungjawab saya

Kan rumah mak saya dah dirobohkan seluruhnya

Untuk beri laluan kakak saya membina rumahnya

Bukan ditapak sama tetapi di tapak depan rumah asal mak

Idea asal mak saya untuk tinggalkan sebahagian kecil dapur

Kemudian ditambah baik untuk mak saya duduk

Tapi kami adik beradik menentang idea tu

Seeloknya mak saya duduk teruslah dengan kakak saya tu

Sebab masa tu kan abang ipar yg hisap dadah tu dah dihalau

Mak saya diam dia ikut jer

Now dah setahun rumah mak diroboh dan dah setahun juga dia duduk rumah baru kakak saya

Tapi nampaknya keadaan tak berapa baik

Dari laporan kakak no 2

Katanya hidup mak seakan2 menderita

Fizikal dan mental dibuli

Mungkin saya jarang balik dan saya tak terasa sangat

Tapi bila dengar kakak no 2 (mak along) cerita

Memang panas hati saya

Dipendekkan cerita mak wajib dibawa keluar dari rumah kakak

Tapi nak duduk dimana?

Abang ipar (ayah along) cadangkan ajak mak saya duduk dengan dia

Tapi selagi sihat nak ker mak saya tu?

Memang tak nak lah kan?

Mesti dia nak duduk rumah atas tanah dia sendiri

Saya cadangkan bina rumah atas tanah yang mak saya beri tu pun dia xnak

Dia hanya nak suruh kami buat pondok atas tanah asal tapak rumah dia tu

Dalam adik beradik saya sapa lagi yang ada?

Ayah si yaya (no 1) tak yah masuk bukulah kan? hanyut jauh dah

Mak si along (no 2) dah tentu2 xmampu dengan hanya kerja kilang dodol

Abang nO 3 dan sibuk nak kawin pulak dan 9 sept ni

Kakak no 4 yang dok dengan mak saya tulah

So saya no 5 sibongsu nilah yang boleh difikirkan utk dapat bantu selesaikan semua ni

Kakak saya suruh saya buat rumah untuk mak di tapak lama tu

Atas alasan kalau saya balik kampung senang ada rumah sendiri

Dan paling penting dapat keluarkan mak saya dari rumah kakak

Isunya kakak saya tak sanggup tengok mak saya dibuli

Sampai tahap dia nak ajak mak saya duduk dengan dia

Tambah2 sejak awal tahun ni mat dom (penagih) tu dah duduk sama dengan kakak saya

Asalnya mak saya yang suruh kakak saya bawak dia balik

Sebab mat dom masuk hospital

Kakak saya terpaksa ulang alik air mawang (Neg 9) lepas keluar hospital

Mak ingat nak senangkan dia so suruh jer laki dia balik situ

Tapi tu xjadi masalah sangat dah

Mak pun dah senang ati kalau dpt pergi hj tahun ni

Takdelah kakak saya anak beranak duduk sendiri kan?

Tapi rupanya mengundang sesuatu yg lain pulak lepas mat dom duduk sama

Kakak saya dah mengandung

Bulan 3 kalau ikut kiraan saya tulah

Maksudnya mat dom duduk balik situ jer terus lekat

Bukan kami nak halang dia mengandung

Tapi memikirkan beban yang mak terpaksa tanggung

Alangkan pada masa ni dengan anak 4 mak saya dah teruk

Sidai baju (basuh mesin) lipat baju asingkan baju simpan baju

Jenuh orang tua tu

Pastu masak pagi petang

Bukan jer masak mak saya jugak yang fikir apa nak bagi makan kat cucu balik sekolah tu

Apa nak dimakan sebelah malamnya jika lauk siangnya habis

Kita tengok dia pun penatlah

Dan mak saya makin kurus dari sehari ke sehari

Namun saya akui yang mak saya sihat

Takde satu penyakit pun pada masa ini dalam usia 67 tahun

Mungkin kerana gaya hidupnya yang aktif

Bekerja tak henti2

So kakak no 2 bila dapat tau kakak No 4 mengandung

Menjerit dia

Tu pun saya yg bagitau sebab hani yg mula2 tau benda ni

Terbocor masa kami balik utk abang no3 bertunang

Sekarang ni masih rahsia (pada anggapan kakak saya)

Walhal hani dah citer rahsia tu (bila balik sini)

So kakak no 2 xnak mak saya tambah susah kena jaga orang dalam pantang

Dia nak mak saya duduk rumah sendiri

Biar kakak saya urus diri dia dalam pantang

Bila mula sekolah nanti pandai2lah cari baby sitter

Laki dan anak2 dia ada untuk jaga dia

Nak taknak saya kena juga buat keputusan

Yang saya terfikir adalah untuk buat personal loan dlm 50k

Untuk buat rumah tu

Sebab dah tak nampak cara lain dah

Kerja kerajaan ni mana nak mewah

Nak simpan ribu riban

Nak2 macam saya ni

Konon baru nak berlapang dada sikit nak mula menyimpan

Mula dengan keluar kuarters dan sewa rumah kecik2

Savekan belanja dapur and minyak ulang alik

Sebab dah spend banyak utk yuran bulanan budak 2 org tu

So dipendekkan cerita mmg dpat pangkal hujung lesap

Lagipun dalam 2 bulan lepas cerai ni saya spend banyak juga

Utk ceriakan diri dan bagi ganjaran pd diri sendiri

Ingat akan datang ni bila dah mula dapat gaji 48 lega lah sikit ada pertambahan gaji

Dan pertambahan tu bolehler simpan

Tapi kita merancang jer allah menentukan

Macam tau2 jer naik pangkat

Terus timbul cerita ni

Walaupun saya tak pernah bgtau mak @ kakak hal naik pangkat ni

Sebab kalau bgtau mesti diorg ingat gaji saya besar sgt

Nanti diorg pelik pulak apasal gaji besar tp gaya hidup saya xmacam tu

Kang dia ingat bukan2 pulak

Walhal diorg bukan tau liabiliti kita ni

Mana nak bayar rumah, kereta, takaful, asb, cukai pendapatan, personal loan

Macam2. Yerlah diorg bukan tau saya ni dah cerai

Saya jugaklah yg tyanggung segala2nya

Yg diorg tau hidup saya xde masalah kewangan stabil

Saya pun selesa dgn keadaan tu

Supaya mak saya tak susah hati lgsg fikirkan saya

Biar saya susah hati dan simpan sendiri pun xper

Yang tau segala masalah saya hanya pembaca blog ni jerlah

Lagipun kan abang saya nak kawin dah

Dia ada cakap yg dia taknak balik rumah kakak no 4 tu

Yerlah rumah orang kan

Lainler rumah mak sendiri

So memang kakak no 2 ada cadangkan saya share dgn abg tu buat rumah utk mak

Tapi mana mungkin nak share dgn abg saya tu

Dia bukak kedai komputer baru nak masuk 2 tahun

Masih dalam proses bayar hutang salwa (tunang dia)

Kan salwa dulukan modal

And now nak kumpul duit hantaran (separuh lagi) dan juga duit belanja kenduri

Memang sah dia takkan mampu

Lainler kalau dia sendiri nak bagi nanti

But for now better sy uruskan mana yang mampu dulu

So saya akan buat rumah dlm harga RM50k jer

3 bilik, rasanya kat kampung masih dapat dlm anggaran kos tu

Satu bilik mak, satu saya n hani dan 1 lg bilik utk abg saya tu

Untuk itu, saya rasa tu pelaburan saya utk pencen nanti

Dah ada rumah maka saya senang hati

Dan saya berfikir untuk let go rumah seremban

Untuk apa lagi saya simpan?

Kalau sebagai aset masa depan saya rasa ia tidak berbaloi

Dengan kadar sewa rendah dr bayaran bulanannya

Dan memikirkan yang saya tak mungkin duduk seremban sama sekali

Maka takde keperluan untuk saya kekalkan rumah tu

Dan jika ada rezeki takde masalah untuk saya beli rumah lain

Mungkin di melaka atau mana2 area lain yg difikirkan sesuai

Sebab kelayakan masa ni utk loan RM400k tp saya beli rumah sban guna RM160k jer

Masih ada baki

Mungkin juga nanti belikan rumah untuk hani guna bila dia kawin nanti

Untuk saya cukuplah rumah kampung yg akan saya buat tu

Dekat dengan adik beradik (memang xrami pun adik beradik)

Tulah perancangannya

Insyaallah projek rumah akan buat lepas raya nanti

Sebab nak selesaikan urusan abang nak kwin tu dulu

Lepas rumah siap baru fikirkan untuk jual rumah seremban

Dan perkakas rumah seremban bolehlah angkut letak rumah tu nanti

Jimat juga xperlu beli barang2 dah.

Hmmm terjaga tengah malam ni buat entry ni.

Ni dok fikir sorang2 kewajaran keputusan ni

Ok ker cara saya fikir n buat keputusan ni

Sebab ikut mana pun saya tetap pilih utk berkorban

Asalkan mak saya dapat habiskan penghujung usia dia

Dengan selesa dan dapat tumpukan untuk amal ibadah

Insyaallah


Wassalam

3 comments:

dayangbest said...

niat akak baik, InsyaAllah tuhan tolong
memang senang nak cakap
duit boleh cari
tapi kalau untuk kebaikan esp utk mak
insyallah tuhan ganti balik

dulu masa dayang mula2 dulu pon camnih gak
menggagau atur hidup sendiri
sbb dah takleh salahkan org lain kalau plan gagal
semua salah diri sendiri
sekarang dah ok sikit...dah nampak apa perlu buat dengan diri sendiri

kalau rumah seremban tuh market value ok
better refinance dr buat personal loan
maybe bulanan kurang sikit akak nak bayar compare to rumah+PL

Luna said...

saya rasa itu yg terbaik (buat rumah utk mak)

Irfa said...

dah bagus perancangan akak tu..buat umah utk mak akak sekarang dan juga akan jd rumah akak bila pencen nanti.