Saturday, October 8, 2011

kembali hidup membujang

Assalamualaikum w.b.t


Saya memang nekad menghantar hani

Sebab saya nekad taknak bazirkan masa depan anak saya

utk dunia yg tak pasti

Katalah apa sahaja

Memang saya phobia dengan segala isu yang melanda persekitaran kita

Saya jijik melihat mereka yang berpasangan berpegangan tangan di shopping kompleks

Saya loya melihat anak2 dara berpakaian tak cukup kain

Saya benci melihat rakan2 meletakkan keutamaan dunia melebihi segalanya

Tak kisahlah apa tafsiran anda

Itu masing2 punya persepsi

Tapi realitinya kita sendiri tau

Kita takde jaminan bahawa anak2 kita akan bebas dari semua isu itu

Hani sendiri duduk di kampung sebulan

Dah buka akaun facebook sendiri

Dah boleh berjalan ke kedai sendiri

Dah jadi 'hantu' game dan segala video di youtube

Mula susah nak solat

Melawan saya cakap

Saya kena bawa dia dalam suasana yg berbeza

Kenapa saya nakkan begitu?

Biarlah saya ulang lagi dan lagi

Saya memang tak mampu nak besarkan dia sendiri ikut acuan yang saya nak

Saya tak mampu pun nak paksa dia solat awal waktu

Sebab saya sendiri pun tak dapat nak jaga solat awal waktu

Saya sendiri tak istiqamah membaca quran

Saya banyak kelemahan apatah lagi tanpa sistem sokongan

Dan saya taknak dia lalui apa saya lalui

Saya cintakan agama cintakan kehidupan ikut sunah dan hidup cara nabi

Buat apa allah suka

Malangnya sampai hari ni masih tak mampu sepenuhnya

Ada turun dan naik

Saya nak hani yg ada hasrat dan cita-cita sama macam saya

Melalui jalan mudah untuk dapat agama

Saya dapat buat perbandingan

Dapat bezakan dua suasana kehidupan

Kehidupan seperti saya hari ini

Dan kehidupan dalam siasana agama

Sangat sangat sangat berbeza

Sangat manis kehidupan beragama

Sukar saya jelaskan

Saya tidak rasa bahagia melihat hani mendapat no 1 berturut2 di kelas

Saya tidak bangga bila dia tunjukkan kertas kuiz yg dikatakan dia hanya dia seorang yg menjawab betul semuanya

Saya hanya tersenyum bila ustazah puji dia pandai sopan santun

Dan saya tak rasa banggapun dimasa depan nanti kalau kiranya

Ada orang kata eh pandainya anak awak jadi doktor

Wah bestnya anak awak jadik lawyer

Kalau pada ketika itu dia sibuk hanya dengan dunianya

Sibuk mencari pasangan hidup

Sibuk mengikut trend semasa (agaknya)

Biarlah hani itu sederhana orangnya sebagaimana namanya

Biarlah kecerdikan dia itu nanti disalurkan pada kehendak agama

Andainya jadi doktor atau lawyer atau guru

Didadanya ilmu agama paling utama

Al quran ada dihatinya sentiasa

Tak susah mana pun korban saya ni

Hanya 3 tahun andaian saya dan ayahnya

Sekejap jer saya akan mencecah 40 tahun

Pada ketika itu mungkin hani usai pengajiannya

Dengan tutur kata terpelihara

Dengan hati wajah dan kaki tangan yang bersih kerana duduk dalam madrasah

Saya percaya takkan ada apa kurangnya dia disebabkan tak bersekolah rendah

Dan tak mengambil UPSR

Saya tak kepingin utk dia masuk SBP

Sekadar berlumba2 mengejar mendapat straight A

Utk apa semua tu?

Untuk kerjaya kah? Untuk kebanggaan ibu bapakah?

Dan pada masa sama entah berapa banyak masalah pua timbul

Saya tak mau semua tu!

Alhamdulillah saya dapat menempuh tempuh tanpa hani dengan lapang dada

Alhamdulillah mmg sedih pilu bertemankan air mata

8 tahun mengelek dan mencium dia setiap malam

Kini dia tiada di sisi saya.

Sedih sangat rasanya

Saat ini air mata saya menitis wpun hanya menulis kesedihan ini

Anak yang satu2 nya itu hakikatnya gembitra di sana

Cukuplah saya tau dia gembira

Bersama adik beradik ayah dan ummie dia

Saya menderita seketika takde nilai apa kalau bandingkan ganjaran allah di sana nanti
Wassalam

3 comments:

dayangbest said...

Semoga kuat...
akak je tau apa yang terbaik untuk diri and hani
dont worry k

Luna said...

bagus kak saya sokong.terlalu ramai org yg mengutamakan dunia,pdhl ia cuma sementara.

payarumput21 said...

Alhamdulillah.. semoga Allah permudahkan buat Hani dan Wa juga.. dalam baraqah. InsyaAllah.. Aminn..