Tuesday, October 11, 2011

Izinkan saya berkongsi

Assalamualaikum w.b.t


Hidup sendiri memang macam looser jer

Tapi pandai2lah create xtvt upaya tak boring

Hakikatnya saya perlu mengaku yang saya lebih bahagia

Buktinya

Semakin kurang entry saya saya buat kat blog ni

Tu tandanya hidup saya takde masalah

Emosi stabil

Suasana kehidupan dalam kawalan

Memang seronok hidup menjanda

tak sangak juga

Tapi masa2 datang penasaran tu tetaplah ada juga

Serius rasa macam mana ntah...sukar juga nak dijelaskan

Tapi apapun macam ada peningkatan dalam hidup

Rasa macam hidup lebih fokus

saya boleh jer lupakan pak hj

Ntah napa ek? tak susah pun nak lupakan dia

6 bulan jer dah boleh lupakan dia terus

Malah kalau bercerita tentang dia ada masanya saya boleh menangis

Bukan menangi sedih ingat dia

menangis kenangkan seksanya satu masa lalu dia buat saya

Sejujurnya allah tahu kemampuan saya dalam hidup sendirian

Dihantar beberapa insan mengisi kekosongan

Diwujudkan suasana dan persekitaran kerja yg sangat2 mencabar

Tu  sebab takdelah rasa macam sunyi sangat

Sejujurnya juga dah ada yang mencuba melamar saya

Macam gatal bunyinya...tapi saya kan suka berterus terang

Saya masih memikirkan pro and cons kalau saya berkahwin lagi

Saya pun masih merencana bentuk perjalanan rumahtangga yang paling sesuai dengan situasi saya

yang pasti saya tetap tak sedia menyerah komitmen100% pada rumahtangga

Itu bukan saya.....maaflah

Maka yang sesuai adalah menjadi isteri kedua, lagi baik kalau dapat sekadar weekend husband

memang hipotesis yang agak 'over'

Dah ada pun yang menawarkan tempat sebagai iteri kedua

Namun saya tidaklah segelojoh itu

paling cepat 6 bulan lagi, paling lewat xde time limit pun lagi setakat ni

keperluan berumahtangga pada ketika ini memang tak urgent langsung

sangat selesa dengan kehidupan sekarang (kecuali xde teman malam2 iaitu hani)

Dan bila keperluan batin mendesak pada ketika itulah rasa malam tu juga nak cari laki

tapi masih boleh dikawal semuanya

tetapi kehendak Allah siapa yang boleh tolak

Sementelah pula memang jauh disudut hati saya memang masih perlukan seorang suami

Buat rakan bercerita, berkongsi suka duka

Pilihan saya  tetap mereka yang berusia, pastinya 40 an ke atas

Pada masa ini manusia yang nak melamar tu memang bersungguh2

Saya masih dalam percaturan membuat analisis SWOT

Masih meminta dia beristikaharah (tak dapat buat lagi)

Kerana dia nak sempurnakan puasa sunat isnin khamis dahulu baru beristikharah

makanya saya bertahan jerlah sebab saya sendiri tak nak berumahtangga lagi pun

kecuali time menggatal tu adalah keinginan

Tapi bila rasa terkongkong mulalah rasa macam nak menjanda terus2an

Agak ironi kerana lari dari rumahtangga yang bersuamikan suami orang

yang datang pun suami orang juga..(malah ada dua suami orang sebenarnya..bak kata miss sinar janda hot :p)

Dan saya kali ni rasa lebih matang....rasanya persoalan giliran dan nafkah pasti xjadi isu lagi buat saya

kali ni lebih kepada teman hidup bila diperlukan sahaja...walaupun rasa saya yang ini pasti beri nafkah

namun segalanya serah pada allah belaka

oh yer...bukan suami orang yang kerja satu jabatan

Dan bukan juga suami orang yang berada di sekitar lembah kelang atau di melaka

So jangan risau...saya ni bukan menggatal xtentu tempat, masih tau batasan

dan saya bukan juga jenis berdating berjumpa, kita serah pada allah

Kali ni macamana ntah dia datang tanpa diundang....

KISAH KERJA

Secara rasminya kan saya dah jadi ketua unit komunikasi korporat

Maka beban dipikul bukan kepalang...sangat2 berat dan membebankan

setiap hari jam 9 kena mengadap ketua pesuruhjaya membentangkan isu semasa di media pada hari berkenaan

Andai ada isu saya perlu kemukakan cadangan bentuk tindakan sewajarnya slps menganaliis impact dan damage yang mungkin berlaku

Perjumpaan setiap pagi turut dihadiri top management

memang rasa kerdil asalnya

dengan pengalaman kerja 11 tahun jer

tapi duduk sama rendah dengan mereka yang level senior kerja lebih 30 tahun

paling koman pun 20 tahun

Semua pengarah2 bahagian..dan juga TKP operasi, pengurusan n profesionalisme dan TKP pencegahan

Mana nak lari salwa oii???

Asalnya saya masih berharap pada ex boss saya tuan salim sundar (yg sgt pandai cakap boleh convince org berani tahap langit ke 7 dan dare to tell the truth wpun sejuta org kata salah dia tetap cakap benar)

Tu lah standard boss saya tu....dia dah macam satu brand dalam organisasi

Sebut pada mana2 pengarah, ranking file atau admin semua "takut' dan 'hormat' pada dia

cakap sentiasa ada isi, setiap tindakan tak pernah berasaskan personal semua kerana organisasi

iundang2 hujung jari, cakap bab tender sebutharga pekeliling pun dia tau

tiba2 saya yang amat malang kena ambik alih tempat dia

Dia dah letak benchmarking untuk post tu

Dia yang involve dalam meeting besar2, dia juga bersuara bagi pandangan secara trnasparent pada KP walaupun asalnya mmg tau KP xkan suka idea tu, tapi sebab yg cakap itu Salim maka semua org akan dengar

So nak tak nak macam mana lari pun say

Akhirnya saya terpaksa berdepan juga

2 minggu saya macam phobia

Ikut juga masuk meeting tapi macam burung tekukur jer

bawak buku dan pen...KP cakap saya catit

membontot jer boss saya kalau ada meeting dengan top management

lama2 boss marah saya,dia kata saya macam2

kau ni bila nak belajar

lepas ni saya takde dah, kau ambil alih semua

pagi2 kau mengadap kp

kau brief KP

hari2 marah saya cakap "cakap apa kau rasa apa kau fikir betul jangan takut, KP pun kadang2 tak tau

dia nak tau kita fikir macamana

dia nak test kita

FYI...Kp saya ni sangat laju berfikir dan bertindak

3 timbalan dia serius saya cakap memang tak terikut rentak dia

dia fikir pun macam ikut gelombang lain

yang TKP pun gelombong lain

wave dan vibration dia tak sampai...

pengarah2 negeri lagi jauh sebab 2 bulan sekali jumpa

so memang mencabar lah kalua dapat arahan KP

so memang kadang2 pengarah bahagian akan jadikan UKK sebagai tenpat merujuk

sebab diorang tak nak dapatkan direct dari pej KP

maka lepas jadi ketua unit ni terpaksalah saya deal dengan pengarah2 semua

maybe saya yang rasa rendah diri sangat

saya rasa macam tak sampai masanya lagi

kalau sekadar deal dengan KP dan TKP tu terlibat sama sebagai anggota pentadbiran atau urusetia saya tak kisah

Ini penglibatan saya adalah dalam memberikan idea, padangan, kritikan....bahkan apa sahaja yang top management nak cakap saya (UKK) akan tentukan  content dia

level inilah yang sedikit mencabar

tapi kunci dia adalah knowledge

kalau ada knowledge maka situ kita boleh market diri kita

Boleh jual dan menaikkan kredibiliti diri kita dimata top2 management

so skrg banyak isu...dr teoh beng hock (bunuh diri), bawa ke sarbaini (mati terjatuh) sehingga kepada 3 pegawai SPRM yang menyamun...memang saya banyak belajar

Setiap perkataan yang nak buat press release terpsebab taknak terpaksa ditapis banyak banyak kali

Damage dah berlaku, macamana nak control

memang imej merudum lepas kes samun KLIA tu

tapi dengan strategi dan media plan yang tepat at least kita kawal kerosakan yang berlaku

Alhamdulillah pertuduhan yang akhirnya dapat kita atur pada hari pembentangan bajet sikit menenggelamkan story tu

pada masa sama kami buat beberapa temubual usaha penembahbaikan dalaman

engage beberapa penulis bantu tulis pasal sprm

juga saya tak putus berhubung dengan reporter sana sini

lagi ada saluran kami boleh jual sprm saya jual

memang letih

tapi berkat adanya hubungan baik dengan editor malay mail, the sun, malaysian insider, nan yang

maka nak taknak saya terpaksa minta pandangan mereka tentang kesesuaian kita dalam menentukan angle mana kita nak blast

eh pendekata memang matang sikitlah dalam uruskan benda2 ni

dengan tenaga 4 orang di UKK saya rasa cukup bangga sebab dengan 4 orang kita buat macam2

wassalam

6 comments:

dayangbest said...

wahhh
semoga akak makin bahagia ye

suka dayang baca esp part janda hot tuh hahaha

oren said...

comment-less...

hikhikhik..

Irfa said...

tak tau nak komen apa..bab keje mmg x reti nak komen la.bab Hani tu je yg menyentuh hati saya.

MOKCIK AZWA said...

Salam..lama tak sempat nak menjenguk2 rumah Salwa nie..so, skang ni Salwa dgn Yaya sajork la ya?

Azwa percaya Salwa akan dapat memikul tanggungjawab yang diberikan dengan baik, insyaAllah.

saya pun suka baca part janda hot tu hehehe...semoga bertemu kebahagian kali ini..aminnn

Anonymous said...

Kak azwa. Yaya pun mak dia nak ambik balik raya haji ni. Skrg saya seorg diri kak. Nasibler.

Zareda Norman said...

janda hot?? hehhhe.. oklah tu..

dok sorang lagi senang nak fokus pada kerjaya