Monday, April 16, 2012

Perkembangan hani

Assalamualaikum w.b.t


Hani dah mula menghafadz

Bermula dengan juz 30

Ayat2 dalam muqaddam

Dah sampai surah as syams

Bukan main happy lagi dia dapat mula menghafadz

Setakat ni tiap2 minggu pergi ziarah dia

Tapi tak boleh bawa bermalam

Setakat bawak outing jerlah

Mana lagi, yang dekat hanya jaya jusco seremban 2

Kesitulah kami dah dua minggu

Minggu ni walaupun sekejap saya bawak jugak dia balik rumah seremban

Lepak kejap rumah seremban

Hani ni memang sangat cintakan ilmu dan suka menambah pengetahuan nampaknya

Dari dulu saya perasan

Kalau apa dia belajar di sekolah, dia pasti ada keinginan

Untuk tahu lebih dari apa yg cikgu ajar di sekolah tu

D madrasah ni pun sama

Bila balik rumah jer mesti buka ipad cari kisah sahabat

6 pesanan sahabat

Baca sirah2 nabi dalam buku fadhail amal

Baca taklim

Kagum lah dengan hani

Mana dia dapat benih kerajinan terlampau tu

Saya sendiri dulu memang rajin membaca

Tapi rajin membaca tak sama dengan rajin belajar

Hani ni bukan ajer rajin membaca tapi rajin juga belajar

Tu sebab 3 minggu jer sessi nazirah (semak bacaan) terus mulakan hafadzan

Kagum juga....

Siap da ada target tu

Semalam dia cakap kat saya,

"ammie, agaknya dua tahun cukup tak kakak menghafal?"

Lepas tu katanya 11 tahun jadik hafidzah then nak sambung alimah 5 tahun....tamat umur 16 @17

Dan lepas tu nak ambik SPM katanya

Dan juga siap cakap, "kakak harap hari ni kakak hafidzah, esoknya kakak period"

Adooiiii

Tak sabar2 nak dewasa anak saya ni

Semalam nampak coli di Giant, siap cakap, ammie tetek kakak da ada sikit dah...

Nanti tak lama lagi ammie belikan kakak coli eh....

Sindrom apakah itu?

Sindrom terlalu cepat matang

Siap tanya lagik, ammie agak kakak period umur berapa yer?

Saya rasa hani ni dah jemu jadik kanak2 kot?

Dah teringin nak diiktiraf menjadi dewasa

Di madrasah dia tu, ada sorang sebaya dia

Tapi dia siap komen, "kakak rasa dia tu tak matang la..."

Ada juga budak umur 16 katanya tak macam umur 16

Tak matang katanya

Saya pun tak tanya apa penilaian dia terhadap 'tak matang' tu

Tapi dari agakan saya, dia faham apa maksud matang atau tidak

Sebab kemana2 dia pergi, selalu orang komen dia nampak matang...

Tak berwatak macam kanak2 sangat

Gituler perkembangan hani

Oh her

Ustazah asnimansor bakal buka madrasah di bangi ni mula 1 mei

Iza cadangkan masukkan hani ke situ

Sebab ada sedikit isu di madrasah sedia ada ni

Nantila saya fikir2kan

Ustazah asni adalah uztazah iza masa dia belajar madrasah di melaka dulu

Dia baik dengan ustazah asni

Sekarang ustazah asni sedang buat umrah

Balik nanti baru tau info pasal madrasah tu


Wassalam

1 comment:

Irfa said...

seronoknya baca psl Hani ;)
lagi dekat lagi bagus kot kak.
saya ni ada ketika rasa macam nak ambik aina duk ngan kami semula
rasa mcm lambat sgt nak tunggu 2013
huhu

2 minggu berturut ke jj sban 2 tapi x terserempak ngan akak pun