Sunday, April 15, 2012

Menempuh cabaran hidup

Assalamualaikum w.b.t



Hampir setahun dah saya menjadi ibu tunggal

Suatu tempoh yang sekejap sahaja berlalu

Pejam celik pejam celik 21 april 2011 dah berlalu hampir setahun

Berpisah lebih lama dari tempuh tu sebenarnya

Sebab raya 2010 lagi dia berpindah ke penang

Tinggalkan saya dan hani

Dalam tempuh tu rasanya dia hanya balik 2@3 kali

So kesimpulannya, saya dah rasa hidup sendiri dari 2010 lagi

Maksudnya oktober 2012 ni akan genaplah dua tahun saya hidup sendiri

Lama juga sebenarnya kan?

Lama dirasakan jika memikirkan kesepian hidup saya lalui

Lebih lama lagi rasanya tempuh ini jika difikirkan malam2 tidur sendirian

Keluar makan sendirian

Jalan-jalan sendirian

Mulut pun membisu xbercakap jika hari bercuti

Saat-saat begitulah yang paling pedih + sedih

Bukanlah sedih tu datang pada setiap malam

Selalunya weekday dah penat kerja dan otak memang dah tak larat

Memang tak dan nakfikir apa, melainkan tutup mata jer

Tapi ada masanya terasa sangat nak kan suami di sisi

Sebab sepanjang 11 tahun tu rasanya kalau dibilang hari2 ada suami

Agaknya setaraf dengan mereka yang berkahwin 3 tahun jer kot....

Masanya kan terbahagi pada 3

Aza, tabligh dan saya

Lepas 2006, setiap tahun keluar 40 hari 3 kali

Menjadikan jumlahnya 4 bulan

So bakinya adalah 8 bulan

8 bulan bahagi pulak dengan aza

Bahagian / giliran saya pulak memang kurang sebab saya bekerja

So campur tolak adalah kot 3 tahun kami bersama2 secara penih, agaknya

Sekejap jer kan....




*************************************


So alhamdulillah

Buat masa ini, saya gembira dengan kehidupan saya

Gembira kerana kurang masalah dah

Masalah dari segi rumahtangga lah maksud saya

Tapi masalah jiwa kesunyian tetaplah ada malah bertambah2 rasanya

Terutama masa hujung minggu

Yang paling sedih bila takde peneman

Takde kawan nak makan

Takde kawan nak bercakap

Takde sesapa nak bergaduh

Takde teman nak berbincang dan musyuwwarah dalam membuat keputusan

Terpaksalah makan sorang2

Jalan sorang2

Apapun sorang2

Saya tak dapat bayangkan pembaca blog ni mampu hadapi apa saya lalui

Sangat berat penanggungannya sebenarnya

Sangat sedih, juga rasa macam tak berguna hidup

Ada benda nak buat dan boleh buat

Macam balik kampung, tapi saya tak nak la balik sorang2 tanpa hani

Boleh jer gi window shopping, tapi saya bukan kaki shopping

Menyampah lagi ada....

Saya hanya perlukan teman, teman untuk isi masa terluang

Jangan cadangkan saya pi holiday

Sebab saya takkan pergi tanpa hani

Dia mujahadah kat madrasah mana boleh saya suka2

Dia mujahadah tapi dia suka, insyaallah

Sentiasa dalam rahmat dan peliharaan allah hendaknya

Kalau ada sesiapa perasan saya ada buat satu entry sebelum ini

Sehari selepas tu saya tarik semula entry tu

Memang niatasal nak kawin

Dengan sorang lelaki ni

Tapi ada fakta tentang diri dia yang dia tipu

Saya rasa tertipu, so saya hold dulu keputusan nak kawin tu

Mungkin jadi mungkin juga tidak

Macam saya cakap, saya takkan mahu Sama sekali berkongsi lagi

Biar saya susah hidup menjanda, mengambil suami orang tidak sama sekali

Lelaki ini, saya panggil man saja, seorang duda

Tua, beza 18 tahun juga, sebaya pak hj

Kalau ikutkan fizikal dia macam nampak tua 10 tahun dari pak hj

Memang nampak tua sangat

Maksud saya bukan tua macam beruban ker apa

Tua sebab berjemur dan kerja kuat agaknya

Orang batu pahat, jawa

Mnjadi tua saya fikir sebab setiap weekend dia balik ke pontian dan batu pahat

Mengerjakan kebun kelapa, kelapa sawit, kopi, koko, ah macam2 tanaman lah

Kebun 16 ekar....Warisan mak bapak kot

Memang itu rutinnya saban minggu, turun ke kebun

Tengok2kan 4 pekerja indon buat kerja di kebun

Macam saya cakap, saya selesa dengan orang tua2

Tak taulah kenapa....kadang nak menyampah juga rasanya dengan taste saya ni

Tapi bila berborak rasa macam takde gap

Lancar jer,rasaselesa dan seronok

Dapat tak bayangkan kalau kita berborak dengan seseorang

Kita takde rasa apa yang kita bakal nak cakap tu kita kena fikir dua kali dulu

Kita tau bahawa apa kita cakap tu takkan kecikkan hati dia

Takkan buat dia rasa kevewa, marah atau rasa menyampah kat kita

Macamtulah rasa bila bernorak dengan man ni

Rasa bebas cakap apa saja

Man ni setakat ni saya ada nampak kelemahan dia

Tu sebab saya tangguhkan dulu hajat dia nak memperisterikan saya

Banyak fakta tentang diri dia saya masih kabur

Tak tau samaada auta atau fakta

Disebabkan sejarah dia pertama kali jumpa dia dah beri maklumat auta

Maka saya angat berhati2 dengan maklaumat2 yg datang kemudian

(untuk jiji dan irfa, man adalah org sama dalam entry sebelum ni, so maklumat entry sebelum ni sila abaikan)

Man hanya berhenti merokok dua tahun lalu

So saya risau dia ada penyakit (takut kena stroke lagi)

Juga saya mempersoalkan (dalam hati) kekuatan dia (over)

Dari segi ciri-ciri man banyak juga bagusnya

Solat dijaga, walau tak seperti pak hj yg wajib 5 waktu di masjid/surau

Man di rumah memang ke surau

Pandai masak juga, maklumlah dah 15 tahun menduda

Yg lebih dia dari pak hj, dia mampu menjahit

Baju melayu dan baju kurung

Juga berminat menanam bunga

Malah suka menyimpan koleksi pinggan mangkuk

Man juga sabar dengan saya

Saya ni tinggi egonya

Bukan calang2 orang bolehsabar dengan saya

Kadang2 bila nak marah saya marah direct jer

Satu lagi ciri dia, saya rasa dia lebih sayang saya dari saya sayang dia

Rasanya jika dia dapat saya dia akan hargai saya sebagai isteri

Sebab saya muda, lebih berjawatan dari dia (agaknya dan dia selalu juga merendah2 diri dpn saya)

Man ada seorang anak sedang belajar di UK

Ada seorang abang telah lama bermastautin di Dubai

Dan ada kakak sedang ikut suami sambung belajar PhD di UK

man sebelum ni kawin dengan orang France, masuk islam

Lepas cerai dia murtad balik

Jadi man ni kononnya rasa kecewa dan terus xnak kawin

Rasa bersalah sebab xdapat bimbing isteri sampai keluar dari islam

Dapat sorang anak, skrg umur 19 tu yg ada di UK tu

so man ni sebatang kara di malaysia ni, sebab dia anak bongsu 3 beradik

Ada lah satu anak sedara di KUSZA

Katanya ada ramai anak2 angkat

Pelajar UPM

FYI, man kerja di salah satu agensi di bawah MOA

Pangkatnya gred bawah dari saya, gred 22 jer

Tapi saya agak musykil sekarang ni

Sebab sekarang sedikit sebanyak saya telah mengatahui tentang harta2 Man ni

Tu yg buat saya tak seronok

Macam harta lebih dari emolumen

Jauh lebihnya, macam terlampau

Man ni bukan ada duit cash, tapi harta tak alih dia yg banyak

Kalau saya kata dia ada banyak rumah pun memang macam tak caya

Ada banglo di petaling jaya, banglo di muadzzam shah, pahang

Ada rumah semi D di JB, rumah teres di putrajaya, apartment di putrajaya, banglo kampung di majidee

Cottage di cameron highland, dan ada rumah juga rumah di Jakarta

Ada tanah di pontian, di batu pahat, di pahang, diulu langat

Semua ni saya tau bukan sekaligus

Juga bukan sebab dia sengaja ceritakan pada saya

Tapi terkeluar satu persatu dalam perbualan

Maklumlah saya kan suka bertanya....itu ini, lama2 tu yang terkeluar cerita tu

Saya anggap pemilikan harta tu sebagai auta buat masa ni

Sebab selagi saya tak nampak apa2 dokumen,saya takkan percaya

Dia janji akan beri dokumen pada saya

Giler kalau kerja gred 22 tapi boleh kumpul harta banyak tu????? Auta kot?

Miss sinar saya dah jumpakan, memang miss sinar xpercaya

Saya pun xberapa percaya

Tapi kita tengok dulu...

Saya tak kabur dengan benda2 tu

Bila ditanya macamana boleh kumpul harta macamtu

Senang jer dia jawab

Sebab dia duk sorang, takde fikir perempuan, hanya fikir kumpul harta

Untuk masa depan anak tunggal

Dan pernah bertahun2 cuti tanpa gaji

Buat bisnes, bawa Masuk pekerja dari Indonesia, yang untung banyak katanya

Masa tu lah beli harta, katanya

Tu sebab servis lama tak naik2 pangkat

Sebab asyik cuti tanpa gaji jer....

Tu lah serba sedikit pasal man

Memilih dia sebagai bakal suami rasanya akan meminimakan masalah rumahtangga

Entahlah..itu yg saya bayangkanlah

Telah menduda 15 tahun, kalau dapat isteri memang jaga sangat lah kot

Xperlu dikongsi, takde adik beradik di sini

Takde anak kecik

Ada pendapatan, ada pencen

Ada rumah, kereta yang selesa

Amal ibadah jaga, masak, menjahit pun pandai

Orang kampung yg humble

Tak suka membazir, merendah diri

Cuma masalahnya dia tua (mujur sebaya pak hj, kalau lebih tua lagi memang rejectlah)

Dah istikharah, cuma gerak hati jer tak cukup kuat

Akan solat lagi dan lagi

Ada banyak masa lagi buat keputusan

Saya ni ada duda lain yang nak, suami orang pun ada

Tapi xsanggup pilih duda mati isteri

Yang ada anak untuk dijaga

So sebaiknya duda yg anak2 dah besar

Yg boleh buat teman, makan, jalan2, teman gaduh....

Entahlah....

Nikah ker tidak nanti saya war2kanlah kat sini

Nak kata gatal sangat nak nikah tu tidaklah sangat

tapi sekarang more on nak teman, rasa sunyi kot

hani takde disisi

Tapi kalau hani adapun manakan sama peranan anak dan suami kan?

oh yer, hani pun saya dah bawak jumpa man dah

Asalnya tak setuju, tapi dah kow team, okay jer

Ahhh kusut..... Allah akan aturkan insyaallah.....


Wassalam

No comments: