Friday, August 17, 2012

Dah jumpa madu

Assalamualaikum w.b.t

Semalam hantar suami ke airport, berangkat ke umrah

Madu saya dan anak2 ada sama

Sebelum tu subuh2 sapiee suami dah call

Suh saya cakap dengan madu sayamadu saya terlampau depress

Sebab suami nak ke umrah 12 hari

Saya pun bercakaplah dengan dia

Nasihat2 apa yang patut

Tapi dia menangis dan menangis

Sampai suami ambil semula handphone dan suruh dia cool down dulu

Suh dia solat tahajud

Samoai satu tahap suami cakap tak jadi gi umrah

Sebab depress madu saya tu sampai dia diserang semput

Muntah darah khabarnya

Habis disitu

Jumpa di airport, semuanya okay

Saya tak dapat bercakap banyak sangat dengan dia sebab mak saya pulak yg duduk sebelah dia

Makanya mak saya yg jenis perama dan diapun banyak cakap

Maka mereka berdualah yang berborak

Saya duduk dihujung borak dengan anak perempuan suami saya

Syuhada, 16 tahun....dan amir, 15 tahun

Okay, straight to the point...

Bagi saya...pendapat saya sahaja yer ni....

Jangan prejudis dan skeptikal terhadap saya...

Saya berpengalaman bermadu....maka saya boleh menilai dan membandingkan ....

Ada pro and cons antara aza dan Muni (new madu)

Actually certain aspect i'm prefer bermadu dengan aza

Serius....now baru rasa sangat sangat sangat sangat dan tersangat beruntung bermadukan aza

Jangan muntah.......heheheee...saya dulu pun kan selalu juga puji aza, betul tak?

Tapi certain aspect saya rasa bermadu dengan Muni pun ada kelebihan (banyak)

Satu aspect yang saya sangat hormat aza adalah dia sangat menjaga perasaan saya bila saya ada bersama

Antara kami memang saling menghormati

Kalau kami bertiga ada, dia pastikan setiap perbualan disertai saya

Selalunya setiap topik itu, baik saya tau ataupun tak tau, saya dialu2kan mendengar dan joint

Kalau saya buat xtvt lain pun, aza akan sebut/panggil saya spya saya tak terasa terasing

Itu sekadar perbualan sahaja pun dia menjaganya

Apatah lagi dari segi sentuhan, bergurau senda

Selalunya tidak wujud situasi sentuhan (bermanja), gurau senda melampau (hanya mrk berdua yg faham contohnya)

Juga semasa bercakap tidak wujud aksi usik2 suami (usik/sentuhan) yang tidak ada sebab/ keperluan

Juga tidak wujud situasi dimana dia dan suami di satu sudut lain mengasingkan diri dar kelompok besar

NO...never wujud situasi begitu....

tapi kali ini saya harus akui...saya masih perlu bersyukur madu saya terima saya cara baik

Malah dia yang berkali2 minta maaf

Dan barangkali bersyukur sangat kerana pengorbanan saya (asbab) dia dapat selamatkan rumahtangga dia

FYI, semasa saya kahwin suami saya duda

Telah berpisah dengan siterinya

Tapi saya yang minta dia rujuk semula bilamana saya dapati dari kisah perpisahan itu

Isterinya masih sangat inginkan dia ( cuma suami yang hancur hatinya)

Maka selepas kami berkahwin barulah suami rujuk dengan isterinya itu....

Maka suami memang sebulan ini sebelum dijumpakan kami berdua

Dia tekah warning, beri perngatan dan nasihat kepada madu saya supaya berterima kasih

Atas pengorbanan dan kesediaan saya menjadi isteri kedua

Sekaligus selamatkan rumahtangga mereka

Ala2 terhutang budilah dengan saya....

Memang madu saya telah buat satu surat perjanjian persetujuan suami kahwin lagi

Ditandatangani oleh madu saya dan kesemua anak2nya

Surat itulah digunakan untuk buat permohonan poligami....

Malah surat tu juga menyatakan panjang lebar dia takkan menganggu saya dll

Jika ganggu maka akan jatuh taklik....

Walaupun berat sekali syarat tu tapi itu kehendak suami selepas apa dia lalui lebih 20 tahun diuji dan dia sangatbsabar dgn madu saya yg pelbagai kerenah dan selalu cabar mencabar ( tak perlu nyatakan)

Sambung nanti yer...bizi nak raya...


 Wassalam

1 comment:

Irfa said...

baru tgk gambar akak dan madu hantar suami gi umrah.tgk gambar tu saya senyum dan kagum.situasi yg hebat dimata saya ;)bukan calang2 org boleh menanganinya.

ada lebih di sini dan kurang disana
biasalah tu kak.