Friday, August 3, 2012

Raya tanpa suami

Assalamualaikum w.b.t

Tahun ini ingatkan dapatlah nerbeza dari tahun tahun dan tahun sebelumnya

Dulu2 raya tetap sama, ada suami pun sama jer macam takde dr segi peranannya

Dulu, saya buatbpersiapan awal beli baju2 hani beberapa bulan sebelum raya

Tu yang sampai 18 helai baju raya dia

Kasut sampai 3 pasang

Tapi tahun ni relax sangat saya

Ada sekali ke Mines saya belikan dia 3 t shirt

Then saya pergi jakarta/bandung saya belikan 3 helai jeans

Pastu takdelah belikan apa2 baju raya pun

Kebetulan sebelum ini saya memang ada belikan baju2 jubah dan kurta

Serta tshirt labuh parasa lutut

Banyak jugaklah

Tshirt labuh ada 7 helai,

Jubah pulak tak taulah tapi memang banyaklah

Kurta di bandung saya belikan 4

Jubah 3

Walaupun itu bukan baju raya tapi sebab dah beli untuk dia so terasa macam dan banyak sangat baju dia

Tu yang baru perasan rupanya tak beli langsung baju kurung

Saya pun tahun ni banyak beli baju kurung siap untuk pakai pergi kerja

So untuk raya memang tak beli pun

Kain ela melambak tak bertempah, beli di kelantan, di jakarta, bandung

Rasanya ada dalam 10 pasang

Bukan taknak tempah tapi nak cari tailor yang betul2 sesuai tu tak jumpa lagi

So simpan jerlah semua kain ela tu....

Nanti jumpa saya tempahlah....

Eh merepek pulak...

Walhal nak citer hal suami nak ke umrah

So raya ni xdelah maknanya walaupun dah bersuami

Suami akan ke sana pada 16 ogos dan balik pada 27 ogos

So maknanya sepanjang raya dia akan di madinah dan di mekah

Saya pulak dah senaraikan doa2 untuk dia doakan di sana

Tu jerlah yang mampu

Tapi tahun ni tanggungjawab bertambah sikit

Sebab dah ada mak mertua

Saya kena ke rumah mak mertua

Sebab dia anak ada dua jer, xde anak perempuan

Anak lelaki satu lagi dah berpisah, so menantu dia hanya saya dan madu saya

Madu saya balik perlis khabarnya

Mak mertua pulak baru pasang tiles di rumahnya

Memang agak kelam kabut

Dua kali pergi saya tak dapat nak bantu

Tapi nampaknya sebelum raya ni memang kena pergilah sebab dia dah pesan suh datang

Walaupun masih janggal tapi kenalah nampaknya

Belajar2 khidmat dengan mertua pulak....


 Wassalam

2 comments:

Zareda Norman said...

salwa
kak zarsekarang tempah baju di melaka. Sedap jahitannya dan agak murah. Sekali hantar memang berpasang pasang. Klu nak no hp dia nanti bagitahu. Depan uitm melaka tu.

Tahun ni beraya dengan mertua yer.. :-)

Irfa said...

takpelah kak wa.igtkan cik abang mmg tak dapat beraya dgn akak sebab beraya dgn no1.bukan di sengajakan dah dia nak ke mekah nak buat macam mana.happykan diri beraya bersama mil dulu ye :)

nnti jgn lupa apdet citer raya.saya pasti akan baca