Saturday, August 4, 2012

Mohon pandangan sahabat dalam proses menyesuaikan diri

Assalamualaikum w.b.t


Sebagaimana yang diketahui sahabat2....

saya pernah melalui rumahtangga yg agak berbeza dengan anda semua

penuh dugaan, cabaran tanpa menafikan tetap juga ada kebahagiaan

cabaran terutama dari segi peranan mahupun dari segi tanggungjawab

makanya bila berumahtangga sekali lagi saya masih terbawa2 dengan situasi sebelum ini

Jika sebelum ini semua benda, baik peranan mahupun tanggungjawab di pundak saya

tiba2 ada pulak yang nak ambil alih peranan tu semua

saya sangat tak biasa, rasa malu, rasa bersalah

kadang2 tak reti nak bereaksi macamana

kadang2 rasa malu nak terima semua pelawaan suami sekarang

kadang nak cakap malu pun terasa malu juga


PAK HAJI

tapi yang saya perasan, setiap hari yg dia ada saya terlepas cakap....

bukan saya buat perbandingan....tapi tak taulah selalu terlepas

sementelah pulak terlalu banyak persamaan antara pak hj dengan suami saya ni

Pak hj dulu bapanya kawin 4, suami yg ni pulak bapa dia kawin 3

pak hj ada 28 beradik dari 4 ibu, suami ni ada 10 beradik dari 3 ibu

kedua2nya mahir memasak

kedua2nya sempoi dalam berpakaian

kedua2nya tak memilih makan sangat

dan kedua2nya menjaga pemakanan

bukan makan semberono dan makan apa sahaja

dua2 suka pakai pagoda kat rumah....

memang kadang2 bila bercakap dengan suami ni terkenang2 pak hj

bukan terkenang rindu tapi terkenang macam terasa dejavu

kadang2 terluah kenangan2 tu depan dia

dia takdelah marah tapi ada sekali dia cakap,....

"wa ni sebenarnya masih sayang pak haji...."

saya tanya dia, "abang marah ker wa citer pasal pak hj"

"taklah...abang suka kalau cerita tu pasal kebaikan dia, mungkin kita boleh kongsi dan ambil mana yang baik....cuma abang tak suka kalau wa cerita keburukan, citer aib dia...yang tu abang taknak dengar"

Kadang yang saya cakap tu bukan isu besar pun

Saya kadang tercerita benda2 ringan...

Contoh ayat saya kat suami:

Situasi : sedang makan

"kami dulu bertiga makan dalam dulang, jom kita makan dalam dulang nak abang?

Situasi : Sedang masak

"abang kalau ikut sunah kacau kuah tu kena ikut lawan jam, macam tawaf kat mekah, ada zikir dia....pak haji ajar wa camtu"

Situasi : Dalam bilik sebelum tidur

S: "abang jom wa facial muka abang...."

Suami : "kenapa pulak nak facial?"

Saya : "yerlah dah biasa, dulu pak hj pun wa selalu facial kan muka dia, memang suka"

Situasi : ruang tamu, suami mengemop rumah, saya duduk2 tunggu berbuka

Saya : "abang boleh berehat tak....tak reti duduk diam lah abang ni...tak penat ker, kan baru balik kerja, pastu masak, ni mengemop pulak?

Suami : "mana ada penat...kalau berehat tu yg penat sakit badan abang....biar abang keluarkan peluh...abang rasa sihat."

Saya : "saya tak biasa tengok suami buat kerja lepas balik pejabat...suami dulu kalau sampai rumah wa mesti masuk bilik atau baring atas sofa rehat sebab penat....abang pulak tak reti2 penat"

Tulah antara senario harian kami berdua, yerlah memang hidup berdua jer pun...tak pernah lagi dalam rumah kajang ni bertiga, ada sekali jer masa hani balik weekend, bukan turn saya pulak...

tapi di rumah kampung memang kami merasa juga berempat, sekali dengan mak saya, dah dua kali dah bawa suami balik kampung, banyak kerja2 teknikal kat rumah dia dapat bantu, nanti saya citer

Berbalik pada persoalan saya pada tajuk tu

Bila rumahtangga yang ini, nafkah memang diberi

Hampir setiap hari giliran saya sebelum suami bertolak ke tempat kerja dia akan tanya saya

"wa ada duit belanja tak?"

Tujuan dia tanya untuk bagi saya duit belanja

Dah sah-sah memang saya ada duit belanja

Sebab saya memang ada gaji sendiri, saya memang sentiasa simpan cash dalam purse

memang amalan sebelum ni macamtu

so saya jawablah, "abaaang, wa kan ada gaji, wa ada duit sendiri...duit abang beri hari tu xabis lagi"

kadang saya serba salah, rasa menyusahkan dia sangat

last week, kami gi ambik hani, tapi rupanya boleh ambik dia lepas asar pulak

so untuk isi masa saya ajak suami ke nursery orkid untuk belikan mak saya orkid sebatang dua

saya bukan minat bunga sangat tapi sebab suami nampak pondok orkid mak di kampung lah asalnya

pastu dia bagitau saya dia pun peminat orkid, tu yang saya teringat pak hj pernah bawak saya ke nursery tu

sekali dia main ambik jer orkid, punya banyak, saya cadang ambik satu dua jer

sekali masa bayar dekat RM600 semuanya

dia belikan juga bumbung kain net baru, baja, penyembur dll

bila saya tanya kenapa spend banyak sangat, dia kata takper, asalkan mak saya bahagia

balik kampung pun belikan lagi lauk pauk, bagi cash money...

rasa macam menyusahkan dia betul

tu sebab saya taknak ghairah sangat menerima semua ni

bila dia nak bagi duit saya tolak secara elok

sebab selain beli barang dapur, beli lauk, segala keperluan lain

nak bagi duit lagi...

saya memang tau tu tanggungjawab dia

tapi saya taknak tiba2 bila dia kahwini saya beban dia bertambah, lama2 dia tertekan ker

tapi kadang2 dia letak jer duit kat atas meja,

buat masa ni duit2 dia beri tu saya cuba setelkan hutang2 kad kredit saya bayar lebih sikit dari biasa

semalam dia dah daftarkan astro untuk rumah kajang ni

saya dah tolak, cakap kat dia tak perlu sebab saya ni berapa kali jer tengok TV

mana ada masa sangat nak tengok ASTRO

tapi demi berlaku adil katanya dia nak masukkan juga

nak bagi sama adil apa yang ada di rumah madu saya

ada setengah pandangan saya baca kita kena ajar suami tentang tanggungjawabnya di awal perkahwinan

supaya selepas itu dia tak lepas tangan

kalau awal2 semua tanggungjawab dia kita ambil nanti sepanjang perkahwinan dia akan lepaskan tanggungjawab tu pada isteri

dalam kes saya ni tak reti saya nak fikir dan bertindak macamana

sebab saya seolah2 takde apa peranan dan tanggungjawab

semua benda suami nak buat

pantang saya terlewat buat, dia sendiri akan buat

basuh baju...walau sehelai dua pun dia akan putar masuk mesin sendiri

saya ni adalah nak tunggu bakul penuh taknak membazir air dan elektrik

mop pun sama, setiap kali balik pasti dia mengemop, basuh bilik air

kalau balik awal dan saya tak sampai lagi

dia akan ke Giant dan sms saya apa benda nak beli

saya hanya cakap takde apa2

tapi balik rumah sure macam2 dia dah beli

saya balik siap dah masak nasi, keluarkan ikan, kupas bawang segala

saya decide menu apa dan saya akan tumbuk rencah, dia dah siap2 tenggek periuk nak menumis dah

sahur pun macamtu, saya bangun nak masak nasi, tengok2 setiap kali dia dah siap masak sebelum tidur

masa bila dia masak pun saya tak sedar

malah selalu juga dia bangun sahur dulu, tahajud dan terus dia panaskan lauk dan hidang

dia bolehlah dikatakan 5 langkah ke hadapan dari saya

kadang sambil duduk2 saya suarakan pandangan kalau meja makan ni ubah kat sini ok juga...

esok balik kerja saya tengok dia dah ubah dah...walhal berat giler meja jati 8 kerusi tu...sangat surprise

macam2 benda yang saya terfikir saya nak dan patut ada, tak sempat saya suarakan dia dah selesaikan, serta merta

sangat menepati.....apa saya mahukan

saya sampai tak berapa nak tau nak buat apa dah...

kadang terfikir takut dia bosan

takut dia rasa macam dia buat semuanya

bukan semua orang ada keupayaan nak fikir 5 langkah ke hadapan tu

macam dia manager memang lah dia dah biasa latih otak dia fikir macam2

siap dengan contigency plan bagai

saya pun sedang gigih berlatih buat apa dia suka

bila tanya nak saya buat yang buat dia suka

senang sangat permintaan dia

dia hanya nak saya jaga kebersihan, darjah kepentingan ikut susunan nombor:

1. Dapur

2. Bilik air

3. Bilik tidur

Dan memang 3 benda ni dia akan check hari2 bila balik, dia tak paksa saya buat pun, selalunya lepas masa or makan dia akan terus bersihkan dapur...sedangkan masa tu saya bersihkan meja makan

dia memang cepat....

makanya saya kena lagi cepat dari dia....susah juga mula2 ni....

wassalam

9 comments:

dayangbest said...

baguslaa husband baru kak nih,

alaa rasanya semua laki camtuh kot kak
bukan setakat dibandingkan dengan ex husband
dibandingkan ngan sapa2 pun diorang tak suka
mcm nanti dia rasa dia kecik

kalau baca buku, mesti akan cakap benda yang sama
dont try to change a man hehe
lagipun benda baik so biar je la dia menyapu suma tuh hahahaha

Zareda Norman said...

klu itu mmg kebiasaan dia, tak payah tukarkan.. Tapi kita sbg isteri lah kena adapt keadaan tu. Klu tntg duit belanja tu, terima ja dan maybe blh buat satu akaun lain, manalah tahu masa depan ada datang waktu perlu gunakan duit tu.

Mmg betullah yg salwa baca tu,lelali ni jangan kita didik dia kita ni boleh berdikarai sgt, nanti dia lepas tangan. Lgpun ada lelaki tercabar klu isteri dia terlalu berdikari.. Perkahwinan ni saling melengkapi.. Saling bergantung dan tolak ansur satu sama lain. Perkahwinan lalu jadikan iktibar dan bukan perbandingan. Jagalah hati suami skrg sbb dia lah kini laluan kita ke syurga.

Mutiara said...

He is doing what a husband should be doing. So relax and enjoy your life while you have the chance.
You have been trained to be a "hamba" by your ex dgn segala yg you buat adalah kehendak your ex. So go figure. my husband does what your current husband is doing. Change your mind set lah Wa.
One more thing. Quit talking about your ex husband and compare him with you current. nanti dia meluat or terhiris hati dan perassan dia baru Wa tau. Syukuri lah dgn apa yg ada sekarang.
Quit discussing you personal relationship in public. Pick and choose sapa yga you nak tanya.

Cool said...

my opinion kak wa..ada dua pilihan..kalo saya, kalo tidak keterlaluan sumbangan dia.. terima la dengan lapang dada.. tp jika terlebih lebih sampai kita rasa kita ni mcm tak berfungsi je, atau mcm kita buat mcm tak cukup bagus ke bincang la.

Kata la kat dia.. dia kena percaya pd kak wa bab pengurusan diri dan belanja rumah tangga. Lain la kalo kak wa tak bekerja belajar pon takat sekolah rendah je.. so ok laa kalo dia nak buat lagu tu..

Bak duit .. amik je simpan for rainy days. mana tau esok esok dia perlukan duit.. mana tau la kan.. dah ada.

saya rasa apa yg dia buat tu normal je kot, mcm koben he does all the washing like all the time, if i dont cook pon not big deal. Bab masak Lauk anak segala pon he will take over ( sb dia suka brag lauk dia masak lagi sedap)

cuma bab lipat kain tu la slow sikit.. anyway.... i still have my say,he will accept and respect my opinion (most of the time la, kadang bertelagah jugak)

so konklusi, u need to adjust and adapt and adopt.

he needs to give u some space to be your ownself.

bab bongkah ceta lama tuh... jangan cari penyakit, awal awal ni kot maybe dia tadah je telinga sb nak jaga hati... esok esok bila dah selalu dengar .. lain jadinya, saya ceta pasal ex-bf lama pon koben dah ketat.. ini kan pulak bukak ceta ex-husband (cth ni..)

Wan Zakiah said...

wa, bersyukurlah kepadaNya dengan apa yang awak ada sekarang...
sebenarnya suami awak mmg sedang melaksanakan tanggungjawabnya ...ikut sajalah rentaknya...
cuma cerita pasal exhusband tu..seeloknya dielakkan walaupun cerita yg baik2...kita tak tahu dlm hatinya (takut terguris)...so lepas ni...sblm buka mulut awak kena fikir sejenak apa yg diucapkan...rasanya byk hal lain yg boleh dibualkan ...betul tak???

Pnut said...

weiii ambik, bukak akaun, simpan, biar berkepuk... nanti dah malas kerja, berhenti duduk rumah...nikmatnyaaaa ehhehehe

Anonymous said...

Wa, sokong pnut... Hehehe... Yg bab citer laki lain dlm hidup suami kita tu, mmg cari pasal lah... Hahaha... Suami ina, kalau bab2 puji/citer hal lelaki lain dpn dia, mmg dan2 dpn lelaki tu, dia suruh ina kawin dgn lelaki tu....hahaha. Hari tu, pergi rmh kwn pompuan tu sorg, suami dia duk buat kek, ina mcm terujalah/terkejut ada lelaki pandai buat kek, ina pujilah laki kwn ina tu dpn suami ina...dpn suami kwn tu, suami ina cakap, p lah kawin dgn dia... Ina dah termalu giler2... Tp itulah last ina buat mcm tu.. Allah bg ilmu kat ina tu... Sblm tu byk kali ina puji2 laki lain dpn dia...so ina belajar dr kesilapan. Hrp wa jgn buat lg.

Ina paka

Irfa said...

BEST BEST BEST ;)
BERTUAH BADAN DAPAT SUAMI RINGAN TULANG..

oren said...

1st..bertuah n bersyukur lah dpt suami yg ringan tulang n baik hati..

duit yg dia bagi tu, kalolah lebih2 sgt, masukkan dlm 1 akaun..guna bila2 kecemasan..sbb benda masa depan nih, kita tak tahu kan..

please, jgn lagi dh nak tersasul2 cerita pasal pak haji..mmg la dia kata tak kisah, tapi rasanya, semua manusia biasa tak suka di-banding2 kan..apatah lagi pak haji adalah kisah silam akak...

just my 2 cents..