Monday, August 27, 2012

Raya tanpa suami.....tapi bersama mertua

Assalamualaikum w.b.t

Lepas ambil keputusan setuju nikah

Hati berbunga sebab ada suami disisi pada hari raya ini

Rupanya suami yang ini udah membuat plan nak beraya di Madinah/Mekah

Keputusan beraya di sana dibuat selepas Allah memberinya petunjuk

Memberi jalan keluar terhadap kemelut rumahtangganyayang tak berpenghujung

Tidaklah boleh dikatakan kemelut sebenarnya

Sebab dalam hal ini suami sentiasa beralah

Maka keadaan terkawal namun banyak kali juga persengketaan wujud

Disedari ibu mertua dan rakan serta ahli keluarga terapat

Namun demi menjaga hati isteri, ibu dan anak2 semuanya ditelan sisuami selama ini

Sukar na saya jelaskan kerumitan masalah mereka

Saya pun bukan tau dari mulut suami sendiri

Tapi raya ini mertua berkongsi rasanya selama ini

Begitu juga adik beradik angkat suami sedari bujang yang datang beraya di rumah mertua

Ditambah dengan maklumat dari adik kandung suami

Orang yang menyampaikan berita dan maklumat ini berbeza tetapi versinya tetap sama

Bahawa kemelut rumahtangga mereka telah lama

Kemelut ini bukan masalah kewangan, bukan masalah tempat tinggal

Juga bukan isu tak jalankan tanggungjawab, tidak adil atau sebagainya

Isunya hanyalah sikap, attitude, perangai, budi bahasa, kesopanan, menjaga adab dan tingkah laku

Berat rupanya isu ini

Saya tak terkira betapa banyaknya tangisan dan air mata mertua saya sepanjang bercerita kepada saya

Dengan saya2 sama menangis juga

Kesimpulannya bolehlah saya katakan dengan quote kan kata2 mak mertua saya....

"mak ni dah macam madu dia, dia layan mak"

Setahun adakalanya sekali sahaja suami dan anak2nya balik ke kampung...

Paling kerap pun dalam 6 bulan sekali

Hanya lepas menikahi saya baru suami balik dua minggu sekali

Setiap tahun suami membuat korban di perlis (rumah mertuanya)

Sedangkan di Alor Gajah tidak pernah sekalipun

Berekar2 tanah dibeli di kedah/perlis

Bila disuarakan ada orang nak jual tanah di kawasan kampung mertua...

madu saya kata pada mertua...

"Mak, hashim tu banyak tanggungjawab....kerja pun bukan lama lagi...mana nak bayar kereta, rumah, anak2 sekolah..."

Maka mak mertua diam sahaja...

Bila dipaksa pulang ke kampung alor gajah

Muncung...dan bila sampai dikampung mogok

Tak keluar bilik...

Bila suami marah anak2.....maknya merajuk muncung tak makan...

Tidak boleh ditegur langsung...

Makanya daripada balik ke rumah mak mertua dengan membawa isteri yang muncung

Masam muka, merajuk sehingga mengecilkan hati maknya sendiri

Pada anggapan suami, baiklah tak perlu balik terus ke melaka...

Walhal setahun beberapa kali balik ke Perlis

beraya giliran di melaka tidak bermalam pun...

Bak kata mertua, mak nak cerita sepanjang 20 tahun hashim kawin

Empat hari empat malam pun takkan habis

Terlalu banyak mak kecik ati....

Mak hanya mampu pandang anak kesayangannya umpama 'kerbau dicucuk hidung'

Tapi mak ampunkan semua salah dia, mak tau kenapa dia buat macam tu

Selepas dapat anak seorang dia pernah minta izin mak nak cari isteri seorang lagi

Nak ceraikan Muni

mak yang tak izinkan

Mak taknak cucu2 mak membesar dalam keadaan mak ayah bercerai

Mak dah lalui semua tu, hashim pun dah lalui

Mak hanya pesan suruh dia didik muni dan suruh dia sabar banyak2

Mak ingat hashim cakap kat emak

"enche'...biarlah hashim cari isteri lain yang ada budi bahasa yang boleh layan dan hormat mak"

Mak peluk dia mak kata janganlah.....jagalah muni elok2

Mak pandailah..takper ikutlah kehendak muni, asalkan dia bahagia

Mak pandai2lah jaga diri mak...

Tapi bila mak tengok dahmelampau sangat dia buat hashim

Memang mak yang suruh dia cari isteri lain

Mak dah tak sanggup tengok apa dia lalui

Mak tau apa dalam hati dia

Tu sebab lepas mak bagi izin terus dia cari jodoh dia

Mak tak sangka dia dapat orang melaka juga

ak tada tangan doa dan syukur bila hashim bagitau bakal isterinya orang melaka juga

Itulah antara sejarah sekelumit yg saya dapat sampaikan...

Dari banyak luahan hati mertua kepada saya sepanjang3 kali saya ulang laikumbai-ayer paabas sepanjang raya ni

Itu belum masuk versi adik angkat suami yang terpisah selepas hashim kawin

Semuanya angkara sikap tamak kerana enggan berkongsi hashim dengan pihak lain

Bukan sahaja dengan emak kandung dipisahkan, bahkan dengan adik angkatnya suami isteri

Yang peranannya dah kalah adik beradik kandung...

Juga dengan adik kandung hashim sendiri lain ibu yang sangat rapat dari zaman kecik2

Saya sendiri berbual dengan adik perempuan hashim yang beza dua tahun dari usia hashim

Telah lama terputus hubungan dengan abangnya sendiri semuanya angkara orang yang sama

Hanya bersambung semula selepas saya bernikah ini

Apa saya dapat simpulkan allah hantar saya benar2 punya tanggungjawab yang besar

Mak mertua saya nasihatkan saya banyak2 sabar andai saya mendapat cabaran dari madu saya

Saya tak dapat nak ceritakan detail kesemuanya

Hanya apa saya simpulkan....

Sekarang madu saya sedang berusaha keras menambat semula hati suaminya

Sedangkan hati suaminya sudah hancur lukuh, sudah pecah hatinya

Seakan tak boleh diperbaiki lagi

Berpuluh malah beratus peluang diberi dalam tempoh 20 lebih tahun kawin

Untk berubah, betulkan hati, jangan cemburu, jangan tamak...

Tapi perubahan paling lama tahan 3 bulan

Telah berpuluh kali dicabar ceraikan dia dan cari wanita lain buat isteri...

Namun suami sabar juga...

Tetapi dalam sabar2 itu,banyak kali suami merajuk dan tinggal bersendirian di apartment satu lagi

Berdekatan juga apartment yang madu saya duduk tu

Tapi acapkali suami merajuk tak balik, madu saya akan 'berlakon' (istilah yg digunakan oleh adik angkat suami dan mertua)

Sehingga masuk hospital....nampak kronik sangat2 sakitnya

Juga menggunakan anak2 sebagai umpan...anak rindu..anak sakit...anak menangis...

Akhirnya suami akan pulang semula ke rumah...demi anak2 dan kerana mertua saya masuk campur...

Dan peristiwa seumpama berulang lagi dan lagi...

Terkini pada subuh 16 sept pun madu saya jatuh sakit...sampai hampir suami tak jadi ke umrah

Tapi masa di KLIA sihat walafiat pulak dah...

Dan semasa suami di mekah ni pun method yang sama digunakan

Dimaklumkan anak lelaki no 2 demam teruk

Tapi mertua saya mengadu kat saya sihat walafiat anak tu sebab esok lepas kata demam tu

Elok pulak madu saya dan anak2nya datang ke rumah mertua...

Dan semalam madu saya sms suami bagitau dia pulak demam teruk...

Suami tak balas....dah jadi macam xde nilai...

Malah sepanjang saya bernikah tak miss sms dari madu kpd suami

Rindu, sayang, miss, tak sabar nak jumpa... Tak lalu makan....dan macam2 lagi 'provokasi' (istilah suami guna)

Dan puas saya paksa suami balas langsung dia tak hingin balas...malah katanya xleh layan...buang masa..sebab tu semua hipokrit

So apakah patut saya katakan....

Sebagai wanita dan isteri saya kesian

Saya hanya mampu doakan

Tak guna dia nak menyesal kerana Allah dah makbulkan

Malah dia pernah membuat cabaran supaya suami kawin lain dan ceraikan dia di tanah suci mekah di depan mutawwif

Selepas itu, balik ke malaysia tidak berubah dan dia masih mencabar lagi malah di depan mertua dan adik suami...malah dengan menjunjung quran

Nampak macam dalam drama kan?

Yer ini realiti sebenarnya...saya pun xsangka berdepan dengan kes begini pada orang terapat saya

Maka bagi elak menjadi dayus suami seberapa segera mencari isteri...selepas bersabar dan bertahan sekian lama

Demi anak2 dan maknya

Kerana itulah...selepas allah memberi jalan dan petunjuk serta memudahkan urusan dia memperisterikan saya

Maka dengan segera dia ke mekah semula....sepertimana janjianya sedepan kaaba masa mengerjakan umrah mac lalu

Janji bahawa jika dia diberi jalan keluar dan petunjuk dia akan kembali ke sana sebagai tanda syukur...

Alhamdulillah juga, selepas hapir dua bulan madu saya masih bertahan

Walaupun sikap ego, tamak dan tidak. Menjaga hati mertua dengan mengeluarkan kata2 yg mengguris hati mertua

Tetapi keseluruhannya dia telah banyak berubah...banyak sangat

Termasukla berat badannya turun 12 kg....(tapi suami kata sajer dia menyeksa diri tak makan nak cari sakit utk tarik perhatian)

Apapun selepas saya berjumpa madu saya....saya akui dia pandai berkata2...malah mak saya jumpa sekejap boleh buat kesimpulan dan minta saya berhati2

Tapi saya mengambil pendirian menjaga rumahtangga sendiri

Melayan suami sebaik2nya....dipihak dia terpulanglah bagaimana dia hendak berperilaku

Jika dulu lebih kerap makan diluar dari dirumah

Sekarang nampaknya dah mula memasak

Jika dulu baju dihantar iron ke dobi sekarang tidak lagi khabarnya

Malah sering tidak sabar menunggu gilirannya

Sedangkan dahulu tidur pun mebelakangkan suami

Sekarang terbalik 360 darjah

Malah suami terpaksa 'melayan' dia melebihi saya yang baru berumahtangga ini

Suami sebagaimana sikap dia yang jujur dan lurus serta tak suka mencari sengketa

Tetap meletakkan sikap berlaku adil kepada kedua2 isterinya...

Nanti sambung

Dalam hati ada rasa macam ta sesuai nak sambung cerita ini....rasanya cukuplah kot

Saya sepertimana mertua merasa bersyukur sekali kerana menjadi asbab mengubah suami

Suami saya sangat sedih bila bercakap tentang apa yang dah berlaku ni

Berkali2 dia berterima kasih dan bersyukur pada saya

Sebab sebelum raya, pada hari raya saya datang ke rumah mertua bantu dia melayan tetamu

Sehari sebelum raya saya bawa di pada tengah malam pergi beli daging ditempat penyembeliha lembu

Yg mana suami saya sendiri pun tak pernah bawa mak dia

Saya juga bantu pasangkan langsir satu rumah

Malah pada raya ke 5 saya bawa dia renew lesen perniagaan dia di SSM

Sebab dia ta berapa sihat nak memandu jauh...

Berkali2 suami cakap....wa tolonglah abang khidmat mak...syurga abang bawah tapak kaki dia...

Abang tak dapat bantu tahun ni...

Alhamdulillah juga saya dah minta dia buat korban di rumah mak dia raya haji ni

Terus dia bersetuju...bercahaya wajah mertua dengar anaknya nak buat korban di situ tahun ni

Sebab sebelum ni setiap tahun korban di perlis...

 Wassalam

1 comment:

Jiji said...

banyk iktibar boleh amik ni kak wa, kadang allah campak kita dlm keadaan tertentu ada hikmah yg kita sendiri tak terfikir.. cuma cara kita berfikir utk terima sesuatu keadaan sebagai dugaan atau hikmah.

akak biasa biasa saja la dgn madu... dont try too hard to fix their relation ship... takut lain pulak jadinya.

selamat hari raya kak wa@!~