Wednesday, August 15, 2012

Macam2 dirancangnya.....i follow jer...

Assalamualaikum w.b.t

Lepas suami masuk dalam hidup saya nampaknya dia cuba manage hidup saya bagi teratur

Juga hidup dengan lebih berkualiti

Hampir kesemua yang saya sebut jika boleh dan mampu akan dipenuhi

Mula2 hal kereta

Sejak duduk kajang ni, saya terpaksa menempuh jam waktu pergi dan balik di lebuhraya kajang-putrajaya tu

Dan malangnya saya tekah mula sakit lutut

Keadaan itu menyebabkan datang idea suami suruh saya tukar kereta

Dia yang berikir dan tiba2 datang idea suruh tukar CRV honda

Saya ni macam orang mengantuk disorongkan bantal

Yerlah saya memang nak kereta2 jenis tinggi/4wd

Sebab dah biasa bawa kembara sebelum ni dan bawa serena suami (ex)

Tapi selepas seminggu suami buat perkiraan dan survey

Rupanya belum ada rezeki

Kemudian dia datang dengan idea nak tukarkan gear box manual kepada auto

Saya follow jer

Asalkan ianya baik, selesa dan mudah untuk saya

Bab tukar kereta diminta saya bersabar setahun dua lagi

Saya pulak lepas dia kuarkan idea crv tu mulalah terbayang2

Tapi suami pulak katanya membazir sebab sentra harga market value rendah

Kembara pulak xlaku

Kalau nak ambik crv down payment 30k sebaik2nya

Supaya bulanan saya bayar 1700 jer...untuk tempoh 7 tahun

Suami kata untuk 30k dia laburkan adalah tak berbaloi...dengan suasana sekarang

Saya cakap kat dia tutup buku jerlah...

Penyudahnya dia belikan saya bandage lutut sampai dua suh pakai kiri kanan agaknya...

Bulan 9 suami akan mula kerja secara berkala, 2 minggu kerja out station di JB

Dan 2 minggu cuti....

Makanya dia akan ada masa free yang panjang

Katanya akan uruskan kembara utnuk ditolak ke kedai dan urus tukar gearbox auto untuk sentra

Buat jerlah apa sahaja....

ANJAKAN

Raya2 sebelum ni semua atas pundak saya

Raya kali ni berlaku perubahan 360 darjah

Baju, kasut saya, hani dan mak saya semua dia yang bayar

Serius, saya tak pernah tak keluarkan gaji dan bonus selama ni

Malahan memang tertunggu2 duit tu utk tampung semua keperluan

Tapi sejarah betul bulan ni, bonus dan gaji masih tak usik

Tapi akan berusik juga dalam sedikit masa ni...

Sebab persiapan raya utk rumah saya di kampung belum beli lagi

Kuih raya semua dah beli

Guna duit2 yang dia beri tulah...

Malah tukar note raya pun dia buat

Saya akan kenduri kesyukuran 9 september

Pun dia dah beri siap2 kos kenduri takut meninggal katanya

Dah tu, tadi bank in lagi seribu untuk belanja sepanjang dia takde 12 hari

Memandangkan masih tak keluar bonus dalam hati ada hajat nak beli bekas kuih correlle sebab xcukup set lagi tu

Rumah mak saya kat kg tu merangkap rumah saya pinggan mangkuknya masih kat rumah kakak

Yang ada untuk pakai seharian jer

Serba salah juga nak ambik

Maka saya akan bawa bekas kuih dan casserole yg suami beli utk diguna di kampung

Kat kampung balik last week suami ajak pergi tempah grill, untuk 4 tingkap dan dua pintu

Kena RM1200, dia juga yang bayar

Lepas raya ni dah sebut nak pasang aircond kat rumah kampung tu pulak....alahai

Beberapa hari lepas dia ajak saya ke giant rupanya dia nak beli microwave

Sebab lauk2 baki berbuka susah nak dipanaskan

Saya halang dia...dia nak beli juga, saya kata beli oven jerlah saya boleh bakar biskut

So belilah oven, pun saya tak pakai2 sampai hari ni

Mula2 hari tu saya rasa yang duit boleh beli bahagia

Apa saya nak semua dia boleh lunaskan

Tapi masuk bulan kedua saya rasa dengan cara pengurusan kewangan dia memberi beban kepada saya

Terfikir adakah dia nak beli jiwa saya dengan membelikan apa sahaja saya mahukan?

Sebenarnya ada benda dan keinginan saya yang bukan boleh ditawarkan oleh duit

Saya akan ambil sedikit masa untuk muzakarah dengan suami

Entahlah apa saya nak saya sendiri keliru...

Allah bagi saya dua situasi yang contra amat

Yang ni sayang saya sangat.....

Tunaikan apa sahaja hajat saya

Asyik minta maaf...

Yang dulu...(ah pandai2 lah fikir sendiri)

Saya sendiri merasa bersyukur amat...

Semalam saya ada program berbuka puasa di rumah orang2 tua

So suamilah yang membeli juadah berbuka dan melayan mak dan hani

Apa hani sebut nak makan dia usahakan

Sampai 3 bazar ramadhan dia pergi semalam sebab nak cari ayam rangka untuk hani

Suami tunggu saya sampai 9.30 sebab nak makan sama2 saya

Walhal saya da melantak dah berbuka kat rumah sri kenangan tu

DAH CONFIRM

Sejak tahun lalu saya memangku gred 48

Baru last 2 week dah dapat surat mengesahkan kenaikan pangkat ke gred 48

Berkuatkuasa 1 mei 2011 kot...xbaper ingat

So sekarang saya dah layak dipertimbangkan untuk jawatan gred 52....syukur2

Sekadar berkongsi dan sekadar tulis sebagai kenangan

Gaji remain jer sebab sebelum ni memang dah dpt elain memangku

Tu jer nak shareberita gembira

Dan saya ada cakap secara lisan dengan timb pengarah HR saya nak tukar

Katanya kalau nak tukar, jadi ketua cawangan Taiping bolehlah

Adoi kalau masa bujang bagus sangat tu

Dah nikah pulak baru ada peluang

Suami kecik ati kata tindakan saya nak pindah sebab saya 'nak lari dari orang tua ni'

Saya sebenarnya sedang hadapi silent confrantation dengan dua anak buah

Kedua2nya bersengkokol mengutuk saya

Saya rasabaik saya undur diri

Saya malas nak berhadapan dengan mereka yang cetek pengalaman

Tapi perasan diri bagus

Ahhh mengutuk di ramadhan ini plak...

Susah jadi leader....

Nota kaki: tujuan saya catat disini bukan utk riak ker apa, dari dulu mmg saya transparent, masa xelok rumahtangga dulu saya cakap benar, begitu juga yg ini, saya cerita secara telus tanpa ada niat lain. Banyak lagi kebaikan dan kemurahan hati dia yg saya skip sebab nanti nampak terlalu over...

3 comments:

Mutiara said...

Selamat hari Raya Wa.Saya mintak maaf jika komen2 saya tidak menyenagkan Wa. Sebenarnya saya ni iklas seiklas2nya cuma saya tak tahu nak cakap berbelit2. Saya jenis straight to the point.
Saya fikir suami sekarang pernah merasa kesengan hidup dan dia ingin Wa jugak merasainya. Dia rasa kalau boleh nak bagi Wa rasa senang dan mudah hidup selagi tulah dia nak berikan sebab dia mampu. Jangan salah erti niat baik dia.
Bagi saya microwave tu satu keperluan, sebab masak memasak mudah terutama memanaskan makanan dan tidak membazir. Gaya hidup suami Wa adalah seperti gaya hidup saya, semua kemudahan ada. Saya anggap semua yg dia beri itu adalah keperluan asas/basic. So jangan memikirkan benda2 yg negatif yg terbit dari pertukaran cara hidup ini.
Tentang tukar kereta kepada auto tu memanglah sangat perlu tapi kalau kewangan tak termampu, kena tunggulah.
Saya rasa kebahagian Wa dgn suami ini akan kekal jika Wa sabar dan tunggu/lihat dan perati/observe peralihan kehidupan Wa yg dulunya selalu tertekan financially, dan emotionally.
Saya rasa hani pun merasa gembira dgn situasi sekarang, tidak lagi dia menjadi dewasa melayan kerenah Wa seperti dulu. Biarlah kehidupan Hani tidak tertekan melihat ibunya bahagia.Dia akan bahagia bila ibunya bahagia.
Sekian
Selamat berhari raya.

Irfa said...

selamat hari raya kak wa ;)
maaf ye kalau ada kasar bahasa selama jd pembaca blog akak ni

jiji said...

kak... penulisan ada jiwa.. u can be mushy ..emo.. childish blabalbla.. sy baca dan komen respon terhadap apa yg ditulis.. bukan kasi markah pon kak wa.. kalo akak rasa nak simpan kenangan (atau feeling) tu tulis je. tak suka saya, tak baca... takan saya nak suruh akak stop tulis semata-mata saya tak suka apa yg saya baca.

Mmg laa nampak mcm over... tapi dah mmg akak asa mcm suami akak tu layan akan berganda baik dari yg sebelum.. sy rasa tak salah akak nak tulis sb sebelum ni pak haji tak buat mcm tuh.