Wednesday, August 29, 2012

Kepulangan Yang Tertangguh

Assalamualaikum w.b.t


Asalnya dijangka balik pada 27 Ogos

Tapi tangguh 29 Ogos

Tapi semalam petang dimaklumkan tangguh 30 Ogos

Subuh tadi pulak dimaklumkan lagi hanya akan sampai 31 Ogos

Adoi geramnya...

Susah benar nak dapat jumpa en suami

Rindu dah bersarang

Geram pun ada...

Nak salahkan siapa pun tak tahu

Bila tertangguh kepulangan maka aturan giliran pun terpaksa diubah

Banyak benda nak kena diatur

sebab minggu berikutnya rumah saya akan buat kenduri

Ada beberapa benda nak kena atur dan ubah

malah mak mertua pun dah standby menyambut kepulangan anak kesayangannya

nak beli tulang nak buat sup tulang kesukaan suami

yang saya pulak dah plan nak masakkan mak mertua asam pedas tetel

tapi nampaknya semua plan kelaut

sebab suami hanya akan balik pada hari Jumaat

Giliran saya jumaat dan madu saya sabtu, hanya hari ahad baru dapat balik rumah maknya

susah juga suami aturkan...

kesian...

Tapi bab mak mertua di sini saya aturkan di sini

saya kerap menelefon dia, bukannya apa....kalau saya tak call dia akan call saya

hanya luahan jer di sini

Letih menunggu dari hari isnin, hari yang sepatutnya suami pulang

***update terkini

Subuh tadi suami viber bagitau tangguh lagi

Tangguh ke 2 Sept pulak dah

Katnya flight yg di charter oleh agent tidak dapat kelulsan penerbangan

Group dia 400 orang yang terkamdas akhirnya 100 berjaya lepas

Dibawa dengan pesawat SIA

Visa patut tamat hari ini telah dilanjutkan permohonannya

Makanya ahad lah baliknya itupun kalau dapat

Pun xconfirm lagi

Adoi mencabar kesabaran sungguh




Wassalam

4 comments:

Jiji said...

ehem rindu yg bersarang hahahahahah lama tak dengar ayat tu

Anonymous said...

Wa, ni baru penangan cinta yg betul2 punya... Hahaha.... Happy for u!!

Ina

Luna said...

mesti ada hikmahnya tu..nak2 yg berkait dgn Tanah Haram. cuma kita lum nmpk hikmahnya.

Irfa said...

oh rindu la ni :)