Thursday, August 9, 2012

Tolong doakan Hani

Assalamualaikum w.b.t


Hani exam hari ini

Subjek apa yang dia exam saya tak pastilah

Sebab takde akademik di madrasah tu so nak bagitau pun xreti

Tapi hani ada cerita subjek utama alquran

Ustazah akan check hafalan dia sejauh mana yang dia dah hafal

Setakat ini hafalan dia dari juz 30 hingga 26

Selain tu ada bahasa arab, bab2 dalam taklim (buku)

Ada bahasa inggeris

Dan tak taulah apa subjek lain lagi

Berkali-kali bagitau saya suruh doakan dia berjaya

Berjaya dapat nombor satu pulak tu

Mula-mula terkejut juga sebab aim dia tu terlalu hebat

Sedangkan dia masuk pertengahan april, dan usia dia paling kecil

Ada sorang lagi, hikmah nama dia tapi hikmah ni size badan dia macam budak darjah 6

So pada mata saya hani masih terkecik dan di sana pun memang kakak2 situ layan dia macam kanak2

Bercakap pasal hafalan quran, hani diberi ajaran berbeza dengan pelajar lain

Untuk hani seorang ustazah beri tumpuan khas

Jika pelajar lain hanya menghafal separuh atau satu mukasurat setiap hari

Hani pulak akan menghafal lebih dari mereka

Malah setiap hari hani akan mengulang hafalan dari juz 30, bermula dengan surah annas

Juz 29, juz 28, juz 27 dan juz 26 serta 4 surah penting-Dukhan, Yaasin, Waqiah dan sajadah

Makanya setiap hari sekurang2nya dua jam dia akan mengadap ustazah

Dan membacakan balik semua hafalan dia dalam 3 sessi

Tu sebab setiap kali jumpa dia suara dia serak memanjang

Saya pelik juga bila tau hani dibeza2kan dari pelajar lain

Hani kata kakak2 kat situ kata Hani dapat layanan khas

Ustazah target dia untuk cepat khatam

Sampaikan kerja2 Hani Ustazah take over

Ustazah pulak sidaikan kain, basuhkan baju hani

kemaskan katil/cadar hani

Saya tanya Hani tak stress ker, hani kata "tak"

Cuma dia kata dia jeles dengan pelajar lain

Sebab diorang boleh main, boleh bercakap

"kakak asyik2 mengaji, 24 jam mengaji jer, takde masa nak main langsung"

Saya tanya dia semula, kakak nak ker ammie cakap dengan ustazah

Bagitau supaya hani tak perlu baca start dari juz 30 sampai juz yg kakak hafal tu macam kakak2 lain

Hani kata , 'tak payahlah ammie, kakak xde masalah hafal tu, cuma kakak jeles jer'

Kakak pelik kenapa diorang boleh bercakap depan quran, diorang tak hormat quran'

Saya kesian juga dengan hani tapi lepas saya selami hati dia

Sah dia tak tertekan kerana terpaksa menghafal setiap hari malah mengulang setiap bacaan dari juz 30

Cuma dia jeles kenapa pelajar lain tak dibuat cara yang sama

Saya jelaskan pada dia, maybe ustazah pilih kakak sebab kakak mampu

Dan maybe ustazah tak nak kakak  dah hafal nanti tapi terlupa semula

Tu sebab ustazah hari2 ulang hafalan tu supaya kakak ingat jer

Saya syak ustazah nanti bila hani habis hafal, dia nak hani dapat ingat

So takdelah ambil masa lama untuk mengulang semula dari juz yg mula2 hafal tu lagi

Tapi memang kesianlah sebab setiap kali jumpa suara dia serak sebab mengaji banyak sangat agaknya

Dan dia kata dia selalu mengantuk

Walhal katanya cukup tido

Tapi saya rasa mengantuk sebab bulan ramadhan ni

Bangun jam 4 pagi

So kawan2 tolonglah doakan hani punya hasrat tu untuk dapat nombor satu

Dia yakin dapat nombor satu sebab katanya pelajar lain tak selancar dia hafalannya

Yerlah sebab pelajar lain hanya mengulang hafalan pada hari berkenaan sahaja

Yang hani pulak menghafal mula dari hari pertama dia mula menghafal

Saya sangat harap agar hasrat dia nak no 1 berjaya supaya motivasi dia meningkat

Insyaallah...moga2 allah makbulkan doa anak kecil yang mujahadah nak jadi hafidzah ini....

dan target dia nak khatam quran pada usia 10 tahun berjaya

pada masa ini, saya beri dia dua quran, satu quran versi penuh

satu quran versi siap terjemahan
memang dia yang minta sebab dia nak tau setiap tajuk surah tu...

saya dah bagitau dah dia, selain hafal kena menghayati dan memahami apa sebab dia menghafal

dan insyaallah Hani faham sebab dia menghafal dan dia tak rasa tertekan langsung

sebagai ibu dia saya sendiri kagum sangat dengan kesungguhan dia

tak pernah rasa menyesal memilih jalan/cara ini

selalu muzakarah dan muhasabah serta introspeksi dengan hani tentang halatuju masa depan dia

dan dia sangat jelas, jelas sebab dan jelas kemana haluan dia selepas ini

Alhamdulillah kakak dia, Iza banyak membantu memberi kefahaman kepada dia

Ameeen...alahai bergenang air mata buat entry ni...

3 comments:

Irfa said...

kak wa..
ari tu anak dara saya kol bagitau 'umie..kakak dapat no 1.baru kakak tahu mcm ni rasanya kalau dapat no 1'.saya gelak dalam tangis.sbb sekolah lama dulu dia tak penah dapat no 1..tup-tup skolah kat kg dapat ni 1,mesti la dia terkejut.

saya tumpang doa dgn izin Allah juga moga hani berjaya dapat no 1 nanti

Zareda Norman said...

salwa

mudah mudahan hani berjaya dapat no 1 insyaallah..

Cik ika pun tgh stress dengan exam persediaan upkk. Doa ibu paling mustajab..

Anonymous said...

Ya Allah ya tuhanku, ku memohon agar diberi kejayaan yg cemerlang buat hani... Semoga kejayaan cemerlang itu akan mendekatkan lagi hani dgn Mu ya Allah... Ameen

Ina