Tuesday, April 5, 2011

Lagi dimanja lagi diingat ayah

Assalamualaikum w.b.t


Saya nak bagitau lago situasi hani


Saya rasa apa mak andeh cakap tentang emosi hani tu betul sesanagt


Selama ni hani jarang cakap rindu kat ayah


Tapi kenapa agaknya lepas semua ni baru dia meluah perasaan dia?


Adakah sebab berjumpa sekejap ayah dia isnin minggu lepas tu?


Sabtu lepas saya bawak dia gi office


Dia sibuk mengaler buku saya pun tanya dia


Betulker kakak rindu ayah?


Nak tau apa dia jawab?


Dia jawab, betullah ammie, memang tiap2 malam nak tido tu kakak mesti ingat ayah


Kakak mesti nangis sekejap sebelum tido bila kakak teringatkan ayah


Saya tak terkata apa saat tu


Saya tak mampu nak jawab apa pun


Yang mampu saya buat adalah menangis


Bila saya menangis dia pun menangis sama


Saya terdiam kelu lidah hani pun diam


Dalam lelehan air mata dia sambung mewarna


Walaupun saya dah berkali2 terangkan pada dia


Hubungan dia dengan ayah takkan putus sampai mati


Dan berkali2 saya suruh call @ sms tetap yg keluar dari mulut dia takut


Berkali saya balas semula tanya kenapa?


Dia tetap jawab entahlah kakak takut tapi kakak rindu ayah


Dalam saya diam menangis dan dia pulak menyapu2 air mata dia


Pantas tangan saya capai hp


Tak tahan lagi saya tanggung semua ni


Saya taip sms pada ayah dia


Saya kata 'tolonglah call anak dia rindu jangan jadikan dia mangsa keadaan walaupun ikut hati saya nak sebut nama ayah pun saya tak hingin! Tapi demia anak bairalah sauya mengalah. Guna nombor ni utk call dia'


Saya send tapi atas kuasa allah tak tau kenapa sms tu xsend pun


Sebab lepas sya send saya tggu dia reply xde pun


Saya cek semula tfk error


Rupanya xdi send pin saya terus padam sms tu


Keadaan hani pun dah lega saya pun syukur juga xsms


Saya bertahan jer ni


Bolehker saya send sms bagi pihak hani secara diam2 suh dia call hani


Saya yakin sangay demi hani dia akan call


Sebab ikut kan dia cepat tersentuh kalau libatkan emosi hani


Sebab dlm bnyk2 anak dia pernah cakap kat saya hanilah yg paling tak bermasalah


Xmenyusahkan dia sihat pandai xberpenyakit matang dan tak manja gedik berlebihan sopan


Apa saya nampak pada dia hani istimewa dari anak2 lain


Istimewa sebab hanilah paling minima yg menerima kasih sayang dia


Iza tido dengan dia setiap mlm sampai umur iza 12 tahun


Angah dan along pun belas tahun umur baru dia bercerai


Anak2 dengan aza pun sebelum2 ni melimpah ruah kasih sayang sampai jadi rebuatn


Sebab cik ayang dan tok melah mak aza manjakan diorang


Sebaliknya hani all the time dengan saya semata2


Tu sebab dia akan terasa cepat sesuatu berkaitan hani


Sebab dia dapat rasa hani langsunh tak menyusahkan dia


Malah dia pun tak pernah marahkan hani


Masa hani dan ayahnya berdua mmg dia dimanjakan


Selain sebab dia jer sorang anak kat sini xde nak berebut dgn sapa2


Hani juga kalau ayah dia tanya soalan secara serius mmg akan sensitif


Cnth: kakak berapa kali ayah nak cakap ni? Tu pun dia blh menangis


So ayah dia mmg dengan dia kalau bercakap automatik ayah dia guna suara manja


Suara keanak-anakan


Cnth: anak ayah nak makan apa sayang?, Kakak kakak, apa kita nak buat hari ni ek?


Intonasi ayat2 di atas tu disebut secara manja dan mesra


Tu sebab saya memang tak heran kalau dia nak rasa rindu dengan ayah dia


Sebab dalam jiwa dia ayah dia memang insan yang paling baik melayan dia


Walaupun jarang bawak jalan xde belikan apa2 pun


Tapi layanan dan percakapan ayah dia tu dah cukup menambat hati dia


Tambah2 nak tido memang ayah dia akan cakap2 dan peluk dia sampai dia tertido


Makan pulak kalau ayah ada memanh makan bersuap. Tulah agaknya dia rindu saat2 tu


Semalam dia tiba2 cakap kat lagi saya ayat power dia


Power sampai saya tak boleh elak dari keluarkan air mata


Dan sekaligus buntu xtau nak. Respond macamana dah


Dia tiba2 cakap 'kakak sayaaaangggg sangat kat ammie'


Saya pun jawab ala kadar jer 'ammie pun sayang kakak'


sebab dia memang suka cakap ayat macamni I love u lah sayanglah


Tapi dia sambung lagi kali ni


Tapi sayang ammie tu tak cukuplah sebab ada sorang lagi yang kena sayang kakak


Iaitu A-Y-A-H, kali ni dia eja huruf tu sebab taknak saya marah @ dpt reaksi boring dari saya kot


Saya diam jer mula2 pastu saya cakap kat dia kakak call lah ayah mesti ayah jawab


Tapi dia marah2 saya pulak kata taknak taknak


'Kakak takut tapi rindu' tu ayat dia


Apa lah lagi saya nak buat?


Sabtu dan ahad baru ni saya sibukkan dia


Dua2 hari pergi joging


Sabtu joging di presint 15 dengan Pnut and family


Ahad pagi2 saya angkut bawak ke Taman Cempaka depan PKNS bangi


Sampai jam 12 pastu terus ke pesta Buku di PKNS


Ahad tu saya tanya dia malam tadi malam tadi sblm tido kakak nangis tak rindu ayah?


Owhh tak ammie tak sempat sebab kakak letih sangat terus tertido jer


Lega saya sebab dah ada cara nak buat dia xnangis sendiri sblm tido sebab rindi ayah


Tapi malam tadi dlm perjalanan bawak yaya ke klinik


Dia kuarkan lg ayat power


Ammie, 9 tahun ni kakak nak masuk madrasah tau


Ahh sudah, sah2 kalau masuk madrasah maksudnya dia nak masuk tempat yg sama dgn syakirah


Maksudnya duduk dengan ayah dialah


Pastu saya diam dan angguk jer xnak rosakkan apa yg ada dlm hati dia


Dia cakap lagi


Tapi ammie datang tiap2 mggu tau tgk kakak


Yerlah saya jawab ringkas jer xnak dia terasa


Bahawa saya sbnrnya mmg nak jauhkan dia terus dr ayah dia!


Ikut hati saya mmg nak seksa pak hj biar dia xblh lgsg tgk hani sampai dia mati!


Tapi berbaloiker sebab nampaknya bukan saya seksa pak hk tp hani plk yg terseksa


Taip dr hp jer dlm samar subuh dr atas tilam. Sambil menyapu lelehan air mata kenang nasib hani dan buntu xtau nak buat apa?


Wassalam

6 comments:

Cool said...

Kak.


1.
Dia bukan taknak call ayah dia kak... akak perasan tak dia cuba taknak sakitkan hati kak wa.

Kak wa kena bg tau dia "Ammie suka kalo kakak call ayah... or Ammi tak marah akak call ayah"

perasaan dia dah fragile abis!

sy pernah rasa perasaan mcm tuh... semata-mata nak jaga hati seorang mak... dlm dia bunuh perasaan dia terhadap ayah dia.

MOKCIK AZWA said...

Kasihan sungguh dengan Hani. Setuju dengan Jiji.. Salwa kena yakinkan Hani bahawa hubungan dia dengan ayahnya tetap kekal, walaupun hubungan Salwa dgn suami sudah berakhir. Galakkan Hani sms atau call ayah dia sendiri.

Yang si ayah pula..kenapalah sanggup buat anak macam ni. Tapi agaknya dia dah lali dengan keadaan macam ni.

Biarlah Salwa, yang penting Salwa jaga diri Salwa dan Hani sebaiknya.

Pnut said...

Kasihan pula dengan hani. tapi ayah dia pun satu, takkan nak call anak pun nak kena suruh? kejam betul la.. sakit hati betul..

Hani tu ayah dia satu je.. ayah dia tu lainlah anak bersepah.

Hari Ahad kami ke presint 15 lagik, tp tak jogging, main badminton je, lps main badminton baru kami jalan-jalan je...

MA said...

Hani sangat-sangat keliru.

Anak kecil cuma boleh sesuatu perkara melalui satu sudut. Apa yang ada depan mata. Jadi dia amat keliru kenapa ayah yang begitu menyayangi dia, yang pada pandangan dia sangat perfect, beragama, alim - tiba-tiba pukul Ammie dia.

Cuba letak diri kita di tempat Hani, tentu keliru tertekan, takut dan macam-macam perasaan lagi.

Alangkan kita yang tua ini, contoh kata lah - ada husband/boyfriend yang perfect di mata kita dan tak ada cacat cela...tiba-tiba kita find out dia sebenarnya kaki pukul, penyangak etc...terkejut tak? Imagine perasaan berdebar-debar, denial, keliru marah etc...

Ini pula Hani, yang masih kecil. Jangan sekali-kali lupa Hani baru 7-8 tahun. Tak sama dengan keupayaan emosi kita yang dah 30-40 tahun hidup di dunia ini dan dah melalui macam2 pengalaman.

Macamana nak tangani masalah emosi ini..cuma Salwa tahu isihati Hani. Tapi apa yang saya boleh sarankan ialah, leka-kan supaya dia tak ada masa nak ingat atau layan perasaan ini. Lama-lama dia akan jadi biasa.

Pasal nak call atau tidak, kalau lahabau tu sendiri tak ada keinginan atau usaha nak tanya kabar anak itu, then be it. Nanti kalau Salwa saja yang beria, nampak mcm terhegeh-hegeh pulak kat dia, more points to his ego.

Move on with your's and Hani's life. Hani will turn out fine, so long Salwa terapkan all kasih sayang dan positivity to her.

Good luck.

oren said...

tak yah la sms pak aji...nnti dia cucuk jarum lagi..itu hal hani dn ayahnya, biarlah depa yg usaha buat camana pon..

at the same time, akak bleh ingatkan hani suh call ayah dia, walopun asik cakap rindu, tapi takut..nmpak sgt dia konpius..

Irfa said...

kak wa..
perangai Hani ni macam anak sulung saya aina..seboleh mungkin taknak kecikkan hati saya..w,pun saya selalu marah dia atas sebab kecil tapi dia mesti akan berlembut dan berhati2 bercakap..kdg2 saya rasa macam nak masuk dalam kepala dia.nak tahu apa sebenar dai pikir psal umienya yg sgt garang ni..

setuju ngan Jiji :-)