Wednesday, April 20, 2011

Insyaallah esok harinya!

Assalamualaikum w.b.t


hari ni ada bengkel sehari di Jalan Duta.


Pastu dapat panggilan dari Mahkamah Syariah Putrajaya


Mengingatkan yang esok kes sebutan saya


Teru saya tanya defendan dapat dihubungi @ tidak?


Kata yang menelefon tu, lepas hubungi saya baru dia akan hubungi defendan


Petang sikit saya pun sms tanya dia datang tak?


Cepat jawabnya, "insyaalllah datang terus ke mahkamah"


Tak lama (petang dalam perjalanan balik ke Putrajaya) dia sms bagitau


Kalau hani nak ikut, esok dia boleh bawa Hani ke Kota Bahru seminggu


Minggu depan dia akan keluar 40 hari, Jumaat akan hantar ke sini semula


Tapi saya fikir-fikir takut pulak kalau dia ambik hani terus


Bukan boleh percaya


Dipujuk2 Hani masuk madrasah nanti, melepas pulak saya


Bila ambik hani aya tanya dia nak ikut ayah ke Kota Bahru ker?


Teruja betul dia, first impression dia memang nampak riak gembira bile dia dengar ayah nak bawak dia ke Kota bahru


Saya pulak cuak, takut betul nak kehilangan hani


Saya sebenarnya ada bagitau hani pasal kes esok ni


Dan saya tanya dia nak ikut tak....


Punca tercetus ajakan tu sebab saya taknak pak hj citer benda bukan2 kat court


At least bila dia nampak anak dia takdelah nak bukak citer bukan2


kalau dia ada hajat nak citer keburukan2 saya sepanjang 10 tahun ni lah


tapi bila fikir kesan pada emosi hani bila dia berhadapan keadaan macamtu terus saya batalkan


hani kecewa sebab bagi dia pergi mahkamah tu menyeronokkan agaknya


walaupun hani dah banyak kali juga ikut saya ke mahkamah sebelum2 ni, tp tu mahkamah jenayah


tapi masa tu kes rasuah, dia duduk dengan saksi dan pegawai SPRM kat bilik saksi


kali ni saya bagitau dia ajak masuk dalam court dengar sendiri


Then saya fikir balik xjadiklah saya bagitau dia semula.


Dia kecewa tapi lepas saya jelaskan yang saya taknak emosi dia terjejas


Sebab tak tau lagi apa yang berlaku


saya taknak dia nampak yang saya dan ayah dalam keadaan berbeza


Akak anggaplah ammie dan ayah macam dulu jer...


entahlah saya pun keliru tak tau nak terangkan pada hani macamana


Buat masa ni dia saling berbalas sms dengan ayah dia


Ayah dia masih cuba nak ajak dia ikut ke KB


hani plak bagitau dia takut nak bagitau cikgu untuk minta cuti seminggu


Tapi saya percaya hani nak jaga hati saya


Sebab saya bagitau dia yang saya takut sangat kehilangan dia


Saya takut dia terpedaya dengan pujukan ayah dia


Mana tau bila pergi madrasah tu nanti terus terbuka hati dia nak masuk terus


Kan dalam hati dia memang dia nak masuk madarsah


nak2 nanti dia tengok situasi madrasah tu sesuai dengan citarasa dia


Dia suka suasana kekampungan dan dia juga suka suasana madrasah


Pernah dia bagitau saya dia suka tengok budak2 lelaki pakai kopiah dan jubah


Muka bersih2 jer kan ammie? tu kata dia


tambah dia lagi, "tak sama kan muka diaorang dengan budak2 lelaki yang kat shopping complex


kakak suka tengok muka diorang bersih2 jer


Sekolah hani ni dekat dengan asrama anak2 yatim darul Fuqaha, memang budak2 lelaki situ berjubah bagai berkopiah bersih2 muka diorangf, muka2 hafal quran


So hani kalau ke sana sah2 memang dia cair punyalah...


Risau sangat....


hani bila tau saya susah nak lepaskan dia pergi, dia memang terkean


mula2 dia bagitau saya, tak..kakak janji kakak takkan terpengaruh dengan pujukan ayah


kakak akan balik juga, ammie jangan risau...sekejap jer kakak pergi


Tapi bila dia tengok saya sedih...dia pun serba salah


Sudahnya saya bagi dia buat keputusan


saya suruh ikut gerak hati


tapi masa ni hani dah buat keputusan


Dia taknak pergi....


tapi malam ni ayah dia dah sms tak taulah tunggu esok jerlah


Apa pandangan anda?


nak bagi ikut ker tidak????


Serba salah sangat...


esok hari yang sibuk, malam jam 9 saya akan ke kapar kelang


Esok saya kerja juga...


kalau nak bagi pandangan boleh bg thru hp saya


BB pin number 2572F97E, hp num 019 6996901


Wajar @ tak saya lepaskan hani seminggu????


saya hanya ada esok pagi jer utk buat keputusan...


Wassalam

1 comment:

MOKCIK AZWA said...

Alahai...hari ni baru dapat masuk ke sini. Apa jadi kes pada 21/4? Macammana dgn Hani?