Friday, April 1, 2011

rindu seorang anak

Assalamualaikum w.b.t


Kawan yang dikasihi


Saya nak minta pandangan


Saat ini air mata saya mengalir


Bukan kerana kesal


Jauh sekali nak berpatah balik dgn keputusan yg tlh dibuat


Cuma kesedihan seorang ibu melihat anak yg rindukan ayahnya


Apa saya perlu buat?


Hani jarang bersuara tentang ayah kecuali bila ditanya


Itupun jawapan dia kalau ayah ada kakak sayang


Kalau ayah takde kakak tak rindupun!


Justeru saya positif dan xkisah tentang perasaan dia


Tapi tadi lepas buat homework tiba2 dia bersuara


"Kalau kat PD kan ammie ayah mesti belikan satay kakak suka satay"


Saya tanya dia kakak nak stay ker, kenapa tak cakap dengan ammie?


Berapa banyak satay pun ammie boleh belikan


Pastu saya cakap kalau bgtau awal boleh gi pasar malam


Dlm pada tu, dia terus sedih bergenang air mata


Saya tak sangka dia sedih saya rasa bukan satay yg diingat tp suasana duduk dengan ayah


Saya sedih dan saya terus peluk dia lama-lama


Saya gosok belakang dia sampai dia okay


Hati ibu mana tak terguris?


Saat ni saya menaip dlm gelap guna BB jer


Baru lepas tidokan hani


Lately ni entry saya buat dr atas tilam dari dalam court pun ada


Masa kerja pun ada sebab saya guna BB jer


Saya sangka ingatan pada ayah dah tak berbangkit


Tapi sebelum tido sekejap ni lain pulak dia cakap


Sampai saya terkedu, berpaling dan dlm gelap saya $enitiskan air mata lagi!


Hani cakap sambil menghadap dinding


Ammie kakak rindulah


Saya dah agak dah!


Saya terus tebak soalan pada dia


Rindu ayah ker?


Tak, jawab dia sambil menafikan


Saya jawab balik


Kakak rindu nak tido dengan ayah kan?


Dia jawab, ha'ah


Saya memang dah agak dalam samar cahaya dari air muka dia saya boleh baca


Saya tak salahkan dia langsung


Hani memang lahir dengan jiwa sensitif


Sensitif tu diwarisi dari genetik ayah dia kot


Sebab saya lebih kebal


Saya terus cadangkan suruh dia call


Sebab saya dah topup credit dia RM10 xguna pun lagi


Tapi dia xnak plak mgkin serba salah tu


Sebab lepas isyak tadi saya tunjuk kat dia muka saya yang lebam


Dengan warna biru kehijauan di pipi yg kena tumbuk tu


Saya tak perasan lebam tu kbetulan td tgk cermin


Di bilik miss conquer ternampak lebam tu


Patutlah sakit


Hani plk tanya sakit tak ammie, saya jawablah sakit!


Saya plak tnya perasaan dia pd ayah lepas tau ayah dah tumbuk ami


Dia jawab 'kaka takut lah dekat ayah sekarang'


Saya tak tau nak buat apa


Saya kesian sangat dengan hani


Mesti dia rasa kehilangan


Dahlah dia baru jumpa ayah isnin baru ni


Tak sempat bermanja bergurau masih malu2


Sebab baru jumpa pagi tu sekejap dah berpisah


Tiba2 tau amie kena tumbuk


Bagitaulah saya haruskan saya biarkan ajer sampai masa dan keadaan menentukan


Biar dia lupa semuanya?

Wassalam

7 comments:

Mutiara said...

Salam Salwa
I fikir,Salwa tenangkan fikiran dan emosi Hani. Lebihkan perhatian kepadanya dan beritahu dia keadaan ini hanya sementara. Dia bila2 masa boleh hubungi ayahnya. Kecuali jantan dayus itu tak mengerti tanggungjawabnya sebagai ayah.

MA said...

Hubungan anak dengan ayah tidak akan putus. Jahat macam mana sekali pun ayah itu, ingatan anak kepada dia juga tidak luput.
Seperti saranan Kak Sal, tumpukan perhatian kepada Hani. Kembali kepada Pak Hj tidak menyelesaikan apa-apa masalah. Hani will get used to it, cuma pada pandangan saya, seboleh- bolehnya leave her out from your battles with jantan tu. Hani is confused. Dia sayang, rindu and at the same time takut.
Dia tak tahu what is the right emotion to feel. Walaupun dia matang dari cara permikiran dan boleh understand situation, dari segi emosi dia masih anak-anak, kena selalu ingat tu.
Kita yang tua ni boleh compartmentalize-kan emosi ikut keadaan dan waktu tapi anak-anak belum begitu boleh lagi.

Apa yang saya selalu buat dgn anak2 dulu ialah bagi perhatian yang total kepada mereka, selalu peluk, cium, berbual2 dgn mereka. Dan saya juga galakkan mereka menulis apa juga perasaan mereka - bagi buku nota.

Tapi saya tak komen apa2, cuma acknowledge their feelings. Kalau diorg marah/sedih saya kata they hv the right to feel that way, tak salah rasa marah benci rindu etc tetapi saya try pusingkan and guide them to think rationally (yg ni pelan-pelan in time).

Jangan bimbang, Hani will turn out fine. Cuma yg penting Salwa jgn lepas pandang emosi dia, always acknowledge that dia juga penting dlm hidup Salwa. Dan selalu dampingi dia...make her happy, bawak dia jalan2. Lama2 dia biasa dgn keadaan ini.

MA said...

Satu lagi, seboleh2nya jangan cerita apa2 kat Hani ttg perjalanan kes dgn pak hj...leave her out. Kalau nak cerita pun, yg basic2 tanpa libatkan yr emotions...ie as matter of factly saja.
Hani sayang kedua2 nya - skg lps dia tgk Salwa kena tumbuk , dia keliru samada dia patut sayang atau rindu dgn org yg mencederakan ibu dia. Bila dia terasa rindu, dia terus jadi takut. But at the same time, bila dia cuba jauhkan diri dari perasaan takut itu , dia jadi rindu...
So always, always reassure her dan lps ini harapnya jangan lagi cerita apa2 kat dia...kesian dia.

Pnut said...

Salwa, InsyaAllah, ni bersifat sementara, nanti hani akan biasa..
macam MA kata, alihkan perhatian dia, pegi jalan-jalan, bw dia tgk wayang ke...

nanti dia rasa dihargai.. biar dia tahu, tanpa ayah pun dia tetap bahagia, disamping amie dia...

kakLuna said...

insyaAllah Hani boleh melaluinya..berpandukan kpd pglmn anak2 hj sidek yg terdahulu..talhah..iza..tanpa hubungan erat dgn ayah pun mereka tetap terpelihara..berpendidikan...tidak pula menjadi tak tentu hala...manusia blajar dr kesusahan dan kekurangan...sy yakin Hani insan yg Allah pilih (malahan smua anak2 hj Sidek ni terpilih utk melalui ini smua sedari kecil..ini sbnrnya satu keuntungan..di saat semua org berbelanja besar utk mendapatkan pendidikan terbaik tp ada anak still juga tak dpt erti kematangan..tp anak2 hj sidek blajar direct dr Allah iaitu ujianNya..) kekuatan dtg dr ibu..kuatkanlah hubungan dgn Allah, dan sentiasa ingat bhw Dia x kan menguji andai akak x mampu...banyak kan baca kisah motivasi..kasih syg x perlu diminta, tp ia boleh dicipta..insyaAllah kasih sayang dan didikan akak seorang jauh lebih baik dr berdua bsama pak hj.

chuy4 said...

kak wa, sabar ya..
masa saya cerai dengan arwah (sampai sy gelar arwah kat dia dah.. benci sungguh), anak sulung saya masa tu umur lebih kurang 5 tahun...
dia tanya saya "mama dah tak cinta abah ke?" "mama cerai tu tak boleh duduk dengan abah ye?"
sebak saya.. tapi alhamdulillah, lambat laun diaorang dah biasa dan skang, memang dah selesa...

bertabahlah... ni tengah saat saat sukar... insyaallah, saat ini akan berlalu pergi dan sinar akan kembali.. saya doakan kebahagiaan kak wa walau kita tak pernah kenal...

oren said...

yer, kena bagitau hani, perasaan dia rindukan ayah tu, tak salah..dia ada hak utk rindukan ayah dia, adik beradik tiri..

cuma, mebi kena pujuk2 skit lah..bgtau, lepas semua kes selesai, mebi dia bleh pi jumpa ayah dia..tapi tak janji sebab it depends pada ayah dia jugaklah..

anak2 saya pon, boleh noticed kalo kami bergaduh..siap tnya napa gaduh, napa tak cakap dll..diam jek lah...