Tuesday, May 10, 2011

Belasah jerlah!

Assalamualaikum w.b.t



Nak menulis ni kena ada feel


Kena ada pencetusnya


kena ada mood


Dan paling perlu kena ada keghairahan


dan kaghairahan tulah yang saya tak miliki sekarang


Sebab apa keghairahan tu timbul?


Macam sex jugak, kita ghairah sebab kita ada keinginan


keinginan yang nak dilampiaskan


Iaitu keinginan nakkan kepuasan dari hubungan tubuh (eh tetiba, macam mona gersang lak???)


takde bukan apa, saya nak bagitau yang saya dah takde keghairahan nak menulis


Cerita ada, tapi cerita yang ada ni tak mendorong pada keghairahan


Sebab?


Sebab kalau saya cerita ia tidak membawa kepada sebarang kepuasan pun!!!


Serius!


Kalau dulu saya bercerita tercetus dari rasa ghairah nak bercerita


Sebab nak dapatkan kepuasan


kepuasan setelah dapat melepaskan perasaan (macam sex jugak, terbebas dari rasa gersang~ wah tetiba lagi!)


Takdelah bukan apa...analogy tu supaya puan2 dapat bayangkan situasi saya jer, takde maknanya nak gersang2 der...


Sekarang ni takde apa perasaan yang nak dilepaskan pada blog ini, sebab semua perasaan adalah dalam kawalan


Dan takde apa nak share dengan puan2 sebab semua saya boleh handle sendiri


Bravo!


yess....itulah hakikatnya...


Tapi pasal hari2 ada yang menjenguk, so kita teruskan ajerlah blog ini


dengan harapan keghairahan tu akan datang perlahan2...harus dipupuk kembali


banyak cerita tertunggak


Saya tak cerita lagi yang pak hj ada datang Putrajaya ambik hani bawak keluar,kan?


Dan saya juga tak cerita yang saya berbalas2 sms panjang lebar giler dengan kak Aza 'kesayangan' ku itu, kan?


Saya juga tak cerita yang lepas cerai tu, iaitu hari khamis, pada 3 hari berturut2 bermula Jumaat saya gi facial dan saya gi gunting rambut dan cuci rambut di kedai2 yang berlainan!


Masa tu memang sedih giler, so masa di facial dan di cuci rambut tu saya relax dan tenangkan perasaan....lantaklah 3 hari berturut2 pun..asalkan saya puas!!!


Ahhhh...macam2 saya buat dan saya jugak tidak langsung jenguk blog....malah hampir terlupa saya ada blog, dan kalau boleh memang nak padamkan jer memory pasal blog duniabermadu ni....rasa2 nak delete semua memory ni masuk dustbin jer...


aling menyibukkan saya adalah kerja...kerja...kerja...


kebetulan pula Sarbani mati, plus minggu2 berikutnya lepas cerai hari2 ada event...ada jer kerja maka saya pun terlupa hal cerai...


Tapi dalam masa seminggu dua tu kawan2 office macam miss sinar, miss conquer, hakimah (PA pengarah) sentiasa hubungi saya dalam bilik tanya khabar....


pasal diorang tau saya kalau keseorangan saya akan menangis


Miss sinar yang bertugas di mahkamah jalan duta juga ada masa terluang jer BBm saya tanya saya buat apa....pastu siap pesan miss conwuer kat sebelah ...


mis sinar suh miss conquer jenguk2 saya kat dalam bilik saya....


Miss sinar takut saya buat benda bukan2...terutama menangis lah..


Saya pulak kalau menangis bukan tau sekejap, melarat2 sampai saya boleh pening kepala


Boss saya Mr salim pulak seolah2 memahami walaupun dia tak pernah tanya apa yg berlaku


Masa hari cerai di court tu, saya datang pejabat, dan dia pun tak tau hari tu kes saya


Siap saya print out teks ucapan KP (standardlah saya penyedia teks ucapan/talking point) saya serah kat dia, saya cakap; "tuan, saya nak keluar jap, ada urusan'


Dia jawab, "okay...."


Sharp jam 9 am saya keluar ke parking, sebab dah tau prosedur mahkamah, akan sebut kes dulu so saya agak dalam 9.30 baru kes saya disebut kot


Tapi jangkaan saya meleset, saya sampai dalam 9.15, 5 minit lepas tu kes saya disebut....by 9.45 saya dah masuk keter semula dan sharp jam 10 saya dah balik pejabat pun...


masuk2 bilik, hakimah call saya bagitau salah seorang office mate baru kematian anak yg baru lahir (tak cukup bulan) dia ajak gi ziarah....saya on jer


tak sempat buat apa2, terus dipanggil Mr salim dan saya buat kerja sekejap kat bilik pastu tuan salim ajak saya turun ke bilik tetamu sebab ada reporter nak bincang pasal nak i nterview KP, sebagai assistant PRO jabatan saya kena joint discussion tu...


Terlupa terus yang saya baru jer disahkan sebagai janda tak sampai sejam...memang mencabar hari berkenaan...


baru berbincang dengan tn salim 5 minit....dato pengarah bahagian call hp tanya saya kat mana....


Kejap jer terjengul dato' K ajak gi hospital putrajaya, dia nak tumpang keter saya...kelakar dato' K ni...


Dia punya keter camry baru, tapi tetiba nak naik sentra saya...ah belasah jer....so gi dengan kimah sekali...


petang baru balik pejabat, dan saya balik pejabat tu, tetiba mr salim suruh saya pergi juga ke kelang untuk program malam tu


Asalnya saya taknak pergi sebab kelang jauh, pastu hani dengan yaya nak letak mana


Tapi mr salim sanggup tunggu saya ambik anak dari bangi dan diorang dah siap tggu saya di presint 17 utk saya bersiap


malam petang tu jugak kami atu naza 6 pegawai dan yaya n hani bergerak ke kelang adan program Gelombang rakyat : 1rakyat 1 integriti, NGO anjurkan


tapi panjang ceritanya sebab saya ni sangat rapat dengan YDP NGO tu sebab saya dah kenal dato' Shahrul tu dari negeri 9 lagi...


So apa2 hal dato shahrul carik saya jer...tu yg Mr Salim nak jugak saya ada...


Gitu gini habis program tu jam 11 malam.....pastu kami singgah makan tomyam pulak sebab kat majlis tu saya dan pegawia lain tak dapat makan, tetamu melimpah2 makanan xcukup


Sampai rumah dekat jam 1 pagi....


So hari penceraian tu adalah hari yang tersangat sibuk bagi saya...sampai langsung tak sempat nak rasa sedih pada hari berkenaan....


Hari berikutnya jumaat tu baru tersedar dari lamunan, tu yg during lunch hour ke salon jawabnya...


Tapi overall saya rasa hidup lebih baik, beban perasaan yg selama ni seperti gunug menghempap terlepas begitu sahaja


lega...


Dan lepas cerai ni tiba2 macam rezeki datang dengan izin Allah


Saya dapat APC untuk tahun 2010, 19 mei majlisnya


Walhal sepanjang 8 tahun di Negeri sembilan sebagai ketua unit siasatan, pada masa sama pegawia pendakwa, bagi keterangan sebagai saksi lagi, buat kerja2 pentadbiran sbg pagawai pelulus (baucer2 bayaran yg thru sistem online tu), penceramah kursus induksi dana apa2 sahaja kursus kat PD tu dr [elbagai jabatan dan jawatan...serta J/K sebutharga....dan 4 tahun terakhir pulak bertindak jugak sebagai timbalan pengarah operasi, tapi non hado dihargai der...


Now baru setahun beb....tulah namanya rezeki, dah duduk bawah dagu KP, KP pun kenal, senang jer....tp apapun semua dari Allah juga syukur....dapat seribu pun seribu lah asalkan duit...


walaupun kalau dapat anjakan lagi hebat tapi dah 2008 saya dapat anjakan nak tunggu anjakan 48 takdelah pasal dah takde PTK :-(


Dengan bekerja di bawah 4 orang pengarah di N9 saya tak pernah dapat APC


Walau kerja macam nak mampus (sapa yg pernah baca blog ni dulu taulah)


sampai terpkasa berhenti menyusukan anak


Gaduh laki bini


hilang giliran bermalam memang tak terkira dah


Tapi baru setahun kat HQ terus dapat APC


nampak sangat sesuatu kan? eh....tak dinafikan kerja keras juga di sini, cuma...


Kat negeri politik nya kuat...sapa pun tak nampak susah payah kita


nak2 kalau kita tak rapat dengan boss, jangan haraplah nak dapat


Dah saya pompuan tentu2 boss takkan nak keluar minum dengan saya lak


pastu kan, Mr salim bagitau saya dapat 48, suraty jer tak keluar lagi


dari segi seniority, nama saya ranking no 3 in the list!!! yeehaaaaa!


Sungguhpun selepas dikira kenaikan gaji pokok idaklah banyak RM225 jer sebab saya memang dah dapat anjakan asbab PTK aras 4-4, tapi syukur jugak


Rezeki...rezeki....so starting gaji akan sama balik dengan senior2 saya yang saya dah jauh tinggalkan diorang....tak aci tak aci, but back to basic, syukur no complaint!


namun ada berita malang juga, Mr salim akan tukar bermula 1 jun ke Cawangan antarabangsa


wah saya akan rindukan dia sangat2


Rindukan suara dia bagi arahan, dia yang kejap2 masuk bilik saya bawak air satu mug, minum and cerita hal kerja, bagi motivasi dan bagi keyakinan pada saya


Dia yang faham dan buat tak tau bila nampak mata dan muka saya bengkak


Dan dia yg tak pernah tanya saya kenapa saya nangis....


Sungguhpun ebrbangsa India, yang masuk islam tapi saya rasa dia dah jadi sebahagian dari orang melayu


dan malngnya yang masuk gantikan dia adalah juga orang India


iaitu Dr. G manimaran, editor malaysian insider, online alternative media


yes, my boss adalah orang luar, post tu memang open post


but, saya akan bekerja bersama2 dia bukan saya bawah dia sebab sama2 gred 48


entah saya ni boleh ajer jadi pengikut yg setia, malah labih menghayati watak pengikut dari watak pemimpin berkaliber....entahlah kdg2 self confident agak kureng


Apapun, think positive, walaupun dari siasatan dan maklumat yg dipwrolehi takde satupun kebaikan dr M ni yang timbul


Semua cerita tentang dia dari reporter yg pernah kerja bawah dia sangat2lah negative


but, i have to accept apapun kelebihan/kekurangan dia


katanya dia sangat bossy, insomnia, workaholick xkena tempat, cerewet tak tentu pasal dan gila kuasa!!!


pasrah jerlah....


wah...takde keghairahan katanya sekali jari dah menaip kemain panjanglah pulak!




Wassalam

2 comments:

Zareda Norman said...

Tahniah wa dapat naik 48. beza gaji memang tak banyak tapi beza elaun boleh tahan ler.. ehhehe

rezeki melimpah ruah lepas cerai so jangan sedih sedih.. rasa gersang tu sekejap aje.. jadi isteri pun bukan sll dapat so rileks je ok *hahaha komen agak extreme ek*

MA said...

Salwa - nampak tak betapa Allah Maha Penyayang? Di hari yang paling sedih, dirancangkanNya supaya Salwa tak merasai kesedihan itu? Dan diberiNya rezeki berlipat ganda...banyak hikmah tersembunyi yang kita tak nampak lagi...

All in all, back to basic lah...as I told you before - walaupun bercerai ini dibenci Allah, tp bersebab, bukan suka-suka org nak bercerai tp in your case untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna.