Tuesday, May 3, 2011

ini entry terakhir kisah bermadu di blog www.duniabermadu.blogspot.com Part 1

Assalamualaikum w.b.t


Ini adalah entry terakhir yang menceritakan kisah dunia bermadu


Seperti yang dah bertahun2 saya ceritakan, bebel dan lepaskan perasaan di sini


Pengalaman hidup saya bermadu


Iaitu sejak tahun 2006


Maka pada 21 April 2011 bersamaan khamis lepas


Di Dewan 1, Mahkamah Syariah, di Palace Of Justice Putrajaya


Berakhirlah ikatan yang dijalin pada 2 Jun 2001


Pernikahan yang diakad di Pejabat Agama Islam Wilayah Narathiwat, Thailand


Tatkala lafaz penceraian disebut oleh Hj Sidek Abdul Majid, bekas suami saya


Sangat2 tersentuh hati ini


Sehingga air mata saya gagal ditahan


Mengalir dengan laju membasahi pipi


Namun segalanya tidak boleh dielak lagi



Keputusan telah dibuat dan berpaling ke belakang mustahil sgt



Maka saya pasrah disaat itu


Walaupun hakim mengingatkan pasangan sebelumnya bahawa,


Selepas ini apa yg dihalalkan semuanya menjadi haram


Mungkin pasangan itu duduk serumah sebelumnya


Berbeza dengan saya yang telah duduk berasingan sejak september tahun lalu


Maka pertanyaan hakim pada kami hanyalah mengapa ingin bercerai


Saya jawab tiada persefahaman


Hj sidek pulak jawab 'tidak sekufu dan tiada persefahaman


Bila ditanya apa maksudnya tidak sekufu


Hj sidek jawab saya sorang pesara jer dia pulak pegawai kanan SPRM


Saya tak mampu nak kawal dia!


Dalam hati saya fikir, apalah punya jawapan!


Sebelum nombor kes kami dipanggil saya ada nyatakan melalui sms


Saya sampai masa tu dia dah ada dalam mahkamah


Saya duduk barisan depan sekali sebaris dengan dia


Tapi kerusi yang berbeza


Bila saya tengok pasangan yg sebelumnya disoal macam2


Terutama tentang nafkah edah, mutaah, hak penjagaan anak


Maka saya pun sms dia suruh dia bagitau yang kita akan setel luar mahkamah


Bila dah sms saya pun pandang dia dengan hasrat supaya dia pun pandang saya


Tapi hj sidek tak pandang


Saya melambai perlahan dan saya tunjuk suruh tengok hp


Hj sidek ambik hp dlm poket kurta dia


Dan terus dia pun jawab ok


Sepanjang hakim tanya soalan dan kedua2 kami memberi jawapan


Air mata saya tak berhenti meleleh


Hakim ada tanya berapa tahun kahwin beserta tarikh nikah


Tergagap2 juga saya nak jawab

semuanya sebab dalam kepala kami tarikh yang diingat adalah tarikh 2 Jun 2001


***Nanti saya sambung part 2, ni pun deraf ni berzaman dah ni...mood berblog sudah ke laut....


Hisup saya happy sangat (bukan happy gelak tawa, atau gembira ker hapa cuma happy rasa macam beban saya pikul selama ni tiba2 hilang)


Tak sangak, perasaan sebagai ibu tunggal ni jauh lebih baik dari perasaan ada suami dalam keadaan bermadu....serius, kalau tau dah lama saya menjanda.....

Wassalam

13 comments:

Irfa said...

sy tak nak komen berat.pas ni boleh la tukar kepada nama blog lain :-)

oren said...

kalo tukar blog, invite saya yer..

semoga akak terus dirahmati Allah..

MOKCIK AZWA said...

Semoga kehidupan selepas ini lebih bahagia untuk Salwa dan Hani.

Irfa said...

ME TOO..sama cam kak oren.jangan akak stop menulis lepas ni yer

Ummi said...

semoga kehidupan selepas ini lebih di rahmati dan bahagia di samping hani

NANI SHAHABUDIN said...

semoga kehidupan lepas ini bertambah2 bahagia

Anonymous said...

alhamdulillah sronok dgr wa dah rasa happy.. moga terus layari hidup yg happy2 je nanti.

yan

Mutiara said...

Hikmah Allah datang dengan bermacam cara, cuma ramai diantara kita sahaja yang tidak menyedarinya. Alhamdulillah.Welcome back to the mainstream. Semoga Kebahagian terpancar dan kemeriahan bersama anak-anak.
:) How do you like my BM?

MA said...

Alhamdulillah - semoga hidup Salwa makin bermakna dan bahagia selepas ini. Labels, titles seperti janda, anak dara tua, mandul etc etc itu hanya kesan psychology negatif saja.. tidak memberi apa-apa kesan pun jika kita tidak membenarkan ianya affect kita.
Anggap saja itu masalah org lain tht has a problem with it - kita yg tentukan hala tuju hidup dan kebahagiaan kita.
Lepas ni Wa bwk budak2 pergi bercuti...ambil pekej supaya tak susah payah.

Zareda Norman said...

salwa
good for you. Teruskan melangkah sebba dunia tak berakhir kalau kita ni janda ke anak dara tua ke tak ada anak ke, anak sikit ker...

semoga terus dilimpahi rahmat allah dan rezeki melimpah ruah di hadapan

Pnut said...

Wa, jangan le tak tulis blog.. nanti tak tau perkembangan...
citer ek... nanti sesekali kita keluar tengok wayang eheheheh

Luna said...

datang penang kita jalan2 eh... :)

payarumput21 said...

Bercampur aduk perasaan membaca.. semoga Allah beri kekuatan pada Wa, Hani dlm menempuh hari2 mendatang.. semoga Allah permudahkan segala yg sulit.. semoga kebahagiaan yg dicari menjadi milik Wa.. InsyaAllah.. Aminn..Jgn lupa jemput akk klu Wa ada blog baru..Jaga diri ya..